Saturday, January 19, 2019

Checkpoint dan IGCSE di MRSM

Alhamdulillah ada kawan share balik tulisan Dr Laila dalam whatsapp group mak-mak, maka saya pun dapatkan kebenaran dari Dr Laila sendiri untuk save tips dia dalam blog saya...

1) Checkpoint: gunakan keputusan untuk perbaiki kelemahan, jika ada.

"Post ni untuk sharing pengetahuan Checkpoint (CP) nak bagi kita ibubapa dan anak-anak faham macam mana nak guna kan keputusan checkpoint.

Supaya keputusan tu bantu anak-anak dalam IGCSE nanti.

PART 1: Macam mana nak faham keputusan anak?

Ada 3 gambar terangkan basic keputusan:

Setiap pelajar, apa yang dia 👍 Atau lemah tak sama. Ini lah kelebihan Checkpoint result.

Kalau exam lain takde org nak cari kelemahan dan kelebihan. Anak-anak pun kadang-kadang tak pasti.

Peluang ni supaya anak-anak buat latihan sendiri topik yg lemah dan bertanya cikgu/kawan.
Parents pun boleh bagi support buku latihan/kelas masa cuti dsb.

Sebenarnya, keputusan Checkpoint ni lebih kepada keputusan individu. Kalau kita tahu ‘average’ student lain pun tak berapa bantu anak sebanyak kalau anak kita ambil peluang baiki topik yg lemah.

Sebab Checkpoint ni adalah asas kepada subjek-subjek IGCSE dan SPM.

Ini tak bermakna kalau anak tidak dapat band yg bagus tak boleh score IGCSE.

Checkpoint lebih kepada, berapa banyak usaha yang perlu dibuat, apa topik yang perlu diberi perhatian, supaya score.

Lagi sedikit markah band, lagi perlu banyak usaha kerana IGCSE nanti lebih mencabar dan perlu asas yang kuat.

Ada banyak cases pelajar yang band rendah dapat score IGCSE sebab ambil pendekatan kukuhkan basic topic yang lemah.

Tetapi sebagai ibubapa, kita nak tahu juga average kan 😅. Nak tahu juga anak berbanding kawan lain macam mana, boleh bawa ke dual programme yang mencabar ni dan sebagainya..

Normal la sebagai parents, semua bermain di fikiran.. takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Apa keputusan average MRSM X utk Checkpoint tahun ini?
Average 2018
English 4.6
Maths 4.7
Science 4.3

PART 2: Cikgu akan buat apa selepas dapat result Checkpoint ni?

Ada yang tanya, Cikgu akan jumpa anak ke lepas ni untuk discuss?
Cikgu takkan discuss secara individu mengenai keputusan untuk semua pelajar.

Faktor utama ialah, majority pelajar, dengan memahami keputusan Checkpoint (part 1 yang saya telah terangkan), mereka dah boleh usaha memperbaiki keputusan sendiri dengan kawan inisiatif tanya cikgu dan sebagainya.

Tetapi bagi yang mendapat kurang daripada ‘average’, guru akan jumpa dan tengok analisa sama-sama dengan pelajar dan discuss macam mana nak improve.

Guru juga akan buat analysis keseluruhan topik apa yang pelajar lemah dan fokuskan yang tu juga.

Sebab ni semua asas penting utk subject IGCSE/SPM.
Tetapi memang laa tak khusus untuk setiap individu penekanannya ye.
Sebab tu penting anak usaha apa yang ada dalam keputusan dia sendiri.

PART 3: Mengharungi Tingkatan 3.

Post ini bukan nak takutkan, just a heads up untuk kebaikan anak-anak dan memahami kehidupan mereka dalam usaha nak jadi ibubapa yang prihatin dan penyayang.

Form 3 ialah tingkatan paling SUKAR untuk student MRSM IGSCE.

Tahun ni (2019) lagi la mencabar sebab KSSM is starting this year for form 3: New syllabus & assessment format.

Susah nak cari guru di Malaysia ni pun yang dah ‘pro’ dengan format baru ni walaupun dah pakar bertahun-tahun.
Semua pun masih belajar format baru dan nanti mereka akan di beri kursus/pendedahan from time to time daripada kementerian.
Cikgu MRSM pun sama juga.

Bersama-sama lah students dan cikgu mempelajari sesuatu yang baru.
Ini susah sebab as we know, exam ni kalau ada format soalan past years yang sangat membantu.
Memang lah tak 💯 sylabus lain daripada last year tapi style soalan dan skema jawapan memang mempengaruhi. Itu la yang jadi masa anak kita UPSR dulu kan (tahun 2016).

Tetapi, kalau tak ambil kira format baru PT3 pun, sebelum ni, belajar masa form 3 is always tough for MRSM IGCSE students...

Semasa form 3 lah jadual waktu paling packed, homework paling banyak , at the same time life anak-anak kita macam sports, aktiviti-aktiviti sekolah dan asrama dan sebagainya berjalan seperti biasa. Ye.. pertandingan-pertandingan, majlis-majlis dan apa juga activity yang dia orang cerita-cerita these past 2 years tu..

Dan masa ini juga la time when puberty hits, masa remaja yg minat-minat kawan-kawan.
Changes in personality dan sebagainya. 😅

Memang kena betul-betul tough mentally daripada segi belajar dan kehidupan mereka.
Kita parents try laa faham anak-anak.

