Saturday, August 17, 2019

Langkah Sekiranya Transaksi Bank Atas Talian Bermasalah

In English the title should read: Steps to take if banking online transaction goes awry.

Pagi ni cuba buat transaksi, dari akaun bank ke ASB. Mula-mula macam ada sistem problem, beberapa kali juga nak buat transfer, tak jadi. Lepas tu tiba-tiba boleh pula, tapi ada notification unsuccessful. No problem, cuma bila tengok balance akaun, eh, duit dah keluar.

Macam mana ni, duit dah keluar tapi yang dalam ASB takde duit masuk.

After a few times check, make sure juga la tak termasuk akaun mana-mana yang lain secara tak sengaja, dan memang dah confirm duit tu tak tau pergi mana, terus la call bank 24 hours line.

Yang bagusnya orang yang jawab tu, first thing dia minta maaf dulu, walaupun bukan dia yang buat salah la kan, minta maaf atas apa yang telah berlaku.

Pada saya benda ni paling penting sekali, dan tak semua business di Malaysia amalkan. Jadi tahniah untuk bank ni sebab ada customer service telephone operator yang bagus. Tapi tak bagus la kan sistem dia ada problem macam ni, tapi ni pun dah banyak kali guna, bertahun-tahun juga la tak pernah ada problem kan. So kira ok lah...

Seperti biasa, nak pastikan kita ni betul lah tuan punya akan, bank akan tanya macam-macam untuk verify identity. So make sure lah semua dokumens ada depan mata bagi memudahkan proses. Lepas tu dia minta hold sekejap, dia nak check.

Lepas tu dia pun bagitau, yang duit keluar tu confirm, tapi duit masuk ASB tu dia pun tak boleh nak check buat masa, jadi dia akan buat report. So, pembetulan akan dibuat cuma ambil masa 3-7 hari. So dia kata sama ada refund atau balance baru akan update. Salah satu lah. So kena check, dan kalau dalam masa 4 hari takde perubahan, kena call balik. Hopefully settle la by then.

Ok, tu je nak cerita untuk hari ni. Jangan panik ya, apa-apa pun hubungi balik bank dan dapatkan pertolongan.