Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Friday, August 14, 2020

Kerja Sebagai Doktor Locum di Lembah Klang, Malaysia

Hari ni nak tulis sedikit tentang kerja locum di Lembah Klang..

Lepas pindah dari Kota Bharu ke Selangor, saya ambil masa cuti, tunggu anak-anak semua settle di sekolah baru dan dengan kehidupan baru mereka...lama juga rupa-rupanya anak nak sesuaikan diri. 

Bila semua dah ok, kali ni setahun juga la, baru saya mula berfikir tentang kerja.

Sambil menunggu permanent post atau kerja yang lebih tetap, saya buat locum dahulu. Kerja locum ni sesuai untuk mereka yang sedang menunggu kerja lain yang tetap, atau as part time kalau nak tambah income, atau nak tambah pengalaman kerja di luar bidang yang biasa kita buat...ada bermacam sebab untuk buat locum tapi yang pasti, lepas dah mula kerja permanent post 2 minggu lepas, saya dah tak buat locum sebab masa pun dah terhad...

Saya mula-mula minta tolong kawan (clinic owner) dan dia yang carikan beberapa group telegram untuk doktor locum:

1) https://t.me/locum_malaysia, group ni nama dia "Locum Malaysia"

2) Locum 24 jam

3) Cash Locum Only

Ni contoh-contoh group locum yang saya join masa tengah buat locum tempoh hari...dalam bulan Julai 2020.

Alhamdulillah, banyak peluang tambah pendapatan dan pengalaman, tips saya adalah:

1) install telegram dalam phone

2) search dan join group2 locum, contoh yang seperti di atas

3) kena rajin check post dalam group telegram, sebab ramai juga yang mencari rezeki lebih sekarang ni. Kalau cepat respond dan memenuhi kriteria, insya Allah dapat la kerja locum tersebut.

4) Tips extra adalah, jika anda suka buat locum di klinik tertentu dan nak buat lagi locum di sana maka approach la staf atau doktor in-charge, beritahu tentang kelebihan anda sebagai locum contoh freelance, tinggal berdekatan, etc, Boleh puji perkara2 yang baik tentang klinik tersebut contoh staff experienced dan dedicated, dan boleh juga bagi komen atau cadangan membangun tentang penambahbaikan di klinik tersebut.

5) Ada klinik yang bayar locum cash lepas habis kerja, tapi ada juga yang bank in hari selepas atau pada masa2 tertentu, jadi, jika anda short of cash dan nak quick cash, pastikan dahulu cara bayaran sebelum setuju buat locum.

6) Jika anda ada masalah, contoh lambat sampai atau kena cancel dan sebagainya atas sebab2 munasabah (mahupun sebab tidak munasabah) maka beritahu la pihak klinik supaya mereka dapat buat alternative arrangement. Ramai je kawan2 lain boleh tolong cover insya Allah.

7) Selain group telegram, boleh juga approach rakan2 anda yang empunya klinik dan offer untuk locum.

8) Saya juga fotostat beberapa salinan APC dan pergi beberapa klinik berdekatan rumah, dan bagi salinan APC saya kepada staff (jangan lupa tulis no tel) supaya mereka boleh hubungi kalau perlukan doktor locum.

9) Saya ikut je steps di atas, pada masa yang sama, pastikan kereta dah isi minyak dan extra items zaman covid ni contoh faceshield, saya dah letak standby siap2 dalam kereta. Botol air mineral pun ada spare. Phone charger pun wajib ada.

Ok. itu saja tips tentang buat locum di Lembah Klang, setakat ni Alhamdulillah pengalaman saya memang positif. 


Saya share pinned post salah satu group sebab dalam tu ada link untuk group2 yang lain:

"📌House Rules & Etiquette📌


🩺Welcome to all🧑‍⚕👩‍⚕ 

📍Here you can post locum for any clinic across the country

📍This group made up/consist of locum drs nationwide

📍Locum request can be made by drs,nurses and so on


⚠️‼️Strictly catering for locum ads, medical and locum based discussion only‼️⚠️


✅ Do's ❌ Don'ts


✅If you would like to send a msg which is not directly related,pls send it to the moderator who will then forward it if appropriate

✅Be respectful to other users

✅Read your msg & double check your ads for any typing errors or incomplete info.before forwarding

✅Users reserve full rights to bring up any dissatisfaction or complaints or stay anonymous by forwarding the complaints to admins

❌Avoid forwarding any unrelated material(will be deleted)@risking ban/restrictions

🚨No business products strictly🚨

❗️Users who are found to be sending unsolicited or unwanted content to users in the members list may be removed without warning❗️

🚫No sharing of any external links,apps or groups🚫

💢Zero tolerance to spammers💢

⚠️Possible restrictions for posting unrelated/personal ads or discussion:politics,racial,religious⚠️


