Monday, May 26, 2025

Cara Bayar Socso Maid Indonesia Setiap Bulan

 Alhamdulillah. Hari ni nak make notes sikit sebab ada yang tanya (second time) tentang ni.

Pegi ke website socso assist. Login.



Sebelah kiri atas klik contribution, pilih socso, new submission dari 2 dropdown.



Lepas tu, sampai page baru tekan butang arrears contribution sebelah kanan.


Tekan butang select untuk bulan yang nak dibayar (bulan semasa).



Jumlah yang perlu dibayar bergantung kepada gaji dan bilangan pekerja jadi check make sure semua dah betul, lepas tu tekan butang complete.


Page seteusnya tekan submit.


Tekan confirm.


Lepas tu auto keluar page FPX untuk bayaran.


Tekan proceed.


Akan dibawa terus ke page bank, teruskan bayaran seperti online payment yang lain.


Selepas bayaran dibuat, return to merchant akan sampai ke page yang tulis OK.

Saya tutup sahaja page ni dan login semula.


Sampai page permulaan balik.


Tekan butang collection and contribution sebelah kanan atas.


Akan sampai page baru. 



Contribution Payment Information. 


Bayaran yang baru dibuat akan berada di atas sekali.
Status NUP (Not Updated/Paid)


Payment status di sebelah kanan adalah "paid" atau sudah dibayar.

Kalau nak tengok resit boleh tekan simbol bawah "action" untuk bulan tersebut.


Resit akan keluar dan boleh save untuk rujukan.

Harap post ini membantu.

Friday, May 23, 2025

Sokongan Moral Kepada Pelajar Semasa Peperiksaan

 Alhamdulillah, dapat turut serta menjamu makanan waktu rehat untuk pelajar form 4 SBP.



Gambar kenangan bersama PKHEM dan parents yang lain.

Sebenarnya ni kali kedua. Kali pertama turun padang bagi makan kat students serama (sekolah asrama) ni masa anak pertama masuk serama 2019 untuk exam Checkpoint (form 2). Masa tu seronok ingatkan banyak peluang nak bagi makan masa PT3, IGCSE, SPM tapi apakan daya, 2020 tahun covid pandemik melanda satu dunia.

Maka tidak lah berpeluang lagi sehingga 3 minggu yang lepas.



Bila anak duduk serama, ada hari2 tertentu sahaja parents boleh visit, bawa keluar (outing) atau balik rumah (pulang bermalam).

Jadi bila ada peluang extra untuk jumpa anak macam ni, sambutan ibu bapa pun positif.

Parents buat crowd-funding dahulu, kemudian bayar pihak kantin sekolah.

Biasanya waktu rehat students makan di kantin, kena beratur dan beli macam sekolah biasa (SMK).

MRSM waktu rehat makan free (dah dibayar dan tak perlu beli).

Tak pasti SBP yang lain macam mana.

Untuk exam kali ni parents ambik makanan dari kantin dan hidang di tempat makan yang lain. 

Kelebihannya semua murid dapat makan dan tak perlu beratur di kantin. Cuak pula bila parents bertugas disuruh ambil gambar sebanyak mungkin semua pelajar untuk share dalam group whatsapp parents. Kalut juga sebab students laju je ambik makanan dan hilang. Ada juga parents yang rajin cari students sampai ke surau.

Berbeza dengan beberapa tahun yang lepas, masa tu parents masak dan bawa makanan dari rumah untuk dihidangkan untuk students makan masa rehat antara exam Checkpoint. Kali ni makanan dari luar tidak dibenarkan. Kita ikut je peraturan di sekolah masing-masing.










Monday, May 19, 2025

Format Ujian Bahasa Melayu Darjah 5


Alhamdulillah masih berpeluang untuk menulis di blog.

Hari ni saya nak save info berkenaan Ujian Bahasa Melayu untuk Darjah 5.

Rujukan: https://sumberpendidikan.com/wp-content/uploads/2022/12/Screenshot-2022-12-11-at-10.42.49-PM.png


Ada 4 jenis soalan:

Objektif aneka pilihan

Objektif pelbagai bentuk

Subjektif respons terhad

Subjektif respons terbuka


Untuk parents, antara langkah2 yang boleh diambil untuk bantu anak2 skor dalam peperiksaan:

1) hantar anak ke tuisyen

2) ambil tahu tentang silibus dan format peperiksaan supaya boleh bantu anak skor

Sebenarnya semua maklumat ada dihujung jari tapi nak cari ambil masa juga, dan nak memahami pun ambil masa juga.

Tapi semuanya insya Allah akan memberikan hasil.

3) beli buku rujukan dan latihan yang sesuai

4) buat group whatsapp ibu2 untuk share maklumat dan sokongan moral

Akan bersambung...


Hak Isteri

Ada kawan share post ni di FB maka saya save info yang berguna untuk manfaat semua. Saya edit bagi pendek supaya lebih senang nak baca.

