Wednesday, October 23, 2019

Konsep 'Simple Mindedness'

Alhamdulillah masih ada peluang menulis di blog, hari ni dengan izin penulis, saya share sikit satu post yang menarik perhatian....tentang cara berfikir. Saya telahpun dapat izin dari penulis "Fida Gani" untuk simpan postnya dalam blog.


"Mengamalkan konsep simple mindedness...
Baru baru ini saya terbaca dan tertarik dengan konsep ini..dan saya cuba praktikkan...mmg berkesan!
Aduhai... saya seorang yg banyak berfikir, even tentang perkara-perkara kecil..berulang kali dalam fikiran ...mengapa dan kenapa? Apa yg ku telah buat? Mengapa begitu pula jadinya?..hmm..tapi baru baru ini saya cuba tarik nafas, ambil masa untuk fikir dan gunakan konsep simple mindedness ini..
Contohnya:
Jika org tak suka-tak apa, kdg kita pon ada tak suka orang
Jika orang suka- Alhamdulillah..hargai teman2 yg positif ini..
Jika orang bagi kerja-buat, sehabis baik yg kita mampu
Jika org tak beri kerja-tak apa, banyak lagi yg kita boleh buat dan tak perlu kecil hati.
Jika orang marah-minta maaf, kadang kita pon mmg buat silap
Jika orang puji-berterima kasih dan cuba cari jalan untuk teruskan usaha yang baik
Jika orang ajak -kita ikut
Jika orang tak ajak- tak perlu nak mengendeng
Jika orang minta tolong-tolong jika mampu
Jika orang tak mahu tolong kita- biarkan, mesti ada jalan lain
Jika kita menang- raikan kejayaan
Jika kita kalah-cari cara untuk tambahbaik, belajar dari pengalaman
Jika orang buat jahat-maafkan, Allah kan ada untuk membalasnya..
Jika orang buat baik-doakan kebaikan untuknya dan cara untuk membalasnya
Jika dapat apa yg kita hendak-itu rezeki
Jika tak dapat-Ada yang lebih baik di masa hadapan.
Jika kita boleh buat -buat
Jika tak boleh-bagitahu
Cuba elakkan mengeluh, bercerita berulang kali tentang perkara negatif..mmg payah juga pada asalnya..tapi boleh jika kita cuba.
Hidup ini pendek...usah rumitkan fikiran dengan berfikir tentang perkara yang tiada jawapan...
Jika ditanya tentang perkara yang negatif..jawab sahaja secara ringkas..betulkah? Ya betul..atau jawab tak delah...bukan begitu..tapi tak perlu ulas panjang..nanti kita berterusan dalam negativiti.
Kita ada pilihan dalam hidup..berbuat baik, bersyukur,elakkan aura negatif, dan fikir secara mudah..Inshaa-Allah, minda jadi lebih tenang"

Sunday, October 20, 2019

Selepas SPM

Tak lama lagi anak yang sulung akan menduduki peperiksaan SPM (tahun depan insya Allah, 2020)...jadi bila ada info berkenaan sambung belajar selepas SPM, saya mesti nak teliti dan tanya....ye lah, elok tau dari sekarang kan sebab tak lama lagi pun.

"Untuk makluman tuan/ puan berkenaan kenyataan media di atas, pelajar boleh menyemak data di sistem UPUOnline bermula 21 Okt 2019 tanpa membeli no pin.

Pelajar boleh membeli no pin di BSN pada minggu ke 4 Feb 2020 iaitu sblm keputusan SPM dikeluarkan.

Pelajar hanya boleh memilih program hanya selepas 5 hari keputusan peperiksan diumumkan.

Pelajar hanya akan dpt memilih program yg layak berdasarkan keputusan SPM mereka. Permohonan akan ditutup pada minggu terakhir bulan Mac.

Keputusan akan diumumkan pada minggu ke 3 bulan Mei 2020.

Bedasarkan dasar single window single offer ini pelajar hanya akan menerima SATU tawaran shj drp Matrikulasi/ IPG/ Asasi UA/ Diploma UA/ ILKA bagi Lepasan SPM.

Mohon dipanjangkan kpd semua kaunselor berkenaan.

Maklumat dr pegawai Bahagian Kemasukan Pelajar, JPT"

Hari ni ada kawan share dalam group whatsapp, dari cikgu kaunselor katanya.

Saya pun tanya lah, UA tu apa; university awam rupa-rupanya. Ok.

