Wednesday, April 27, 2016

Daun Rerama Boleh Sembuhkan Penyakit Kanser...Betul ke?

Buka2 facebook terbaca iklan...jual daun rerama kononnya boleh sembuhkan penyakit kanser.

Isy...betul ke ni...kalau betul, kenapa hospital tak bagi je pada pesakit? Kenapa kena beli ikut facebook pulak...

Disebabkan saya tak suka orang ramai tertipu dengan iklan2 macam ni, saya pun terus google search..."daun rerama upm kajian" sebab dalam iklan tu ada tulis 'UPM temui dua sebatian'...dan "(Fakta: Kajian awal sebuah IPTA mendapati daun ini mampu mematikan sel-sel kanser.)"


Salah satu page dari iklan di facebook.

Saya suka bila ada bagi 'reference' macam ni. Senang la sikit nak kaji.

Background/latar belakang saya doktor perubatan, kami dah biasa sangat baca journal dengan pemikiran yang kritis (critically assess research journals).

Apakah yang saya maksudkan dengan 'baca journal dengan pemikiran yang kritis?' Bila ada kajian yang diterbitkan dalam 'peer-reviewed' journal, ramai pakar2 dan saintis2 yang lain akan baca dan membuat kesimpulan sendiri berdasarkan maklumat yang diberi. Kami takkan terima bulat2 mana2 keputusan/conclusion tanpa melihat/membaca cara kajian dijalankan (methodology) dan sebagai(contoh-bagaimana info di-interpretasi)nya.

Dan inilah link pertama yang saya baca bila google tentang "daun rerama upm kajian"...artikel berjudul "UPM jalankan penyelidikan peringkat kedua daun rerama ubati kanser".

Ok, so betul la, UPM ada jalankan kajian.

TAPI, kajian baru peringkat kedua.

"Pensyarah dan penyelidik Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Latifah Saiful Yazan berkata kajian peringkat kedua ini akan dijalankan terhadap haiwan (in vivo).

“Dalam kajian itu nanti, sel barah payudara akan disuntik ke dalam tikus, dan kemudian ia akan dirawat dengan ekstrak daun rerama,” katanya dalam temu bual." 

Saya petik dari artikel di link UPM di atas.

So, belum lagi digunakan ke atas manusia. Masih perlu kajian lanjut. Pun dah ada orang jual kat facebook. Hebat.

Rupa2 nya harga RM140 untuk 4 paket (tak sebut la pulak berapa gm).

Ada juga yang letak disclaimer: Tidak ada jaminan anda akan dapat hasil sama seperti dinyatakan selepas menggunakan *** ***.Keadaan tubuh setiap individu adalah berbeza.

Lepas tu dia letak banyak testimoni.

Testimoni ni ok kalau nak jual baju, kasut, cermin mata gelap, lipstick dan sebagainya, tapi kalau nak jual ubat yang boleh menyembuhkan penyakit, tak cukup testimoni. Kena ada kajian saintifik ke atas manusia.

Certificate UKM UNIPEC tu cuma menunjukkan kandungan, dia tak membuktikan yang kandungan tu boleh mengubati kanser.

Bila check google scholar (masukkan nama scientific daun rerama: "Christiavespertilionis") pulak saya jumpa artikel ni :

THE RED BUTTERFLY WING (CHRISTIA VESPERTILIONIS): A PROMISING CANCER CURE IN MALAYSIA

"To our best knowledge, there is no comprehensive evidence concerning the phytochemistry, pharmacology and toxicology of this plant. Further studies on C. vespertilionis should be performed, especially concerning the toxicology of this plant. Safety assessments and clinical trials should be conducted before it can be integrated into medicinal practices".

(Maksudnya, masih banyak kajian perlu dibuat, dari segi keselamatan dan klinikal trial -ujian ke atas pesakit perlu dibuat sebelum ia dapat digunakan dalam bidang perubatan).

Memandangkan artikel ni 2015, saya pasti kajian menyeluruh masih belum atau sedang dijalankan.

Jadi, jangan lah mudah tertipu dengan iklan2 sebegini.

No comments:

Post a Comment