Ya, saya suka bila orang tanya tentang vaksin.
Dah tiga post tulis tentang perihal vaksin tapi belum sempat lagi nak tulis tentang:
- Apa itu vaksin
- Jenis2 vaksin di Malaysia
- Tujuan vaksin
Baru sempat tulis tentang:
- Macam nak pasti kan kesasihan sumber maklumat berkenaan vaksin
- Adakah vaksin dakyah atau sebahagian dari komplot zionis
Insya Allah, sedikit demi sedikit tulis, akan terjawab semuanya.
Terus-terang saya bukan ahli agama. Saya belajar tentang agama Islam setakat tingkatan 5. Lepas tu cuma informal, baca atas initiatif sendiri, buku2, sumber2 di internet. Jadi, saya bukan ahli nak menghukum sama ada vaksin ni halal atau haram. Sebenarnya maklumat tu dah ada di internet. Saya cuma tolong tunjuk je kepada yang nak tahu.
Sebelum tu saya nak cerita sikit, masa tinggal di Ireland dari 1995-2006, saya pernah mengandung dan bersalin dua kali di sana. Anak pertama bersalin normal, yang kedua kena bedah (elektif caesarean section) disebabkan kali pertama bersalin ada masalah sikit.
Ni bukan post tentang bersalin, cuma nak kongsi sikit bab halal-haram.
Lepas bersalin bedah saya banyak juga kehilangan darah. Ini adalah 'normal' atau kesan sampingan yang telah dijangkakan. Saya pun disuruh makan supplemen zat besi supaya anemia dapat pulih dengan kadar yang lebih pantas.
Supplemen zat besi pula, bila check kat sampul kata sarungnya dibuat dari sumber bovine atau pun lembu. Kalau kat Malaysia ok lah kan, sebab lembu sembelih. Saya pun berusaha cari alternatif lain. Last2 jumpa supplemen zat besi yang larut dalam air, warna macam ribena. Nama apa, tak ingat dah sebab hampir 11 tahun yang lampau. Cuma tujuan share ni sebab bab halal-haram memang penting bagi saya dan suami.
Ok jom google "adakah vaksin halal".
Link yang pertama keluar adalah dari "Doktor budak", bertajuk "Menjawab isu vaksin dari kacamata Islam (bhg 3)". Doktor budak ni inisiatif oleh para doktor pakar kanak2 di Malaysia, untuk menjawab sebarang pertanyaan dari orang awam. Terima kasih "Doktor budak" kerana meluangkan masa untuk menulis dan menjawab soalan2 dari ibu bapa. Saya mengenal seorang dari panel mereka dan saya sangat menggalakkan sesiapa yang ingin bertanya apa2 soalan berkaitan perubatan anak2 mereka, tanya lah Doktor budak.
Saya petik terus dari Doktor budak: "JAKIM telah memastikan dan memantau keadaan pemprosesan vaksin dan bersetuju mengakui bahawa status vaksin di Malaysia adalah halal (harus). Ini mungkin menggunakan pendekatan dharurat. Setahu saya, hanya beberapa jenis vaksin sahaja seperti Rotateq yang difatwa tidak halal".
Ok, saya pun google "fatwa vaksin". Yang pertama keluar sumber dari Indonesia. Link yang kedua adalah blog Dr Suhazeli Abdullah. Saya pun google dulu "Malaysian Medical Council Search for Registered Doctor" nak pastikan betul ke doktor bertauliah ni. Ya, memang sah ada.
Dr Suhazeli tulis blog post bertajuk "Senarai Fatwa bagi Penggunaan Vaksin ke Atas orang Islam", nak baca lanjut boleh klik di sini. Saya cuma ambil point je:
- Vaksin hepatitis B: Harus
- Hukum pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus: Harus
- Hukum penggunaan Vaksin Meningitis Menveo: harus atas dasar dharurah (sama seperti vaksin Mencevax)
- Hukum penggunaan vaksin Biothrax dan vaksin Rotateq: tidak dibenarkan
- Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis Mencevax oleh Orang Islam: Harus (Monomune adalah haram)
- Pelalian Rubella: Harus
So, kena faham, ada bermacam2 jenis vaksin, ada yang harus (halal) dan ada yang tak halal.
Saya google pula "Fatwa vaksin halal Malaysia".
Tujuan nya saya nak cari website yang official/rasmi, tentang fatwa2 ni. Tak nak la ambik dari blog. Ingat, cari sumber yang sahih.
Link pertama tak pasti kenapa tak dapat buka. Link kedua, keluar la satu dokumen pdf bertajuk "WAR 36 HALAL VAKSIN DI MALAYSIA, MENANGANI KUMPULAN ANTIVAKSIN SATU CABARAN MASAKINI" oleh "Azimah Mohd Masri, Syamilah Musa, Mohd Norzi Nasir, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor azimah@kuis.edu.my, syamilah@kuis.edu.my, mohdnorzi@kuis.edu.my". Ha, saya suka rujukan macam ni, kita tau siapa yang tulis, kalau ada masalah kita boleh hubungi penulis, minta penjelasan dan sebagainya.
