Tuesday, December 18, 2018

Tips 10A PT3

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Beberapa hari yang lepas, 13hb November 2018, saya dan suami bersama anak sulung hadir ke sebuah sekolah menengah kebangsaan di Kota Bharu, sekolah harian, untuk menerima keputusan PT3 anak sulung kami.

Pada saya, keputusan tidak dijangka.

Apa pun, saya hendak mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada guru-guru yang mendidik anak saya dari sekolah tadika, sekolah rendah dan kini di sekolah menengah rendah, juga guru-guru tuisyen dan kumon.

Terima kasih juga kepada anak saya sendiri yang berusaha sebaik mungkin, suami yang memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk, ibu saya, adik saya yang banyak membantu sebelum ini, pembantu rumah, dan ahli keluarga yang lain. Rakan-rakan anak saya yang sekelas dan satu sekolah, yang sama-sama di pusat tuisyen dan sebagainya.

Kejayaan mungkin pada nama individu, tetapi tiada manusia yang boleh berjaya tanpa bantuan serta sokongan dari "team" yang hebat.

Tahun 2018 akan membawa banyak kenangan manis sampai bila-bila untuk keluarga kami.

Selama ni saya mencari-cari juga tips bagaimana untuk membantu anak mendapat keputusan cemerlang dalam PT3. Penat juga cari dan tanya pelbagai pihak tetapi tiada jawapan yang konkrit.

Jadi saya hanya dapat beri tips apa yang kami sendiri buat sebagai ibu bapa. Yang lainnya adalah usaha dan komitment dari anak itu sendiri.

1) Pilih sekolah yang sesuai

Tiga tahun lepas kami membuat keputusan untuk pindah dari Petaling Jaya ke Kota Bharu, maka pada masa itu, saya dan suami ada buat perbincangan sama ada untuk masukkan anak ke sekolah kawalan atau tidak. Dan saya ada buat post tentang sekolah-sekolah menengah yang ada di KB sebelum ini, bukan hanya hasil maklumat dari rakan kenalan tetapi sendiri pergi melawat sekolah-sekolah tersebut. Akhirnya kami buat keputusan hantar ke sekolah harian sahaja setelah suami buat solat sunat istikharah dan saya pun terima keputusan tersebut walaupun ada juga di hati ingin hantar anak ke sekolah kawalan.

We plan, but Allah's plan is best.

Rancangan Allah lebih baik.

Hari ini saya boleh tulis bahawa di sekolah harian biasa juga, pelajar berpotensi boleh mencapai keputusan yang cemerlang.

2) Hantar Tuisyen

Kami tanya-tanya kawan juga, berkenaan tuisyen. Ada pusat tuisyen yang famous di Kota Bharu yang dikenali sebagai Pusat Tuisyen Al Amin. Jadual waktu ada pilihan. Suami bagi anak pilih jadual yang sesuai dengannya. Ada enam subjek sahaja yang ada tuisyen. Yuran dalam RM220 sebulan. Kelas boleh pilih sama ada kelas malam atau kelas hujung minggu. Beri anak pilih jadual yang sesuai dengannya.

3) Kumon Untuk Matematik

Selain kelas tuisyen, anak-anak kami semua memang ikuti program kumon untuk maths. Kumon maths ada dua kelas seminggu. Dalam sejam satu kelas. Yuran dalam RM150 sebulan.

Apa yang saya suka tentang program Kumon adalah melatih untuk belajar secara konsisten setiap hari walaupun dalam bilangan atau waktu yang sedikit.

Consistency is the key.

Tak perlu belajar terlalu lama, biasa dalam 15 minit-satu jam sahaja sehari. Tetapi jika dibuat setiap hari maka pelajar akan jadi mahir dalam bidang tersebut.

4) Kelas Tambahan Sekolah

Jika tak silap saya, bermula bulan Jun atau selepas cuti raya aidilfitri, guru-guru di sekolah anak saya ada buat kelas tuisyen atau kelas tambahan. Waktu pulang sekolah bertukar menjadi sejam lebih lambat dari biasa untuk tiga hari dalam seminggu.

Anak kami ikut sahaja kelas-kelas tambahan yang dibuat oleh pihak sekolah.

5) Dapatkan Jadual Peperiksaan Pada Awal Tahun

Pada awal tahun boleh dapatkan jadual peperiksaan dari Minitry of Education/Menteri Pendidikan Malaysia.

Kami dah take note tarikh ujian lisan, ujian mendengar untuk bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Tak silap pada bulan April.