"Isteri ‘𝗕𝗹𝘂𝗿’ di Mahkamah bila Hakim tanya ‘𝗔𝗽𝗮 𝗽𝘂𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗸?’

Ada satu pasangan suami isteri yang dipanggil dihadapan Hakim. Kes Permohonan Poligami yang difailkan oleh suaminya. Kes mereka tidak diwakil oleh mana-mana pihak.

Yang jadikan saya stress kat tepi tu adalah, keadaan wanita yang saya rasa isteri pertama lelaki tersebut, macam tak tahu apa-apa bila dihadapan Hakim.

Saya tahu, dia mungkin setuju untuk benarkan suaminya berpoligami. 

Yang saya kesian adalah, wanita yang pergi ke Mahkamah tapi dia macam ‘blur’ dan tak tahu nak mintak apa haknya.

Hakim pun siap bagi ‘hint’ lagi, ‘Puan tak nak declare apa-apa ke macam rumah puan sekarang?’

‘Takpalah tuan, dia dah sedia rumah kat saya’. 

Haihhhhh. 

Saya kat tepi masa tu, perati jer suaminya senyum lebar. 

Hakim pun tanya kalau-kalau suami pesan jangan cakap apa-apa depan Hakim.

Sengih-sengih ja puan ni.

✅ Apa yang perlu isteri buat bila terima permohonan poligami?

Kalau marah itu biasa. 

Kalau setuju dan tak marah pun itu biasa. 

Tapi, tolong jangan tak pergi ke Mahkamah bila dipanggil.

Bila dihadapan Hakim, Hakim hanya nak tahu, jika setuju poligami ini, apa hak isteri yang nak direkodkan. Ini kuasa Hakim. Mintak direkodkan Nafkah isteri ikut keperluan.

Kedua, mintak direkodkan Nafkah Anak untuk anak-anak. Rekod ikut keperluan, bukan ikut ala kadar. Kalau Nafkah Anak dan Nafkah Isteri pun suami takat nak bagi ala kadar, baik tak payah la poligami.

✅ Apa yang paling penting untuk rekod lagi?

Pada saya yang paling penting adalah rekodkan tentang Harta Sepencarian. 

Isteri kena tahu, kes Harta Sepencarian adalah kes yang rumit di Mahkamah jika satu pasangan bercerai dan nak buat tuntutan tersebut.

Biasanya perbicaraan kes Harta Sepencarian ini makan tahun dan perlukan segala macam bukti untuk perbicaraan. Tapi, bagi isteri yang dapat Tuntutan Poligami, isteri diberi keistimewaan untuk mintak Hakim ‘declare’ sebagai perintah, apa sahaja Harta yang suami ada sekarang sebagai Harta Sepencarian tanpa perlu bicara.

Bahkan, isteri boleh mintak diisytiharkan ‘1/2’ atau separuh bahagian milik anda walaupun suami yang beli 100%. Orang lain nak dapat 1/3 bahagian pun sukar jika bicara kes Harta Sepencarian.

✅ Kenapa penting rekod Harta Sepencarian ini?

Sebagai isteri kena tahu, meskipun suami beli 100% rumah dan sediakan untuk isteri, mungkin benar itu adalah Harta Sepencarian. 

Tapi, jika tidak ada Perintah, andai berlaku kematian suami, Rumah itu tetap dikira pusaka dan perlu dibahagi secara Faraid.

Melainkan dapat Perintah Harta sepencarian. Nak dapat perintah 1/2 bahagian, isteri perlu ada bukti yang isteri juga ada sumbangan langsung terhadap pembelian rumah tersebut.

✅ Apa jadi kalau suami mati, dan tak rekod Harta Sepencarian?

Rumah dan segala harta itu akan dibahagi secara Faraid. Kalau ada anak, bahagian faraid isteri adalah 1/8. Namun, jika suami anda berpoligami, mungkin dua isteri, bahagian isteri akan jadi 1/16.

Itu belum kira jika suami ada 3 atau 4 isteri. Lagi kecil bahagian pusaka seorang isteri. Dan tak semena-mena, isteri terpaksa naik turun Mahkamah hanya untuk ‘declare’ Harta Sepencarian dan berlawan dengan semua ahli waris.

Itu kalau mati. Kalau isteri diceraikan sewaktu hidup, selepas cerai nak kena lantik peguam bagi failkan Harta Sepencarian. Itu pun jika Harta itu masih ada. Kalau rumah sudah dijual sebelum cerai, jenuhlah  naik turun Mahkamah.

✅ Kalau Tuan Fahmi di tempat isteri, apa yang tuan akan buat?

Jangan tak pergi langsung. Lagi rugi. Suami boleh ‘kuak bebas’ depan Hakim. 

Tapi, saya akan mintak rekod Nafkah diri sebagai isteri RM1000 sebulan at least, Nafkah Anak seorang RM600 at least seorang setiap bulan, RM300 untuk baju raya dan RM400 untuk perbelanjaan awal persekolahan.

