Alhamdulillah bermula Ogos tahun ini (2018) saya berpeluang bekerjasama dalam menjayakan sebuah projek, hospital pakar swasta baru di Kota Bharu, Kelantan.
Oleh kerana masih ramai kenalan tak tahu saya kini bekerja di sini, rasa perlu juga tulis sedikit supaya memudahkan orang ramai mendapat maklumat yang tepat.
Di bawah adalah gambar hospital "Telipot Medical Centre" atau nama ringkasnya TMC.
|
Hospital swasta baru di KB. |
Untuk datang ke sini mudah saja, boleh Waze "Telipot Medical Centre". Landmarks yang berdekatan termasuk Maktab Sultan Ismail (Sultan Ismail College atau SIC), Masjid Telipot dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu.
|
Jika dari HUSM atau Kubang Kerian, boleh datang dari Pasir Hor atau Jalan Yahya Petra. Jika dari Bandar KB, boleh datang dari Lembah Sireh. |
Jika tak pandai guna Waze dan map tidak membantu, maka telefonlah 09-7474000 dan staff akan cuba bantu.
Waktu operasi pula adalah setiap hari termasuk hari cuti dan hujung minggu. Boleh walk-in untuk mendapatkan rawatan di Kecemasan. Untuk klinik doktor pakar pula, perlu membuat temujanji terlebih dahulu. No telefon untuk temujanji Klinik doktor pakar adalah 09-7474000.
|
Doktor pakar semuanya dari HUSM maka perlu buat temujanji terlebih dahulu. Night clinic atau klinik doktor pakar waktu malam memang ada setiap hari dari 6petang hingga 10malam. |
Ramai juga yang tanya saya, TMC ni milik siapa? Ok, TMC adalah hospital pertama milik koperasi USM.
|
Prof Mat (kiri) selaku president Koperasi HUSM, merupakan salah seorang yang memainkan peranan paling penting dalam menjayakan projek hospital koperasi pertama. |
Selain koperasi USM, ada beberapa individu dan kumpulan doktor-doktor pakar yang merupakan tulang belakang dan pemilik bersama Telipot Medical Centre.
Izinkan saya perkenalkan beberapa doktor pakar yang bertugas di TMC.
|
Doktor pakar sakit puan atau obstetrics dan gynaekologi, Dr Fauziah |
|
Doktor pakar radiologi, Prof Shafie |
|
Doktor pakar bedah plastik, Dr Arman |
|
Doktor pakar perubatan dan pakar buah pinggang, Prof Azreen |
Ok, saya bagi contoh-contoh sahaja. Ada ramai lagi sebenarnya tapi nak upload macam lambat.
Perkhidmatan yang popular pula adalah:
Klinik mengandung ibu dan anak
Pakej bersalin
Klinik doktor pakar
Wad
Kecemasan
Pakej khatan
Pakej pemeriksaan kesihatan atau medical check up
Pakej medical checkup utk pelajar ape eh? Dan ko nya berape?
ReplyDelete*kos
Deletekos medical checkup untuk student berapa ya?
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya nk tnya dkat TMC ada jawatan kosong utk dietitian ke?
ReplyDelete