🔕Mute group if u are not actively looking for locum at the moment🔕


👇🏻This group link👇🏻Share it around

🔥🚨⚡️Locum 24 Jam⚡️🚨🔥

Free platform to advertise locum

Drs & Nurses are invited to join

Click here to join 👇🏻👇🏻👩🏻‍⚕️👨🏻‍⚕️🩺💉💊

https://t.me/joinchat/HaT-FhMlmKbqS0QfgXiBEg


⭐️Welcome also to join other unified groups which may be beneficial for you simply by clicking the links below⭐️👇🏻👇🏻👍🏻👏🏻


💥Full Time Job/Locum

MA/Radiographer/Clinic Nurse/Clinic Assistant/Clinic Manager/Physiotherapist 💥🌡💉🧑‍🦽🚨👇🏻👇🏻

https://t.me/joinchat/HaT-FgtWI1S5X-UeOu3YqA


🔥Cash Locum Only🔥 👇🏻👇🏻💰💰

https://t.me/joinchat/HaT-FhRzkUFIgvYjLw8v6A


🌪Medical Product Merchandisers/Wholesalers/Retailers🌪👇🏻🚑🦽🦼

https://t.me/joinchat/HaT-FhfoSq8DJ7mUwE8jUw


✨Dermatology Aesthetics Malaysia

Discussion Group✨🤩👇🏻

https://t.me/joinchat/HaT-Fkbmv_FIvxz7jSS5ew


🌈Locum Medical Centres🌈🏩👇🏻

https://t.me/joinchat/HaT-FhQbZYo3S5tkAi7J2w


🧨Locum Dr's Chat🧨✏️👨‍💻👇🏻

https://t.me/joinchat/HaT-FhStY7FKsLwr0EgRvg


🙏🏻❗️Tq for understanding❗️🙏🏻"


Tuesday, May 3, 2016

Tips Kerja Tanah Merah

Alhamdulillah, dah tiga kali pergi Hospital Tanah Merah dari Kota Bharu.

Dewan Mas Merah
Senang je drive guna Waze. Terima kasih la kepada pencipta Waze. Banyak jasa yang tak terbalas especially masa kerja HKL tahun 2015.

Sejam juga la nak sampai. Maklum lah, takde highway. Jalan ok, takde luas atau sempit. Cuma banyak bergantung budi pekerti pengguna lain. Yang sporting ada je bagi jalan tengok kita nak bawa laju sikit. Ada yang tak nak ke tepi langsung. Terima je lah.

Gambar hiasan.
Kali pertama sampai Tanah Merah dua bulan lepas, Februari 2016. Masa tu masih terkejut lagi sebab baru je dapat tau kena pegi sampai Tanah Merah. Sebelum ni tak tau pun. Kalau tahu, ada kebarangkalian tak datang. Tak ape lah, buat masa ni terima je dulu. Ada hikmahnya Insya Allah.

Bird's eye view.
Saya pula ada baby kat rumah yang masih menyusu, so datang kerja sini kena maximise usage of time. Takde masa nak sembang2 atau lepak break ke apa. Teruskan dan habiskan kerja secepat mungkin supaya boleh balik KB as soon as possible. Ni tak bermakna kualiti kerja kurang, cuma, fokus dan intensif lain berbanding kalau kerja 9-5. Maklum lah, saya kerja fleksibel hours.

Yay, jumpa tempat untuk kitar semula.
First time sampai memang blur, parking je kat kuarters atas bukit. Ok juga. Ye lah, hospital, tak nak la kena clamp atau block tempat laluan ambulans. Kali kedua datang ada driver hantar dan ambik so tak yah pikir parking. Hari ni parking tempat sama tapi dah jumpa laluan pejalan kaki yang best untuk exercise.

Turun ok, naik sesak nafas sikit.
Lunch senang, pegi je secret recipe. Then afternoon ada lecture and student presentation di campus Tanah Merah.

Secret recipe Tanah Merah senang je nak dapat ice blended chocolate drink - my absolute favourite drink 
Secret recipe favourite meal fish & chips plus ice blended chocolate drink, iklan secret recipe la pulak.

Malaysia Darul Makan.
Lepas tu rush pegi afternoon lecture & seminar.

Student seminar.

Terkejut pagi tadi ramai student yang masih cuti. Masa medical student dulu jarang sangat ponteng kelas. Memang sama ada sakit, atau cuaca ribut gale yang dahsyat, atau terlambat (pernah sekali kot). 