16 muka surat, dan penuh dengan fakta & maklumat. Jenuh jugak nak baca. Takpe, saya ambik main points:
"Dari ABSTRAK:
- Vaksin adalah sesuatu yang dihasilkan dari mikroorganisma yang diberikan pada kanak kanak atau orang dewasa untuk merangsangkan imuniti dan mengelakkan penyakit berjangkit.
- Pemberian vaksin di Malaysia telah dipraktiskan sejak sekian lama.
- Di Malaysia pemberian vaksin dimulakan semenjak daripada seseorang itu dilahirkan sehinggalah dia menjelang dewasa juga tidak dilupakan kepada warga emas.
- Semenjak dari dulu hingga kini isu vaksin halal sentiasa menjadi perhatian dan perbincangan kepada rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam".
Saya suka, nak point out yang, vaksin ni bukan la suatu fenomenon yabg baru kat Malaysia. Dah lama dah ada vaksin ni. Alhamdulillah masa saya kecik, mak saya pastikan semua vaksin yang ada dalam jadual imunisasi tu, saya dapat. Terima kasih kepada mak saya kerana sayangkan saya dan cuba buat yang terbaik.
Sambung lagi main points artikel di atas:
- "Manakala semenjak akhir-akhir ini telah berkembang semula golongan anti vaksin di Malaysia".
Ya betul. Dulu, sebelum ada nya internet dan terutamanya sosial media, susah sikit la gerakan macam anti-vaksin ni nak menyebarkan ajaran sesat mereka. Takpe, kita lawan. Kebenaran itu yang kita cari, dan insya Allah akan jumpa.
- Objektif kertas kerja ini adalah membentangkan kepentingan vaksin di Malaysia dan menerangkan tentang pandangan fatwa dan ulama tentang vaksin halal di Malaysia.
- Kertas kerja ini merupakan soroton literature mengenai kajian kajian tentang pemberian vaksin di Malaysia dan pandangan pandangan ulama dan fatwa tentang vaksin halal di Malaysia
- Permasalahan kajian untuk kertas kerja ini adalah berkembangnya kumpulan anti vaksin di Malaysia kerana kurang keyakinan terhadap status halal vaksin di Malaysia dan juga kurang kefahaman dan pengetahuan tentang kepentingan juga kebaikan vaksin terhadap manusia.
- Kertas kerja ini menjadi rangka awal kepada kajian yang lebih terperinci oleh penyelidik untuk menjalankan kajian tentang vaksin halal di Malaysia dalam menangani kumpulan anti vaksin yang sebahagian besarnya adalah muslim.
Sedihkan, sebahagian besar golongan anti-vaksin ni muslim. Saya tak pasti betul ke tak, tapi bila baca komen2, ramai la yang memperbesarkan isu halal-haram vaksin ni. Rasanya kawan2 non-muslim tak kisah pasal isu halal vaksin. So takpe, kita tolong. Tolong bagi pencerahan tentang "pandangan fatwa dan ulama tentang vaksin halal di Malaysia".
Di bahagian "PENGENALAN:
- Tujuannya bagi meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia tentang kepentingan vaksin dan menyakini status vaksin halal di Malaysia
- seterusnya menolak kefahaman anti vaksin di Malaysia supaya kefahaman dan pengaruh golongan ini tidak terus berkembang".
Ye, sesiapa yang baca blog saya dan kurang faham apa motif saya blog tentang vaksin, rupa2 nya sama tujuan dengan matlamat kertas kerja KUIS ni.
"DEFINISI VAKSIN:
- Vaksin berasal dari bahasa latin vacca (sapi) dan vaccinia (cacar sapi).
- Vaksin adalah bahan antigenik yang digunakan untuk menghasilkan kekebalan aktif terhadap suatu penyakit sehingga dapat mencegah atau mengurangi pengaruh infeksi oleh organisme.
- Vaksin adalah sesuatu yang dihasilkan dari mikroorganisma yang diberikan pada kanak kanak atau orang dewasa untuk merangsangkan imuniti dan mengelakkan penyakit berjangkit.
- Vaksin sebenarnya adalah berupa virus atau bakteria yang telah dilemahkan sehingga tidak menimbulkan penyakit.
- Sesetengah Vaksin dapat juga terhasil daripada organisme mati atau hasil-hasil pemurniannya (protein, peptida, partikel serupa virus, dan sebagainya)".
Dalam baca dan search tentang vaksin, saya pun dah tak teringat macam mana, tetiba sampai ke page di facebook bertajuk "Vaccines are biological weapons". Astagfirullahalazim. Terkejutnya saya. Ini bodoh ke apa tak tau. Kalau betul la nak buat biological weapon, tak ke pilih organisma yang paling kuat dan merbahaya? Kenapa la nak guna "virus atau bakteria yang telah dilemahkan sehingga tidak menimbulkan penyakit". Lepas tu nak kena cucuk satu persatu. Yang saya faham tentang biological weapon ni kita nak sesuatu yang airborne, boleh bubuh je kat udara atau air bagi semua orang kena. Biar la logik, boleh tak...adoi...
