Showing posts with label Projek. Show all posts
Showing posts with label Projek. Show all posts

Thursday, July 3, 2025

Projek Gaza

 Alhamdulillah ada peluang nak menulis sedikit pengalaman beberapa hari yang lepas.

Ada mesej melalui social media FB dari orang yang tidak dikenali tetapi terdapat beberapa kawan yang sama.

Wanita ini katanya dari Gaza dan hendak meminta bantuan untuk sedikit wang supaya dapat membeli tepung.

Saya pun terus bertanya kawan2 mutual friends, adakah mereka mengenali wanita ini dan betulkah dia dari Gaza?

Dari 5 atau 6 orang Alhamdulillah seorang kawan lama dari sekolah menengah dahulu mengenali wanita ini secara peribadi.

Wanita yang bernama Walaa ini tinggal di Malaysia sebelum perang sebagai pelarian atau refugee. Seminggu sebelum perang tercetus dia pergi melawat ayahnya di Gaza dan sekarang dia terperangkap di sana dan tidak dapat keluar dari Gaza.

Walaa tinggal di Nuseirat bersama keluarganya. Dia mempunyai 4 orang anak. Dia meminta wang untuk membeli tepung untuk kegunaan keluarganya.

Keluarganya termasuk ayah dan ibu Walaa, adik beradik 5 orang termasuk suami/isteri masing2, dan 12 orang cucu atau kanak-kanak termasuk 4 orang anaknya.

Seguni tepung 25kg berharga RM1500

Lampin bayi RM350

Gula 1kg RM400

Setelah mengesahkan identiti Walaa melalui kenalan, saya menggunakan beberapa group whatsapp untuk 'crowdfund' dan Alhamdulillah dalam tempoh 24-48 jam telah berjaya mendapatkan cukup dana. 

Paling mudah kerana Walaa boleh berbahasa Inggeris dan Melayu, dan dia juga mempunyai akaun bank RHB jadi ini memudahkan urusan menderma terus kepada yang memerlukan tanpa perlu orang tengah.

Alhamdulillah terima kasih kepada semua yang menderma semoga Allah membalas dengan yang lebih baik.









Sunday, June 26, 2016

Projek Ramadan No5: Masjid SMK di Kota Bharu

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah hari ni saya berpeluang ziarah semula buat kali kedua masjid sebuah sekolah di Kota Bharu.

Bulan Mac yang lepas saya hadir di satu program anjuran sekolah. Masa tu, masjid masih tengah renovate. Separuh je yang dah siap.

Asalnya macam ni, cikgu sekolah minta saya buat program "anda bijak jauhi zina" untuk targeted students.

Lepas berbincang dengan pihak Raudatus Sakinah, akhirnya kami buat program untuk semua pelajar perempuan. Tak buat lagi targeted program.

Nak buat untuk semua pelajar masalahnya takde tempat yang sesuai. Terkejut juga saya. Takde dewan yang boleh menampung semua pelajar pada satu masa. Isy. Sedih betul. Masa saya sekolah di Petaling Jaya, kedua2 sekolah menengah dan rendah ada dewan.

Masa tu masjid tengah extend, supaya boleh menampung semua pelajar (ada dalam 700 orang) pada satu masa. Dana sebanyak RM60k diperlukan untuk membiayai projek tersebut.

Hari ni saya tengok, masjid dah nak hampir siap tapi masih ada kekurangan. Alhamdulillah, dari luar memang nampak elok berbanding 3 bulan lepas.

Masjid dari luar.
Bila masuk kat dalam pun, Alhamdulillah, saya suka. Cantik tiles dan dinding semua.
Pintu masuk untuk bahagian lelaki.
Sebelah kanan untuk lelaki dan bangunan sebelah kiri untuk perempuan.
Cantik tapi bahagian perempuan belum ada air-cond.
Bahagian lelaki dah ada verandah dan pavement di pintu masuk. Bahagian perempuan belum ada lagi.
Langsir dah cantik tapi belum ada aircond.
Besar interior masjid Alhamdulillah, boleh la buat program untuk semua 700 orang pelajar pada satu masa.

