Showing posts with label Kota Bharu. Show all posts
Showing posts with label Kota Bharu. Show all posts

Tuesday, December 25, 2018

Telipot Medical Centre

Alhamdulillah bermula Ogos tahun ini (2018) saya berpeluang bekerjasama dalam menjayakan sebuah projek, hospital pakar swasta baru di Kota Bharu, Kelantan. 

Oleh kerana masih ramai kenalan tak tahu saya kini bekerja di sini, rasa perlu juga tulis sedikit supaya memudahkan orang ramai mendapat maklumat yang tepat.

Di bawah adalah gambar hospital "Telipot Medical Centre" atau nama ringkasnya TMC.

Image result for telipot medical centre
Hospital swasta baru di KB. 
Untuk datang ke sini mudah saja, boleh Waze "Telipot Medical Centre". Landmarks yang berdekatan termasuk Maktab Sultan Ismail (Sultan Ismail College atau SIC), Masjid Telipot dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu.

Map seperti di bawah:

No automatic alt text available.
Jika dari HUSM atau Kubang Kerian, boleh datang dari Pasir Hor atau Jalan Yahya Petra. Jika dari Bandar KB, boleh datang dari Lembah Sireh.

Jika tak pandai guna Waze dan map tidak membantu, maka telefonlah 09-7474000 dan staff akan cuba bantu.

Waktu operasi pula adalah setiap hari termasuk hari cuti dan hujung minggu. Boleh walk-in untuk mendapatkan rawatan di Kecemasan. Untuk klinik doktor pakar pula, perlu membuat temujanji terlebih dahulu. No telefon untuk temujanji Klinik doktor pakar adalah 09-7474000.

Image may contain: text and outdoor
Doktor pakar semuanya dari HUSM maka perlu buat temujanji terlebih dahulu. Night clinic atau klinik doktor pakar waktu malam memang ada setiap hari dari 6petang hingga 10malam.
Ramai juga yang tanya saya, TMC ni milik siapa? Ok, TMC adalah hospital pertama milik koperasi USM.

Image result for telipot medical centre
Prof Mat (kiri) selaku president Koperasi HUSM, merupakan salah seorang yang memainkan peranan paling penting dalam menjayakan projek hospital koperasi pertama.

Selain koperasi USM, ada beberapa individu dan kumpulan doktor-doktor pakar yang merupakan tulang belakang dan pemilik bersama Telipot Medical Centre.

Izinkan saya perkenalkan beberapa doktor pakar yang bertugas di TMC.
Image may contain: 1 person, text
Doktor pakar sakit puan atau obstetrics dan gynaekologi, Dr Fauziah
Image may contain: Mohd Shafie Abdullah, text
Doktor pakar radiologi, Prof Shafie
Doktor pakar bedah plastik, Dr Arman
Image may contain: 1 person, text
Doktor pakar perubatan dan pakar buah pinggang, Prof Azreen

Ok, saya bagi contoh-contoh sahaja. Ada ramai lagi sebenarnya tapi nak upload macam lambat.

Perkhidmatan yang popular pula adalah:
Klinik mengandung ibu dan anak
Pakej bersalin
Klinik doktor pakar
Wad
Kecemasan
Pakej khatan
Pakej pemeriksaan kesihatan atau medical check up


Image may contain: indoor
Ada mesin x-ray, digunakan untuk pesakit kecemasan, pesakit di wad dan juga yang datang untuk medical check up atau pemeriksaan kesihatan.
Image may contain: indoor
Mesin ultrasound pun ada, kebanyakkan digunakan untuk melihat kandungan ibu mengandung, juga untuk memeriksa bahagian abdomen. Jika anda ada temujanji untuk ultrasound abdomen, pastikan anda berpuasa. Biasanya pesakit akan datang waktu pagi setelah berpuasa semalaman.
Image may contain: people sitting
Bahagian dalam ambulans yang selesa.
Image may contain: text
Mengandung dan ingin bersalin di Telipot Medical Centre? Pastikan anda buat temujanji untuk berjumpa doktor di TMC terlebih dahulu.
Image may contain: one or more people and people sitting
Ujian darah pun ada pelbagai, ada yang perlu berpuasa dan ada juga yang tidak perlu berpuasa. Tel 09-7474000 untuk maklumat lanjut.
Image may contain: 1 person, outdoor
Untuk pesakit yang perlu datang dengan segera atau memerlukan pengangkutan yang sesuai boleh telefon 09-7474000 bagi mendapatkan perkhidmatan ambulans.

