Friday, December 24, 2021

Renewing Indonesian Maid's Passport During Pandemic

 A few days ago I had to take leave to make sure my Indonesian maid can renew her passport and the process was relatively smooth and hassle free.

Many weeks before we had to make an appointment online at the Indonesian embassy website. Pretty straightforward, just have to have all details at hand, most important the passport, they also wanted a soft copy of a recent passport sized photo to upload.

Then you have to select a date and time slot, obviously this was many weeks before, so make sure this is done in advance.

Due to pandemic, they restrict the number of people who come at any time and appointment slots are given by the hour.

After confirmation, the embassy sent an email with QR code plus another password-like code. Printed this out and also forwarded the screenshot copy to my maid's phone.

Then on the day itself, was just a few days after the big floods in Selangor and it was raining. So decided to send maid by grab. 

She took with her:
1) Passport

2) Photocopy of employers IC x 2
3) Photocopy of passport x 2

4) Photocopy of visa x 2

5) Insurance

6) RM100 for fee to renew passport

7) Fomema related documents for recent health check

8) Pen




My maid took this picture when everything was done. This is where they instruct to pick up the passport at the post office.




Because of the recent severe floods and the fact it was raining that morning, I also told my maid just to bring some water, food both fresh and dry, a change of clothing and other personal items. Just in case. Because from experience it can take a long time for the passport to get ready plus the unpredictability of water levels and the weather.

Thank God, my maid left home about 8.30-8.45am. It wasn't too hard to get a Grab driver. I told her to ask the Grab driver if he didn't mind picking her up later and if yes, to get his phone number. She did.

My maid arrived at the embassy about 45minutes-1 hour later. 

I told her to call/message when she had arrived.

About one hour or so after that she called again to say that everything was done.

Due to the pandemic, the passport will have to be collected at another date and time instead of prior to pandemic, people used to wait until they get the passport the same day, hence long queues and massive numbers of people.

I am glad that everything went well. Hope this post is useful to others who may need to go through the same.

Saturday, June 26, 2021

Cara Mencapai 9A (8A+ 1A) dalam SPM 2020 Promax

 Alhamdulillah masih berpeluang blog.

10hb Jun 2021 tarikh yang istimewa, keputusan SPM diumumkan secara online buat pertama kali. Saya bekerja dari rumah (WFH), suami bekerja di hospital seperti hari-hari biasa. Dah setahun lebih Malaysia dan seluruh dunia berdepan pandemik covid-19. Sepatutnya anak sulung ambik SPM hujung tahun lepas Nov 2019 tapi apa kan daya, suratan takdir, MCO atau PKP menyebabkan SPM ditunda ke Feb 2021.

Semasa tingkatan 4 dan 3 bulan pertama tingkatan 5, semua seperti normal. Cuti awal tahun 13 Mac 2020, anak2 dari asrama pulang ke rumah untuk cuti seminggu. Pada 18 Mac 2020, PKP pertama bermula. Ada buku2 dan keperluan lain tertinggal di asrama, mana nak sangka cuti seminggu berakhir 28 Jun 2020, 3 bulan setengah untuk anak sulung. Anak lain mula sekolah lebih lambat, sekolah rendah dalam bulan Julai dan MRSM tingkatan 3, bulan Ogos (7 atau 8hb).

PT3 dan UPSR 2020 dibatalkan. Untuk IGCSE, pelajar diberi pilihan untuk ambil atau menarik diri. Fokus saya hanya kepada anak sulung dan SPM. Alhamdulillah anak sangat dedikasi dan komited terhadap pelajaran. Dia pandai mengatur jadual ulangkaji/belajar sendiri. Guru2 MRSM Taiping juga cuba memberikan yang terbaik despite the prevailing circumstances. 

Saya berpandukan nasihat dari kakak ipar yang dua orang anaknya telah pun lalui SPM di MRSM lain tetapi bukan dalam keadaan pandemik. Nasihatnya mudah sahaja, untuk subjek yang anaknya minta tuisyen, dia akan hantar tuisyen. Itu sahaja.

Anak sulung saya juga ada minta tuisyen untuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Biology, Fizik, dan Add Maths. Sebolehnya saya cuba dapatkan guru tuisyen yang disyorkan oleh ibubapa lain yang mana anak2 mereka telah mendapat keputusan cemerlang dalam subjek-subjek tersebut.

Antara hikmah pandemik ini, ramai guru-guru tuisyen juga turut membuat kelas tuisyen online, maka para pelajar yang tinggal berjauhan juga dapat akses kepada guru-guru ini.

Sewaktu anak di asrama pula, ibubapa membuat pelbagai 'aktiviti' untuk memberi sokongan kepada anak2 supaya terus bersemangat dan dapat mengharungi situasi 'new norm' di maktab. Tiada lagi outing dan pulang bermalam untuk anak sulung. Anak nombor dua Alhamdulillah dapat juga pulang bermalam setiap bulan tetapi kali ini tiada lagi perkhidmatan bas, perlu ibu bapa sahaja jemput dan hantar balik.

Berkerjasama dengan pihak maktab untuk membeli makanan tambahan kerana anak-anak tidak dapat keluar outing untuk makan di luar. Ada ibubapa yang berusaha menderma facemask dan hand sanitizer kepada maktab, membelikan standing thermometer. Juga hadiah dan jamuan makan untuk guru-guru sebagai tanda terima kasih dan penghargaan mendidik anak-anak.

Majlis graduasi juga secara 'norma baharu' di tengah-tengah peperiksaan SPM, setelah habis akaun dan sebelum biologi. Ibu bapa tidak dapat hadir dan hanya melihat gambar-gambar yang dikongsi anak.

