Sunday, September 15, 2024

Belajar Jual Beli Saham

 Alhamdulillah, akhirnya ada peluang menulis sedikit tentang kemahiran jual beli saham.

Bermula lebih-kurang bulan Mei 2023 atau hampir setahun 4-5 bulan yang lepas, pertama kali saya memohon saham IPO Cloudpoint. 

Masa tu memang tak pernah jual beli saham walaupun dah lama minat dan berniat nak berkecimpung dalam bidang ni.

Masa belajar MBA tahun sekitar 2011-2015 (lambat grad, defer 2 kali sebab pegi haji dan juga melahirkan anak ke-empat), untuk subjek elektif memang pilih "financial statement analysis" sebab niat nak gunakan ilmu itu untuk jual beli saham tetapi belum kesampaian sehingga lah sedekad kemudian, insya Allah.

Pertama kali saya memohon IPO menggunakan maybank, tidak berjaya. Dan sehingga hari ini, dah hampuir 30 kali memohom saham IPO menggunakan sistem yang sama tetapi hanya berjaya 8-9 atau 1/3 sahaja. Rezeki Allah yang bagi.

Kelebihan IPO adalah, untuk kebanyakkan IPO, harga akan naik pada hari pertama didagangkan di Bursa Malaysia. Maka ada peluang cerah untuk ambil keuntungan.

Kekurangannya pula, pembelian atau peruntukkan IPO adalah berdasarkan cabutan atau 'ballot'. Lagi ramai pemohon, makin rendah la kebarangkalian/probability untuk membeli saham yang diidamkan itu.

Maka, setelah beberapa kali berjaya membeli IPO melalui proses 'ballot', saya mula faham betapa "mudahnya" mendapat keuntungan melalui jual beli saham berbanding mana2 pelaburan yang pernah saya lakukan sebelum ini, contohnya pelaburan hartanah, pelaburan unit trust, amanah saham, dan pulangan juga adalah paling tinggi berbanding semua jenis pelaburan yang lain. Cuma kena faham, high risk comes with high returns atau risiko yang tinggi datang dengan pulangan yang tinggi. Setiap yang bergelar guru atau berpengalaman jual beli saham akan menceritakan perihal 'rugi' dalam jual beli saham. Rugi itu adalah sesuatu kemestian yang pasti berlaku seperti seorang bayi yang belajar berjalan pasti akan terjatuh dan bangkit semula.

Saya pun mula mendengar perkongsian daripada beberapa individu di Youtube, yang dua saya share ni, "Trading with KS" dan "Kelas Saham Percuma" ada share video hampir atau setiap hari berkaitan pasaran saham Malaysia terkini. 

Weekly KLSE BURSA Review - 15-9-2024 💥CONSTRUCTION SECTOR CAN REBOUND?💥 GAMUDA IJM JAKS KERJAYA (youtube.com)

Post Mortem Bursa Malaysia Jumaat 13 September 2024 (youtube.com)

Ada juga banyak video di Youtube yang lain yang bermanfaat tetapi setakat ni, saya jumpa dua ni sahaja yang bercakap tentang ulasan pasaran saham terkini/relevan sekarang.

Pada masa yang sama, saya mengikuti kelas online yang boleh saya kongsikan tajuk2 kelas sebagai rujukan sejak akhir Mei 2024 sehingga hari ini (15hb September 2024):

1) 10 important indicators

2) Fibonacci and tools

3) Elliot wave, basic

4) Chart pattern, basic and advanced (Quasimodo)

5) Harmonic pattern, basic

6) SNR (Support and resistance) Vs SND (Supply and demand)

7) EPS, PE Ratio, ROE, NAV, Dividend yield (Fundamental analysis)

8) Kelas Review Kaunter Saham

9) Kelas Saham Ultra Trader

10) Tips Kenal Pasti Lebih Awal Kaunter Nak Junam 

Pada awal bulan September 2024, saya mula jual beli saham di Bursa Malaysia secara 'simulation' atau simulasi.

Saya memilih trading plan dan kemudiannya 'execute' atau buat pembelian dan penjualan mengikut harga semasa tetapi tidak menggunakan wang lagi. Setakat nak cuba dahulu tanpa menggunakan wang yang betul, dan semua transaksi saya rekodkan seolah-olah proses jual beli yang sebenar.

Jika strategi ini berjaya memberikan results atau hasil yang baik, maka insya Allah saya akan mulakan jual beli saham yang sebenar.


No comments:

Post a Comment