Showing posts with label Tingkatan 4. Show all posts
Showing posts with label Tingkatan 4. Show all posts

Tuesday, January 15, 2019

Mendaftar Anak Ke Tingkatan Empat MRSM

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, masih panjang umur, boleh update blog.

Letih belum hilang tapi kalau tak tulis, nanti terlupa pulak finer details.

Semalam, hari pendaftaran anak sulung ke MRSM. Dapat masuk tingkatan 4. Alhamdulillah.

It's hard to put in words. 26 years ago, 1993, I was a form four student. I came to the same place with my parents.

Now my dad has passed away. Mum is around but she didn't come, instead my hubby's mum came along.

Every thing is the same, but every thing is different. 

The staircase somehow seems smaller than I remember.

We sat in the same hall I had my SPM exams in and countless of school assembly's and programs.

The classroom seemed a bit smaller.

I guess a lot has happened since.

It's the same place seen through eyes that has since seen so much more.

Ok, cukup la nostalgia.

Bertolak dari rumah mertua di Parit Buntar, sejam juga nak sampai. 7.30pagi, sampai 8.30pagi, guard tak bagi park kat dalam dah, maka park di luar, depan gate.

Ada pengawas dan BWP yang akan sambut, bagi leaflet, explain aturcara dan tunjukkan dewan kat mana. Tapi tau dah dewannya.



Anak aje masuk dalam dewan bawa semua dokumen yang dah print dari internet tempoh hari. Borang-borang, salinan sijil2 dan salinan resit bayaran semua dikutip dalam dewan. Mak ayah dan nenek kena tunggu di luar dewan. Saya ambil peluang cari Cikgu Saadah masa tu.

Masa jumpa Cikgu, saya dok pikir, ish, Cikgu rupa sama je macam 26 tahun yang lalu. Apakah rahsia Cikgu?

Lepas dah borak ambil gambar, saya dan suami pun pergi ke Koop nak beratur. Queue tak panjang mana pun.

Anak lepas dah serahkan dokumen semua akan dapat tanda nama atau nama tag yang macam landyard tu. Kat situ ada segala info no bilik asrama, kelas, cikgu homeroom...

Queue di Koop
Koop kat sebelah kiri dewan besar je. Dekat je. Buat-buat lupa pulak. Sebenarnya memang dah lupa tapi bila ingat balik, baru la teringat. Dulu kecik kot kooperasi, macam dah renovate dan lebih besar dan selesa. Of course hari pendaftaran dia orang buat queue di luar supaya lebih spacious.

Sampai ke kaunter bayar RM350. 
Lepas tu pergi try baju batik dan baju orientasi untuk saiz. Bila dah tau size, minta kat pelajar dan dia orang bagi. Lepas tu pegi balik ke kaunter tadi untuk ambil cadar dan selimut (dan sarung bantal).


The next kaunter adalah kaunter iPad tapi kami skip sebab suami dah order online.

So, next step adalah angkut barang-barang ke asrama.

Asrama lelaki form 4 jauh nun kat belakang. Saya first time masuk asrama lelaki sebab dulu duduk asrama perempuan. Haha.

Well, bila tengok gambar, memang asrama perempuan cantik giler. Takpe lah, biasa budak lelaki tak kisah sangat kan. Janji ok.

Maka bermula lah sesi mengangkut barang dari kereta yang kat luar gate (jauh la jugak) dan turun naik tangga. Sebab barang2 ada yang dah sampai sikit (yang beli kat koperasi) dan saya sorang2 dengan anak kedua dah angkut barang masa register di form 2, 2 minggu lepas, maka kali ni suami dan anak sulung pula kena jadi tukang angkut barang. Saya tunggu je kat bilik, pasang cadar dan label barang2 yang baru dapat.

Antara memori yang tak dapat dilupakan adalah, baju di ampai basah bila hujan turun masa kami dalam kelas. Maka, perasaan gembira melihat ampai ada awning. Kalau tak silap, kawasan ni antara kawasan di Malaysia yang menerima hujan paling lebat. Elok sangat lah ada awning.

Ada pelajar LDP/BWP yang tunjukkan asrama, katil dan locker. Ya, locker dan katil asing, bukan macam dulu. Ada la tu sebabnya.

So lepas dah kemas semua barang, kami pun turun ke dewan sebab ada taklimat ibu bapa oleh
pengetua, pukul 10.50am.



Sekejap je Pengetua berucap dan saya ada tulis details tapi tak bawa pula kertas tu.

Apa pun, intipati ucapan adalah, pelajar yang ada dalam dewan hari tu adalah pelajar yang terpilih. Gunakan peluang sebaiknya.

Tak silap, ada dalam 4800 pelajar lelaki yang memohon untuk masuk MRSM Tingkatan 4, dan 16000 pelajar perempuan. Yang ditawarkan tempat adalah 1100 pelajar lelaki dan 990 pelajar perempuan.

Dalam 2069 pelajar sahaja mendapat tawaran.

Yang minta dalam 21000.

