Saturday, October 17, 2020

Penjagaan Ibu Selepas Bersalin Secara Caeser atau Bedah

Alhamdulillah, hari ni ada perbincangan sedikit tentang penjagaan ibu lepas bersalin secara bedah.

Ni nasihat dari Dr Safwati, doktor pakar obstetrik dan ginekologi: 

"Salam..

Untuk post caesar, cara berpantang lebih kurang sama je dengan bersalin normal.

Cuma beza :

1. Kena jaga luka betul2..make sure luka tu sentiasa kering dan bersih.

2. Rehat yang cukup. Tak galakkan angkat benda berat2 selain baby 😅

3. Minum air yang cukup. Untuk kurangkan risiko darah beku. Pastikan sekiranya doktor bekalkan injection heparin, kena habiskan.

4. Galakkan berjalan seperti biasa..untuk kurangkan risiko darah beku.

5. Pemakanan..asalkan makanan sihat, semua boleh 😁..boleh tambahkan sumber vitamin C untuk promote wound healing

6. Untuk kurangkan parut..boleh ikut saranan Dr Mazlyn.

7. Kalau nak berbengkung..elakkan bengkung yang berlilit tu..boleh pakai yg zipzap (utk post caesar), tapi pakai atas bahagian luka. Supaya luka cepat kering.

TQ"

Tentang cara kurangkan parut, nanti saya suruh doktor pakar plastik buat video, mungkin lagi sesuai, tapi untuk kawan2, saya share je apa yang saya tau melalui video juga...

No comments:

Post a Comment