Thursday, August 27, 2020

Sedikit Info Berkenaan MRSM IB MYP

 Alhamdulillah, syukur masih berpeluang menulis dalam blog ini...

Hari ni sempat nak save info berkaitan MRSM IB MYP...

Sebelum ni ada dengar tentang MRSM IB tapi tak pay attention sangat...baru2 ni dah keluar, masa untuk parents apply anak2 masuk MRSM form 1 & form 4, maka seperti biasa time ni mesti ada parents yang tanya tentang sistem2 MRSM...

Saya pun nak save jawapan2 yang kawan2 lain bagi, senang nak rujuk in future kalau ada orang lain tanya.

http://online.anyflip.com/hfwhx/ztjy/mobile/index.html

Soalan:

"ada x anak korang yg sdg belajar kt mrsm ib myp?"

"Ib myp ni new program ke?"

Jawapan

"IB ada 2 mrsm x silap, Balik Pulau dan 1 lg belah Johor

Dia mcm IB nya program la

Holistic, tp xde special exam mcm IG"

Lagi jawapan:

"It more to teaching approach. Project base learning.

Good approach I would say.

International Baccalaureate- very good- teach to build a character not just emphasise on academics. But very expensive if private. Mara adopted IB for a few centres I think

IB learning ada dari primary, secondary and pre U level

My daughter buat IB Mara - would highly recommend the programme although memang hectic dan banyak kerja. Helps build up character and usually do much better in uni and at work"

And more comments:

"Basically, ib myp ade 3 colleges, balik Pulau, sandakan n pontian

Dorang focus more on kemenjadian pelajar tapi results x bape

Sbb dorang xde exam

So the kids are not used to sitting for exams

Students ada final showcase ms f5.. Masuk from F1 and final year masa F5"

Q: Pt3 + spm mcm biasa kan? Ans: Sama, tu yg masalah bila results x OK

Banding dgn MRSM IGCSE:

"Igcse lebih pada exams n topics covered wide sbb belajar physics chemistry bio since F1"

Berbalik kepada sistem IB MYP:

"Oo..not exam oriented la

Objektif utama holistic approach but sometimes the achievements susah nak measure"

More info:

"Stakat ni dok intai2 sblm ni, depa ada pentauliahan utk Sijil IB MYP.

Mcm tahun lepas ada pentauliahan dari mana tah tak ingat (Oversea) Negara mana tak ingat..... Utk pentauliahan projek budak² Form 5 (start f4)... Pelajar yg complete projek layak terima  Penganugerahan Sijil IB MYP

Mcm IG... depa ada exam & buku IGSCE sendiri masa f2 & f4 kan? Kalo tak silap...(ya, bab ni betul)

IB tak mcm tu. Yg lain² semua sama dgn premier. Cuma beza nya tu depa kena create projek nnt...utk pentauliahan..

Ni yg final showcase tu, mcm program sem tapi yg wow gila, 

Mmg hebat la outputnya? 5 tahun kan

Tak cukup hebat sbb Malaysia exam oriented

So org x nmpk hebat maktab ib sbb org study ranking".

More comments:

"Lg lively and happening ya?

Sgt, cg English kene cover syllabus performing arts

Kene buat script writing, news casting, acting, mcm2

Beza dengan mrsm biasa ialah approach pada subjek yang belajar. IB ni lebih kepada approach to learning (ATL)

Maksudnya setiap topik yang dia belajar akan ada assessment selain dari kuiz, ujian & exam

Contohnya dia belajar sains topik pembiakan. Dia kena buat video pasal proses pembiakan, rakam interview ibu dia ni yang kena bercerita pengalaman lahirkan dia dulu, edit video, upload kat youtube. Jadi dia akan lebih faham topik tu, lebih hargai ibubapa, kreatif hasilkan dan edit video, tahu guna social media sbg wadah ilmu.

Kira holistic learning approach la

Contoh lain topik pendebungaan. Dia kena snap gambar serangga hisap madu. Dari situ dia tahu serangga agen pendebungaan & cara2 lain pendebungaan".