Selepas tu, Pengetua pun pergi dan Penyelaras Homeroom memperkenalkan satu-satu guru homeroom. Pelajar pula ikut guru dan ibubapa pun ikut sekali, turun ke kelas. Dalam kelas tak cukup tempat duduk maka ramai lah yang berdiri.



Cikgu homeroom perkenalkan diri dan bagi no tel.

Parents pula diminta isi borang bagi details dan juga jika berminat nak jadi ahli PIBG atau nak buat program dialu-alukan.

Ada sesi Q&A, parents tanya tentang cuti, biasa la kan, sebelum anak daftar pun dah fikir pasal anak nak cuti, transport, outing dan benda-benda macam tu.

Lepas tu boleh bawa anak keluar makan. Dan shopping. Next event adalah maghrib di surau. Lunch dan makan malam ada dihidangkan tapi anak request nak makan kat luar, layan je la. Lepas tu tinggalkan anak di MRSM dan kami pun beredar.

Hantar mak mertua balik, ambil anak-anak lain dan maid, dan terus ke Kota Bharu.

Sunday, December 23, 2018

Tips Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM Tingkatan 4

Alhamdulillah, nak share sikit apa yang berlaku minggu lepas.

Results PT3 keluar di sekolah 13hb Disember 2018, hari Khamis. Malam tu juga kami bertolak dari KB ke KL. Balik kampung, pada masa yang sama ambil maid balik bercuti dari Indon di KLIA2. Itu sebenarnya tujuan utama. Alang-alang dah ke KL, ambil cuti seminggu sebab tahun ni memang takde ke mana, dah maid pun cuti kan.

Flight maid sampai KLIA2, Isnin pagi, 17hb Disember 2018. Kebetulan pula husband ada meeting pagi tu jugak, maka saya dah anak bungsu dua orang drive ke KLIA. Masa tengah drive tu, perasan ada emel, tapi tengah Waze tengok jalan, maka tak perasan la kandungan emel tersebut.

Petang tu baru teringat nak check balik emel, and guess what, ada Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM. Masa tu kami di KL, cuba teka exam tu di mana? Di MRSM Pengkalan Chepa. Adussss....baru je beberapa hari cuti di KL, belum habis cuti lagi, dah kena balik KB. Macam mana ni.

Pelan pula lepas dah ambil maid dari airport, esoknya nak ke Perak. Rumah mertua. Ye lah kan, cuti mesti dibahagi dua. Baru lah adil.

So pening kepala sekejap memikirkan bagaimana nak ambil exam di MRSM PC tu. Dok whatsapp suami yang masih belum balik kerja. Dia suruh book flight. Maka survey la flight Subang-KB return, Penang-KB return. Flight nya keesokkan hari maka harga pun, boleh tahan. Nak buat macam mana, dah takde pilihan.

Akhir sekali saya buat keputusan beli flight one way Subang-KB, dan return pula KB-Penang. Maka suami akan bawa balik the rest of the family sementara saya dan anak yang dapat offer ni, pegi ke KB berdua.

Bermalam lah kami di KB, sebab examnya 7.45am.

Keesokkan harinya Waze pula jalan ke MRSM Pengkalan Chepa. Saya suka sekolahnya, cantik. Tapi tengok setakat tu je la, mana yang nampak. Takde la tour.

Pagi tu baru tau Cikgu cerita, ada 4 batch yang nak ambil exam hari tu. Anak saya batch pertama. Exam selama satu jam setengah. Itu sahaja. Batch yang last sekali akan habis dalam pukul 4petang.

Lepas anak-anak dah naik ke komputer lab tempat exam, saya pun sembang dengan seorang lagi Mak yang duduk kat sebelah. Katanya, dia baru je habis holiday beberapa hari yang lepas sebab dah ada kawan warning bagitau exam ni akan berlangsung minggu ni.

Adohai....malangnya bagi kami, tiada yang beritahu tentang exam ni. So terpaksalah buat macam yang kami buat last minute plan.

Takpe lah, redha dan pastinya semua ada hikmah tersembunyi.

Ni anak saya cerita, examnya online. Ada dalam 40 soalan matematik, semuanya KBAT, dalam 30-40 soalan sains dan 30 soalan bahasa Inggeris. Lepas tu ada 70 soalan peribadi. Semua soalan objektif dan dibuat online.

Beberapa benda lain yang saya perasan: ramai pelajar perempuan. Saya terpaksa pulang ke rumah sebab ada hal dan datang balik masa jam hampir 9.30pagi. Batch kedua pun saya perasan, ramai pelajar perempuan. Dalam 40-50 orang, mungkin ada 5 atau kurang pelajar lelaki. Kenapa ya?

Dalam emel yang diterima dua hari sebelum tarikh peperiksaan, perlu bawa bersama:

1) IC
2) Salinan keputusan PT3
3) Print out emel surat jemputan
4) Elektronik kalkulator
5) Alat tulis

Apa pun, didoakan moga mendapat sekolah yang terbaik. All the best untuk semua.