Takpe, teruskan...
"KEPENTINGAN VAKSIN
- Vaksin akan mempersiapkan sistem kekebalan manusia atau haiwan untuk bertahan terhadap serangan patogen tertentu, terutama bakteria, virus, atau toksin.
- Vaksin juga dapt membantu sistem kekebalan untuk melawan sel-sel degeneratif (kanser).
- Pemberian vaksin diberikan untuk merangsang sistem imunologi tubuh untuk membentuk antibodi spesifik sehingga dapat melindungi tubuh dari serangan penyakit yang dapat dicegah dengan vaksin.
- Ada beberapa jenis vaksin.
- Namun, apa pun jenisnya, tujuannya adalah sama, iaitu menstimulasi reaksi kekebalan tanpa menimbulkan penyakit iaitu meningkatkan imuniti tubuh badan manusia.
- Penyakit berjangkit adalah penyebab utama berlakunya kecacatan dan kematian di kalangan kanak-kanak.
- Penyakit berjangkit ini boleh mengakibatkan morbiditi yang tinggi dan mortaliti.
- Imunisasi adalah cara yang efektif dalam mencegah dan mengurangkan penyakit ini".
Kan sebelum ni saya ada kritik blog post seorang mak, rupa2nya saya pun sama. Tulis pasal hujah melawan vaksin adalah propaganda zionis la, cara nak menentukan kesahihan maklumat berkenaan vaksin la, tapi detail tentang vaksin, takde. Kepentingan vaksin, takde. Ok, so, dah tulis dah sedikit tentang kepentingan vaksin.
"BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT VAKSIN:
- Vaksin dihasilkan dari kuman (atau bahagian dari tubuh kuman) yang menyebabkan penyakit.
- Sebagai contoh vaksin campak dihasilkan dari virus campak, vaksin polio dihasilkan dari virus polio, vaksin cacar dihasilkan dari virus cacar, dan lain lain lagi.
- Perbezaannya terletak pada cara pembuatan vaksin tersebut.
- Terdapat dua jenis vaksin, iaitu hidup dan mati.
- Untuk membuat vaksin hidup, virus hidup dilemahkan dengan melepaskan virus ke dalam tisu organ dan darah binatang (seperti ginjal monyet dan anjing, embrio anak ayam, protein telur ayam dan itik, serum janin lembu, otak arnab, darah babi atau kuda dan nanah cacar lembu) proses ini dilakukan beberapa kali (dengan proses yang berperingkat peringkat) hingga kurang lebih 50 kali untuk mengurangkan potensinya".
Kat sini saya nak tambah sikit, ni belajar masa medical student dulu. Virus, adalah sejenis mikroorganisma (tak nampak dengan mata kasar, kena tengok guna elektron mikroscope), yang hanya boleh hidup dalam badan hos. Maksudnya virus akan mati bila duduk di luar badan manusia atau binatang. Sebab tu, bila nak biakkan virus, kena guna sel hidup.
Bakteria lain sikit, dia lebih robust. Boleh hidup di luar badan manusia, boleh dibiakkan atas agar2 contohnya dalam makmal. Bakteria boleh hidup dalam dan luar tubuh manusia.
Ini sebabnya, nak dapat penyakit berjangkit virus, kita kena dekat atau kena dengan orang lain yang ada jangkitan virus. Bakteria pula kita boleh je dapat dari makanan, minuman, dan sebagainya.
Berbalik kepada dokumen KUIS...
"JENIS-JENIS VAKSIN
Antara jenis-jenis vaksin adalah:
1. Live attenuated vaccine
Vaksin hidup yang dibuat dari bakteria atau virus yang sudah dilemahkan daya virulensinya
dengan cara kultur dan perlakuan yang berulang-ulang, namun masih boleh meningkatkan
reaksi imunologi yang serupa dengan infeksi alamiah.
2. Inactivated vaccine (Killed vaccine)
Vaksin dibuat dari bakteria atau virus yang dimatikan dengan zat kimia (formaldehid) atau
dengan pemanasan, dapat berupa seluruh bahagian dari bakteria atau virus, atau bahagian dari
bakteria atau virus atau toksoidnya sahaja.
3. Vaksin Toksoid
Vaksin yang dibuat dari beberapa jenis bakteria yang menimbulkan penyakit dengan
memasukkan racun dilemahkan ke dalam aliran darah.
4. Vaksin Acellular dan Subunit
Vaksin yang dibuat dari bahagian tertentu dalam virus atau bakteria dengan melakukan
kloning dari gen virus atau bakteria melalui kombinasi DNA, vaksin vektor virus dan vaksin
antiidiotipe".
