Showing posts with label Ibu. Show all posts
Showing posts with label Ibu. Show all posts

Wednesday, April 27, 2016

Tips Bekerja Untuk Ibu: Pilih Kerja Fleksibel

Semalam hangat diperkatakan tentang isu ibu bekerja, rumah tangga dan kerja fleksibel.

Hari ni saya nak share sikit tentang tips bekerja, khusus nya kerja fleksibel.

Alhamdulillah, sekarang 8.30pagi dan saya masih di rumah, tetapi saya juga bekerja, bekerja separuh masa. Saya ada empat orang anak, tahun ni, anak yang ketiga dah mula sekolah darjah satu. So, kalau tak kerana anak bongsu, baby setahun lebih, waktu pagi memang rumah sunyi sebab semua dah ke sekolah.

Taylors University Lakeside Campus di Subang.

Untuk para ibu yang suami sangat sibuk bekerja macam suami saya, seorang doktor pakar bedah di hospital kerajaan, saya sangat mengesyorkan:

Tip#1: Tinggal berdekatan dengan rumah ibu, ibu mertua, atau adik-beradik.
Tip #2: Ambil pembantu rumah sepenuh masa (atau separuh masa mengikut keperluan dan bajet masing2).

Saya ada pembantu rumah Indonesia yang dah nak masuk 8 tahun bekerja dengan keluarga kami. Pahit manis tu adalah, nanti saya share di blog post yang lain.

Buat masa ni, suami belum nak pilih untuk kerja fleksibel sebab maklum lah, negara memang kekurangan pakar bedah. Saya pun menyokong kerja dia sebagai amal ibadah untuk manfaat rakyat.

Tip #3: Kalau ada suami yang nak kerja fleksibel supaya boleh membantu di rumah, bagus juga.

Tip #1-3 ni supaya ibu mendapat bantuan di rumah. Bukan senang nak uruskan rumah tangga, lagi2 kalau ada kerja di luar rumah.

Tip #4: Yang bekerja, cuba cari kerja yang fleksibel.

Saya pernah bekerja sebagai pensyarah di dua university yang menawarkan kerja fleksibel.

Taylors University hanya mewajibkan pensyarah berada on-site selama 5 jam sehari. Kerja lain boleh buat di rumah.

Bilik konsultasi di BP Specialist Center Cheras.

Lincoln University pula memberi pilihan waktu bekerja. Jike full time dikira 40jam seminggu, kita boleh pilih nak 20jam seminggu, 4jam seminggu dan sebagainya. Gaji 'pro-rate' atau dibayar ikut jam. Atau pensyarah yang menggunakan masa lain untuk 'praktis', saya pula menggunakan masa tersebut untuk bersama anak2.

Saya pernah juga bekerja sebagai pensyarah sepenuh masa, tetapi negotiate fleksibel hours.

Masa kerja di Perdana University, kami mengajar di HKL. Maklum lah trafik jam di KL sangat teruk jadi kami minta instead of kerja 9am-5pm, masuk 7.30am dan balik 4pm. So bincang lah dengan boss/atau higher management masa interview kerja.

Masa kerja di USM, HOD sangat sporting dan mementingkan keluarga. Kami semua dibenarkan keluar lunch 2jam, untuk ambil anak dari sekolah dan makan lunch/solat di rumah. Boleh datang awal 30minit dan balik lambat 30 minit untuk cover masa lunch break extra.

Kerja GP locum juga boleh pilih berapa jam nak kerja dan waktu yang sesuai.

Selain itu, boleh juga kerja dari rumah, bisnes online dan sebagainya.

Itu saja tips hari ni. Selamat bekerja dan selamat menguruskan rumah tangga dengan bijak.

Thursday, March 31, 2016

Tips Menyusukan Bayi

Disclaimer: Semua tips kat sini bukan pengganti nasihat dari doktor atau pegawai perubatan. Ini hanya nasihat secara am. Jika anda atau bayi tidak sihat, sila jumpa doktor.

Baru2 ni kakak saya dapat baby yang ketiga. Belum sempat pegi tengok lagi.

Sebelum tu ada sorang kawan ni yang pernah buat program kuruskan badan sebab nak tambah anak, pun baru dapat baby.

Kami berbincang tentang tips menyusukan baby. So hari ni saya nak share sikit dengan ibu2 di luar sana.

Koleksi gambar baby2 saya, semua dah sekolah dah sekarang, semua minum susu ibu masa baby, Alhamdulillah.
Tip no1: Niat untuk susukan baby untuk 2 tahun.

Sebenarnya nak menyusukan baby ni tak susah. Lagi senang dari susu botol. Tak payah basuh botol, tak payah beli tepung, tak payah bangun malam cari air panas.

Menyusukan baby ada banyak khasiat (ada antibody yang dapat melawan penyakit), baby pula kurang sakit berbanding kalau minum susu botol.

Menyusukan baby ada banyak kebaikan untuk ibu. Risiko kanser payu dara kurang dan ibu boleh kembali slim lebih cepat.

