Wednesday, April 27, 2016

Tips Bekerja Untuk Ibu: Pilih Kerja Fleksibel

Semalam hangat diperkatakan tentang isu ibu bekerja, rumah tangga dan kerja fleksibel.

Hari ni saya nak share sikit tentang tips bekerja, khusus nya kerja fleksibel.

Alhamdulillah, sekarang 8.30pagi dan saya masih di rumah, tetapi saya juga bekerja, bekerja separuh masa. Saya ada empat orang anak, tahun ni, anak yang ketiga dah mula sekolah darjah satu. So, kalau tak kerana anak bongsu, baby setahun lebih, waktu pagi memang rumah sunyi sebab semua dah ke sekolah.

Taylors University Lakeside Campus di Subang.

Untuk para ibu yang suami sangat sibuk bekerja macam suami saya, seorang doktor pakar bedah di hospital kerajaan, saya sangat mengesyorkan:

Tip#1: Tinggal berdekatan dengan rumah ibu, ibu mertua, atau adik-beradik.
Tip #2: Ambil pembantu rumah sepenuh masa (atau separuh masa mengikut keperluan dan bajet masing2).

Saya ada pembantu rumah Indonesia yang dah nak masuk 8 tahun bekerja dengan keluarga kami. Pahit manis tu adalah, nanti saya share di blog post yang lain.

Buat masa ni, suami belum nak pilih untuk kerja fleksibel sebab maklum lah, negara memang kekurangan pakar bedah. Saya pun menyokong kerja dia sebagai amal ibadah untuk manfaat rakyat.

Tip #3: Kalau ada suami yang nak kerja fleksibel supaya boleh membantu di rumah, bagus juga.

Tip #1-3 ni supaya ibu mendapat bantuan di rumah. Bukan senang nak uruskan rumah tangga, lagi2 kalau ada kerja di luar rumah.

Tip #4: Yang bekerja, cuba cari kerja yang fleksibel.

Saya pernah bekerja sebagai pensyarah di dua university yang menawarkan kerja fleksibel.

Taylors University hanya mewajibkan pensyarah berada on-site selama 5 jam sehari. Kerja lain boleh buat di rumah.

Bilik konsultasi di BP Specialist Center Cheras.

Lincoln University pula memberi pilihan waktu bekerja. Jike full time dikira 40jam seminggu, kita boleh pilih nak 20jam seminggu, 4jam seminggu dan sebagainya. Gaji 'pro-rate' atau dibayar ikut jam. Atau pensyarah yang menggunakan masa lain untuk 'praktis', saya pula menggunakan masa tersebut untuk bersama anak2.

Saya pernah juga bekerja sebagai pensyarah sepenuh masa, tetapi negotiate fleksibel hours.

Masa kerja di Perdana University, kami mengajar di HKL. Maklum lah trafik jam di KL sangat teruk jadi kami minta instead of kerja 9am-5pm, masuk 7.30am dan balik 4pm. So bincang lah dengan boss/atau higher management masa interview kerja.

Masa kerja di USM, HOD sangat sporting dan mementingkan keluarga. Kami semua dibenarkan keluar lunch 2jam, untuk ambil anak dari sekolah dan makan lunch/solat di rumah. Boleh datang awal 30minit dan balik lambat 30 minit untuk cover masa lunch break extra.

Kerja GP locum juga boleh pilih berapa jam nak kerja dan waktu yang sesuai.

Selain itu, boleh juga kerja dari rumah, bisnes online dan sebagainya.

Itu saja tips hari ni. Selamat bekerja dan selamat menguruskan rumah tangga dengan bijak.

No comments:

Post a Comment