Wednesday, February 5, 2020

Pendapat Saya Tentang Kumon

Bulan Januari 2020 ada seorang kawan message tanya pendapat saya tentang Kumon.

Ok, ni pendapat peribadi saya.

Anak-anak saya memang semua yang dah bersekolah setakat ni memang hantar Kumon. Asalnya sebab anak buah pegi Kumon. Kami pun tengok, anak-anak buah yang pegi Kumon memang excellent dari segi akademik. Jadi kami pun hantar anak-anak ke Kumon, tapi tak konsisten.

Dua anak yang kat sekolah menengah sekarang ni, pegi kumon masa sekolah rendah dan tadika. Ada yang mula paling awal umur 5 tahun. Tapi on off sebab...ada masalah nak menghantar dan mengambil.

Apa yang saya lihat, dari Kumon matematik, mereka ada kelebihan kerana tidak struggle dalam subjek matematik dan add maths.

Dulu anak sulung pernah ambil Kumon maths dan English, tetapi, lepas berhenti, sambung balik, ambik matematik sahaja.

Kami pernah pegi Kumon di Petaling Jaya, Kubang Kerian, dan kini di tempat tinggal di Selangor. Setiap center ada jadual dan subjek2 tersendiri. Jadi elok telefon dulu, tengok hari apa dan pukul berapa buka, adakah sesuai dengan jadual anak. Kelas dua kali seminggu sahaja dan selalunya ada beberapa pilihan, contoh, isnin & khamis atau jumaat & sabtu.

Semasa pindah ke Kelantan, cikgu Kumon syorkan ambil matematik sahaja dulu. Lepas beberapa bulan kalau nak tambah subjek, boleh tambah.

Kalau tak silap ada bahasa Inggeris, Mandarin, tak pasti subjek apa lagi tapi yang saya dengar juga, untuk bahasa Inggeris, sistem kumon bukan lah terbaik seperti matematik. Ini hanya pendapat orang ya. Saya kongsi kan. Tak semestinya betul atau salah.

Untuk sesi pertama biasa bersama 'guru besar' yang akan bagi 'exam' atau assessment kepada anak, nak tengok anak kat level mana. Lepas tu cikgu akan tentukan anak mula diperingkat yang mudah dulu supaya dapat 'momentum' dan seronok buat worksheet.

Setiap hari yang anak tak pegi kumon, akan ada worksheet untuk dibuat di rumah. Pada peringkat sekolah rendah, dalam 10-20minit sehari sahaja. Maka konsepnya adalah latihan yang konsisten sehingga anak dah master, baru boleh naik level seterusnya.

Kelebihan Kumon, anak tidak terhad kepada umur, jika sudah master sesuatu konsep, boleh belajar yang lebih advanced. Contoh pelajar darjah 4 boleh sahaja buat matematik tingkatan 1 dan jika belajar 'ahead of school grade' maka mereka akan dapat pingat pada akhir/awal tahun beserta sijil.

Adakah kumon mengajar KBAT atau HOTS?

Setahu saya, tidak.

Kumon tidak sama dengan tuisyen kerana cikgu tidak mengajar, sebaliknya dalam worksheet dah ditunjuk contoh dan jalan kerja. Maka anak 'self learn' atau belajar sendiri dan jika tidak faham, baru bertanya.

Harap coretan ini membantu...