Tuesday, May 3, 2016

Tips Kerja Tanah Merah

Alhamdulillah, dah tiga kali pergi Hospital Tanah Merah dari Kota Bharu.

Dewan Mas Merah
Senang je drive guna Waze. Terima kasih la kepada pencipta Waze. Banyak jasa yang tak terbalas especially masa kerja HKL tahun 2015.

Sejam juga la nak sampai. Maklum lah, takde highway. Jalan ok, takde luas atau sempit. Cuma banyak bergantung budi pekerti pengguna lain. Yang sporting ada je bagi jalan tengok kita nak bawa laju sikit. Ada yang tak nak ke tepi langsung. Terima je lah.

Gambar hiasan.
Kali pertama sampai Tanah Merah dua bulan lepas, Februari 2016. Masa tu masih terkejut lagi sebab baru je dapat tau kena pegi sampai Tanah Merah. Sebelum ni tak tau pun. Kalau tahu, ada kebarangkalian tak datang. Tak ape lah, buat masa ni terima je dulu. Ada hikmahnya Insya Allah.

Bird's eye view.
Saya pula ada baby kat rumah yang masih menyusu, so datang kerja sini kena maximise usage of time. Takde masa nak sembang2 atau lepak break ke apa. Teruskan dan habiskan kerja secepat mungkin supaya boleh balik KB as soon as possible. Ni tak bermakna kualiti kerja kurang, cuma, fokus dan intensif lain berbanding kalau kerja 9-5. Maklum lah, saya kerja fleksibel hours.

Yay, jumpa tempat untuk kitar semula.
First time sampai memang blur, parking je kat kuarters atas bukit. Ok juga. Ye lah, hospital, tak nak la kena clamp atau block tempat laluan ambulans. Kali kedua datang ada driver hantar dan ambik so tak yah pikir parking. Hari ni parking tempat sama tapi dah jumpa laluan pejalan kaki yang best untuk exercise.

Turun ok, naik sesak nafas sikit.
Lunch senang, pegi je secret recipe. Then afternoon ada lecture and student presentation di campus Tanah Merah.

Secret recipe Tanah Merah senang je nak dapat ice blended chocolate drink - my absolute favourite drink 
Secret recipe favourite meal fish & chips plus ice blended chocolate drink, iklan secret recipe la pulak.

Malaysia Darul Makan.
Lepas tu rush pegi afternoon lecture & seminar.

Student seminar.

Terkejut pagi tadi ramai student yang masih cuti. Masa medical student dulu jarang sangat ponteng kelas. Memang sama ada sakit, atau cuaca ribut gale yang dahsyat, atau terlambat (pernah sekali kot). 

Di posting yang lain nak share pula pengalaman medical student di Ireland dulu, jalan kaki/naik bas/basikal je pegi hospital/uni. Malam kena masak sebab makanan luar mahal & susah nak dapat yang halal. Nak study kat rumah pulak sejuk gila, sebab save duit tak nak pasang heater, so pegi la study kat library atau Malaysia Hall.

Topik lecture pulmonary TB, seminar pula ada bincang tentang lung cancer. Pagi tadi diskus tentang history & physical exam for respiratory system & fokus short cases. Ya, saya sangat minat mengajar short cases berbanding long case.

Ok, itu je nak share hari ni.

No comments:

Post a Comment