Ok, setakat ni dulu, nanti saya sambung lagi insya Allah.


Sunday, June 26, 2016

Projek Ramadan No5: Masjid SMK di Kota Bharu

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah hari ni saya berpeluang ziarah semula buat kali kedua masjid sebuah sekolah di Kota Bharu.

Bulan Mac yang lepas saya hadir di satu program anjuran sekolah. Masa tu, masjid masih tengah renovate. Separuh je yang dah siap.

Asalnya macam ni, cikgu sekolah minta saya buat program "anda bijak jauhi zina" untuk targeted students.

Lepas berbincang dengan pihak Raudatus Sakinah, akhirnya kami buat program untuk semua pelajar perempuan. Tak buat lagi targeted program.

Nak buat untuk semua pelajar masalahnya takde tempat yang sesuai. Terkejut juga saya. Takde dewan yang boleh menampung semua pelajar pada satu masa. Isy. Sedih betul. Masa saya sekolah di Petaling Jaya, kedua2 sekolah menengah dan rendah ada dewan.

Masa tu masjid tengah extend, supaya boleh menampung semua pelajar (ada dalam 700 orang) pada satu masa. Dana sebanyak RM60k diperlukan untuk membiayai projek tersebut.

Hari ni saya tengok, masjid dah nak hampir siap tapi masih ada kekurangan. Alhamdulillah, dari luar memang nampak elok berbanding 3 bulan lepas.

Masjid dari luar.
Bila masuk kat dalam pun, Alhamdulillah, saya suka. Cantik tiles dan dinding semua.
Pintu masuk untuk bahagian lelaki.
Sebelah kanan untuk lelaki dan bangunan sebelah kiri untuk perempuan.
Cantik tapi bahagian perempuan belum ada air-cond.
Bahagian lelaki dah ada verandah dan pavement di pintu masuk. Bahagian perempuan belum ada lagi.
Langsir dah cantik tapi belum ada aircond.
Besar interior masjid Alhamdulillah, boleh la buat program untuk semua 700 orang pelajar pada satu masa.

Speaker yang dipinjam. Pintu ni menghubungkan masjid bahagian perempuan dengan tempat lelaki.
Masalahnya bila dah luas, hari tu dah ada program tapi bahagian perempuan tak dapat dengar sebab agak jauh dari penceramah dan takde speaker, jadi cikgu terpaksa pinjam speaker (tak pasti dari mana tapi speaker ni bukan lah khas untuk masjid).

Bahagian lelaki. Dah ada aircond.
Saya cuba ambik gambar dari satu hujung masjid nak tunjuk keluasan.

Gambar dari bahagian wanita, hujung sebelah sana melalui pintu tengah adalah bahagian lelaki.
Saya sangat berharap para pembaca dapat menghulurkan bantuan supaya masjid ni dapat disiapkan. Ramadan pun tinggal beberapa hari lagi. Jom kita invest saham akhirat yang berterusan insya Allah.

Tempat wudhu lelaki, sumber air adalah dari dalam tanah/boring.
Saya selitkan beberapa gambar lain nak tunjukkan keadaan masjid yang hampir siap.

Tempat wudhu perempuan yang belum ada pavement di luar.
Dana yang diperlukan buat masa ni:
Air-cond untuk bahagian perempuan, anggaran RM12k
Verandah dan pavement untuk bahagian perempuan, anggaran RM5k
Speaker dan PA system, anggaran RM5k

Jom kita bantu sekolah ni yang mempunyai ramai (lebih dari 10%) pelajar miskin/asnaf.

