Thursday, April 28, 2016

Tips Diet Kurangkan Kolesterol

Ok, memandangkan blog post berkenaan tips mengurangkan kolesterol dapat positive feedback, saya nak tulis sedikit tentang diet pulak.

Specifically, diet yang macam mana untuk kurangkan kolesterol dan risiko sakit jantung/stroke.

Memandangkan saya belajar medic dulu kat Ireland, di sana kami guna NICE guidelines.

Untuk mengurangkan kolesterol dan risiko sakit jantung, boleh baca artikel ni "Cardiovascular disease: risk assessment and reduction, including lipid modification". (Artikel ni ditulis untuk para doktor jadi bahasa agak teknikal).

Kalau terjemahkan, maksud tajuk artikel ialah "Penyakit jantung (cardio) dan salur darah (vascular): cara menentukan risiko (risk assessment) dan mengurangkan risiko (risk reduction) termasuk mengubah lemak (lipid modification)".

Secara am, ini approach yang digunakan untuk semua pesakit:
  1. Mula2 sekali doktor kena tentukan CVD (cardiovascular disease) risk atau risiko sakit jantung/stroke bagi seseorang pesakit. 
  2. Lepas tu doktor akan nasihat tentang 'lifestyle modifications" atau mengubah gaya hidup bagi mengurangkan risiko sakit jantung/stroke.
  3. Langkah terakhir baru lah memulakan ubat atau 'lipid modification therapy'. 
Langkah 1 ni penting. Kalau pesakit berisiko tinggi, doktor akan ambil pendekatan yang lebih 'aggressive' berbanding pesakit yang berisiko rendah.

Antara perkara yang boleh meningkatkan risiko sakit jantung/stroke adalah:

  • diabetes/kencing manis, 
  • sakit buah pinggang, 
  • obes/berat badan berlebihan, 
  • dan sebagainya.

Disclaimer: Perlu saya tekankan di sini, semua blog post saya tidak boleh digunakan sebagai nasihat yang menggantikan nasihat doktor.

Jika ada soalan dan kemusykilan, sila berjumpa dan dapatkan nasihat serta rawatan dari doktor anda sendiri.

Dari segi pemakanan atau diet, NICE guidelines mengesyorkan 'cardioprotective diet' atau diet yang melindungi jantung.

Pesakit berisiko tinggi kena makan diet yang:
  • peratusan lemak 30% atau kurang dari keseluruhan tenaga makanan
  • Lemak tepu 7% atau kurang dari keseluruhan tenaga makanan
  • Kolesterol dari makanan tidak melebihi 300mg/sehari
  • Lemak tepu digantikan dengan lemak tidak tepu (mono-unsaturated dan polyunsaturated fats) sebanyak mungkin.
Boleh baca dengan lanjut di sini: Healthy eating
  • Kurangkan sumber lemak tepu dari haiwan.
  • Gantikan lemak tepu dan tidak tepu dengan minyak zaitun, rapeseed oil atau mentega yang berasaskan minyak zaitun/rapeseed oil, dan gunakan untuk memasak.
  • Gunakan 'wholegrain variety of starchy food'
  • Kurangkan pengambilan gula dan makanan yang mengandungi gula 'refined' seperti fruktosa
  • Makan 5 hidangan buah dan sayur setiap hari (yang ni saya pun tak selalu dapat buat)
  • Makan 2 hidangan ikan seminggu, termasuk ikan yang berminyak (oily fish)
  • Makan 4-5 hidangan kacang yang tiada garam, 'seeds and legumes' setiap minggu

No comments:

Post a Comment