Friday, September 8, 2023

Bercuti di Osaka, Jepun 4 Hari, 4 Malam

 Assalamualaikum wbt semua,

Glico sign, Dotonburi


Alhamdulillah masih berpeluang menulis di dalam blog ini. Baru 3 hari pulang dari cuti pertama ke Jepun pada 2-7 Sept. Sempena cuti sekolah, 27 Ogos, kami sekeluarga bertolak ke Pantai Chendor untuk melepaskan anak-anak penyu ke laut bersama Along dari Rimbun Dahan. Malam tu, tinggal di sebuah homestay di Kuantan dan keesokan hari terus ke Jeti Mersing, untuk ke Pulau Tioman dari 28-31 Ogos.

Selepas Tioman pula, suami dan anak2 yang lain sudah bersedia untuk kembali ke sekolah dan university, saya dan anak sulung sambung cuti ke Jepun pula kerana kami berdua sahaja yang masih bercuti.

Cuti ke Jepun ini agak last minute persiapannya. Flight Air Asia book pada 12 Ogos dan hotel pula pada 1 Sept 2023. Ini kerana anak confirm cuti semester agak last minute dan saya juga ada beberapa cabaran kesihatan. Maka setelah solat istikharah dan beberapa pertimbangan lain, kami memutuskan untuk pergi bercuti ke Jepun untuk kali pertama.


Air Asia menjadi pilihan kerana flight yang murah dan paling penting untuk saya yang agak kurang sihat kerana ada kecederaan pada kaki, maka hendak pilih direct flight untuk kurangkan berjalan menggunakan kaki selagi boleh.

Alhamdulillah walaupun pernah ada pengalaman kurang manis, kali ini pengalaman menggunakan Air Asia sangat positif.

Cabin crew berhemah dan membantu. Kami dibenarkan tukar tempat duduk dari aisle ke kerusi bertiga di tengah2. Kami tidak beli tempat duduk sebab nak jimat. Flight pula waktu malam, 11.55malam dan sampai Kansai Airport, Osaka pukul 7pagi.

Tiga baris

Osaka Castle

kerusi di bahagian belakang, 49-51, kosong, maka kami dibenarkan pindah ke baris tengah dan dapat la saya tidur dengan agak selesa.

Pak Nassir nasi lemak memang sedap.

Sampai di Airport, semua lancar. Kami dah isi borang embark dalam kapal terbang, ada juga anjing datang hidu kami di custom tapi semua laju dan cepat. 

3D Art Latte


Setelah keluar ke kawasan arrivals, ada polis Jepun berbaju biasa tegur dan minta passport. Lepas tu kami pun tanya ke mana nak ambik train Nankai Line. Dia tunjukkan naik atas dan ikut sahaja, terus beli tiket dan naik train untuk ke bandar.

Secara umum, kami memang tak pandai cakap Jepun dan gunakan bahasa Inggeris, semua yang kami tanya faham soalan, ada yang jawab dalam bahasa Jepun dan kebanyakkan guna isyarat untuk menjawab.

Ada juga yang kami guna phone untuk tanya soalan.

Universal Studios Japan - dapat juga masuk Super Nintendo World. Alhamdulillah, rezeki.


Signage yang penting ada dalam bahasa Inggeris, maka betul sekiranya hanya pergi tempat2 yang biasa orang melancong tiada masalah kalau tak pandai bahasa Jepun.

Dalam masa sejam kami sampai ke bandar Osaka dan bilik air dalam train Nankai pun sangat bersih.

Lepas tu naik Metro pula ikut dalam google maps. Beli tiket ke mana2 190 yen, sebab kami tak berjalan sangat (sebab kaki cedera), kalau banyak jalan boleh beli one day pass yen 820 boleh guna sepanjang hari. 

Metro atau LRT Osaka juga mudah untuk guna dan faham. Tengok line ada colour coded, nak beli tiket boleh pilih bahasa Inggeris dulu. Duit kertas yen1000 pun mesin terima.

Kalau sesat atau tak pasti, setiap stesyen tu memang ada seorang pegawai yang duduk dalam booth pertanyaan, boleh je tanya kat situ.

Lepas hantar beg ke hotel (ada juga servis bayar hantar beg terus ke hotel tapi saya nak tengok juga perjalanan macam mana sebab nak plan untuk return nanti), boleh tinggalkan beg free saja, kami terus ke Osaka castle. Tapi dah sampai tu waktu tengah hari maka sangat panas macam Malaysia juga.

Lepas ambil gambar, anak saya masuk ke Museum berdekatan.

Kembali ke APA Hotel Higobashi, saya book melalui Agoda, sebelum tu survey juga AirBnB tetapi belum book sebab tak pasti lokasi bila baca review ada komen2 yang agak merisaukan seperti kawasan yang kurang selamat, ramai orang mabuk waktu malam untuk AirBnB yang harga murah dalam RM160 semalam untuk dua orang, maka last2 saya book hotel dengan Agoda sebab satu hari sebelum flight macam ada pelbagai deals atau last minute offers, harga RM165 satu bilik double tapi bila book harga jadi RM800 semalam sebab termasuk 10% service charge dan 10% tax. Tapi at least hotel kawasan dia selamat dan dekat sangat dengan Metro. Sebab dah tak larat nak fikir saya pun book sahaja dan pengalaman sangat positif, saya puas hati dan syorkan cuma seperti yang saya baca dalam reviews, bilik memang kecil. Tapi saya puas hati dengan harga, lokasi, servis dan lain2.

Hari kedua kami dah book tiket untuk berdua ke Universal Studios Japan (USJ), Alhamdulillah keluar ikut Metro waktu orang Jepun pergi kerja. Senang je nak sampai memang ada annoucement kat mana nak tukar train untuk Universal Studios sebab ramai kot tourist ke situ.

Jalan pun tak jauh dari Metro ke USJ. Sebab cuti ni meraikan anak sulung keputusan cemerlang SPM 2020 promax, maka saya ikut kehendak dia untuk ke USJ.

Unik juga USJ banding Singapore sebab ada Harry Potter dan Nintendo. Cuma nak masuk tempat2 popular ni kena ada timed-entry ticket yang kena beli dulu atau gamble minta masa dah masuk. Kami alhamdulillah dapat tiket untuk Nintendo. Puas hati la saya pun peminat HP dan Nintendo.

Saya pulang ke hotel sendiri lepas tengah hari, anak pulang sendiri petang sikit. Sebab kecederaan kaki saya kena kurangkan berjalan dan tak nak terlalu penat. Sebelum pegi dah ambil takaful kesihatan dengan Etiqa, murah je dalam RM50 tak silap.

Air Asia kami ambil juga flight insurance dan makanan.

Setakat perbelanjaan flight untuk 2 return KL-Osaka Air Asia termasuk satu check in luggage, insurance dan makanan return, RM3700 beli dengan Air Paz
Tiket USJ untuk dua RM556 beli di website USJ

Hotel APA hotel Higobashi Ekimae book dengan Agoda 4 malam RM800

Untuk cash pula tukar RM 2,911.50 dapat Yen 90,000.

Selepas pulang, belanja Yen 64,000 sahaja atau dalam RM550 sehari untuk 4 hari.

Hari ke tiga anak nak keluar makan2, sebelum tu kami makan beli 7 eleven depan hotel sahaja, dengan maggi laksa/kari, teh 3 in 1 yang bawa dari Malaysia.

So kami cari 3D latte art dan lepas tu anak nak shopping barang2 second hand yang kawan dia recommend, jalan2 terjumpa kedai makan Pakistan halal, singgah juga makan di situ sebelum pulang.

Anak terus sambung jalan2 sementara saya berehat di hotel.

Malam tu anak keluar cari makanan Jepun halal restoran Masturi, sedap dan harga berpatutan, ramen, takoyaki dan Mochi.

Esok hari terakhir santai sahaja bersiar sambil plan untuk pulang. Airport transfer orang Malaysia dah fully book, hotel reception kata turun sahaja dan tahan teksi tepi jalan pukul 4.30pagi. Alhamdulillah ok.

Singgah sebentar ambil gambar waktu malam di Glico sign, Dotonburi dan terus ke Airport.

Jika saya sihat sepenuhnya mungkin akan ke Mount Fuji/Tokyo/Bamboo Forest/Nara. Insya Allah ada rezeki lain kali boleh sampai lagi untuk melihat tempat2 lain di Jepun.

Sangat tertarik dengan kebersihan dan displin beratur naik Metro dan melintas jalan ikut lampu isyarat.





No comments:

Post a Comment