Ini lah ABC yang paling best pernah saya rasa di Malaysia setakat ni. |
Tempat: Tanjung Chat, Kota Bharu. Dekat juga lah dengan Taman Tengku Anis dan KB Mall.
Baru cari kat waze, rupa2 nya takde. Next time pegi akan add place. Boleh search guna facebook. Restoran open air ni terletak di Jalan Long Yunus.
Ni map kalau search guna facebook mobile. |
Ni map kalau guna FB website. |
Nasi ayam yang nampak simple tapi sedap. |
Kali ni lama sikit nak tunggu makanan sampai sebab dah ramai orang. Kalau pegi awal 11.45am sampai, servis lagi cepat.
Harga nasi ayam around RM4-6 bergantung kepada hidangan ayam. ABC dalam RM2-4, bergantung pada specialnya (ada aiskrim on top etc). So memang murah la nak makan satu keluarga, berbaloi & value for money.
Selamat mencuba.
Ini antara tempat favourite makan di KB.
Yang lain:
1) Restoran Abe Man Mee Udang
2) Yatie Ayam Percik
4) Nasi Kukus Abe Mie
5) Restoran El-Idrus Nasi Arab
Untuk kekal kurus kena lah jogging dan exercise setiap hari.
No comments:
Post a Comment