- "Imunisasi adalah proses meningkatkan ketahanan badan terhadap penyakit berjangkit samada secara pasif atau aktif.
- Imunisasi pasif berlaku apabila manusia disuntikkan dengan antibodi yang tersedia untuk menghalang penyakit-penyakit tertentu.
- Imunisasi aktif pula berlaku apabila badan manusia dirangsang untuk menghasilkan antibodi dengan pendedahan kepada vaksin atau agen penyakit berjangkit".
Ok, kalau tak larat nak baca sebab panjang, ambil kesimpulan ni:
- "Dari segi Islam, vaksin adalah penting kerana Islam amat menitik beratkan tentang kesihatan dalam segenap aspek kehidupan.
- Menjaga nyawa adalah agenda yang kedua penting dalam Islam selepas menjaga akidah.
- Justeru itu, vaksin yang sudah diketahui oleh masyarakat untuk menjaga kesihatan merupakan perkara yang dituntut oleh Islam.
- Perubahan masa dan pengetahuan berkenaan perubatan moden menjadikan ilmu immunologi ini penting untuk diketahui dan dikaji untuk maslahat ummah".
"PERMASALAHAN KAJIAN
- Gerakan anti-vaksin kini semakin menular dengan kemunculan artikel di portal berita, laman sesawang dan jaringan media social.
- Perkembangan ini amat membimbangkan banyak pihak dan seharusnya isu ini ditangani dengan segera oleh pihak berwajib sebelum lebih ramai ibu bapa membuat keputusan yang akan membahayakan hidup anak-anak mereka.
- Walaupun terdapat banyak kajian yang menyatakan bahawa vaksin adalah selamat, terdapat beberapa orang yang tetap percaya bahawa vaksin memudaratkan kanak-kanak.
- Malah ada yang mendakwa vaksin adalah konspirasi Yahudi.
- Terdapat ramai golongan anti vaksin ini menjadikan status halal vaksin yang diragui oleh pihak mereka , menyebabkan mereka menolak untuk menerima sebarabg vaksin.
- Vaksin telah dicipta seawal 1930an dan digunakan di serata dunia untuk mencegah penyakitpenyakit merbahaya.
- Fakta ini disahkan oleh World Health Organization (WHO).
- Orang awam perlu terlebih dahulu memahami konsep asas imunologi dan vaksin sebelum mempercayai bulat-bulat dakwaan bahaya vaksin.
- Vaksin-vaksin terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah berpandukan kepada Perluasan Program Imunisasi (EPI - Expanded Immunisation Programme) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO- World Health Organization).
- Vaksin vaksin ini diberi secara percuma kepada semua bayi dan kanak-kanak di semua klinik kesihatan kerajaan dan ia merangkumi 10 jenis vaksin yang boleh menghalang penyakit.
- Pemberian vaksin secara menyeluruh adalah penting untuk menjayakan program imunisasi ini.
- Lebih banyak vaksin mungkin akan diperkenalkan pada masa akan datang.
- Jadual imunisasi yang sedia ada ini mungkin akan diubahsuai dari masa ke semasa bergantung kepada keperluan.
- Terdapat pelbagai vaksin baru dan lain-lain jenis vaksin di pasaran Malaysia.
- Walau bagaimanapun, klinik dan hospital swasta mungkin menggunakan produk vaksin yang sedikit berbeza daripada yang digunakan oleh pusat kesihatan kerajaan.
- Imunisasi adalah salah satu cara yang amat berkesan untuk melindungi kanak-kanak seterusnya penduduk negara ini dari jangkitan penyakit yang boleh dicegah oleh imunisasi.
- Vaksin-vaksin terkini yang disediakan oleh KKM adalah berpandukan kepada Perluasan Program Imunisasi (EPI- Expanded Immunisation Programme) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO- World Health Organization)".
Ada pulak bloggers yang kata WHO ni zionis. Nak baca blog post saya yang menjawab tuduhan tu boleh klik di sini.
SEJARAH PEMBERIAN VAKSIN DI MALAYSIA
- Kajian menunjukkan Perkhidmatan imunisasi di Malaysia telah bermula semenjak zaman pemerintahan British pada tahun 1868.
- Pada masa itu, hanya imunisasi bagi mencegah cacar (smallpox) sahaja yang diberikan.
- Ia bermula di Negeri-negeri Selat dan diberikan oleh guru besar – guru besar Melayu di kawasan komuniti Melayu.
- Pada tahun 1950-an, imunisasi cacar diperluaskan ke seluruh negara.
- Dalam usaha kerajaan membasmi cacar pada masa itu, imunisasi telah diwajibkan dan mereka yang gagal mendapatkannya telah dikenakan denda sebanyak RM 1,000.00.
- Imunisasi ini telah berjaya menurunkan bilangan kes serta wabak cacar selepas itu sehingga cacar dapat dibasmi pada tahun 1980.
- Pada awal tahun 1990-an difteria dan tetanus pula diperkenalkan; penyakit yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.