Speaker yang dipinjam. Pintu ni menghubungkan masjid bahagian perempuan dengan tempat lelaki.
Masalahnya bila dah luas, hari tu dah ada program tapi bahagian perempuan tak dapat dengar sebab agak jauh dari penceramah dan takde speaker, jadi cikgu terpaksa pinjam speaker (tak pasti dari mana tapi speaker ni bukan lah khas untuk masjid).

Bahagian lelaki. Dah ada aircond.
Saya cuba ambik gambar dari satu hujung masjid nak tunjuk keluasan.

Gambar dari bahagian wanita, hujung sebelah sana melalui pintu tengah adalah bahagian lelaki.
Saya sangat berharap para pembaca dapat menghulurkan bantuan supaya masjid ni dapat disiapkan. Ramadan pun tinggal beberapa hari lagi. Jom kita invest saham akhirat yang berterusan insya Allah.

Tempat wudhu lelaki, sumber air adalah dari dalam tanah/boring.
Saya selitkan beberapa gambar lain nak tunjukkan keadaan masjid yang hampir siap.

Tempat wudhu perempuan yang belum ada pavement di luar.
Dana yang diperlukan buat masa ni:
Air-cond untuk bahagian perempuan, anggaran RM12k
Verandah dan pavement untuk bahagian perempuan, anggaran RM5k
Speaker dan PA system, anggaran RM5k

Jom kita bantu sekolah ni yang mempunyai ramai (lebih dari 10%) pelajar miskin/asnaf.

Bank in details:
CIMB
Nama akaun: Masjid SMK
No akaun: 8602196361

12hb April 2017
Alhamdulillah beberapa minggu yang lepas berkesempatan melawat masjid yang telah siap dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh sekolah tersebut. Terima kasih kepada semua yang membantu.

14hb November 2017
Ustazah memberi latest update/perkembangan terbaru. Sekolah ingin beli 5 buah aircond untuk masjid sekolah. Buat masa ini, hanya aircond2 lama kepunyaan sekolah dipasang di bahagian lelaki, sementara bahagian perempuan belum ada aircond. Sesiapa ingin membantu boleh derma kepada no akaun di atas. Anggaran RM15k diperlukan untuk 5 buah aircond.

Saturday, June 25, 2016

Ramadhan Projects 2016

Alhamdulillah, it has been a very eventful and satisfying Ramadhan this year.

Punya la busy sampai takde masa nak blog.



Tapi hari ni, mula settle sikit, boleh la tulis sambil reflect tentang the last 20 days.

Just want to write a brief summary, maybe need to make separate blog entry for the details in future insya Allah.

Bergabung tenaga bantu Thirdforce


Ramadhan Project No1:

Palestine.

Pada 4hb Jun 2016 saya mengambil keputusan untuk menjadi stockist barang2 Palestin menggunakan alamat rumah di Petaling Jaya, sebab Kota Bharu dan Shah Alam dah ada stockist.

Mula2 kena invest barang sebanyak RM3k, penghantaran dari HQ di Shah Alam percuma. Order pagi, petang terus dapat barang, hand delivered lagi. Alhamdulillah.

Projek no1: Barangan Palestine


Cerita disebalik projek ni pun panjang, ada yang saya dah tulis dalam blog post lain.

Dalam masa 2 minggu, menggunakan facebook sebagai platform utama, semua produk asal RM3k dah pun terjual kecuali ada la 6 biji sabun zaitun. Tu pun saya kena order lagi madu 5 botol, dan guna pula stok kedai kawan saya di KB sampai 6 atau lebih botol, minyak zaitun pun beberapa botol, habbatus sauda pun kena re-order 3 botol masa di PJ. So kalau ikut dari segi capital memang dah dapat balik modal termasuk untung, Alhamdulillah.

Usaha sedikit untuk membantu memperkukuh ekonomi Palestine, di samping berganding bahu dengan usaha BDS/boikot, divest dan sanction.

Ramadhan Project No2:

Yang ni pula bermula dengan WA dari seorang Cikgu, tanya ada tak zakat nak bagi pada pelajar2 miskin. Saya kata adalah sikit, tulis post kat FB, ada kawan2 yang join bagi zakat. So pegi la sekolah nak bagi kat Cikgu. Mula2 cikgu kata ada dalam 50 pelajar miskin, bila jumpa, bilangan murid miskin bertambah kepada 80. Ramai nya, sedih saya mendengar. Kalau tak silap sekolah tu ada dalam 700 pelajar. Lebih dari 10% asnaf rupa2nya.

