Friday, January 6, 2017

Mitos: Jantung Tersumbat TIDAK Boleh Di Ubat Dengan Hanya Jus Lemon, Halia, Epal dan Madu

Pagi ni, buka whatsapp, terjumpa lagi mesej yang tentang mitos rawatan jantung tersumbat. 

Geram sebenarnya bila baca, geram campur marah. Takut ada yang baca dan percaya, lepas tu tak pergi jumpa doktor. 

Sedih pun ada jugak. Sedih sebab saya tak faham kenapa orang sekarang begitu mudah percaya kepada mesej2 seperti ini dan tak rasa bersalah menyebarkan sesuatu yang tidak benar.

Tak apa lah.  

Lagi baik tulis kenapa maklumat yang diberikan di bawah salah.

Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia dan juga seluruh dunia, buat masa ini. [1] 

Sakit jantung disebabkan oleh saluran darah jantung yang tersumbat. Salur darah ini dinamakan koronari arteri. Dari umur belasan tahun dan ke atas, setiap orang didapati ada plak pada salur darah yang antara kandungannya adalah kolesterol. Plak ini lah yang membesar dan menyebabkan salur darah menjadi sempit, atau plak terbocor menyebabkan darah beku dan salur darah tersumbat. Sekiranya ini berlaku, pesakit akan merasakan seolah-olah tekanan atau sakit yang teruk pada bahagian dada [2].

http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-attack/basics/causes/con-20019520


Rawatan yang terbukti berkesan untuk sakit berjantung bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya adalah sama ada saluran darah tersumbat secara menyeluruh atau hanya separa.

Jika tersumbat dan tiada darah dapat lalu langsung, ini dinamakan "STEMI" dan rawatan yang diberikan adalah salah satu daripada:
1) Thrombolysis iaitu ubat yang boleh memecahkan darah beku yang menyebabkan salur tersumbat.
2) Angioplasty iaitu satu prosedur di mana pakar jantung memasukkan alat yang dapat membuat lubang dalam salur darah yang tersumbat atau memasukkan stent yang akan membuka salurang darah yang tersumbat.
3) Pembedahan iaitu CABG atau coronary artery bypass graft. Ini adalah pembedahan yang besar atau 'major' dan melibatkan dada dibuka serta saluran yang baru dibuat untuk memintas salur darah yang tersumbat.

http://www.heart.org/HEARTORG/Conditions/HeartAttack/TreatmentofaHeartAttack/Treatment-of-a-Heart-Attack_UCM_002042_Article.jsp#.WHBR1Pl97IU

Pakar sakit jantung akan menentukan rawatan yang terbaik untuk setiap pesakit dan di luar konteks perbincangan post pendek ini. Selain itu, ada beberapa jenis ubat yang akan diberikan termasuk aspirin dan ubat anti-platelet yang lain kerana ia bertindak menjadikan darah lebih cair dan tidak mudah menjadi beku, ubat untuk mengurangkan darah tinggi jika perlu, ubat untuk mengurangkan sakit melalui membesarkan saluran darah dan sebagainya.

Setiap ubat yang diberikan telah terbukti berkesan merawat sakit jantung dan boleh diterangkan mekanisma bagaimana ia mendatangkan kebaikan.

"Ramuan utk Jantung Tersumbat. (INI ADALAH MITOS DAN TIDAK BENAR)

Saya Abdullah Abd Rahman, KP541228-08-6085.
Anda boleh elakkan dari saluran jantung anda tersumbat dengan ramuan asli yang anda boleh buat sendiri dirumah. 

(Cara terbaik untuk mengelakkan sakit jantung adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat, pemakanan yang sihat, melakukan senaman dan tidak merokok. Jika umur lebih dari 40 tahun boleh buat saringan kesihatan di Klinik Kesihatan, periksa tekanan darah, kencing manis dan kolesterol).
Adakah anda tersiksa dengan Sakit Jantung? Atau anda telah d nasihatkan untuk menjalani pembedahan Angiography atau Bypass?
Tunggu dulu….. Sebelum anda menjalani pembedahan Angiography atau Bypass, anda hendaklah mencuba dengan yakin ramuan ini. 

(Ini adalah mitos dan tiada bukti menunjukkan rawatan berkesan)

Pada 18 April'13, saya d kehendaki untuk pergi ke Sahiwaal (Pakistan) dari UK untuk menghadiri majlis tahunan Khatme-e-Nabuwat (jemaah tabligh).
Sebelum itu, saya telah mengalami sakit yg amat sangat di dada kiri di bahagian jantung dn kesakitan ini berterusan buat beberapa waktu.
Saya kemudianya bertemu di Pakistan dengan Hazrat Moulana Bashir Ahmed Usmani Sahib dan memaklumkan kpdnya bahawa doktor telah mengesan 3 saluran injap darah tersumbat semasa melakukan Angiography ke atas saya, dan memaklumkan tarikh pembedahan Bypass ke atas saya yg akan dijalankan dlm masa sebulan.
Dalam pada itu, seorang sahabat jemaah, Encik Hakim telah menurunkan ramuan saperti di bawah yang saya amalkan selama sebulan.
Sehari sebelum pembedahan Bypass akan dijlnkan saya tiba di Cardiology Hospital, Lahore (Pakistan) dan membayar deposit Rs. 225,000.00 bagi menjalani pembedahan ini nanti.
Selepas memeriksa keputusan x-ray sebelum ini dan x-ray yg baru dibuat untuk melihat keadaan semasa saluran injap jantung saya, Doktor-doktor yg memeriksa saya bertanya samada saya ada mengambil apa-apa perubatan selepas kali terakhir ujian saluran yg telah saya jalani.
Saya katakan kpdnya bahawa En. Hakim Sahebs telah memberi ramuan ini.
Doktor doktor merasa terkejut dgn keputusan semasa saluran injap saya dan memaklumkan bahawa keputusan lapuran terkini, kesemua saluran injap telah terbuka dan berfungsi secara normal dan tiada pembedahan perlu dijalankan. Wang deposit saya di kembalikan dan saya disuruh pulang.
En Hakim Hazrat Moulana Bashir Ahmed Usmani Saheb sendiri, telah menyediakan ubatan ini dan juga memberitahu saya ramuan-ramuannya serta cara penyediaannya sapertimana di bawah:
Resipi (Saya delete resipi tersebut kerana takut ada yang salah faham).
***
(Dari Mufti Mohammed Kantharvi. London UK)
Diedarkan oleh AYP (Azaadville) untuk berkhidmat buat semua insan. "


1 comment:

  1. Kalau yg mengambil ubatan hospital bgaimana ya tuan.maksud saya dr segi masa.macam ayah saya, Pagi sebelum sarapan kena mkn ubat jantung.slps sarapan pn mkn juga

    ReplyDelete