- Dengan perkembangan teknologi pada tahun 1961, imunisasi BCG bagi mencegah tuberculosis diberikan dalam usaha negara mengawal penyakit tersebut.
- Imunisasi poliomyelitis dimulakan pada tahun 1972 selepas wabak polio berlaku pada tahun sebelumnya.
- Pada tahun 1972 juga, KKM memulakan Program Imunisasi Kanak-kanak Kebangsaan secara tersusun dengan kerjasama dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
- Sehingga kini, imunisasi yang diberikan kepada kanak-kanak di bawah Program Imunisasi KKM adalah bagi mencegah 12 jenis penyakit.
- Perkhidmatan ini diberi percuma di Klinik Kesihatan Kerajaan.
- Manakala perkhidmatan imunisasi yang diberikan oleh klinik dan hospital swasta meliputi lebih banyak penyakit.
- Imunisasi telah memberi kesan yang sangat besar kepada kesihatan kanak-kanak.
- Ia merupakan satu cara mencegah penyakit yang paling berkesan dan murah
- Justeru itu, KKM telah melaksanakan program imunisasi ini bagi mencegah penyakit-penyakit tersebut imunisasi itelah diberikan secara berjadual dan semua pihak yang berkaitan dengan kesihatan penduduk dikehendaki memantau pemberian imunisasi ini supaya semua rakyat Malaysia dapat menerima imunisasi ini mengikut jadual yang telah ditetapkan:
Penyakit, Pelalian /
Vaksin , Cara Vaksin diberi, Komplikasi Penyakit:
- Tibi,
BCG ,
Di bawah kulit
lengan ,
Disebabkan oleh
bakteria Mycobacterium
tuberculosis yang menjangkiti paruparu,
selaput otak (meningitis) dan terus
merebak kepada organ lain. Penyakit
tibi merebak melalui udara. Ia boleh
menyebabkan batuk berterusan dan
batuk berdarah.
- Difteria (Batuk Ayam),
Kombinasi
Difteria Pertussis Tetanus Haemophilus
influenza type
b-Polio (DtapIPV/Hib), DTap/ HiB/ IPV,
diberikan melalui
suntikan di paha
(untuk kanak-kanak
dibawah umur 1
tahun) atau tangan
(untuk kanak-kanak
yang lebih daripada
1 tahun).
Disebabkan oleh
bakteria Corynebacterium
diphteriae yang menjangkiti
kerongkong menyebabkan sesak nafas
dan kematian.
Ia merebak melalui
titisan air ketika batuk atau bersin.
Tempoh inkubasi adalah antara dua
hingga enam hari.
- Tetanus (Kancing gigi)
Kombinasi
Difteria Pertussis Tetanus Haemophilus
influenza type
b-Polio (DtapIPV/Hib)
DTap/ HiB/ IPV
diberikan melalui
suntikan di paha
(untuk kanak-kanak
dibawah umur 1
tahun) atau tangan
(untuk kanak-kanak
yang lebih daripada
1 tahun).
Akibat jangkitan Clostridium
tetani yang menyebabkan kekejangan
otot terutama di leher dan di dagu.
- Pertusis
Jangkitan menyebabkan batuk yang (Batuk
Kokol)
Difteria Pertussis Tetanus Haemophilus
influenza type
b-Polio (DtapIPV/Hib)
diberikan melalui
suntikan di paha
(untuk kanak-kanak
dibawah umur 1
tahun) atau tangan
(untuk kanak-kanak
yang lebih daripada
1 tahun).
lama dan teruk.
Ia merebak memalui
titisan air ketika batuk atau bersin.
- Polio
Kombinasi
Difteria Pertussis Tetanus Haemophilus
influenza type
b-Polio (DtapIPV/Hib)
DTap/ HiB/ IPV
diberikan melalui
suntikan di paha
(untuk kanak-kanak
dibawah umur 1
tahun) atau tangan
(untuk kanak-kanak
yang lebih daripada
1 tahun).
Disebabkan oleh virus polio yang
mengakibatkan kanak-kanak mengalami
kelumpuhan kerana serangan virus di
system urat saraf.
Ia dipindahkan
melalui sentuhan najis, mukus atau air
liur orang yang menghidapinya.
- Haemophilus influenza type b
Kombinasi
Difteria Pertussis Tetanus Haemophilus
influenza type
b-Polio (DtapIPV/Hib)
DTap/ HiB/ IPV
diberikan melalui
suntikan di paha
(untuk kanak-kanak
dibawah umur 1
tahun) atau tangan
(untuk kanak-kanak
yang lebih daripada
1 tahun).
Menyerupai demam selesema tetapi
bakteria ini boleh merebak ke paru-paru
(menyebabkan pneumonia) dan ke otak
menyebabkan meningitis.
