Sunday, June 8, 2025

Simpan Emas

 Alhamdulillah dalam masa beberapa tahun kebelakangan ni, simpan emas dah jadi trend sebab harga emas naik mendadak.

Masih ingat lagi sekitar tahun 2006-2013, masa pegi course Azizi Ali, ada orang tanya, pandangan tentang emas sebagai simpanan untuk kewangan. Masa tu dah lebih sedekad yang lampau dan jawapan Azizi ialah, emas bagus hanya sebagai hiasan tapi kalau nak buat duit, tidak sesuai. Berbeza dengan sekarang 2025, hampir semua orang bercakap tentang emas, nak beli emas, nak simpan emas, nak jual emas.

Kenapa? What happened?

Bila perang Ukraine berlaku, Rusia kena sanction. Aset Russia dalam US dollar kena beku. Bila geng China tengok benda ni berlaku, dan US serta kuasa Barat semua agak hostile kepada China sebab nampak China sebagai antara kuasa besar yang mengancam kedudukan US sebagai kuasa terbesar dunia. Maka untuk mengelakkan nasib yang sama seperti Russia, China banyak beli emas, bukan sahaja kerajaan tapi orang ramai rakyat marhaen China pun.

Perang Ukraine pun baru 3-4 tahun? 

Jadi dalam masa ni harga emas memang naik mendadak.

Bukan itu sahaja, dulu saya pun tak faham bila dengar "new world order" rasa macam scam, tapi bila tengok video youtube Ray Dalio, baru faham sebenarnya dunia sedang mengalami peralihan kuasa dan ini memang normal dan berlaku sepanjang sejarah manusia dengan naik dan turun kuasa dunia.

Sejak kecil sampai sekarang memang US dan kuasa Barat menguasai dunia tetapi sekarang, China dah hampir nak challenge US sebagai kuasa ekonomi terbesar di dunia dan China berkawan dengan negara2 BRICS dah mula boleh challenge kuasa2 Barat.

Sebenarnya dunia ini Allah yang punya. Allah bagi kuasa kepada siapa yang Dia kehendaki, tetapi semuanya sementara. Tak ada yang selama2nya.

Dan sekarang, bila berlaku peralihan kuasa, akan ada pelbagai jenis perang sebab kuasa besar lama tak akan 'fall without a fight'. Mereka akan cuba pertahankan diri.

Ok berbalik kepada emas.

Panjang background tapi kena faham sebenarnya kenapa sesuatu isu itu berlaku, baru kita boleh ambil kesempatan dan susun strategy terbaik.


Saya nak share sikit notes dari G100 public gold yang kawan saya Nano/Marliana share semalam.

Untuk simpanan jangka pendek, ASB atau Tabung Haji lebih baik. Pulangannya konsisten sekitar 4% - 5% setahun. 

 Tapi untuk jangka panjang (2 tahun dan ke atas), emas lebih baik. Sejarah 22 tahun menunjukkan harga emas naik secara purata sekitar 19% setahun.

PRESTASI 22 TAHUN ASB, TH & EMAS 

 6.74% ASB 

 4.35% TABUNG HAJI 

 19.40% EMAS


HARGA EMAS AKAN SENTIASA NAIK? 

 Untuk jangka pendek, harga emas sentiasa ada naik turun. 

Tetapi dalam jangka panjang, harga emas akan sentiasa naik sebagaimana kenaikan harga barang keperluan. 

 Selagi sistem duit kertas (wang fiat) digunakan; kerajaan terus mencetak wang yang menyebabkan nilai duit semakin menurun dari tahun ke tahun, selagi itulah harga emas akan terus naik.


Harga emas naik 770% sejak 1995 (30 tahun lalu)

Selamatkan Nilai Simpanan Duit yang ditukar menjadi emas selamat daripada kejatuhan nilai dalam jangka panjang disebabkan (1) inflasi, dan (2) kejatuhan nilai ringgit

Sekiranya duit RM1 juta ditukar kepada emas pada tahun 2005, pada tahun 2025 nilainya menjadi RM10.6 juta!

 Pelaburan emas tidak ada pendapatan seperti dividen ASB atau Tabung Haji.


CARA BUAT UNTUNG DENGAN EMAS? 

 Asasnya "beli harga rendah, jual harga tinggi". Bila ada duit untuk simpanan sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas, tukarkan kepada emas. (2) Simpan selama mungkin. 

Jangan jual emas tersebut kecuali bila ada peluang untuk tukarkan kepada aset yang lebih baik dan memberikan cashflow, antaranya; 

 Beli hartanah di bawah harga pasaran 

 Beli tanah yang mendatangkan hasil 

 Jadikan modal pusingan bisnes 

 Langsaikan pinjaman bank lebih awal untuk dapat rebat

 Ini faktor membuatkan kekayaan penyimpan emas bertambah dengan cepat dari bulan ke bulan; 

 MAKIN MAHAL : Harga emas makin lama makin mahal, dan akan sentiasa mahal. Tiada satu zaman pun harga emas dianggap murah. 