Mrsm IB 👆

"Tp my fren ni anak dia baru F1. Anak dia mmg suka la. Jenis yg very aktif in ko k and loves to explore mcm2

Ranking SPM MRSM IB not sure. Maybe boleh check"

Ni ada info dari cikgu 👆🏽


Ni berkenaan MRSM IGCSE: 

"Ada, teachers akan print past years jugak sbb byk buku mahal sgt.. Plus maktab ig buat curriculum modifications"

Ok hari ni 30/8/2020

ada info baru, ni dari kawan yang anaknya di MRSM IB:

"Baru start around last 2 years ... Tengah dok serabut sikit dia punya program, sebab cikgu cikgi pun baru nak familiarize dengan IB + Normal punya program.

Ada banyak extra IB works untuk students on top of normal punya program.

Banyak kena juggle between SPM and IB.

If you ask me .... La ni it seems macam still experimental stage .... Maybe in the next 3/4 years la kot ... Kalau nak stabilize pun ... Tu pun kalau depa consider IB program success and can continue

IB punya style non conventional teaching ... So lepas sekolah rendah 6 tahun punya conventional makan suap punya teachings .... Susah jugak bebudak nak adapt dengan IB punya konsep ni .... Masa 1st year tu memang jahanam la result ... Tapi la ni getting better.

My opinion .... Kalau kawan you nak anak dia ada high possibility nak score straight A dalam SPM .... Go for conventional school yang focus grinding SPM ... Macam STF ka Alam Shah ka MRSM Tepeng ka .... Tapi kalau tak kisah sangat about straight As, tapi nak anak ada extra skill sets  ... Can consider IB.

Some more additional info below"

Yang bawah ni dua kawan saya share tapi not sure source...sorang kawan kata ada orang share kat FB:

"Info berkenaan program International Baccalaureate Middle Years Programme (IB MYP) di bawah ini saya tulis untuk rujukan para ibu bapa di dalam salah satu group yang saya sertai di Facebook. Saya kongsikan juga di sini sebagai rujukan bersama.

Sebenarnya saya sendiri pun baru sedikit jelas tentang MRSM IB MYP apabila anak kedua mengikuti program ni awal tahun baru ni. Itu pun selepas saya membuat pembacaan sendiri di internet dan meminta penerangan dari guru yang terlibat secara langsung dengan program IB MYP. Jadi mohon betulkan saya jika ada info yang tersilap.

International Baccalaureate Middle Years Programme (IB MYP)

Program IB MYP merupakan salah satu dari empat program pendidikan yang diperkenalkan oleh International Baccalaureate Organization (IBO) tapi sekarang dikenali sebagai International Baccalaureate (IB).

IB merupakan sebuah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan (non-profit organization) beribu pejabat di Geneva, Switzerland.

Objektif utama untuk kesemua program IB adalah untuk menjadikan dunia lebih baik melalui pendidikan.

Program IB MYP mula dilaksanakan pada tahun 1994 dan merupakan program kedua dilaksanakan oleh IB.

Program pertama adalah International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP) yang mula dilaksanakan pada tahun 1968.

Program IBDP ni adalah program persediaan ke universiti yang setara dengan program A Levels. Lepasan program IBDP turut diterima ke universiti terkemuka dunia. Pendek kata, program IBDP ni bukan biasa-biasa cuma di Malaysia, A Levels lebih tersohor.

Sebenarnya MARA sendiri sudah melaksanakan program IBDP sejak tahun 1992 di Kolej MARA Banting sebagai kursus persediaan pelajar tajaan MARA ke universiti luar negara.

Untuk melaksanakan program IB, pihak sekolah perlu mendapat kelulusan dan mandat dari pihak IB dan sekolah yang diberi mandat dipanggil “IB World School”.

Kenapa world? Sebab program IB ni diiktiraf dan dilaksanakan di seluruh dunia. Buat masa sekarang ada lebih dari 5000 IB World School di seluruh dunia. Wow!

Disebabkan program IBDP adalah program yang bagus bertaraf antarabangsa, MARA melaksanakan pula program IB MYP di tiga buah MRSMnya iaitu MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang; MRSM Tun Dr. Ismail, Pontian, Johor; dan MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens, Sandakan, Sabah.

Dalam Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM), program IB MYP diintegrasikan dalam SPMRSM. Program IB MYP tidak mengubah mana-mana bahagian SPMRSM yang sememangnya sudah mantap.

Jadi apa program IB MYP ni?

Program IB adalah program pendidikan holistik yang menekankan pembangunan akademik selari dengan perkembangan kendiri.