So kawan yang cikgu pun cakap, banyak university awam ada program asasi sendiri.

Untuk bukan calon ke luar negara, nak pilih program yang mana, elok dapat nasihat dahulu.

IPG = institut Perguruan Guru, ILKA = Inst Latihan Kemahiran Awam

Bersambung...

Friday, October 18, 2019

Dakwaan Kes Cabul di Tahfiz Ustaz Celebrity Berakhir Begitu Sahaja

Semalam saya sedih membaca post FB ibu mangsa cabul yang didakwa berlaku di sebuah tahfiz kepunyaan Ustaz tersohor. 

Ini luahan ibu tersebut di FB nya....

Last chapter. I shall not write about this anymore after this. This is the end of the story.
Pada 7 Ogos 2019 tempoh hari majistret tuan afifi telah meneliti kes kami dan mendapati ada asas untuk pendakwaan. Jadi pihak mahkamah telah menghantar surat kepada Pejabat Pendakwaraya Negeri Perak untuk mengetahui alasan beliau kenapa kes ini dia tutup sebanyak 2x.
Pada 14 Oktober 2019 kami menghadap semula majistret yang sama dan beliau maklumkan DPP tak datang dan hanya dengan mewakilkan surat yang menyatakan siasatan telahpun dilakukan sebelum ini (ye ke?) dan membuat keputusan tiada pendakwaan. Alasan taknak dakwa? Sila baca di bawah:
"Perkara 145 Fasal 3 di dalam Perlembagaan Persekutuan telah memberi kuasa kepada Peguam Negara dalam menjalankan pendakwaan bagi kesalahan-kesalahan di mahkamah yang berbidangkuasa layak kecuali mahkamah syariah. Dalam hal ini, Tindakan pendakwaan bagi semua kesalahan di bawah undang-undang bertulis di Malaysia adalah atas arahan Peguam Negara. Walaubagaimanapun ianya adalah mustahil bagi semua kes di Malaysia dirujuk kepada Peguam Negara seorang. Oleh yang demikian Seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah telah mengariskan bahawa kuasa pendakwaan juga boleh diturunkan kepada Timbalan Pendakwaraya yang dilantik."
Apabila kuasa mutlak diberi kepada AG dan DPP dalam membuat pendakwaan, maka kedua-dua pihak ini BOLEH MEMILIH sama ada mahu mendakwa atau TAK MAHU MENDAKWA. Klausa ini tidak boleh dinafikan atau dicabar oleh sesiapa walau Agong sekalipun.
Ada beberapa perkara yang berbangkit dari keputusan ini. Ia dinamakan case precedence, iaitu:
1. Selepas ini, mana-mana budak yang dibuli, dicabul, diliwat atau dirogol oleh ahli keluarga orang kenamaan yang berkepentingan, tidak akan diberi pembelaan walaupun bukti-bukti cukup untuk mendakwa suspek.
2. Selepas ini, mana-mana ibubapa yang anaknya menjadi mangsa buli, cabul, liwat atau rogol oleh individu berkepentingan tidak akan melaporkan kepada pihak polis kerana kepincangan pdrm mengikut SOP kendalian kes seperti ini. Seperti dlm kes ini:
- tiada kawad cam walaupun mangsa telah mengenalpasti saspek dan menamakan mereka dalam laporan polis.
-tiada rakaman video percakapan kanak-kanak dibuat melalui kamera mengikut prosedur akta kanak-kanak.
-tiada pengecaman lokasi sebenar kejadian dibuat oleh pihak polis. Sepatutnya polis bawa mangsa ke lokasi utk tunjuk di mana bilik jenayah tersebut dilakukan. Semua ni tak buat.
3. Tidak akan ada pembelaan sewajarnya kepada mangsa dan pelaku jenayah ini hidup bebas, dan boleh juga terus mencari mangsa lain tanpa takut didakwa oleh mahkamah.
Selepas keputusan muktamad, ada terdengar perbincangan peguam-peguam di whatsapp dan medsos tentang sikap DPP dalam kes ini.. kemungkinan besar kertas siasatan ini memang KOSONG. Sebab kertas siasatan pertama memang dihantar kosong kepada pihak peguam negara di putrajaya tanpa disertakan dengan laporan pakar paedatrik dan pakar psikiatri kanak-kanak.