- Hepatitis B
Hepatitis B
Melalui suntikan di
otot peha
Penyakit kronik yang menyebabkan
kerosakan hati dan barah hati akibat
jangkitan virus hepatitis B. Ia merebak
melalui hubungan seks, kehamilan (ibu
kepada anak), perkongsian alat seperti
berkongsi jarum suntikan di kalangan
penagih dadah, berkongsi pisau cukur,
berkongsi jarum tatu, bertindik dan
sebagainya.
- Beguk (Mumps)
Kombinasi
Vaksin
Measles Mumps Rubella(MMR)
Melalui suntikan di
otot paha
Meyerupai demam selesema tetapi
bakteria ini boleh merebak melalui
udara ketika pesakit batuk.
Ia
menyebabkan bengkak pada kelenjar
parotid (di bawah dan depan telinga).
Tempoh inkubasi adalah antara 14
hingga 21 hari.
- Campak (Measles)
Kombinasi
Vaksin
Measles Mumps Rubella (MMR)
Melalui suntikan di
otot paha
Jangkitan boleh menyebabkan demam
dan ruam.
Virus boleh merebak ke otak,
paru-paru serta ke bahagian telinga
dalam.
Virus tersebar melalui udara
ketika pesakit batuk atau bersin.
- Rubella
Kombinasi
Vaksin
Measles Mumps Rubella(MMR)
Melalui suntikan di
otot paha
Jangkitan boleh menyebabkan demam
dan ruam, penyakit lebih ringan dari
measles.
Jangkitan Rubella semasa
mengandung boleh menyebabkan
kecacatan kepada bayi dalam
kandungan.
- Cervical cancer
Melalui suntikan di
otot paha/ lengan
Dianggarkan 70% daripada kejadian
kanser servik disebabkan oleh jangkitan
HPV 16 dan HPV 18. Pelalian ini akan
mencegah jangkitan dua jenis virus
HPV ini dan seterusnya melindungi
wanita daripada komplikasi teruk
jangkitan iaitu kanser servik.
Imunisasi ini diberi secara percuma di semua klinik kesihatan, Klinik Kesihatan Ibu dan
Anak (KKIA), Klinik 1Malaysia dan klinik desa di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia".
Banyakkan vaksin-vaksin yang diberikan. Nak edit pun panjang tapi sebenarnya bakteria/virus penyebab penyakit2 di atas, komplikasi penyakit, semua tu dah pernah belajar dan hanya sebahagian kecil dari jumlah ilmu keseluruhan yang perlu diketahui semasa menjadi pelajar medic.
Sambung pula dengan...
Banyakkan vaksin-vaksin yang diberikan. Nak edit pun panjang tapi sebenarnya bakteria/virus penyebab penyakit2 di atas, komplikasi penyakit, semua tu dah pernah belajar dan hanya sebahagian kecil dari jumlah ilmu keseluruhan yang perlu diketahui semasa menjadi pelajar medic.
Sambung pula dengan...
"Jadual Imunisasi Kebangsaan bagi Kanak-kanak semenjak Lahir hingga Umur 15
tahun"
Saya tak dapat copy paste tapi nanti cari dari sumber lain pulak. Google "jadual immunisasi" keluar blog Mamapeduli bertajuk "Jadual imunisasi MMR mulai 2016", boleh klik sini untuk baca lanjut. Bagus blog Mamapeduli ni, banyak info yang menarik tapi saya tak dapat pastikan siapa penulisnya.
Jadual imunisasi dari blog Mamapeduli. |
Ok, kembali kepada artikel KUIS tadi...
- "Pemberian vaksin secara menyeluruh adalah penting untuk menjayakan program imunisasi ini. Lebih banyak vaksin mungkin akan diperkenalkan pada masa akan datang.
- Jadual imunisasi yang sedia ada ini mungkin akan diubahsuai dari masa ke semasa bergantung kepada keperluan.
- Semua vaksin yang diberi adalah selamat dan berkesan kerana ia telah mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)".
"HUKUM MENGAMBIL VAKSIN"
Akhirnya, dah sampai kepada tujuan utama nak tulis blog post, sebab ada orang tanya, halal ke vaksin ni?
"Penduduk Malaysia pada tahun 2015 dianggarkan berjumlah 30 juta orang dan daripada
jumlah ini 60% adalah beragama Islam (Statistik 2014).
Oleh yang demikian, rakyat Islam
Malaysia kebanyakannya sentiasa berasa ragu-ragu dengan kandungan vaksin yang
diberikan oleh kerajaan Malaysia samada sumbernya halal atau adakah kandungannya
mengandungi bahan bahan dari sumber yang haram.
Ramai dari golongan yang ragu-ragu ini
enggan mengambil vaksin.
Ramai juga golongan ibubapa yang ragu-ragu tahap halal vaksin
ini enggan memberi kebenaran kepada pihak hospital atau klinik kesihatan untuk diberi
vaksinasi kepada anak anak mereka.
Hasil daripada keraguan ini kerajaan Malaysia telah mengarahkan supaya Majlis Fatwa
Kebangsaan Malaysia mengeluarkan fatwa mengenai vaksin ini.