Di posting yang lain nak share pula pengalaman medical student di Ireland dulu, jalan kaki/naik bas/basikal je pegi hospital/uni. Malam kena masak sebab makanan luar mahal & susah nak dapat yang halal. Nak study kat rumah pulak sejuk gila, sebab save duit tak nak pasang heater, so pegi la study kat library atau Malaysia Hall.

Topik lecture pulmonary TB, seminar pula ada bincang tentang lung cancer. Pagi tadi diskus tentang history & physical exam for respiratory system & fokus short cases. Ya, saya sangat minat mengajar short cases berbanding long case.

Ok, itu je nak share hari ni.

Saturday, April 30, 2016

Tips Kerja KL

Esok genap lah setahun dari tarikh saya mula bekerja dengan Perdana University Graduate School of Medicine atau nama singkat PUGSOM, sebagai pensyarah perubatan.

Bersama pensyarah2 dari Myanmar dan Amerika.
Kampus utama di Serdang. Masa mula join bulan Mei tu, batch final year sedang menjalankan sesi 'transition to internship'. Saya pun berpeluang mengajar mereka beberapa kelas (ada yang bukan topik pilihan seperti airway management) sebelum mereka menamatkan pengajian.

Bersama Dr Jamie, pakar bedah yang dilatih di Amerika.

Masa tu saya belum menggunakan Waze. Pernah kerja di UNITEN dulu jadi saya guna jalan tu dari PJ. Rupa2nya jalan jauh. Jalan lagi dekat sebenarnya LDP.

Berulang dengan kereta di Jalan Kinabalu, cantik pemandangan waktu pergi balik.

Tip #1: Gunakan Waze. Sangat mudah dan jarang sesat.

Mula2 memang agak keliru dengan sistem medical school Amerika. Walaupun bahasa Inggeris, tapi terms yang digunakan kebanyakkan-nya lain. Contohnya:

Apex beat = PMI atau point of maximal impulse
Salbutamol = Albuterol
JVP = JVD
dan banyak lagi...not to mention the units semua berbeza, jadi bila tengok blood sugar level ke, cholesterol ke, macam bahasa greek pulak...

Bersama 'future doctors' kumpulan posting internal medicine 31 Disember 2015, hari terakhir di PUGSOM.

Tetapi, lepas 8 bulan bekerja menggunakan sistem medical school Amerika, saya nampak banyak kelebihan-nya.

Antaranya:
Pelajar post grad lebih matang dan benar2 berminat untuk jadi doktor
Kumpulan yang kecil membolehkan pelajar di latih tubi setiap hari di hospital, menjadikan 4 tahun cukup sebagai persediaan untuk menjadi doktor

Gambar rakan2 sekerja di Office tingkat 10 Hotel Grand Season, berhampiran HKL.

Bulan Jun, saya mula mengajar di HKL, yang lebih dekat dengan rumah di PJ. 

Mula2 saya pegi balik guna LRT, tetapi, sangat memenatkan kerana kena banyak jalan, turun naik tangga dalam keadaan panas. Amatlah tak sesuai untuk pesakit.

Bila tiba bulan puasa saya berulang dengan kereta dan lepas tu memang gnna kereta sahaja kerana tak tahan bersesak dalam LRT, bercampur lelaki perempuan.

Meraikan Rakan O&G di Istana Budaya.

Tip #2: Boleh guna LRT atau kereta. Kereta mungkin lebih convenient bergantung kepada tempat kerja dan posisi rumah.

Bersama pakar anaesthesia dari Myanmar, dia bekerja di UK dan datang untuk 6 bulan bekerja di PUGSOM.

Saya akan keluar rumah tepat 7am untuk mengelak jam dan dapat parking bawah pokok. Balik boleh awal sikit.

Parking RM6 sehari sebelah Hotel Grand Season.

Pemandangan yang cantik dari tingkat 10 Hotel Grand Season.

Tip #3: Keluar awal dan balik awal, minta kebenaran untuk berbuat demikian kalau boleh.

Pengalaman di HKL amat menginsafkan. Pesakit2 ada bermacam2 jenis penyakit dan kebanyakkan-nya, boleh dielakkan. Saya akan ceritakan dengan detail di blog post yang lain tentang ini.

Itu saja kali ni. Harap berguna.

Wednesday, April 27, 2016

Tips Bekerja Untuk Ibu: Pilih Kerja Fleksibel

Semalam hangat diperkatakan tentang isu ibu bekerja, rumah tangga dan kerja fleksibel.

Hari ni saya nak share sikit tentang tips bekerja, khusus nya kerja fleksibel.

Alhamdulillah, sekarang 8.30pagi dan saya masih di rumah, tetapi saya juga bekerja, bekerja separuh masa. Saya ada empat orang anak, tahun ni, anak yang ketiga dah mula sekolah darjah satu. So, kalau tak kerana anak bongsu, baby setahun lebih, waktu pagi memang rumah sunyi sebab semua dah ke sekolah.

