Monday, November 19, 2018

Ejen Maid Indonesia

Setiap kali saya tulis post di facebook tentang maid, atau menyebut tentang maid kepada kawan-kawan dalam whatsapp, pasti ada yang akan mesej personal untuk tanya, Mazlyn, mana you dapat maid Indon ya, ada no tel ejen tak?

Walaupun sekarang dah tak perlu guna ejen, market demand untuk maid atau pembantu rumah memang tinggi dan akan sentiasa ada. Selagi labour is cheap and affordable, selagi tu akan ada permintaan.

Berbeza dengan kehidupan di Ireland di mana hanya golongan kaya mampu ada maid.

Maka saya pun carilah no tel ejen untuk maid yang sedia ada.

Memang rezeki kami sekeluarga sentiasa dapat maid Indonesia yang rajin, berdedikasi dan jujur.
Jadi, saya tiada masalah share dua no tel ejen maid yang saya memang puas hati.

Yang pertama email dari Tenaga Era ni masih ada dalam yahoo mail saya. Email ni bertarikh 12 December 2008. Hampir sepuluh tahun yang lalu. Dan maid yang saya ambil masa tu masih bekerja dengan keluarga saya sehingga hari ni.

Kenapa tiba-tiba saya banyak tulis status dan cerita tentang maid Indon? Sebab setiap dua tahun memang maid akan balik ke kampungnya bercuti, dan masa ni lah saya terpaksa ambil cuti atau buat lain-lain arrangements supaya hidup semasa ketiadaan maid dapat berlalu dengan aman.

Tenaga Era Network ni mula-mula direkomen kepada saya oleh kakak yang baru kahwin masa tu. Dia yang baru kahwin dapat maid dulu, walaupun kami dah lama kahwin (1999) tapi tiada maid kerana tinggal luar negara, maka masa tu yang jaga anak-anak masa saya bekerja adalah arwah adik ipar.

Setelah pulang ke Malaysia dan melihat kakak ada maid, saya pun teruja nak ambil maid semasa hendak mula bekerja.

Maid pertama yang ambil dengan ejen yang sama agak berumur tetapi rajin. Setelah hampir selesai kontrak dua tahun dia minta untuk kembali ke Indonesia kerana anaknya hendak mula bersekolah.

Mula-mula berat juga untuk membenarkan kerana memikirkan duit beribu-ribu yang dibayar masa ambil dengan ejen, tetapi kesian juga jadi akhirnya lepaskan dan doa minta diganti dengan maid yang lebih baik.

Alhamdulillah doa dimakbulkan.
Saya pun tak pasti sama ada ejen ni masih ada atau tidak...
Ejen maid yang kedua pula namanya Nia dan boleh dihubungi melalui no tel: 016-2346464.

Maid yang saya ambil dari ejen ni pun bagus dan masih bekerja dengan keluarga mertua sehingga hari ini.

Saya doakan supaya pembaca juga dapat mencari maid Indonesia yang baik.

No comments:

Post a Comment