Bank in details:
CIMB
Nama akaun: Masjid SMK
No akaun: 8602196361

12hb April 2017
Alhamdulillah beberapa minggu yang lepas berkesempatan melawat masjid yang telah siap dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh sekolah tersebut. Terima kasih kepada semua yang membantu.

14hb November 2017
Ustazah memberi latest update/perkembangan terbaru. Sekolah ingin beli 5 buah aircond untuk masjid sekolah. Buat masa ini, hanya aircond2 lama kepunyaan sekolah dipasang di bahagian lelaki, sementara bahagian perempuan belum ada aircond. Sesiapa ingin membantu boleh derma kepada no akaun di atas. Anggaran RM15k diperlukan untuk 5 buah aircond.

Wednesday, April 13, 2016

Nasi Lemak Abe Spiderman

Ada orang tanya: "Sedap ke tak nasi lemak Abe Spiderman?"

Lokasi gerai di hadapan Bank Islam Kubang Kerian.

Ni pendapat saya:
Nampak macam nasi lemak biasa.
Rasa pun macam nasi lemak biasa.
Saya bagi rating 4/5 star.

Masa sampai rumah, saya bagitau pembantu rumah Indon, saya dah beli "nasi lemak Spiderman".

Dia terus bangun (dari jaga baby), datang nak tengok. "Macam nasi lemak biasa je" dia kata...
Not impressed at all.

Saya suka bungkusan dia, tak guna polystyrene. Bekas macam ni selalu kami recycle/guna semula.
(Teh tarik tu buat sendiri ya). Nak baca lanjut tentang bahaya polystyrene boleh klik disini.

Hebat tak, saya pegi bank sebab ada urusan sikit pagi tadi. Nak masuk bank, ternampak Spiderman.

Bila keluar bank, lupa dah pasal Spiderman tu.

Tetiba nampak orang2 ambik gambar dengan Spiderman.

Lepas tu teringat, anak pesan nak makan nasi lemak. Saya pun hmmm...ok lah, boleh cuba.

Kalau tak kerana Spiderman, 100% gerenti saya tak beli sebab:
1) Tak perasan pun ada orang jual nasi lemak kat situ sebab tengah nak cepat.
2) Tak rasa lapar.
3) Terlupa anak kirim.

Maka tahniah saya ucapkan kepada usahawan ni. Teknik advertising dan marketing yang hebat.

Saya nak juga ambik gambar sekali tapi datang sorang...lain kali nak bawak anak2 pulak insya Allah.

Adakah saya akan membeli lagi?

Ya. Sebab boleh ambik gambar dengan Spiderman.

Saturday, April 2, 2016

Nasi Ayam Abah Ummi Tanjung Chat Kota Bharu

Bila post gambar ABC yang sangat sedap dan kaya dengan calories, ramai kawan2 tanya, kat mana ni? Nak jugak....hehehe. Maka saya pun dapat la inspirasi nak tulis post ni.

Ini lah ABC yang paling best pernah saya rasa di Malaysia setakat ni.
Nama restoran nya: Nasi Ayam Abah Ummi

Tempat: Tanjung Chat, Kota Bharu. Dekat juga lah dengan Taman Tengku Anis dan KB Mall.

Baru cari kat waze, rupa2 nya takde. Next time pegi akan add place. Boleh search guna facebook. Restoran open air ni terletak di Jalan Long Yunus.

Ni map kalau search guna facebook mobile.

Ni map kalau guna FB website.
Nasi ayam dia pun best. Boleh order yang ayam seketul atau ayam yang besar sikit macam dalam gambar ni.

Nasi ayam yang nampak simple tapi sedap.
Restoran buka 11.45pagi. Kami pegi shopping TESCO untuk groceries, lepas tu terus datang ke sini untuk lunch. Masa sampai 12.15 tengah hari, memang hampir penuh dah. Ada la 2-3 meja kosong.

Kali ni lama sikit nak tunggu makanan sampai sebab dah ramai orang. Kalau pegi awal 11.45am sampai, servis lagi cepat.