Andaikata ada penyakit atau masalah yang menyebabkan tak dapat susukan baby, jangan bersedih. Asalkan ada niat dan dah cuba dengan bantuan orang yang pakar, kita tawakal.

Tip no2: Fokus jaga diri dan baby.

Masa mula2 tu, especially kalau first baby, ataupun macam saya, dah lama takde baby, tetiba dapat baby, mungkin cabaran sikit.

Lepas bersalin, ada yang bedah, sakit dan penat bersalin belum hilang, nak kena jaga baby pulak. So masa ni, kalau masih di hospital, (kat Malaysia memang private hospital very supportive, dia tolong mandikan baby, jagakan baby so mak2 baru boleh la berehat sikit) dapatkan pertolongan dari suami/keluarga.

Saya pernah bersalin di hospital kerajaan masa tinggal Ireland dulu, penat juga sebab mereka tak tolong jagakan baby dan tak benarkan sesiapa teman lepas waktu malam. Saya takde pengalaman bersalin hospital kerajaan di Malaysia, so no komen tentang tu.

Dapatkan pertolongan supaya ada orang buatkan makanan, basuhkan baju dan sebagainya, dan kita boleh concentrate jaga diri dan jaga baby. Kena minum air banyak2 dan makan makanan berkhasiat.

Tip no3: Masa susukan baby kena duduk dengan posisi yang selesa dan sediakan air untuk minum.

Kalau tak selesa memang susah susu nak keluar. Baby pertama saya lahir normal. Yang kedua kena bedah.

Lepas baby yang kedua baru dia orang ajar menyusukan baby sambil baring. Memang mula2 tak boleh buat, sebab terlalu sakit. So lepas 24jam (bedah) tu, baru boleh baring mengiring sambil susukan baby.

Posisi baring mengiring ni lagi selesa, baby pun senang je tertidur lepas dah kenyang. Ibu pun boleh berehat masa menyusukan baby.

Tip no4: Gunakan pump jika perlu.

Semasa beberapa minggu pertama (1-2bulan), susu akan banyak sampai engorged atau payu dara terasa penuh sehingga kurang selesa. Masa ni, demand belum equal to supply. Badan masih belum pandai adjust. Baby pula banyak tidur masa ni. Kalau baby kuning, dia lagi mengantuk dan kurang menyusu.

Ada kawan yang masalah engorged sampai baby susah nak susu sebab tak dapat latch on/puting tak dapat masuk mulut. Kalau ada masalah ni, boleh guna pump untuk kurangkan susu sikit supaya baby senang nak lekat.

Saya tak berapa suka guna pump. Pump hanya bila terpaksa, masa zaman oncall dulu2. Tu pun suami akan datang bawa baby untuk menyusu waktu malam kat hospital bila saya oncall. Selain tu terpaksa guna pump nak buang sikit kalau tak sakit sangat.

Saya guna pump avent. Lepas dua anak, pass kat kakak saya sebab ingat tak guna dah pump tu. Kakak saya kata pump tu tak user friendly. Dia lagi suka medela pump.

Pump yang digunakan oleh seorang kenalan.
Yang bagus nya boleh beli online dan dia orang hantar terus sampai ke rumah.

Penghasilan susu pula bergantung kepada banyak mana baby hisap. Kalau lagi banyak dia menyusu, lagi banyak susu akan terhasil. Ibu pun tak boleh diet sangat masa ni, makan makanan yang berkhasiat.

Itu saja tips kali ni. Moga bermanfaat.

Monday, March 21, 2016

Tips Mendidik Anak

Hari ni saya nak kongsi satu kisah masa saya darjah 2. Saya ingat lagi sampai sekarang. Exam English saya dapat 98%. Memang saya mengaku cuai masa jawab soalan. Soalan jenis gariskan jawapan yang betul dan ada 2 pilihan jawapan.

Masa menjawab tu kebanyakkan jawapan yang betul belah kanan, jadi saya terus gariskan semua kanan dan mungkin nak cepat punya pasal, saya tergariskan "The grass is black" instead of green.

Masa dapat balik kertas jawapan saya pun check dulu mana yang salah. Kecewa juga kalau tak dapat la 100%.

Yang buat saya ingat sampai hari ini ialah, masa bagi kat mak bapak, dan saya telah memaafkan mereka tentang hal ini, cuma nak jadikan pengajaran buat ibu bapa yang lain, sebab baru2 ni exam result dah keluar. Cikgu kelas darjah satu pula buatkan WA group, yang saya rasa memang bermanfaat. Tapi saya tengok parents ada yang komen pasal kesilapan anak2, sedangkan kelas tu kelas terbaik di sekolah BT, jadi students pun mesti dahsyat2. Saya pun bismillah dengan niat yang ikhlas, mengingatkan diri sendiri dan juga ibu bapa yang lain, tolong lah puji yang dah jawab betul 98% tu, jangan hanya fokus kepada yang salah, ok. Mesti seimbang.

Life is all about getting equilibrium.

Seimbang dunia akhirat. Insya Allah.

Website ni ada bagi banyak nasihat untuk membantu anak meningkatkan self-esteem/merasa konfiden: Cara Mengajar Anak Menghargai Diri Sendiri