Saturday, April 30, 2016

Tips Diet Kuruskan Badan

Atas permintaan ramai, saya terpanggil nak share tips diet untuk kuruskan badan.

Walaupun saya asal memang kurus, saya pernah mencecah berat badan lebih 70kg masa mengandung anak pertama & kedua.

  • darjah 6 berat 25kg, 
  • sebelum kawin (umur 21 tahun) = 40kg, 
  • lepas kawin (umur 25 tahun), sebelum ada anak = 44kg, 
  • sekarang berat dalam 50kg (selepas anak ke-empat berumur 16 bulan).
Berat sebelum lahirkan anak ke-empat = 66kg.

Hari bersejarah: 26hb Jun 2015, enam bulan setengah lepas anak ke-empat lahir, berat badan saya dah kembali 'normal' seperti sebelum mengandung. 

Lepas bersalin anak ke-empat, saya mengambil masa lebih kurang enam bulan setengah untuk hilang 18kg dan kembali ke berat badan sebelum mengandung.

Hari ni pula saya dah set target baru, untuk kurangkan berat badan sampai tahap sebelum mengandung anak pertama (44kg) sebab sekarang ni pun rasa badan berat bila jogging.

  • Tip #1: Tulis kan target anda. Contoh, 44kg Disember 2016. Tulis besar2 dan tampal kat dinding tempat yang boleh nampak beberapa kali sehari supaya sentiasa ingat.
  • Tip #2: Dapatkan ilmu. Baca buku/dapatkan nasihat doktor/baca internet dan sebagainya
Internet memang ada banyak maklumat tapi kena pastikan adakah maklumat itu:
  • betul, tepat dan sahih (ni yang kena tanya doktor/dietician etc)
  • relevan (boleh diguna pakai untuk saya atau tidak?)
  • praktikal (kalau terlalu menyusahkan pun tak guna)
Nak berubah memang mencabar, tapi boleh dilakukan kalau ada kemahuan dan displin.
  • Tip #3: Pilih satu langkah dan aplikasikan dalam kehidupan seharian.
Hari ni saya tolong alih bahasa website webmd bertajuk "Lose weight fast: How to do it safely" atau "bagaimana untuk kurangkan berat badan dengan cepat dan selamat".

Saya tak pernah gunakan teknik mengira kalori, saya lebih kepada 'gaya hidup sihat dan praktikal/mudah'.

Tips dari website webmd di atas adalah seperti berikut:

Tip #1: Makan sayur supaya rasa kenyang.

Tip#2: Minum air yang mencukupi.

Tip #3: Jangan beli dan simpan makanan yang tidak menyihatkan.

Tip #4: Sibukkan diri supaya tidak makan kerana bosan.

Tip #5: Makan dari pinggan sambil duduk di meja. Jangan makan dari peti ais.

Tip #6: Jangan tak makan sarapan, tengah hari atau malam.

Tip #7: Simpan jurnal pemakanan dan rekodkan segala apa yang dimakan. Ni penting supaya dapat audit diri.

Pencapaian untuk diri sendiri:

Semalam masa pegi shopping barang makanan, saya cuba sedaya upaya untuk tidak membeli junk food seperti biskut dan coklat yang biasa memang wajib beli walaupun sedikit. Alhamdulillah, berjaya.

Nak beli mint pun saya pilih yang tak ada gula.

Saya tambah satu lagi:

Tip #8: Kurangkan pengambilan gula.

Sebelum ni, setiap hari bangun pagi memang nak minum teh tarik. Lepas dah mula makan madu, satu sudu waktu pagi, minum teh pun tak rasa dah manis. Jadi lepas ni saya nak minum teh campur susu je.

Sayur dan buah baik untuk kesihatan tapi selalunya kita beli masa weekend, di pertengahan minggu dah habis so kena la beli dua kali seminggu. Takpe, susah sikit demi kesihatan diri & keluarga.

Semoga berjaya.

Saya ada jumpa artikel menarik "10 Tips mengurangkan berat badan tanpa produk. Sungguh berkesan!" oleh Sirap Limau.

Saya juga ada tulis blog tentang tips kurus menggunakan alat penimbang.

No comments:

Post a Comment