Support mereka supaya mereka bermotivasi selalu, tak terlalu stress dan tidak hilang fokus.

Form 3 is tough because they have PT3 but at the same time still kena focus on IGCSE subjects.

Tidak sama dengan student sekolah yang tak ambil IGSCE.

Ikutkan estimation diorang belajar PT3 tu dalam 6 bulan je compared to sekolah harian belajar untuk 1 tahun.

Dan IGSCE tu 1.5tahun compared to sekolah international 2 tahun. 

International school, hanya yang benar-benar score je mereka bagi buat 1.5tahun IGSCE.

We are talking about anak2 kita yang bukan saja buat 1.5tahun, tambah dengan PT3 sekali sebab?
Realitinya anak-anak kita ni belajar PT3 dan IGSCE dalam waktu yg sama.
|
Jika ada overlap Tajuk.

Contoh Kalau algebra, PT3 ada topik ni, IGCSE pun ada.. jadi dia belajar je sekali harung.

Yang susahnya, format IGCSE ni, cara soalan, skema jawapan, lain daripada PT3.

PT3 ni lebih ‘strict’, kena ada keyword dan sebagainya. Lebih pada memori nak ingat kata kunci..

IGSCE pula lebih pada soalan berbentuk pemahaman.

Contoh laa Kalau soalan science yang sama, anak kita jawab semua sama,
bagi cikgu semak ikut format PT3 dan kemudian semak ikut pada format IGCSE,
Student boleh dapat markah dan grade yang sangat berbeza.

Ini salah satu sebab hari tu markah sains anak semester 2 rata-rata menurun. Sebabnya format PT3 Tapi anak jawab cara IGCSE.

So anak-anak really kena pandai balance both; not to get confused cara menjawab for these two different exams.
Kita pun boleh alertkan anak-anak kita, contohnya buat la atau simpan 2 jenis nota, satu PT3, satu IGSCE supaya tak confuse.

Macam mana cara belajarnya nanti?
Cikgu dlm kelas akan beritahu, yang ni cara jawab PT3, yang Cara jawab IGSCE. So anak mmg kena concentrate.

Ni usaha Kita je laa nasihat anak.. ada anak mungkin aware Pasal ni.. ada yg mungkin tak tahu.
Dan ye laa Kita kena faham benda ni susah dan chances anak2 kita  nak confuse mmg ada..

Mengikut sharing guru2, anak2 mrsm igsce ni selalu akan jawab PT3 ikut format IGSCE jadi markah dia akan kurang laa bila PT3.

Ok laa.. Boleh juga kata kalau Maths takkan laa beza sgt..
Kalau subject maths, jalan kerja dan jawapan sama laa kan Kalau soalan yg sama. Tetapi Kita kena faham standard mathematic PT3 jauh beza dgn IGSCE.
IGSCE ni adalah SPM bagi UK standard.

Ok tu sharing Saya dpd segi formalnya".

I believe Kita semua adults dan parents yg nakkan terbaik utk anak2 kita.

***

Perjalanan ni mmg sukar.

Tak semua pelajar boleh cemerlang kedua2nya PT3 dan IGCSE Sebab yg Saya dah explain tu laa.. confusing dan susah. Dan cikgu pun kejar masa nak abis sylabus.

Kdg2 anak dah cuba maksimum pun tak berapa score.
Ada juga ibubapa yg beri kelonggaran pada anak utk just pilih concentrate lebih kepada IGSCE.
Kerana keputusan PT3 tu, tak berapa bernilai Kalau Kita mmg plan nak kekalkan anak dlm mrsm igsce ni.

Apa2 pun keputusan PT3 anak Kita, takde pembuangan sekolah. Pihak sekolah pun faham.
Ramai kata PT3 Cuma utk bila Saudara mara atau kawan2 tanya result anak, taknak jatuh air muka..

IGSCE lebih benefit utk anak Sebab sylabus nya banyak sama dengan SPM. Malahan advantage kerana belajar awal dpd .org lain.
Kiranya macam anak Kita ni didedahkan SPM sejak Form 3 laa..
Ini pendapat sebilangan ibubapa yg tak mahu anak terlalu tertekan sampai tak boleh catch up.

Bagi ahli dlm group ni pula.. masing2 lebih pandai menilai anak sendiri. Sebagai parents, bincang laa dgn anak2 dan buat laa keputusan.. nak target kedua2nya, atau Salah satu PT3 atau IGSsce, pilihannya pada anak anda dan anda..

Sekurang2nya.. Kita dah dapat exposure  apa yg akan jadi pada anak Kita tahun Ini. Semoga post ni membantu. Bila doa utk anak sendiri.. doa laa utk anak2 WA ni termasuk anak Saya juga ye 😊

Form 3, to help students tak confuse,
Ada 4 subject sains,
1) sains teras (pt3)
2) bio igsce
3) Physic igsce
4) chem igsce

Terlebih info sikit pasal pt3
Tp part 1 tuk tuk ank ank kita
Nak fwd lain kali
Takut terlupa
Happy weekend and happy holiday everyone"



2 comments:

  1. Hi
    Ad sample check point papers tak? Bole share>

    ReplyDelete
  2. Thanks puan for the info, even tho 2 anak di MRSM IGCSE still blur. Mengharapkan anak faham sendiri :) Mak2 bagi moral support & also personal tutor je la every time balik pulang bermalam. Semoga anak2 kita berjaya dunia akhirat.

    ReplyDelete