Tuesday, April 26, 2016

Tips Tingkatan 1

Alhamdulillah beberapa hari yang lepas saya sempat berjumpa dengan Guru Kelas anak saya. Tahun ni anak sulung saya dah bergelar pelajar sekolah menengah. Pengalaman yang baru untuk mak ayah.

Hari ni saya nak kongsi tips untuk sesiapa yang anak dah masuk Tingkatan 1.

Tingkatan 1 tak sama dengan sekolah rendah.

Gambar Hiasan: Kelas Tingkatan 1.
  • Ada banyak subjek baru contohnya Kemahiran Hidup dan Geografi. 
  • Yang paling saya terkejut, tak ada hari terbuka, atau berjumpa dengan Cikgu dua kali setahun untuk ambik report card.

Ya saya setuju, pencapaian akademik bukan segala-galanya. Bagi saya, lebih penting untuk fokus supaya setiap anak dapat mencapai potensi sebenar mereka (reach their full potential).

Tapi topik hari ni adalah tips tentang sekolah dan tingkatan 1, jadi tema memang akademik. Pencapaian lain boleh cerita dalam blog post yang lain insya Allah.

Subjek Tingkatan 1:

  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Melayu
  • Geografi 
  • Kemahiran Hidup
  • Matematik
  • Pendidikan Islam
  • Sejarah
  • Sains

Tip #1: Pilih sekolah yang terbaik.

Sekolah yang terbaik tu macam mana? Ada banyak sekolah nak pilih di Malaysia ni:
  • Sekolah asrama penuh
  • MRSM
  • Sekolah agama
  • Sekolah berprestasi tinggi (SBT)
  • Sekolah kluster kecemerlangan
  • Sekolah harian
  • Sekolah private 
Pening kepala jugak nak pilih mula2. Bagi anak2 yang dapat keputusan cemerlang dalam UPSR (5/4A 2015) boleh pilih nak masuk sekolah asrama, MRSM atau SBT.

Kalau 4/3A boleh masuk sekolah kluster. Semua bergantung kepada kekosongan.

Anak saya walaupun keputusan UPSR cemerlang, kami pilih sekolah harian biasa sebab:
  • Dekat dengan rumah
  • Dia dapat masuk kelas no1
  • Lepas 1-2 minggu di situ dia nampak ok dan happy
Keputusan ni dibuat selepas saya melawat beberapa sekolah berdekatan, pergi ke Jabatan dan Pejabat Pendidikan Daerah, berbincang dengan rakan2 guru dan membuat solat istikharah.

Gambar Hiasan Kelas Tingkatan 1

Tip #2: Jalinkan hubungan yang rapat dengan pihak sekolah dan bantu sekolah sebanyak yang boleh.

Awal tahun 2016 saya pergi ke sekolah nak jumpa pengetua. Tak dapat jumpa kerana beliau baru kena stroke, jadi saya dibawa jumpa guru kaunselor.

Alhamdulillah, guru kaunselor banyak berkongsi tentang sekolah, cabaran sekolah menengah dan apa yang pihak sekolah dapat perhatikan tentang anak saya semasa minggu orientasi.

Saya dijemput menghadiri perjumpaan PIBG dan memberi ceramah tentang program 'anda bijak jauhi zina'. Boleh baca blog post saya di sini mengenai program itu.

Suami pula wakil untuk mesyuarat PIBG dan solat hajat di masjid sekolah baru2 ni.

Tip #3: Kenali Guru Kelas Anak Anda

Terkejut juga bila tengok keputusan peperiksaan bulan Mac 2016 lepas. So saya terpaksa hubungi cikgu kelas, minta appointment nak jumpa.

Cikgu memang sibuk sebab macam2 berlaku baru2 ni di sekolah anak saya.

Baru2 ni dapat jumpa sekejap lepas habis waktu sekolah. Bagus Cikgu, sanggup berjumpa ibu bapa diluar waktu persekolahan.

Mungkin saya sebagai mak dan anak sulung terkejut dengan keputusan tapi Guru kelas memang cool dan katanya anak saya bagus di sekolah dan takde masalah. Cuma ni transition period, pertama kali buat subjek2 ni jadi takpe, kita tunggu dan lihat exam seterusnya.

Gambar hiasan kelas tingkatan 1.
Rupa2 nya guru BM cuti bersalin dan takde ganti, sebab tu results kurang memuaskan.

Saya tulis blog post ni bukan nak condemn mana2 pihak. Sebagai doktor yang pernah kerja di hospital kerajaan, saya sangat2 memahami kekurangan sumber manusia dan kewangan dalam menyediakan perkhidmatan.

Itu saja tips untuk hari ni. Di lain masa insya Allah saya akan share tentang tips lain.

No comments:

Post a Comment