Saturday, April 30, 2016

Tips Kerja KL

Esok genap lah setahun dari tarikh saya mula bekerja dengan Perdana University Graduate School of Medicine atau nama singkat PUGSOM, sebagai pensyarah perubatan.

Bersama pensyarah2 dari Myanmar dan Amerika.
Kampus utama di Serdang. Masa mula join bulan Mei tu, batch final year sedang menjalankan sesi 'transition to internship'. Saya pun berpeluang mengajar mereka beberapa kelas (ada yang bukan topik pilihan seperti airway management) sebelum mereka menamatkan pengajian.

Bersama Dr Jamie, pakar bedah yang dilatih di Amerika.

Masa tu saya belum menggunakan Waze. Pernah kerja di UNITEN dulu jadi saya guna jalan tu dari PJ. Rupa2nya jalan jauh. Jalan lagi dekat sebenarnya LDP.

Berulang dengan kereta di Jalan Kinabalu, cantik pemandangan waktu pergi balik.

Tip #1: Gunakan Waze. Sangat mudah dan jarang sesat.

Mula2 memang agak keliru dengan sistem medical school Amerika. Walaupun bahasa Inggeris, tapi terms yang digunakan kebanyakkan-nya lain. Contohnya:

Apex beat = PMI atau point of maximal impulse
Salbutamol = Albuterol
JVP = JVD
dan banyak lagi...not to mention the units semua berbeza, jadi bila tengok blood sugar level ke, cholesterol ke, macam bahasa greek pulak...

Bersama 'future doctors' kumpulan posting internal medicine 31 Disember 2015, hari terakhir di PUGSOM.

Tetapi, lepas 8 bulan bekerja menggunakan sistem medical school Amerika, saya nampak banyak kelebihan-nya.

Antaranya:
Pelajar post grad lebih matang dan benar2 berminat untuk jadi doktor
Kumpulan yang kecil membolehkan pelajar di latih tubi setiap hari di hospital, menjadikan 4 tahun cukup sebagai persediaan untuk menjadi doktor

Gambar rakan2 sekerja di Office tingkat 10 Hotel Grand Season, berhampiran HKL.

Bulan Jun, saya mula mengajar di HKL, yang lebih dekat dengan rumah di PJ. 

Mula2 saya pegi balik guna LRT, tetapi, sangat memenatkan kerana kena banyak jalan, turun naik tangga dalam keadaan panas. Amatlah tak sesuai untuk pesakit.

Bila tiba bulan puasa saya berulang dengan kereta dan lepas tu memang gnna kereta sahaja kerana tak tahan bersesak dalam LRT, bercampur lelaki perempuan.

Meraikan Rakan O&G di Istana Budaya.

Tip #2: Boleh guna LRT atau kereta. Kereta mungkin lebih convenient bergantung kepada tempat kerja dan posisi rumah.

Bersama pakar anaesthesia dari Myanmar, dia bekerja di UK dan datang untuk 6 bulan bekerja di PUGSOM.

Saya akan keluar rumah tepat 7am untuk mengelak jam dan dapat parking bawah pokok. Balik boleh awal sikit.

Parking RM6 sehari sebelah Hotel Grand Season.

Pemandangan yang cantik dari tingkat 10 Hotel Grand Season.

Tip #3: Keluar awal dan balik awal, minta kebenaran untuk berbuat demikian kalau boleh.

Pengalaman di HKL amat menginsafkan. Pesakit2 ada bermacam2 jenis penyakit dan kebanyakkan-nya, boleh dielakkan. Saya akan ceritakan dengan detail di blog post yang lain tentang ini.

Itu saja kali ni. Harap berguna.

No comments:

Post a Comment