Showing posts with label Pembedahan. Show all posts
Showing posts with label Pembedahan. Show all posts

Friday, April 15, 2016

Hukum Suntikan Vitamin C dan Glutathione

Ada seorang rakan bertanya tentang hukum injection atau suntikan vitamin C dan glutathione.

Terus terang saya doktor perubatan tetapi bukan ahli agama, jadi dalam bab hukum biasanya saya akan tanya pendapat rakan2 ustaz dan peguam syariah. Suami saya seorang pakar bedah plastik, sebab tu kami dah banyak bincang tentang hukum:

  • Plastik surgery atau pembedahan plastik
  • Cosmetic surgery atau pembedahan surgery (dan yang berkaitan dengan nya seperti botox)
  • Aesthetic surgery atau pembedahan aesthetik

Di sini saya akan kongsi sedikit ilmu yang ada.

Bila google keywords, yang keluar semua blog post. Yang saya baca semuanya bukan ditulis oleh doktor bertauliah. Ada pulak yang jual vitamin (ni ada conflict of interest).

Bahan rujukan yang boleh saya kongsi adalah majalah Indonesia bernama Ummi yang ada menulis artikel yang detailed tentang suntikan vitamin C dan glutathione.

Point menarik yang saya ambil dari artikel ini:

  • Vitamin C adalah antioksidan dan diperlukan oleh badan untuk pembentukan kulit dan penghasilan kolagen.
  • Kebanyakkan warga Indonesia berkulit coklat dan ini sesuai dengan cuaca di Indonesia yang mendapat banyak cahaya matahari, kerana pigment atau warna kulit melindungi dari sinar UV (ultraviolet) matahari.
  • Dihujung artikel mengalakkan gaya hidup sihat, makan buah dan sayur, cukup rehat dan sebagainya supaya tidak memerlukan suplemen vitamin C.

Takde pulak sebut tentang hukum.

Malaysian Medical Resources juga ada bagi pendapat.

  • Disebut tentang side effects atau kesan sampingan injection vitamin C & kolagen/placenta, localised inflammation of the vein (tempat injection bengkak dan sakit), thinning of bones (tulang jadi rapuh), kidney problems (masalah buah pinggang) dan allergic reaction (alahan).
  • Health Director General (DG) Dato Dr Ismail Merican kata tak ada kebaikan ("vitamin C administered intravenously is of no real benefit to anyone").
  • Dr Hemandas (senior consultant and laser surgeon at HKL) berkata "vitamin C supplements were for people with low levels of the vitamin" (suplemen vitamin C hanya untuk mereka yang kekurangan vitamin C) and "from a scientific point of view, there is no justification for its use as an intravenous infusion" (dari segi saintifik, tidak ada bukti kegunaan vitamin C dalam bentuk suntikan ke dalam salur darah).

Yang ni pula blog tentang hukum suntikan vitamin C dan botox oleh Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, yang mempunyai persamaan dengan blog post saya sebelum ni tentang hukum plastic surgery.

Secara am, ia bergantung kepada niat. Kalau niat semata2 nak cantik, ia dilarang kerana merubah ciptaan Allah dan melakukan pembaziran.

Nak cantik dan awet muda, tak perlu pembedahan plastik atau suntikan vitamin C, boleh baca blog post saya tentang Tips Kecantikan.


Friday, April 8, 2016

Hukum Pembedahan Plastik Dalam Islam

Sebagai isteri seorang pakar bedah plastik, saya dah biasa dengar reaksi orang ramai bila pertama kali dapat tahu pekerjaan suami saya.

"Plastik surgeri? Tu yang potong hidung, potong sana sini, nak bagi nampak cantik kan?" kata seorang kawan baru-baru ni, sambil tunjuk2 kat muka sendiri.

Buku rujukan suami.

Kami pun biasa dah ambik masa sikit nak terangkan perbezaan antara pembedahan plastik dan pembedahan kosmetik. Pembedahan yang biasa dilakukan oleh suami (pembedahan plastik) ialah:

1) Sambung semula jari, tangan, kaki yang terputus. Selalunya di Malaysia ni disebabkan kemalangan jalanraya.
2) Merawat kulit terbakar yang teruk.
3) Mengkonstruk (atau bina semula) bahagian muka/badan pesakit kanser setelah kanser dibuang.
4) Membuang kanser dibahagian muka

Kemungkinan besar jika saya bukan doktor, saya pun tidak tau perbezaan antara pembedahan plastik dan pembedahan kosmetik, jadi saya tak salahkan orang ramai.

Pembedahan kosmetik pula di'sensasi'kan oleh media, jadi itulah yang orang ramai tahu.

Semalam, ada rakan doktor tanya tentang hukum pembedahan plastik seperti lipo-suction.

Saya hanya doktor dan pensyarah perubatan, adalah belajar sikit tentang bisnes, tapi dari segi agama ni, tak cukup ilmu untuk beri pendapat.

Buku rujukan yang dibeli semasa di Ireland.


Cuma nak kongsi hasil perbincangan kami sahaja.

Masa ni teringat hadis halal haram. Ada perkara2 yang jelas halal dan haramnya, lepas tu ada pula benda2 yang 'grey area' atau syubhah. Yang sebaiknya adalah cuba mengelak dari benda yang tak pasti status nya.

Ni hasil google saya tentang hukum pembedahan plastik:

1) Ustaz Zaharuddin ada tulis tentang hukum botox, susuk dan 'braces'. Botox ni lebih kepada cosmetic surgery dan 'aesthetic surgery'. Belum pernah jumpa lagi 'keperluan perubatan' atau medical indication untuk botox setakat ni.

Botox memang terang haram sebab mengandungi bahan kotor dan mengubah ciptaan Tuhan dengan tujuan menambahkan kecantikkan (sila baca link di atas untuk huraian lanjut).

2) Sinar Harian ada menulis artikel pada Feb 2014 'bedah plastik dari perspektif islam'.

Artikel ni ringkas tapi berguna. Pembedahan plastik dibahagikan kepada dua kategori.

  • merawat kecacatan semulajadi  
  • menambah kecantikan

Hukum pula ada tiga, wajib, harus dan haram:
Wajib untuk menutup luka dan kesan kulit terbakar
Harus jika mengembalikan fungsi tubuh dan membaik pulih cacat anggota
Haram jika merubah ciptaan bertujuan selain kesihatan

Koleksi buku rujukan pembedahan.


Ini berdasarkan Surah An-Nisa 117-119 dan hadis riwayat al-Tabrani:

"Apa yang mereka sembah selain dari ALLAH itu, hanyalah berhalaberhala dan mereka tidak menyembah melainkan syaitan, yang dilaknat ALLAH dan yang telah mengatakan:

“Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian tertentu (untuk menjadi pengikutku).

“Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka dan sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan ALLAH”.

Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari ALLAH, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata." (Surah Al-Nisa, Ayat 117 hingga 119)

“Rasulullah melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya.” (Hadis Riwayat al-Tabrani)
Info lain yang berguna:
video Ustaz Azhar Idrus tentang hukum pembedahan plastik.

Blog yang menerangkan hukum pembedahan plastik.

Rujukan terbaik yang saya jumpa adalah nota dari Papisma. Di sini terjawablah semua persoalan yang kawan2 saya tanya di atas. Alhamdulillah.