Taylors University Lakeside Campus di Subang.

Untuk para ibu yang suami sangat sibuk bekerja macam suami saya, seorang doktor pakar bedah di hospital kerajaan, saya sangat mengesyorkan:

Tip#1: Tinggal berdekatan dengan rumah ibu, ibu mertua, atau adik-beradik.
Tip #2: Ambil pembantu rumah sepenuh masa (atau separuh masa mengikut keperluan dan bajet masing2).

Saya ada pembantu rumah Indonesia yang dah nak masuk 8 tahun bekerja dengan keluarga kami. Pahit manis tu adalah, nanti saya share di blog post yang lain.

Buat masa ni, suami belum nak pilih untuk kerja fleksibel sebab maklum lah, negara memang kekurangan pakar bedah. Saya pun menyokong kerja dia sebagai amal ibadah untuk manfaat rakyat.

Tip #3: Kalau ada suami yang nak kerja fleksibel supaya boleh membantu di rumah, bagus juga.

Tip #1-3 ni supaya ibu mendapat bantuan di rumah. Bukan senang nak uruskan rumah tangga, lagi2 kalau ada kerja di luar rumah.

Tip #4: Yang bekerja, cuba cari kerja yang fleksibel.

Saya pernah bekerja sebagai pensyarah di dua university yang menawarkan kerja fleksibel.

Taylors University hanya mewajibkan pensyarah berada on-site selama 5 jam sehari. Kerja lain boleh buat di rumah.

Bilik konsultasi di BP Specialist Center Cheras.

Lincoln University pula memberi pilihan waktu bekerja. Jike full time dikira 40jam seminggu, kita boleh pilih nak 20jam seminggu, 4jam seminggu dan sebagainya. Gaji 'pro-rate' atau dibayar ikut jam. Atau pensyarah yang menggunakan masa lain untuk 'praktis', saya pula menggunakan masa tersebut untuk bersama anak2.

Saya pernah juga bekerja sebagai pensyarah sepenuh masa, tetapi negotiate fleksibel hours.

Masa kerja di Perdana University, kami mengajar di HKL. Maklum lah trafik jam di KL sangat teruk jadi kami minta instead of kerja 9am-5pm, masuk 7.30am dan balik 4pm. So bincang lah dengan boss/atau higher management masa interview kerja.

Masa kerja di USM, HOD sangat sporting dan mementingkan keluarga. Kami semua dibenarkan keluar lunch 2jam, untuk ambil anak dari sekolah dan makan lunch/solat di rumah. Boleh datang awal 30minit dan balik lambat 30 minit untuk cover masa lunch break extra.

Kerja GP locum juga boleh pilih berapa jam nak kerja dan waktu yang sesuai.

Selain itu, boleh juga kerja dari rumah, bisnes online dan sebagainya.

Itu saja tips hari ni. Selamat bekerja dan selamat menguruskan rumah tangga dengan bijak.

Tuesday, April 5, 2016

Tempat Kerja Yang Menarik di Malaysia

Hari ni saya nak kongsi tempat2 kerja paling best sepanjang tinggal di Malaysia dari 2006 sampai sekarang 2016 - Taylor's University Lakeside Campus.

Saya bekerja di Taylors Uni dari 2010-2012 sebagai pensyarah perubatan. Masa tu TUSOM (Taylors University School of Medicine) baru di lancarkan.

Bersama pelajar perubatan di Hospital Sg Buloh (sekarang kebanyakkan dah jadi doktor)
Selain kampus yang cantik (award-winning campus) yang memenangi anugerah, antara sebab2 lain best kerja di sini:



1) Kerja on-site hanya 5 jam sehari. Boleh atur kelas supaya hanya kerja pagi atau petang. Saya suka kerja pagi, tengah hari dah boleh balik.

2) Dapat bonus akhir tahun. Gaji sentiasa on time dan claims pun cepat dapat.

3) Berpeluang berinteraksi dengan pensyarah2 dan staff
dari pelbagai bidang yang lain.

Semua kawan2 dari bidang yang berlainan makan sekali di restoran Tarragon di kampus. Restoran di kampus pun menarik, ada yang di kelola hanya oleh pelajar bidang masakan (hospitality).

4) Mempunyai boss yang sangat baik (sporting & understanding).

Dekan TUSOM, Prof Abd Rahman Noor, ketiga dari kanan.
5) Dapat peluang sambung belajar. Saya ambik MBA twinning dengan University of West of England, Bristol. Staff diskaun 50%, degree dari UK. Sangat berbaloi.

Bersama kawan2 sekelas MBA
Itu saja perkongsian hari ni.