Saturday, January 26, 2019

Tidak Puas Hati Dengan Syarikat Penerbangan

Ok, pagi ni nak komplen sikit.

Sebabnya selama ni memang takde masalah dengan syarikat penerbangan ni. Memang banyak kali dah naik. Bukan saya seorang tetapi ahli keluarga yang lain juga.

Dan kalau tak silap, saya pernah tulis juga tentang kebaikan syarikat ni dalam blog sebelum ni.

Biasanya, 24jam sebelum nak fly, akan dapat email yang bagi tau boleh web check-in. Dah cuba buat semalam, tak boleh. Maka saya pun call customer service tanya kenapa.

Semalam dia kata sebab return flight, maka tak boleh buat online check in. Masa tu pelik juga sebab selama ni ok je. So semalam saya terfikir dan tanya juga suami. Dia tak bagi apa-apa idea cuma tanya betul ke dah boleh check in? Betul la sebab dah kurang daripada 48 jam.

So hari ni, cuba lagi sekali. Tak boleh online check-in juga. Maka call customer service again. Kali ni, dia bagi hold sementara check.

Ok. kali ni dia kata sebab minor travelling alone maka kena check in kat airport.

Pelik kan, kenapa semalam tak cakap benda yang sama?

Saya tak puas hati dan akan tulis emel complain pula.

Kita adalah customer yang berbayar. Bukannya free. Nak la khidmat yang baik. Betul tak?



No comments:

Post a Comment