Jadi, jika perkara ini benar. Apalah yang kita nak harapkan dari pihak polis, dari sistem penghakiman kita? Ini cuma membuktikan undang-undang hanya memihak kepada orang kaya berpengaruh dan kenamaan, bukan kepada marhaen seperti kita.
Akhir kata, inilah kata-kata akhir untuk mereka yang terlibat dalam kes ni:
1. Kpd tuan majistret, terima kasih kerana percaya adanya terjadi jenayah, dan beri peluang kepada kami untuk berjuang untuk kali terakhir. Kami faham jika kes tak dapat diteruskan sebab luar bidang kuasa hakim majistret. Kami hargai peluang yang tuan berikan.
2. Kpd tuan pendakwaraya, terima kasih kerana memilih untuk tidak mendakwa orang yang melakukan jenayah ke atas anak saya. Saya yakin, tuan juga akan didakwa suatu hari nanti, di suatu tempat bernama mahkamah robbul jalil. Bersedialah tuan sebab tuan orang melayu Islam.
3. Kpd peguam-peguam yang terlibat, terima kasih yang tidak terhingga kerana melaburkan masa, tenaga dan wang yang saya tak mampu membayarnya. Hanya dengan balasan doa ikhlas dari seorang ibu yang teraniaya, agar hidup tuan-puan semua diberkati Allah dengan rezeki yang luas. You know who you are.
4. Kpd ustaz selebriti, saya doakan semoga Allah berikan hidayah dan keinsafan kepada anda. Semoga Allah jagakan anak-anak anda dari menanggung kafarah perbuatan anda terhadap anak-anak yang telah dizalimi di albarakah tanpa mendapat pembelaan sewajarnya. Tanpa sesalan atau ucapan maaf walau sepicing pun. Tahniah ustaz, anda menang di mahkamah dunia ini. Bersedialah ustaz. Kita akan bertemu di mahkamah robbul jalil nanti. Round 2.
5. Kpd nadirul ihsan, hafizan irfan, aiman farhan dan faqrul raqib. Kamu cederakan anak makcik dengan cara yang tidak akan mampu beliau sembuh selama-lamanya. Dia akan mengingati tragedi hitam di tahfiz ini sehingga ke akhir hayatnya. Makcik belum mampu memaafkan kamu dan makcik berdoa agar kamu tidak akan menyakiti anak orang lain sepertimana kamu buat pada anak makcik. Maka bersedialah wahai anak-anak. Kita buat perhitungan di mahkamah robbul jalil nanti.
6. Kpd pegawai penyiasat. Mula2 anda marah sebab kisah ini viral, anda kata ia ganggu siasatan. Lepas tu anda telah tunjukkan warna anda sebenarnya apabila sengaja tak masukkan laporan pakar kanak2 dan laporan pakar psikiatri dalam kertas siasatan. Jgnlah anda lupa bahawa anda juga ada keluarga. Ada anak lelaki. Takut perkara ini berbalik kpd keluarga anda. Allah Maha Adil dan Saksama.
7.Kpd sahabat-sahabat FB dan rakan-rakan yang mengikuti episod duka hidupku. Terima kasih diatas doa, sokongan, bantuan kewangan, pelukan dan kata-kata semangat. InsyaAllah kami kuat. Semoga Allah memberi ganjaran pahala kepada kalian.
8. Kpd Luke. Anak sulung kesayangan. Semoga Allah menyembuhkan kamu, memberi kamu kekuatan, supaya dengan hikmah terjadinya perkara ini ke atasmu, kamu akan jadi manusia hebat. Manusia yang akan membuat perubahan kepada keadaan umat Islam yang semakin dangkal moralnya.
9. Kpd Johanna. Sang ibu yang memperjuangkan nasib anak yang dizalimi, akhirnya gagal juga kes dibicarakan. Percayalah kamu, bahawa kamu takkan dapat mencari keadilan yang kamu pinta di mahkamah undang-undang manusia, kerana yang akan memberi keadilan kepada kamu hanyalah satu, iaitu YANG MAHA ADIL, YANG MAHA BERKUASA. Lihatlah dan saksikanlah bahawa Allah akan membalas segala perbuatan jahat dengan balasan yang setimpal dan adil. Saksikanlah.
Akhir sekali, kususun sepuluh jari memohon maaf andainya ada telah menyusahkan sesiapa sepanjang 3 tahun kami mencuba. Maafkan kami semua. Maafkan aku. Aku dah cuba dan aku kalah. Aku gagal..😭
End of story.