Kebanyakan fatwa seperti
fatwa dari Majlis Fatwa Eropah dan Penyelidikan, Majlis Ulamak Indonesia, Majlis Fatwa
Kebangsaan Malaysia telah membenar dan mengharuskan penggunaan vaksin dalam
kalangan orang Islam.
Jelas disini ramai ulamak bersependapat bahawa vaksin dibenarkan untuk kebaikan sejagat.
Berdasarkan fatwa dari segenap pelusuk dunia, kebanyakkan ulama berpandangan bahawa
vaksinisasi adalah satu keperluan untuk menjaga maslahat umat Islam."
Ok, break sekejap. Memandangkan saya bukan ahli agama, saya sendiri tak berani nak ulas tentang halal dan haram in detail. Tetapi, kalau dah kebanyakkan fatwa dari seluruh dunia membenarkan dan mengharuskan penggunaan vaksin, siapakah kita, yang bukan ahli agama, nak kata vaksin tu tak halal?
Sambung balik...
"Penentangan terhadap
isu vaksin mestilah berasaskan kepada dalil Al-Quran dan As-Sunnah.
Namun apabila dilihat
dari semua dalil secara umumnya menjuruskan bahawa menjaga nyawa adalah perkara yang
penting dalam Islam berdasarkan kepada asas Maqasid Syariah.
Justeru asas penolakan
vaksin bukanlah terbit atau muncul dari kaedah atau asas Maqasid Syariah.
Dari sudut negara contohnya, Saudi Arabia mengenakan vaksin meningitis supaya jemaah
haji tidak mendapat bakteria meningitis yang membunuh jemaah saban tahun".
Alhamdulillah tahun 2012 saya dan suami pergi menunaikan haji dan tahun 2015 pula, suami membawa ketiga2 orang anak umrah (baby kena tunggu besar sikit, insya Allah akan pergi). Boleh baca blog post tentang pengalaman haji di sini. Cuma nak cakap, sebelum pegi haji dan umrah memang kena ambik vaksin meningitis C.
Berbalik kepada artikel KUIS...
"Dari sudut
masyarakat, vaksin dilihat memberi perlindungan bukan sahaja kepada kanak kanak tetapi
kepada orang dewasa juga.
Contoh virus rubella yang boleh menyebabkan masalah
congenital rubella syndrome kepada bayi yang lahir, dengan suntikan vaksin kepada orang
dewasa ianya sekaligus mencegah carrier state serta perpindahan virus kepada ibu
mengandung.
Dari sudut individu, vaksin berfungsi melawan penyakit berjangkit supaya generasi yang ada
lebih kuat berdaya tahan melawan penyakit berjangkit serta tiada kesan sampingan dan
meningkatkan kadar mortaliti dan morbidi akibat wabak tersebut.
Jelas disini terdapat banyak
kebaikan dengan adanya vaksin iaitu pencegahan penyakit berjangkit (wabak) daripada
merebak didalam komuniti walaupun ianya tidak mencecah pencegahan secara 100%.
Rata-rata
majlis fatwa mengatakan ianya harus atas alasan kepentingan dan kebaikan vaksin dari
sudut konsep pencegahan.
Namun begitu terdapat juga ulamak yang menolak hal ini seperti
di Kano Nigeria; natijahnya kes Polio di Kano meningkat secara mendadak.
Vaksin boleh diklasifikasi sebagai ubat yang digunakan untuk meningkatkan kekebalan
badan manusia.
Ini sesuai dengan hadis “Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali Allah
turunkan ubat untuknya.” (HR A Hurairah).
Pengambilan vaksin termasuk dalam isu penjagaan yang disyariatkan oleh Islam.
Vaksinasi
ini seumpama persediaan untuk menghadapi peperangan dengan musuh.
Islam menyuruh
untuk umat Islam bersedia dengan secukupnya dalam menghadapi musuh Islam.
Persedian tersebut mestilah apa yang terdaya diusahakan seperti alatan perang yang cukup dan tubuh
badan yang sihat.
Oleh itu ramai ulamak berpendapat vaksinisasi juga mempunyai konsep yang sama dengan
isu menghadapi peperangan terhadap musuh Islam.
Ia juga boleh diambil dalil dari sebuah
hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud “Sesiapa yang mengambil tujuh biji tamar ajwah,
tidak akan terkena racun dan sihir pada hari tersebut”.
Hadis ini jelas menunjukkan kepada
kita bahawa perlu mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengelak jangkitan dan
serangan penyakit sebelum dari berlaku serangan tersebut.
Ibnu al-Arabi menjelaskan dalam perbincangan hadis ini, beliau mengatakan bahawa
seseorang yang dapat menjangkakan simptom-simptom penyakit, dan bimbang dijangkiti
penyakit tersebut, sesungguhnya diharuskan kepadanya untuk menghilangkan simptom
tersebut dengan melakukan rawatan, sesungguhnya menghilangkan sebab akan
menghilangkan kesan-kesannya.