Pelajar dengan sifat ingin tahu yang tinggi, berpengetahuan luas dan penyayang pada masyarakat diharapkan mampu menjadikan dunia lebih baik dan lebih aman.

IB MYP pula adalah program IB yang ditawarkan kepada pelajar berusia di antara 11 hingga 16 tahun dengan jangka masa program selama 5 tahun.

Ini lah sebabnya pelajar di MRSM IB MYP tidak dibenarkan bertukar ke program MRSM yang lain.

Program IB MYP dirangka untuk menggalakkan pelajar membuat perkaitan secara praktikal antara topik yang dipelajari di dalam kelas dengan dunia sebenar.

Saya berikan satu contoh topik Pembiakan dalam silibus Sains Tingkatan 1. Kefahaman teori pelajar tentang topik ini dinilai melalui kaedah konvensional seperti kuiz, ujian dan peperiksaan. Tetapi sejauh mana pelajar memahami topik ini di dunia sebenar dan seterusnya menghargai (appreciate) nilai-nilai murni yang tersirat dari topik ni?

Di sinilah program IB MYP dilaksanakan di mana guru sebagai pembimbing dan pemudah cara memberikan tugasan kepada pelajar.

Antara contoh tugasan adalah pelajar perlu menghasilkan video berkenaan proses pembiakan, membuat rakaman temubual dengan ibu pelajar sendiri berkenaan pengalaman semasa mengandung serta proses kelahiran, meyunting seterusnya memuat naik video ke laman sosial.

Jika dilihat secara teliti, tugasan ini mampu mengukuhkan pemahaman fakta dan teori yang dipelajari di dalam kelas. Lebih dari itu, pelajar lebih menghargai ibu bapa, kreatif dalam menyunting video dan bijak memanfaatkan media sosial sebagai wadah ilmu.

Contoh lain adalah topik Pendebungaan di mana tugasan yang diberikan adalah merakam gambar serangga yang sedang melakukan proses pendebungaan. Dari situ pelajar belajar berinteraksi dengan alam seterusnnya menghargai hidupan di sekitar.

Secara ringkasnya, program IB MYP ni lebih kepada pendekatan kepada pembelajaran (Approach to Learning – ATL) yang boleh diintegrasikan dalam mana-mana sistem pendidikan.

Jadi betullah tu jika ada anak-anak pelajar dan ibubapa yang beritahu program IB MYP ni banyak sangat assignment (tugasan) dan assessment (penilaian).

Namun, jangan risau kerana guru yang terlatih dengan program IB MYP ni mampu memberikan tugasan yang berinformasi tetapi menyeronokkan.

Buat masa ini keberhasilan program IB MYP di MRSM masih belum boleh dinilai secara menyeluruh kerana batch pertama yang mengikuti program ini adalah calon SPM tunda 2020.

Jadi inshaAllah dalam beberapa tahun akan datang MARA pasti membuat penilaian akan keberhasilan program IB MYP ni.

Secara peribadi, saya melihat program IB MYP ni sesuai untuk anak-anak yang cenderung kepada kaedah pembelajaran bukan konvensional, suka meneroka sesuatu yang baru serta mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.

Jika dilihat secara jauh, tujuan program IB MYP ini sendiri adalah untuk menyiapkan pelajar ke peringkat yang lebih tinggi iaitu program IB Diploma Programme (IBDP).

Saya percaya MARA sendiri mempunyai hala tuju tersendiri berkenaan program IB MYP ni kerana berbanding A Levels yang hanya menekankan pencapaian akademik, IB Diploma Programme (IBDP) adalah kursus yang lebih holistik sebagai persediaan pelajar ke luar negara.

Nota

Pendidikan holistik melibatkan keseluruhan diri seseorang termasuk fizikal, emosi, mental, rohani dan hubungan antara manusia.

Pendidikan konvensional melibatkan pemikiran mental seperti lulus peperiksaan, memperolehi kelayakan dan ijazah".

Ni pendapat peribadi lepas dapat info lanjut tentang MRSM IB MYP = memang menarik, namun begitu, pengalaman mengajar saya ada beza antara idea dan execution, jadi nak tau yang sebenar-benarnya kena la tanya students, parents dan teachers yang dalam sistem tersebut.


No comments:

Post a Comment