Wednesday, April 24, 2019

Petua Memilih Pembantu Rumah Indonesia

Dalam kumpulan sokongan wanita pernah bincang bagaimana nak cari maid Indonesia yang sesuai.

Saya pun tak pasti dah pernah tulis atau belum tentang topic ni, elok juga kumpulkan beberapa tips bagi panduan orang lain.

1) pilih ejen yang direkomen oleh orang lain. Saya tak berani ambil risiko cuba servis yang belum pernah digunakan.

2) jangan pilih maid yang cantik atau menarik paras rupanya, (dan jangan pula pilih yang terlalu hodoh, macam kes kawan sehingga anak takut kepada maid), pilih lah yang rupa biasa-biasa sahaja.

3) umur pula jangan terlalu tua atau muda.

4) jika tujuan mengambil maid adalah untuk jaga anak-anak, maka pilih lah yang berpengalaman menjaga anak-anak.

5) pilih yang sudah pernah tinggal dan kerja di Malaysia bagi mengurangkan risiko homesick.

Saya akan tambah lagi tips, dah lewat, nak pergi jogging pula.

No comments:

Post a Comment