Alhamdulillah, masih berpeluang menulis di blog ini.
Hari ni saya nak share sikit tentang pengalaman melunaskan hutang bank.
Semuanya bermula dengan niat. Niat untuk hidup lebih shariah compliant, walaupun hutang bank adalah islamik, namun begitu, sebenarnya jumlah yang dibayar setiap bulan tu, sebahagian sahaja adalah untuk membayar hutang dan sejumlah yang signifikan adalah keuntungan yang bank buat hasil daripada hutang tersebut.
Maka mula2 saya email bertanya kepada MBSB tentang prosedur untuk melangsaikan hutang loan rumah, dan telah dibalas dengan borang yang perlu diisi.
Saya kemudian pergi ke bank pada mulanya untuk mengurangkan jumlah hutang.
Seperti juga pertanyaan kepada Maybank baru-baru ini, jika customer membuat bayaran bulanan melebihi jumlah yang sepatutnya, perlu memaklumkan kepada bank bahawa lebihan bayaran adalah untuk mengurangkan hutang. Jika tidak dimaklumkan maka bayaran lebih hanya akan digunakan untuk bayaran bulanan sahaja dan bukan untuk mengurangkan jumlah hutang.
Kemudian, selepas dua kali membuat bayaran untuk mengurangkan hutang, saya membuat kira2, memang lebih untung jika dibayar terus dan langsaikan hutang tersebut.
Maka, perlu maklum kepada pihak bank MBSB dan tunggu mereka keluarkan surat. Dalam surat tersebut diberi tiga tarikh berserta tiga jumlah berbeza yang perlu dibayar mengikut tarikh yang dipilih.
Contohnya jika permohonan untuk melangsaikan hutang adalah pada July 2024, maka tiga tarikh bayaran pada Julai, Ogos dan September 2024 diberikan dan semakin lama tarikh, semakin tinggi bayaran akhir tersebut, beza dalam beberapa percent jumlah pinjaman yang tinggal.
Untuk bayaran terakhir tidak boleh menggunakan online banking tetapi perlu buat bank draft atau money order.
Maka saya memilih menggunakan khidmat Maybank.
Selepas bayaran dibuat, saya email MBSB untuk mendapatkan surat "Release Letter" yang diminta oleh peguam.
Seperkara lagi, semasa mengisi borang permohonan untuk melunaskan hutang bank, kita akan diminta untuk isi nama dan nombor telefon peguam untuk menguruskan "discharge of charge" yang saya faham adalah menukar nama untuk hartanah dari nama bank kepada nama pemilik.
Release letter ini juga diminta apabila kita pergi ke pejabat Takaful untuk cashkan MRTA atau mortgage reducing terms agreement.
Saya tak ingat sama ada Takaful Malaysia atau Takaful Ikhlas, tetapi, perlu datang ke cawangan terdekat bersama sijil MRTA dan paling penting adalah surat "Release Letter" dari bank yang mengakui hutang bank telah langsai.
Pengalaman di Maybank pula beberapa minggu yang lepas, adalah lebih mudah.
Setiap penama hutang perlu datang ke bank dan bawa IC untuk dapatkan thumbprint. Jika suami isteri maka kedua2 pihak perlu datang sekali.
Boleh gunakan apps untuk semak baki hutang dan boleh langsaikan hutang terus di hadapan Financial Consultant menggunakan MAE apps.
Sama juga seperti MBSB, ada borang yang perlu di isi dan jika tiada nama peguam maka boleh guna khidmat peguam Maybank untuk discharge of charge.
Kemudian pegi ke kaunter untuk dapatkan thumbprint dan proses dikira selesai dalam satu transaksi dan satu sahaja lawatan ke bank.
Untuk MRTA pula automatik akan dapat refund ke dalam bank akaun kerana Etiqa takaful adalah di bawah Maybank.
Discharge of charge sahaja yang akan mengambil masa sedikit.
Tapi, tiada rush di situ. Yang penting, tiada lagi bayaran bulanan untuk hartanah, kereta dan sebagainya. Syukur Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment