Saturday, September 16, 2023

Menjadi seorang minimalist

 Alhamdulillah, hari ni Hari Malaysia. Saya ada kelapangan untuk rehat dan blog sebab semua aktiviti hari Sabtu cuti.

Gambar wardrobe saya. Ini sahaja pakaian yang saya ada pada satu masa. Semua muat dalam almari size lebih kurang budak asrama.

Sejujurnya, saya ingat jadi minimalist ni normal. Tapi pernah la sekali cerita kat kawan, serious kasut saya sepasang je. Kasut yang sama saya pakai pergi kerja, pergi shopping, dan sepasang lagi kasut untuk jogging. Takde dah yang lain. Dan kawan2 tak percaya.

Baju pulak, cukup yang perlu sahaja. Kalau saya kerja full time kena tambah sikit lagi tapi takde lah banyak mana pun, masih muat dalam wardrobe tu.

Tudung ada dalam 10 helai, baju ada dalam 10 pasang, sebab saya suka pakai blouse dengan long skirt. Ada la satu spare jubah. Baju rumah pun ada dalam 10, baju jogging ada beberapa pasang. Itu sahaja.

Cukup untuk gaya hidup saya yang sederhana dan minimalist.

Barang2 yang lain pun mengikut konsep yang sama. Saya tak simpan barang yang tidak digunakan. Sama ada bagi orang lain, atau recycle, dan sebagainya.

Kelebihan jadi minimalist? Tak perlu banyak ruang untuk storage, sebab tak banyak barang pun yang simpan. 

Saya tak suka shopping. Shopping bila perlu sahaja. Hobi saya kalau ada masa lapang adalah suka berehat di rumah, baca buku, menulis, menonton filem. Tak memerlukan kepada material sangat.

Untuk jaga kesihatan fizikal saya suka jalan kaki, jogging, untuk cardio atau jantung, untuk otot pula buat simple exercises weight lifting, push up, plank etc atau ikut youtube. Konsep minimalist juga, tidak memerlukan apa2 sangat kecuali kasut dan pakaian yang sesuai dan willpower serta displin.

Kalau ada nak cuba gaya hidup minimalist ni, tips yang saya dapat dari baca buku Azizi Ali dan beberapa buku lain (maaf tak ingat sumber), sediakan kotak atau beg plastik atau satu bekas. Dalam bekas ni letaklah benda2 yang kita rasa macam tak guna sangat tapi sayang nak let go. Ya, saya faham perasaan cannot let go tu, saya pun ada perasaan tu. Tapi cuba experiment ni dulu.

Tak perlu mula dengan banyak benda pun, letak la dulu 2-3 benda sahaja. Lepas beberapa minggu atau beberapa bulan, check balik dan tengok. Betul ke tak guna pun benda tu. Kalau betul, maka masa check tu buat la keputusan untuk give away atau recycle dan sebagainya. Pasti ada orang lain yang boleh manfaatkan benda yang kita simpan sahaja tu.

Saya memang buat proses ni setiap hujung minggu. Itu lah rahsia teknik nak jadi minimalist.

Selepas mula bekerja, saya mendapat posting kerja di Mullingar, 55 batu atau 80km dari rumah di Dublin. Mula2 saya sewa di Mullingar dengan kawan, tetapi setelah beberapa ketika mula berulang kerana suami kerja di Dublin. Masa tu saya perasan, sebenarnya, kita tak perlu pun banyak benda untuk kehidupan seharian. Sebab setiap Isnin saya akan pack barang keperluan untuk lima hari bekerja. Hari Jumaat petang, pulang ke Dublin. Masa tu tahun 2003, sebelum kelahiran anak sulung. Hampir dua dekad yang lepas.

Arwah Ayah pula meninggal tahun 2009. 14 tahun yang lepas. Masa tu juga saya merasakan hidup ini sementara, seperti pesanan Arwah Ayah. Seperti ramai orang lain, saya ada sedikit collection contoh key chain lah, soft toys lah dan lain2. Saya mula rasakan 'distant' dengan keperluan material sebegini.

Lagi satu pengalaman ialah semenjak sampai ke Dublin tahun 1995, sehingga pulang ke Malaysia 2006, hampir setiap tahun saya akan pindah rumah atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Memang penat pindah rumah, tapi setiap kali pindah, saya akan go through barang2 yang ada, dan yang tak perlu saya akan bagi kepada orang lain atau recycle. Macam training juga untuk jadi minimalist.

Alhamdulillah, barang tak banyak, senang nak cari. Saya juga selalu menjadi orang yang tolong simpankan dokumen atau barang penting orang lain. Mungkin lepas ni kena caj la untuk servis ni.

Harap tips dan petua ini berguna untuk semua.




No comments:

Post a Comment