Separuh pelajar juga di minta pindah dorm pada saat akhir sebelum SPM bermula untuk mengurangkan bilangan pelajar dan membantu penjarakan sosial.

Memang bermacam dugaan dan cabaran anak sulung serta kawan-kawan hadapi, maka Alhamdulillah syukur, pada 10hb Jun 2021 Allah berikan keputusan yang cemerlang 8A+ dan 1A untuk anak sulung sebagai balasan kepada segala usaha dan kerja kerasnya. 

Saya sedang menghadiri meeting online dan hampir lupa tentang keputusan SPM sehingga anak sulung masuk sekejap bilik dan menunjukkan keputusan dalam handphonenya. Alhamdulillah terima kasih Allah.

Ibubapa, sentiasa doakan anak-anak supaya dipermudahkan urusan mereka dan di hari peperiksaan doakan mereka diberi ketenangan, ilham untuk menjawab dengan baik, semoga apa yang mereka ulangkaji dan belajar itulah yang keluar dalam peperiksaan.

Anak-anak pulang ke asrama pada 28 Jun 2020, semasa kembali ke maktab, guru-guru mengusahakan untuk menghabiskan silibus. Masa tu tiada lagi program lain selain kelas akademik sahaja. Pada pertengahan Oktober 2020, sekolah-sekolah di Selangor di tutup tetapi untuk negeri-negeri lain masih buka. Maka trial SPM iaitu SPMRSM dapat dibuat di MRSM Taiping tetapi tidak di MRSM Kuala Kubu Bharu. 

SPMRSM atau trial SPM bermula awal November, pada 9hb November, MARA memutuskan untuk menutup semua MRSM, selari dengan arahan KPM menutup semua sekolah di seluruh Malaysia. Maka anak sulung hanya dapat menduduki 4 subjek sahaja dan tinggal 5 subjek lagi yang belum habis. Ada yang gembira peperiksaan ditunda, ada yang kecewa. 

Sepanjang bulan Julai hingga awal November, ramai pelajar yang tertekan. Saya dan suami datang untuk membawa anak outing pada 4hb Oktober 2020, kami juga tidak sangka selepas itu kes covid naik dengan mendadak sehingga maktab juga tidak benarkan outing selepas itu. Ada ibubapa yang merancang datang keesokan hari/minggu depan tidak dapat berjumpa anak atau bawa anak outing.

Saya bersyukur kerana pada pertengahan Ogos, saya ada berjumpa dengan guru-guru di maktab maka dapat berjumpa seketika dengan anak dan memberi barang kiriman.

Pada hujung Ogos pula anak mengirim beberapa buah buku Kertas Soalan SPM sebenar 2015-2019 untuk beberapa subjek, dan juga buku analisis bertopik untuk subjek2 seperti add math, physics, chemistry, biology, dan juga buku-buku Koleksi Kertas Percubaan SBP, Kompilasi Kertas Percubaan MRSM SPM untuk subjek-subjek lebih kurang sama, maka saya lihat juga keputusan peperiksaan anak yang terbaru dan beli juga beberapa buku untuk subjek-subjek tertentu yang dirasakan mungkin anak perlu sedikit buku tambahan. Kebetulan seorang kawan anak, ibubapanya di Selangor dan akan pulang maka buku2 tersebut saya kirimkan, kalau nak post memang agak mahal sebab banyak buku-buku dan berat. Yang mana yang anak tidak guna atau perlukan saya suruh dia beri kepada kawan-kawan sahaja. 

Alhamdulillah 9 Sept dapat lawat anak. Setiap kali ada peluang untuk melawat anak kami cuba untuk pergi kerana tidak tahu bila lagi akan ada peluang yang sama sebab kelonggaran seolah-olah boleh ditarik balik bila-bila masa. 

Selepas anak-anak balik ke maktab pada 11 Januari 2021 pula, terus mereka sambung trials/SPMRSM. Masa tu alhamdulillah semua ok. Lepas exam pula ada masa yang anak sakit dan juga ramai pelajar-pelajar lain sampai doktor-doktor dari Pejabat Kesihatan datang dan buat saringan. Beberapa pelajar termasuk anak saya antara yang kena buat swab test. Bayangkan SPM bermula 22 Feb tak silap. Alhamdulillah doa dan doa semua negative.

Itu sahaja yang saya dapat kongsikan.

1) Anak memang bersemangat dan rajin belajar.

2) Berikan tuisyen sekiranya anak minta untuk mana-mana subjek, pilih guru yang mempunyai track record yang baik dan disyorkan ibubapa lain.

3) Adakan group whatsapp ibu-ibu untuk sama-sama bekerjasama membantu sekolah/maktab.

4) Belikan buku tambahan jika perlu dan diminta oleh anak.

5) Jika di asrama, datang melawat sebanyak mana mampu untuk beri sokongan kepada anak.

6) Berikan makanan tambahan sebab anak-anak memang memerlukannya.

7) Sentiasa mendoakan dan berkata yang baik-baik tentang anak sendiri, doa ibu insya Allah tiada hijab.

8) Cukupkan keperluan anak contoh calculator rosak masa PKP pertama memang susah nak cari ganti sebab kedai alat tulis tutup, tapi Alhamdulillah jiran sebelah anak baru habis SPM ada calculator yang tidak digunakan dan dapat pinjamkan sementara.

9) Jika anak ada buat silap, jangan marah-marah atau ganggu emosi anak sewaktu dekat dengan peperiksaan.

Semoga membantu semua yang membaca...