 TAK BOCOR : Bila duit simpanan sudah ditukarkan menjadi emas, secara automatik hilang nafsu berbelanja - sebab "nombor" yang 'menggoda' telahpun hilang. 

 CEPAT BERTAMBAH : Tuhan jadikan naluri manusia pada emas untuk disimpan dan dikumpul, bukan untuk dibelanjakan. Kepingan emas yang cantik membuatkan penyimpannya ketagih untuk kumpul lebih banyak, lagi dan lagi 

Kelebihan lain menyimpan emas:

ASET FIZIKAL MAMPU MILIK 

 Emas adalah aset fizikal, sama seperti hartanah. Tapi kita boleh beli dan memilikinya dengan bajet mampu milik, sekecil item 1 gram (bajet sekitar RM 520)

SELAMAT DARI RISIKO DIBEKUKAN 

Semua harta boleh dibekukan oleh kerajaan sekiranya ditakdirkan seseorang itu jatuh bankrup atau nama disenarai-hitamkan, kecuali emas. 

 Emas adalah aset kewangan yang tidak boleh dibekukan. Ia aset terbaik untuk sorokkan kekayaan dan sebagai benteng terakhir kewangan keluarga. 

Menurut pakar kewangan Tuan Azizi Ali, setiap kita patut simpan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah kekayaan (nett worth) kita dalam bentuk emas

Bahagian 10% itu akan menyelamatkan kewangan kita sekeluarga kerana emas: 

 -Tidak terjejas walau apapun keadaan ekonomi ataupun politik, hatta peperangan sekalipun. 

 -Tidak ada siapa tahu berapa banyak simpanan emas yang kita ada

TARGET dan STRATEGY

 Letak target memiliki sekurang-kurangnya 100 gram emas satu keluarga

 Bila sudah capai 100 gram pertama, target seterusnya memiliki 1 kilogram 1 keluarga

 Mulakan tabiat menabung 1 gram 1 bulan.

Beli emas mesti dapat emas (fizikal).

Simpanan emas tiada pendapatan bulanan atau tahunan seperti dividen ASB/ Tabung Haji. Keuntungan cuma "beli harga rendah dan jual harga tinggi"

Emas tak sesuai dibeli dengan duit yang nak digunakan dalam waktu kurang setahun. Kalau nak beli emas, pastikan guna duit yang nak disimpan untuk tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas sahaja untuk elakkan kerugian.


Jual beli emas hanya dengan syarikat yang sudah trusted dan berkredibiliti sahaja.

Menabung Emas Untuk Keperluan Masa Depan Emas sesuai dijadikan apa sahaja tabungan jangka panjang, antaranya : 

 dana perkahwinan 

 deposit beli rumah / tanah 

 dana melunaskan pinjaman lebih cepat 

 dana pendidikan anak-anak 

 dana haji atau umrah 

 dana persaraan atau lain-lain


 Menabung Dana Haji Dalam 5 Tahun? 

 Fokus menabung emas 1 gram 1 bulan. 

 Setelah 5 tahun, anda akan ada 60 gram (12 gram x 5 tahun = 60 gram). Ia cukup untuk kos menunaikan haji.

ZAKAT

Emas simpanan dikenakan zakat 2.5% sekiranya cukup 85 gram (bersamaan 20 dinar), dan disimpan untuk tempoh minimum 1 tahun (mengikut tahun hijrah).

Barang kemas juga dikenakan zakat sekiranya; 

(1) jumlah emas tersebut melebihi uruf yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam mengikut negeri masing masing), dan 

(2) telah mencukupi tempoh 1 tahun (kalendar hijrah)

JENIS EMAS

Barang kemas dibuat untuk tujuan perhiasan, bukan untuk pelaburan. 

 Kalau beli emas untuk tujuan simpanan atau pelaburan, gold bar atau dinar (berketulenan 999.9) lebih menguntungkan. 

Ini kerana: 

 -Harga per gram lebih murah sekitar 15% berbanding barang kemas. 

 -Tiada "upah tukang" sebagaimana barang kemas yang upahnya berbeza mengikut design. 

 -Spread (‘susut nilai’) jauh lebih rendah, iaitu kurang dari 10% berbanding barang kemas 25% 40%. 

CARA NAK MULA

 Waktu terbaik beli emas sebenarnya bila ada duit untuk simpanan sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas dan sudah faham ilmu asas tentang emas.


3 keadaan yang terbaik untuk jual emas

-peluang tukarkan kepada aset yang lebih baik, seperti peluang beli rumah di bawah harga pasaran, atau untuk rolling modal bisnes.

-Sudah capai matlamat simpanan, seperti sampai waktu naik haji, anak nak masuk universiti, atau dijadikan deposit membeli rumah.

-Ada hal kecemasan, iaitu ketika mana duit simpanan kecemasan sudah habis.

 Selain daripada 3 situasi ini, penyimpan emas tegar akan pajak emas mereka kalau perlukan tunai segera. Dan akan tebus semula secepat mungkin dalam masa 6- 12 bulan


No comments:

Post a Comment