Thursday, September 19, 2019

Tahun Pertama Anak Sekolah Asrama - Petua dan Tips Untuk Ibu Bapa

Alhamdulillah, masih ada peluang berkongsi diblog.

Pagi ni nak tulis sikit tentang nasihat yang diberikan oleh seorang ibu dalam group whatsapp parents sebuah sekolah asrama di Selangor. Dah dapat kebenaran untuk share tulisan serta nasihat ni, beberapa kali saya baca balik untuk inspirasi.

Semoga ibu bapa lain yang anak di sekolah lain juga akan dapat manfaat dari nasihat ini...

"Assalam,

Welcome to all new parents here. Saya Kak Kim, mother to my anak bongsu daripada 5 orang, yang dah dalam Tingkatan 4 tahun ini.

Saya pernah 5 tahun di asrama penuh & anak2 attended SBP or MRSM, tinggal seorang ini yang bungsu..

Firstly, my 2 cents.. please keep an open mind. Especially untuk parents yang ini anak pertama atau ini first time experience anak (bukan mak bapak) masuk asrama, tak kisah penuh ke setengah 😁.

Zaman mak bapak di asrama amat berbeza dengan zaman sekarang. So... Amalkan keterbukaan, & fikir long term.

Anak yang kita kenal sangat di rumah mungkin lain perangai di sekolah (even masa di sekolah rendah), lagi2 pula bila tinggal beramai2 di asrama..

Tahun pertama will be the trying year kerana adaptability (penyesuaian) highly demanded from anak & parents. 

Kadang-kadang, indah cerita daripada khabar atau langit tidak selalu cerah. But most of the times anak sangat OK - freedom from mak punya eagle eye watch, tapi bagitau mak.. sedihnya duduk berjauhan... Boleh drama nangis2 lagi. Kadang-kadang tu hanya kerana teringin kfc or pizza macam orang sebelah dapat makan weekend semalam 🤣

Semua remaja sedang membesar & tersangat amatlah kreatif, budak bijak memang lebih akal ! ✅

Pesan Kak Kim, jangan cepat melatah, jangan cepat memberi tohmahan atau membuat keputusan melulu. Sabar dalam menangani setiap isu. 😁 The sun will shine for each of them complete with rainbows after the storm. 

Muafakat membawa berkat, teamwork is a must.

Husnuzhon bersangka baik selalu kepada semua..

Moga kita semua dlm Baroqah & redha Allah SWT & anak2 digalakkan stay sampai tamat F5 dan dapat sama2 menaikkn lagi prestasi kecermelangan **** ***.

kita kongsi-cemerlang bersama

Aamiin .."

Kredit nasihat yang amat membantu ini oleh...Puan Hakimah Mohamed.



Wednesday, September 18, 2019

Membawa Anak Berjumpa Doktor Gigi Kali Pertama

Alhamdulillah, hari ni ada peluang nak tulis sikit tentang kali pertama bawa anak bungsu jumpa doktor gigi.

Kebetulan sekarang tengah cuti jerebu di beberapa tempat di Malaysia. Tak lama dulu cuti UPSR, lepas tu cuti Hari Malaysia, minggu ni pula, cuti jerebu. Kebetulan juga, semalam air takde. Bayangkan tengah mandi, water pressure agak slow, masa tu belum syak apa-apa lagi. Sekali suami cakap, takde air. Paip pecah. Entah bila la air nak ada balik. Dah la kat luar jerebu. Anak-anak cuti. Adeh. Double whammy. Kami pun buat plan nak hadap situasi.

Kena la berjimat cermat air yang ada dalam tangki. Tak tadah pun air dan ini lah kali pertama takde air walaupun sebelum ni dah dua kali dijadualkan takde air, tapi masa tu ada pulak air. Sementara maid tadah air, kami pun pergi beli stok air untuk minum. Lepas dah shopping air dan barang lain, teringat nak tanya rumah Mak, ada air tak. Alhamdulillah, rumah Mak ada air.

Maka kami pun bungkus baju kotor nak bawak rumah Mak tumpang basuh. Kebetulan adik yang tinggal dengan Mak nak pegi doktor gigi. Jadi teringat anak bungsu saya yang bulan lepas, speech therapist suruh bawa check gigi dengan doktor gigi. Tumpang lah sekali. Doktor gigi ni pun yang sama rawat saya dari kecil. So ok sangat lah.

Klinik Dr Roziah di Damansara Utama. Parking area ni memang susah sikit, jadi biasa ada orang tunggu. Lepas adik saya habis, anak saya pulak. Yang bagus, masa adik masuk check, anak-anak pun ikut sekali jadi dia tak takut sangat la bila turn dia duduk atas kerusi.

Dr Roziah pesan, patut bawa anak masa umur 2 tahun la check. Ni dah agak besar, kan.

Anak-anak yang lain semua ok, takde masalah sangat dengan gigi. Yang kecik ni manja sikit la, dimanjakan oleh maid.

Yang bagus, dia sangat berani duduk di kerusi sorang-sorang. Dr Roziah pun bagus, semua dia explain satu persatu, nak polish, dia tunjuk dulu kat jari/kuku macam mana polish. Lepas tu bersihkan dengan alat pun dia tunjuk dulu macam mana alat tu guna kat kuku dulu, jadi anak tak takut la.

Nasihat pun sama dengan speech therapist kena berhenti minum botol susu. Dah besar. Jadi pagi ni terangkan lagi kat anak sambil tengok youtube macam mana tolong anak berhenti minum susu botol.

Air yang beracid pun kena berhenti minum lah untuk jaga gigi.

Ada lubang satu yang perlu tampal tapi yang ni, doktor gigi tak nak buat hari ni. Dia suruh datang balik sebab tak nak anak takut/ada pengalaman buruk masa mula-mula datang.

Lagi satu, Dr Roziah kata, jangan cakap kat anak "kalau nakal nanti bawak jumpa doktor gigi", ni nasihat yang sangat bagus sebab saya rasa ramai la kat luar sana gunakan polis la, doktor la, untuk takut-takutkan anak. "Nanti mummy bawak jumpa doktor", mana tak budak takut.

Alhamdulillah, anak sangat ok masa check gigi, duduk elok je. Kita pulak macam cheerleader lah, wah, good boy, bagus nya dia etc etc masa doktor check tu. Tapi tak payah over sangat, nanti anak pun dapat rasa something fishy is going on.

Bila bagi instruction kalau anak macam tak berapa faham, kita tunjuk juga lah, macam bukak mulut besar-besar macam ni...

Lagi nasihat lain adalah membantu anak gosok gigi, tapi ibu atau bapa perlu berdiri dari belakang anak untuk gosok dengan betul.

Jika anak sukar untuk ludah kan ubat gigi, boleh cuba ubat gigi organik tetapi harganya agak mahal,

Ok, itu saja nak share hari ni. Moga bermanfaat.