Harga nasi ayam around RM4-6 bergantung kepada hidangan ayam. ABC dalam RM2-4, bergantung pada specialnya (ada aiskrim on top etc). So memang murah la nak makan satu keluarga, berbaloi & value for money.

Selamat mencuba.

Ini antara tempat favourite makan di KB.

Yang lain:

1) Restoran Abe Man Mee Udang

2) Yatie Ayam Percik


4) Nasi Kukus Abe Mie 

5) Restoran El-Idrus Nasi Arab

Untuk kekal kurus kena lah jogging dan exercise setiap hari.

Friday, March 4, 2016

Teh Tarik Madu dan Sup Kepala Ikan Warung Pak Mat Pulau Pisang

Semalam, akhirnya, saya bersama keluarga dapat menikmati teh tarik madu di Warung Pak Mat, Pulau Pisang seperti yang di recommend oleh kawan lama dari MRSM dulu-dulu.

Mula-mula dengar teh tarik madu, takde la rasa teringin pun nak minum, walaupun saya ni boleh kata peminat teh tarik separa tegar. Tapi bila tengok kawan upload gambar teh tarik madu dalam group watsapp, terus rasa wajib mencuba minuman ni walaupun hanya sekali. Sedap tak sedap, lain cerita.

Ni contoh gambar teh tarik madu yang menggoda...




Saya mencari opening hours atau waktu warung Pak Mat ini beroperasi, sebab lokasinya adalah dalam setengah jam dari rumah kami, tetapi tak jumpa info di internet. Saya pun telefon nombor handphone Pak Mat yang ada dalam sebuah blog. Pak Mat yang jawab. Saya pun tanya samada kedai buka atau tidak, dia kata "Ya, buka dari 4petang hingga 12 malam". Lagi satu waktu beroperasi dari pagi hingga 4petang. Tutup hari Selasa.

No telefon Pak Mat: 013-9198131


Kami pun pergi dengan seronoknya (sayalah yang paling seronok) menggunakan Waze sebagai panduan (enter Warung Pak Mat Pulau Pisang, Kota Bharu). Jalannya sama seperti jalan menuju ke Pantai Cahaya Bulan. Guna Waze memang senang sebab gambar pun ada dalam tu. Terima kasih kepada pencipta Waze dan pengguna Waze yang tolong upload gambar luaran kedai.

Alhamdulillah, masa kami sampai gerai agak kosong, mungkin ada satu dua meja aje yang ada pelanggan. Pelayan terus memberi menu dan kami pun order teh tarik madu yang diidamkan bersama sup kepala ikan dan nasi.

Ada anak saya yang agak cerewet dan dalam bad mood malam tu, jadi suami orderkan nasi goreng ayam untuk dia. Baby nak makan bubur tapi tak ada.

Sambil tunggu makanan sampai, saya bersama anak-anak pegi jalan-jalan tengok tempat sekeliling. Waktu malam tak berapa nampak sungai tapi adalah bot dan jetty. Ada juga kedai baju dan surau berdekatan.



Teh tarik madu dan sup kepala ikan pun sampai dalam masa beberapa minit. Semua makanan dihidangkan dan servis memang efficient mungkin sebab tak ramai pelanggan masa tu.

Ni gambar sup kepala ikan yang ada juga daging dalam nya, kami makan dengan nasi. Pelayan tu suggest ambik hidangan untuk enam orang, saya rasa mungkin terlebih sikit la sebab anak-anak tengok mood, ada masa makan banyak, ada masa makan sikit.


Makanan dan minumam sedap, insya Allah kami sekeluarga akan datang lagi di lain masa, mungkin masa tu boleh cuba river cruise sekali. Seronok juga datang waktu malam sebab tak panas dan tak ramai orang. Masa bayar, suami bersembang dengan Pak Mat, rupa-rupanya waktu beroperasi malam ni baru mula, baru sebulan. Patut la tak ramai orang, mungkin ramai yang belum tahu. Suami saya pernah datang dulu bawa pelawat tempat kerja ke sana, dia kata masa tu siang dan memang sesak. Jadi sesiapa yang berminat mungkin boleh cuba waktu malam pula.