Gambar hiasan: sebuah sekolah di Kota Bharu


Saya pun luahkan kesedihan saya di FB. Terfikir juga alangkah bagus nya kalau saya ni orang kaya, boleh bagi zakat dan sedekah yang mencukupi untuk semua pelajar tu in one shot. Tapi apakan daya.

Tapi doa dimakbulkan. Alhamdulillah. Ramai kawan2 yang nak tolong.

Pagi ni saya nak jumpa cikgu lagi sekali.

Memang projek ni dah berjaya Alhamdulillah dengan pertolongan kawan2 semua.

Bila jumpa cikgu2 di sekolah minggu lepas, nampak mereka sangat gembira kerana dana dah mencukupi. Sampai guru besar terfikir nak tingkatkan jumlah pelajar kepada 120 orang, tapi ada masalah funding untuk majlis iftar menyampaikan zakat pulak.

Takpe lah, buat masa ni, target 80 pelajar miskin tu dah pun tercapai. Jadi, bagi saya, projek no2 dah berjaya.

Setakat pagi ni, dana terkumpul berjumlah RM9145, sesuatu yang mustahil saya capai seorang diri.

Project Ramadhan No3:

Yang ni saya jumpa secara tak sengaja. Mula2 usha page Thirdforce Raja Shamri sebab ingat nak tolong buat Pek Syawal. Lepas tu terbaca pulak post tentang keluarga daif di Kampung Sungai Nyior.

Saya pun terus contact no Cikgu Izani/Ayah Ngah yang ada kat FB page Raja Shamri.

Rumah Keluarga Puan Azizah dan 5 orang cucunya di Kampung Sungai Nyior


Dia bagi directions ke rumah tersebut. Saya tengok tak jauh dah dari rumah, walaupun nak kata dekat tu, tak juga, tapi hati sangat2 tergerak nak pergi tolong.

Kebetulan pula ada seorang kawan dari MRSM dulu yang asal dari kawasan tersebut, walaupun dia tak tinggal di situ.

Alhamdulillah dengan pertolongan kawan2 saya pun dapat jumpa rumah tersebut. Menangis saya tengok keadaan rumah tu.

Ya, memang ramai kawan2 yang nak tolong. Tapi rupa2nya ada cerita panjang disebalik keadaan rumah tersebut. Saya rasa tak sesuai cerita di blog ni. Siapa nak tahu lebih lanjut boleh saja hubungi saya melalui facebook Mazlyn Mustapha private mesej.

Kesimpulannya, masalah keluarga di Kampung Sungai Nyior ni bukan setakat kewangan sahaja. Jadi dari segi pertolongan pun, kompleks dan bukan sahaja agihkan bantuan kewangan, walaupun bantuan kewangan tu penting.

Buat masa ni, projek no3 masih berterusan.

Projek Ramadan no4.

Ni projek menyediakan pek syawal untuk asnaf di kawasan2 perumahan di Kelantan. Asalnya saya terbaca di FB page Raja Shamri. Memang niat lama dah nak tolong Thirdforce tapi takde peluang. Allah permudahkan, terjumpa la projek Pek Syawal.

Penyediaan Pek Syawal untuk asnaf di pusat operasi Thirdforce Pasir Pekan


Saya pun tanya ada tak kawan2 yang nak tolong. Ramai yang berminat. Tapi ramai yang duduk di luar Kelantan jadi tak dapat tolong secara direct.

Takpe. Bantuan tak semestinya dari segi tenaga, banyak cara lain nak bantu.

Apapun, projek ni, bagi saya dah pun berjaya.

Setakat ni, dana sebanyak RM8081.34 terkumpul dari sumbangan kawan2. Alhamdulillah.

300 pek syawal telah disediakan dan diedarkan/akan diedarkan untuk asnaf2 di kawasan:

  • Pasir Pekan
  • Kampung Kebakat
  • Tanah Merah

Insya Allah...

Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada semua pihak yang bekerja sama dan membantu menjayakan projek2 Ramadhan ini.

Moga Allah menerima amal kami semua. Aamiin.