Sunday, December 23, 2018

Tips Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM Tingkatan 4

Alhamdulillah, nak share sikit apa yang berlaku minggu lepas.

Results PT3 keluar di sekolah 13hb Disember 2018, hari Khamis. Malam tu juga kami bertolak dari KB ke KL. Balik kampung, pada masa yang sama ambil maid balik bercuti dari Indon di KLIA2. Itu sebenarnya tujuan utama. Alang-alang dah ke KL, ambil cuti seminggu sebab tahun ni memang takde ke mana, dah maid pun cuti kan.

Flight maid sampai KLIA2, Isnin pagi, 17hb Disember 2018. Kebetulan pula husband ada meeting pagi tu jugak, maka saya dah anak bungsu dua orang drive ke KLIA. Masa tengah drive tu, perasan ada emel, tapi tengah Waze tengok jalan, maka tak perasan la kandungan emel tersebut.

Petang tu baru teringat nak check balik emel, and guess what, ada Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM. Masa tu kami di KL, cuba teka exam tu di mana? Di MRSM Pengkalan Chepa. Adussss....baru je beberapa hari cuti di KL, belum habis cuti lagi, dah kena balik KB. Macam mana ni.

Pelan pula lepas dah ambil maid dari airport, esoknya nak ke Perak. Rumah mertua. Ye lah kan, cuti mesti dibahagi dua. Baru lah adil.

So pening kepala sekejap memikirkan bagaimana nak ambil exam di MRSM PC tu. Dok whatsapp suami yang masih belum balik kerja. Dia suruh book flight. Maka survey la flight Subang-KB return, Penang-KB return. Flight nya keesokkan hari maka harga pun, boleh tahan. Nak buat macam mana, dah takde pilihan.

Akhir sekali saya buat keputusan beli flight one way Subang-KB, dan return pula KB-Penang. Maka suami akan bawa balik the rest of the family sementara saya dan anak yang dapat offer ni, pegi ke KB berdua.

Bermalam lah kami di KB, sebab examnya 7.45am.

Keesokkan harinya Waze pula jalan ke MRSM Pengkalan Chepa. Saya suka sekolahnya, cantik. Tapi tengok setakat tu je la, mana yang nampak. Takde la tour.

Pagi tu baru tau Cikgu cerita, ada 4 batch yang nak ambil exam hari tu. Anak saya batch pertama. Exam selama satu jam setengah. Itu sahaja. Batch yang last sekali akan habis dalam pukul 4petang.

Lepas anak-anak dah naik ke komputer lab tempat exam, saya pun sembang dengan seorang lagi Mak yang duduk kat sebelah. Katanya, dia baru je habis holiday beberapa hari yang lepas sebab dah ada kawan warning bagitau exam ni akan berlangsung minggu ni.

Adohai....malangnya bagi kami, tiada yang beritahu tentang exam ni. So terpaksalah buat macam yang kami buat last minute plan.

Takpe lah, redha dan pastinya semua ada hikmah tersembunyi.

Ni anak saya cerita, examnya online. Ada dalam 40 soalan matematik, semuanya KBAT, dalam 30-40 soalan sains dan 30 soalan bahasa Inggeris. Lepas tu ada 70 soalan peribadi. Semua soalan objektif dan dibuat online.

Beberapa benda lain yang saya perasan: ramai pelajar perempuan. Saya terpaksa pulang ke rumah sebab ada hal dan datang balik masa jam hampir 9.30pagi. Batch kedua pun saya perasan, ramai pelajar perempuan. Dalam 40-50 orang, mungkin ada 5 atau kurang pelajar lelaki. Kenapa ya?

Dalam emel yang diterima dua hari sebelum tarikh peperiksaan, perlu bawa bersama:

1) IC
2) Salinan keputusan PT3
3) Print out emel surat jemputan
4) Elektronik kalkulator
5) Alat tulis

Apa pun, didoakan moga mendapat sekolah yang terbaik. All the best untuk semua.

No comments:

Post a Comment