Harta Sepencarian confirm, semua harta yang suami beli, saya nak mintak Mahkamah ‘declare’ 1/2. Kalau ada yang saya keluarkan duit lebih, saya nak mintak 2/3 bahagian.

Lagi satu, saya nak mintak suami sediakan Hibah Takaful RM1 juta sebagai simpanan dan tinggalan jika berlaku kematian. At least, hak saya selamat selepas kematian suami. Dan bolehlah saya nak survive dengan baik dan selamatkan Harta pusaka arwah.

❤️ Kesimpulan,

Saya sangat berharap, perkongsian saya ini sampai kepada lebih ramai wanita. Jangan pergi ke Mahkamah dalam keadaan yang anda tak tahu apa-apa.

Rugi. Tersangat rugi.

Fahmi Ramli.

Anda ada pertanyaan? Boleh tanya disini

wasap.my/60197372389/NakTanyaSikit"

Friday, May 9, 2025

Tips Selesaikan Hutang Bank

 Alhamdulillah, masih berpeluang menulis di blog ini.

Hari ni saya nak share sikit tentang pengalaman melunaskan hutang bank.

Semuanya bermula dengan niat. Niat untuk hidup lebih shariah compliant, walaupun hutang bank adalah islamik, namun begitu, sebenarnya jumlah yang dibayar setiap bulan tu, sebahagian sahaja adalah untuk membayar hutang dan sejumlah yang signifikan adalah keuntungan yang bank buat hasil daripada hutang tersebut.

Maka mula2 saya email bertanya kepada MBSB tentang prosedur untuk melangsaikan hutang loan rumah, dan telah dibalas dengan borang yang perlu diisi.

Saya kemudian pergi ke bank pada mulanya untuk mengurangkan jumlah hutang.

Seperti juga pertanyaan kepada Maybank baru-baru ini, jika customer membuat bayaran bulanan melebihi jumlah yang sepatutnya, perlu memaklumkan kepada bank bahawa lebihan bayaran adalah untuk mengurangkan hutang. Jika tidak dimaklumkan maka bayaran lebih hanya akan digunakan untuk bayaran bulanan sahaja dan bukan untuk mengurangkan jumlah hutang.

Kemudian, selepas dua kali membuat bayaran untuk mengurangkan hutang, saya membuat kira2, memang lebih untung jika dibayar terus dan langsaikan hutang tersebut.

Maka, perlu maklum kepada pihak bank MBSB dan tunggu mereka keluarkan surat. Dalam surat tersebut diberi tiga tarikh berserta tiga jumlah berbeza yang perlu dibayar mengikut tarikh yang dipilih.

Contohnya jika permohonan untuk melangsaikan hutang adalah pada July 2024, maka tiga tarikh bayaran pada Julai, Ogos dan September 2024 diberikan dan semakin lama tarikh, semakin tinggi bayaran akhir tersebut, beza dalam beberapa percent jumlah pinjaman yang tinggal.

Untuk bayaran terakhir tidak boleh menggunakan online banking tetapi perlu buat bank draft atau money order. 

Maka saya memilih menggunakan khidmat Maybank.

Selepas bayaran dibuat, saya email MBSB untuk mendapatkan surat "Release Letter" yang diminta oleh peguam. 

Seperkara lagi, semasa mengisi borang permohonan untuk melunaskan hutang bank, kita akan diminta untuk isi nama dan nombor telefon peguam untuk menguruskan "discharge of charge" yang saya faham adalah menukar nama untuk hartanah dari nama bank kepada nama pemilik.

Release letter ini juga diminta apabila kita pergi ke pejabat Takaful untuk cashkan MRTA atau mortgage reducing terms agreement.

Saya tak ingat sama ada Takaful Malaysia atau Takaful Ikhlas, tetapi, perlu datang ke cawangan terdekat bersama sijil MRTA dan paling penting adalah surat "Release Letter" dari bank yang mengakui hutang bank telah langsai.

Pengalaman di Maybank pula beberapa minggu yang lepas, adalah lebih mudah.

Setiap penama hutang perlu datang ke bank dan bawa IC untuk dapatkan thumbprint. Jika suami isteri maka kedua2 pihak perlu datang sekali.

Boleh gunakan apps untuk semak baki hutang dan boleh langsaikan hutang terus di hadapan Financial Consultant menggunakan MAE apps.

Sama juga seperti MBSB, ada borang yang perlu di isi dan jika tiada nama peguam maka boleh guna khidmat peguam Maybank untuk discharge of charge.

Kemudian pegi ke kaunter untuk dapatkan thumbprint dan proses dikira selesai dalam satu transaksi dan satu sahaja lawatan ke bank.

Untuk MRTA pula automatik akan dapat refund ke dalam bank akaun kerana Etiqa takaful adalah di bawah Maybank.

Discharge of charge sahaja yang akan mengambil masa sedikit.

Tapi, tiada rush di situ. Yang penting, tiada lagi bayaran bulanan untuk hartanah, kereta dan sebagainya. Syukur Alhamdulillah.