Showing posts with label Kurangkan Berat Badan. Show all posts
Showing posts with label Kurangkan Berat Badan. Show all posts

Wednesday, June 1, 2016

Bantu Anak Lebih Berat Badan Untuk Kurangkan Berat Badan Secara Selamat

Alhamdulillah, ada kelapangan untuk blog.

Cuti sekolah, mak pulak yang sibuk. Maklum la, balik kampung ke PJ. Lama dah tak jumpa sedara-mara sini. Ada pula yang kurang sihat, sampai tak sempat nak blog.

Ingatkan masa cuti la boleh blog banyak2. Takpe.

Semalam ada orang tanya tentang anak dia. Doktor kata anak dia kena kurangkan berat badan. Umur tadika, belum lagi masuk sekolah rendah.

Saya pun terus terang bukan pakar kanak2. Jadi saya bagi tips secara am saja, jaga pemakanan, kurangkan makanan yang manis dan junk food. Kurangkan fast food. Makan lebih sayur dan buah. Bersenam.

Lepas tu bila ada masa sikit google cari website yang menarik. Seperti biasa, dalam bahasa Melayu takde artikel dari university, hospital ataupun NGO. Semuanya blog yang menjual supplemen.

Jadi saya pilih untuk terjemah artikel dari WebMD bertajuk
“Children have their own set of nutritional needs for healthy growth and development,” says Tamara Melton, a dietitian and instructor at Georgia State University.
The best way to help a child lose weight? Work with his pediatrician to make sure that he slims down in a safe way. But you can also think about these simple steps to help your child -- and the whole family -- live a healthier, fitter lifestyle.
1. Find the right weight goal. Many younger children shouldn’t actually shed pounds. “Since they’re still growing, they may need to maintain their weight or gain at a slower rate,” Melton says. Older teenagers may be able to lose a half a pound to 2 pounds a week. Your child’s doctor can let you know what you should aim for.
2.Say “no” to diets and supplements. Your first impulse may be to put your child on a diet. But unless her pediatrician recommends it, avoid these kinds of major calorie-cutting plans. They may mean she won’t get the nutrients and calories she needs to grow. Plus, many diets may teach your child that certain items are “bad” or off-limits, which can change how she sees food later in life.
Weight loss drugs or supplements aren’t a good idea either (except when the doctor prescribes them). There’s little or no research on how these pills affect children, so they may not be safe.
3. Get the rest of the family on board. Instead of singling out your child, have a conversation with the whole family about how you’d like to make healthy changes for everyone, including yourself.
“Kids learn their habits from their parents,” Melton says. So it’s important to lead by example. One study found that children were much more likely to lose weight when their parents also slimmed down".
Baby dah bangun, ok akan bersambung insya Allah.

Saturday, April 30, 2016

Tips Diet Kuruskan Badan

Atas permintaan ramai, saya terpanggil nak share tips diet untuk kuruskan badan.

Walaupun saya asal memang kurus, saya pernah mencecah berat badan lebih 70kg masa mengandung anak pertama & kedua.

  • darjah 6 berat 25kg, 
  • sebelum kawin (umur 21 tahun) = 40kg, 
  • lepas kawin (umur 25 tahun), sebelum ada anak = 44kg, 
  • sekarang berat dalam 50kg (selepas anak ke-empat berumur 16 bulan).
Berat sebelum lahirkan anak ke-empat = 66kg.

Hari bersejarah: 26hb Jun 2015, enam bulan setengah lepas anak ke-empat lahir, berat badan saya dah kembali 'normal' seperti sebelum mengandung. 

Lepas bersalin anak ke-empat, saya mengambil masa lebih kurang enam bulan setengah untuk hilang 18kg dan kembali ke berat badan sebelum mengandung.

Hari ni pula saya dah set target baru, untuk kurangkan berat badan sampai tahap sebelum mengandung anak pertama (44kg) sebab sekarang ni pun rasa badan berat bila jogging.

  • Tip #1: Tulis kan target anda. Contoh, 44kg Disember 2016. Tulis besar2 dan tampal kat dinding tempat yang boleh nampak beberapa kali sehari supaya sentiasa ingat.
  • Tip #2: Dapatkan ilmu. Baca buku/dapatkan nasihat doktor/baca internet dan sebagainya
Internet memang ada banyak maklumat tapi kena pastikan adakah maklumat itu:
  • betul, tepat dan sahih (ni yang kena tanya doktor/dietician etc)
  • relevan (boleh diguna pakai untuk saya atau tidak?)
  • praktikal (kalau terlalu menyusahkan pun tak guna)
Nak berubah memang mencabar, tapi boleh dilakukan kalau ada kemahuan dan displin.
  • Tip #3: Pilih satu langkah dan aplikasikan dalam kehidupan seharian.
Hari ni saya tolong alih bahasa website webmd bertajuk "Lose weight fast: How to do it safely" atau "bagaimana untuk kurangkan berat badan dengan cepat dan selamat".

Saya tak pernah gunakan teknik mengira kalori, saya lebih kepada 'gaya hidup sihat dan praktikal/mudah'.

Tips dari website webmd di atas adalah seperti berikut:

Tip #1: Makan sayur supaya rasa kenyang.

Tip#2: Minum air yang mencukupi.

Tip #3: Jangan beli dan simpan makanan yang tidak menyihatkan.

Tip #4: Sibukkan diri supaya tidak makan kerana bosan.

Tip #5: Makan dari pinggan sambil duduk di meja. Jangan makan dari peti ais.

Tip #6: Jangan tak makan sarapan, tengah hari atau malam.

Tip #7: Simpan jurnal pemakanan dan rekodkan segala apa yang dimakan. Ni penting supaya dapat audit diri.

Pencapaian untuk diri sendiri:

Semalam masa pegi shopping barang makanan, saya cuba sedaya upaya untuk tidak membeli junk food seperti biskut dan coklat yang biasa memang wajib beli walaupun sedikit. Alhamdulillah, berjaya.

Nak beli mint pun saya pilih yang tak ada gula.

Saya tambah satu lagi:

Tip #8: Kurangkan pengambilan gula.

Sebelum ni, setiap hari bangun pagi memang nak minum teh tarik. Lepas dah mula makan madu, satu sudu waktu pagi, minum teh pun tak rasa dah manis. Jadi lepas ni saya nak minum teh campur susu je.

Sayur dan buah baik untuk kesihatan tapi selalunya kita beli masa weekend, di pertengahan minggu dah habis so kena la beli dua kali seminggu. Takpe, susah sikit demi kesihatan diri & keluarga.

Semoga berjaya.

Saya ada jumpa artikel menarik "10 Tips mengurangkan berat badan tanpa produk. Sungguh berkesan!" oleh Sirap Limau.

Saya juga ada tulis blog tentang tips kurus menggunakan alat penimbang.