Tuesday, June 24, 2025

Harga Emas dan Geopolitik

 Kali pertama saya lihat harga emas naik mendadak adalah semasa Iran menghantar misile kepada rejim Zionist sebagai tindakbalas ke atas pembunuhan ketua Hamas, Hezbollah dan Islamic Revolutionary Guard Corps (IRGC) pada tahun Oktober 2024.

Saya mula belajar tentang jual beli saham pada bulan Mei 2024, setelah mendapati kerja mengajar di sebuah university kurang sesuai dengan jiwa saya, walaupun facility, tenaga pengajar dan sistem mantap disediakan. Maka saya membuat pilihan untuk meninggalkan dunia pensyarah sementara dan memasuki dunia jual beli serta pelaburan saham.

Selama sebulan setengah saya mendengar hampir 30 kelas saham yang direkod, membuat nota serta mencari video dan info lain dari internet untuk memahami apa yang diajar. Saya juga menggunakan tradingview untuk mempraktik ilmu tentang chart selepas beberapa hari mula belajar tentang saham.

Sebenarnya saya telah membuka akaun CDS dan mula jual beli saham pada bulan Mei 2023. Sebelum itu saya bekerja di sebuah klinik swasta berdekatan dengan rumah dari Januari 2023 sehingga klinik tersebut ditutup dan dijual oleh pemilik semasa bulan Ramadhan.

Suami menyuruh saya untuk sama2 belajar jual beli saham sebagai punca pendapatan tambahan kerana ter-inspirasi bukan hanya dari kawan2 dan ahli keluarganya yang telah berjaya, tetapi ada juga jiran kami pada masa itu yang pakai kereta lambo hanya dari forex trading (tapi forex adalah tidak patuh syariah), cuma untuk tunjukkan contoh pendapatan lumayan hanya dari jual beli online dan tidak perlu makan gaji.

Selain dari kelas bersiri tersebut, saya juga mencari influencer social media dari youtube dan facebook di mana saya boleh aplikasikan teori yang telah dipelajari kepada pasaran saham semasa dan menjumpai beberapa individu. Setiap hari saya akan melihat video youtube dan dari situ ada juga yang berkongsi tentang harga emas serta kaitan geopolitik terhadap pasaran saham dan harga emas.

Semalam US secara tiba2 telah menyerang Iran selepas 9 hari (Jumaat 2 minggu lepas sehingga hari Selasa) perang antara Iran dan rejim Zionist yang dimulakan oleh rejim Zionist pada Jumaat 14 Jun 2025.

Saya menganggap masuk campur US adalah tanda perang dunia ketiga bermula dan menjangkakan harga emas akan naik sekali lagi.

Namun begitu, sebaliknya, harga emas turun.

Saya kongsikan dari whatsapp group Public Gold Misi 1kg Emas untuk pengajaran:



Analisis harga emas 24/6/2025.


Gais,


Kenapa harga emas jatuh semalam dan hari ini? 


Ramai di kalangan kita yang terkejut tengok harga emas jatuh mendadak sejak semalam dan hari ini.


Tak kurang juga yang tertanya-tanya:


πŸ’¬ “Eh, bukan ke dunia macam nak perang dunia? Bukankah harga emas sepatutnya terus naik?”


Jawapannya: tidak semudah itu.


Saya nak kongsi sedikit analisis untuk kita semua faham logik di sebalik apa yang berlaku.


Sebelum ini, media arus perdana heboh melaporkan dunia kononnya di ambang Perang Dunia Ketiga.


πŸ‘‰ Israel serang loji nuklear Iran.

πŸ‘‰ Iran balas serang Tel Aviv.

πŸ‘‰ Dunia mula panik.

πŸ‘‰ US serang 3 loji nuklear Iran.

πŸ‘‰ Iran serang pengkalan tentera US di Qatar.


Akibatnya, harga emas melambung naik kerana permintaan melonjak.


Tapi… adakah perang dunia betul-betul nak bermula?


Jawapannya: tidak.


Kalau kaji dengan mendalam,  tindakan-tindakan Iran, Israel dan US sebenarnya penuh dengan pengiraan strategi.


✅ Iran tak mahu perang penuh dengan Israel + Amerika.


✅ Israel tahu dia tak boleh lawan Iran tanpa sokongan Amerika.


✅ Amerika pula tak berminat nak seret diri masuk perang besar kat Timur Tengah, sebab fokus utama mereka sekarang ialah China.


✅ China dan Rusia? Diam je. Tak ada tanda nak tolong Iran kalau perang meletus.


Faktor sebenar; semua pihak nak keamanan. 


Tak nak konflik merebak menjadi besar dan menjejaskan selurih rantau Timur Tengah.


Apa yang berlaku selepas itu?


✔ Israel lancar serangan, Iran balas sebagai simbolik (restore deterrence).


✔ Amerika tawar damai selepas tunjuk kekuatan.


✔ Kedua-dua pihak berhati-hati supaya tak terseret ke perang penuh.


✔ Dunia mula nampak risiko perang besar sudah menurun.


Inilah yang disebut sebagai de-escalation – ketegangan mula reda.


Dan bila risiko reda, pelabur mula jual semula emas. 


Kenapa? Sebab mereka tak lagi perlukan emas sebagai fungsi pelindung nilai.


Apa yang kita boleh belajar daripada krisis Iran, Israel dan US?


1️⃣ Jangan cepat percaya bila media kata “dunia nak perang dunia”. Dunia tak semudah itu nak terbakar.


2️⃣ Pasaran emas sangat sensitif dengan sentimen, bukan hanya fakta. Berita kecil boleh buat harga naik turun mendadak.


3️⃣ Pelaburan emas memerlukan kita faham geopolitik, ekonomi global dan psikologi pasaran.


Jadi bila harga emas naik atau turun, cuba kita baca cerita di sebalik angka, bukan hanya tengok carta harga emas semata-mata.


πŸ’¬ Kalau rasa posting ni bermanfaat, kongsikan untuk kawan-kawan lain.


#NotaEmasSyukorHashim 

#publicgold

Kredit M***guru Emas

No comments:

Post a Comment