Dua hari lepas, 24hb April 2025, keputusan SPM 2024 keluar secara rasmi.
Tumpang bangga bila tengok MRSM KKB ranking no1 untuk MRSM. Sebab anak no2 dulu sekolah sini.
Hari ni pulak, mesej ni dah viral di whatsapp. Dari pagi sampai petang ada orang share.
Tak tau la siapa yang tulis, tak dapat nak bagi kredit.
Cuma save di sini dulu untuk rujukan masa depan.
"Alhamdulilah, selesai ambil result SPM. Tahniah MRSM KKB hampir 50% pelajar semua straight A dan carta no 1 SPM di kalangan MRSM.
Tadi duduk dengan TPKA Madam Nurin. Kami berterima kasih sebab effort pengetua dan guru yang sangat luar biasa. Di luar waktu kerja dan penuh ikhlas dan perhatian.
Tapi yang terbaliknya, Madam kata ini semua sebab parent.
“Satu perkara saya belajar dari Parent Batch Avveroes ni adalah mereka sangat suka bersedekah dan memberi. Saya belajar untuk diri saya sebagai parent juga.”
Sedikit pelik sehingga cikgu terang lebih lagi
- Parent kumpul dana Akademik dari awal dan bagi ke sekolah. Terus tanya sekolah, program apa yang sekolah rancang.
- Sekolah pula ada perancangan tapi selalu masalah kekangan dana, bila parent sokong, mudah sangat nak jalankan.
- Ada dana, cikgu dapat print soalan/nota tambahan dengan mudah, fotostat di luar dengan kualiti kertas dan print yang bagus. Tak perlu cikgu keluar duit poket mereka.
- Cuti sekolah duit dana guna untuk tusyen online tambahan dari guru pakar subjek sekolah luar. Kerja parent pastikan anak masuk kelas online masa cuti sekolah.
- Bila anak anak stress belajar, duit dana bantu anak berehat/makan/ riadah tanpa bebankan poket guru. Cikgu bawa anak keluar dengan gembira.
- Hujung minggu bagi cikgu berehat dan masa dengan keluarga, duit dana bayar guru pakar untuk tusyen tambahan. Kalau guru nak mengajar pun ada dana yang bayarkan.
- Akhir sekali cikgu kata, parent batch ni selalu belanja makan dan bagi hadiah. Yang terakhir kutipan wang untuk hadiahkan set cormforter sampaikan guard dan cleaner sekolah pun dapat.
- Lepas dapat, ramai ramai guru dan pekerja sekolah doakan batch ini jadi no 1.
- Cikgu semua gembira dan sentiasa doakan anak anak batch ni. Madam Nurin kata kita tak tahu doa siapa yang Allah makbulkan.
Alhamdulilah, seingat kami tak banyak pun sumbangan ibu bapa, hanya rm50 sebulan sejak Mac selama 8 bulan bagi yang mampu.
Mula2 ke akaun parent, kemudian buka persatuan dan ke akaun persatuan.
Ada dana INFAK juga dibuka setiap jumaat jika ada nak bersedekah. Ada parent mampu bagi lebih, ada bagi RM10 ikut kemampuan.
Duit Dana ni masih berbaki, semasa ambil result SPM, duit ini bayar pasang khemah, 3 kambing golek, satay dan menu raya raikan guru dan pelajar.
Habis SPM, persatuan ini dicadangkan untuk diberi kepada anak anak sebagai tabung kebajikan batch mereka, in case ada bencana dan kesusahan. Ajar anak terus memberi.
Kesimpulan, gabungan pengetua Ayahanda kami yang sangat prihatin dan terbuka, doa dan usaha guru yang ikhlas dan ibu bapa prihatin antara punca kejayaan kali ini. Dari GPS 2.19 naik ke 1.26 dalam masa 2 tahun.
Konflik, terasa hati, merajuk kalangan parent isu biasa tapi bila letak kepentingan anak di depan melebihi ego dan kepentingan ibu bapa, alhamdulilah, banyak berdamai.
Paling best tengok senyuman guru, ibu bapa dan anak anak semalam. Penuh syukur dan gembira.
Semoga formula sama dapat bantu sekolah lain dan menyokong guru dan sekolah dengan lebih baik.
Nota di atas dari pemerhatian ibu mrsmkkb yang tak aktif. Semoga bermanfaat.
#learnearnandgive"
No comments:
Post a Comment