Untuk ujian lisan, ada beberapa topik yang tersenarai dan boleh la praktis atau buat latihan dengan anak supaya mereka biasa berfikir dan menjawab dengan spontan. Latihan bukan bertulis tetapi latihan juga mesti dalam bentuk perbincangan/percakapan.

Tidak perlu lama, dalam 15 minit sehari atau 2-3 topik sehari.

Untuk geografi dan sejarah pula ada kerja kursus/course work.

Markah adalah 100% dari projek. Guru subjek akan terangkan dan boleh bawa kertas kerja balik ke rumah.

Dalam kertas ada diterangkan objektif dan kaedah.

Secara amnya, anak-anak perlu jalankan siasatan. Contoh untuk sejarah, buat kajian tentang sejarah kawasan tempat tinggal mereka. Jadi perlu hasilkan borang temuduga dan pergi temubual jiran tetangga untuk kumpul maklumat berkaitan sejarah perkembangan taman perumahan Petaling Jaya, contohnya.

Jadi masa bulan puasa anak saya pergi berjumpa beberapa orang jiran, yang terbaik adalah yang tinggal lama di situ dan ada maklumat tentang sejarah perkembangan kawasan tersebut.

Oleh kerana sejarah adalah projek yang pertama, anak memerlukan lebih banyak bantuan dan tunjuk ajar untuk laksanakan projek tersebut.

Bila tiba giliran projek geografi pula, anak dapat aplikasikan apa yang dia belajar dari projek sejarah maka tidak perlu banyak sangat input dari ibu bapa.

Maklumat yang dikumpul, anak akan persembahkan kepada guru dan rakan-rakan sekelas dalam bentuk poster presentation/persembahan poster.

Semua maklumat perlu ditulis tangan (saya rasa untuk elakkan plagiarism/copy paste) dan secara amnya maklumat tidak mudah untuk diperoleh di internet maka hasil kajian adalah unik dan authentic atau tulen.

Ibu bapa boleh la bantu sikit-sikit dalam mencipta borang temuduga, mengumpulkan data, membuat kesimpulan/conclusion dan sebagainya.

6) Doa

Sesungguhnya selepas segala usaha, berdoalah dan percaya doa ibu itu mustajab.

7) Hubungan yang rapat dan baik dengan pihak sekolah

Ok, yang ni saya ada dapat dari kawan-kawan secara langsung dan tidak langsung. Ada yang kata cuba offer belikan cat untuk cat bilik darjah anak awal tahun. Ini contoh sahaja. Seperti yang kita semua maklum, bajet untuk sekolah cukup-cukup sahaja cover operational cost.

Nak buat apa-apa aktiviti lebih semua perlukan dana dan takkan lah cikgu sahaja yang keluarkan duit. Bagi saya ini logik.

Jika tak dapat bantu sekolah dari segi kewangan, apa kata bantu dengan skills atau kemahiran yang ada. Atau bantu dengan kenalan atau masa dan tenaga. Ada bermacam cara untuk bantu sekolah dan jangan hanya harapkan ibu bapa atau orang lain untuk bantu, bagi yang mampu.

Akhir kata, saya pun tak tahu mana satu usaha yang membawa kepada keputusan peperiksaan yang baik atau adakah kombinasi semua tips yang dikongsi.

Saya minta juga ibu bapa yang lain kongi tips/petua untuk manfaat ibu bapa dan para pelajar yang lain.

Pada hari keputusan PT3 diumumkan, Pengetua berpesan, PT3 hanya kayu ukur pencapaian di tahap sekolah atau school based assessment, oleh itu, kita tidak boleh membandingkan keputusan satu sekolah dengan sekolah yang lain. Sekolah-sekolah juga mendapat set kertas peperiksaan yang berbeza.

Tetapi PT3 penting kerana ada pelajar yang ingin masuk ke sekolah asrama tingkatan empat, dan masa ini juga pelajar akan memilih jurusan sains atau sastera.

Bagi pelajar contohnya yang telahpun berada di sekolah berasrama penuh atau MRSM mungkin tiada tekanan untuk keputusan cemerlang kerana mereka telahpun mendapat tempat yang dikehendaki.

Itu sahaja tulisan saya kali ini. Moga bermanfaat.

No automatic alt text available.
Alhamdulillah 10A untuk PT3

Image may contain: 6 people, including Arman Z Mat Saad, Sofea Mohamed Nor and Yus Aniza Yusof, people smiling, people standing and indoor
Kenangan 2018, terima kasih kepada semua guru-guru.




No comments:

Post a Comment