“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu
dalam kebinasaan” – Al Baqarah: 195.
Di dalam Quran, ada menekankan segala perbuatan
kita mesti tidak kearah penyebab kepada kebinasaan.
Jadi adanya vaksin adalah usaha kita
mengelakkan kebinasaan atau penyakit.
Atas dasar kepentingan masyarakat Islam di Malaysia bagi memastikan produk vaksin itu
halal, semua vaksin telah melalui proses saringan, ujian, penyelidikan yang ketat, agar
selamat kepada pengguna sebelum sampai ke peringkat umum.
Ini secara langsung perlu
dilihat dari struktur maqasid syariah (matlamat yang ingin dicapai demi kepentingan
manusia) iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta.
Pengambilan vaksin adalah
bertepatan dengan tujuan maqasid syariah untuk menjaga survival generasi masa kini dan
akan datang.
HUKUM MENGGUNAKAN VAKSIN SEBAGAI ALAT PENCEGAHAN PENYAKIT
SEBELUM DARIPADA BERLAKU LAGI
Galakan untuk mendapat rawatan dan mendapat ubatan yang bersesuaian.
Islam
menyarankan umatnya agar sentiasa mencari penawar kepada penyakit yang dihidapi,
kerana setiap penyakit ada penawar yang perlu dicari, diterokai dan dikaji. sesuai dengan
sabda Nabi SAW:
ِن هللاِ َع َّز َو َج َّل
ِذْ
ِإ
ب
َ
ُء الدَا ِء بَ َرأ
َوا
ِصْي َب دَ
ُ
ِذَا أ
َوا ٌء فَإ
ِل ُك ِلِّ دَا ٍء دَ
Maksudnya: “Setiap penyakit mempunyai penawar, apabila penawar menepati
penyakit tersebut, nescaya akan sembuh dengan izin Allah.”
Dalam hal ini hukumnya adalah harus.
Ini kerana rawatan terdahulu sebelum berlaku
wabak atau dibimbangi berlaku satu-satu penyakit adalah dibolehkan.
Ini berdasarkan
hadis Nabi SAW:
ْيضره ِس ْح ٌر وال سم
َ
َمِر المدين ِة لم
َمَرا ٍت ِم ْن تَ
تَ
ِ
ِ َسْبع
َح ب
َصبَّ
َم ْن تَ
Maksudnya: “Barangsiapa makan tujuh butir kurma Madinah pada pagi hari, ia tidak akan
terkena pengaruh buruk sihir atau racun.”
(Riwayat Bukhari)
Ini termasuk tindakan menghindari penyakit sebelum terjadi.
Demikian juga jika dikhuatirkan
timbulnya suatu penyakit dan dilakukan immunisasi untuk melawan penyakit yang muncul di
suatu tempat atau di mana saja, maka hal itu tidak masalah, karena hal itu termasuk tindakan
pencegahan.
Sebagaimana penyakit yang datang diobati, demikian juga penyakit yang
dikhawatirkan kemunculannya.
Benarlah sabda Nabi SAW:
َال يُو ِردَ َّن ُمَمَّر ٌض َعلَى ُم َصحٍ
Maksudnya: “Jangan didekatkan yang sakit dengan yang sihat.”
(Riwayat Bukhari)
Begitu juga tindakan Saidina Umar Al-Khatab apabila tidak memasuki kawasan wabak
taun dan ditanya kepada Amirul Mukminin, adakah kamu takut kepada qada’ Allah dan
kamu lari daripadanaya?
Saidina Umar Al-Khatab menjawab: “Aku lari daripada qada’
Allah kepada qadarnya.”
Hal ini dinyatakan oleh sahabat yang lain, Abdul Rahman bin
Auf yang menyebut hadis Nabi SAW:
ِ َ
ها ،
ْم ب
ْنتُ
َ
ْر ٍض َوأ
َ
ِأ
َع ب
َوقَ
ِذَا
َوإ
ْي ِه ،
ْر ٍض فَال تَقْدَ ُموا َعلَ
َ
ِ ِه فِي أ
ْم ب
َسِم ْعتُ
ِذَا
إ
َر فَ ا ًرا ِمْنهُ
ال تَ ْخ ُر ُجوا فِ
Maksudnya: “Apabila kamu dapati terdapat penyakit taun di dalam
mana- mana kawasan maka janganlah kamu mendekati kawasan tersebut, dan apabila kamu
berada di dalam kawasan yang terkena taun, maka janganlah kamu keluar lari daripada
kawasan tersebut.”
(Riwayat Bukhari)
Dalam istilah moden ia dikenali sebagai kuarantin".
Bila saya baca tentang hadis2 nabi SAW ni, terasa hebatnya ajaran yang dibawa oleh nabi SAW dari segi saintifiknya.
Sambung lagi...
"HUKUM PENGGUNAAN VAKSIN
Dalam hal ini, jika diperbuat daripada bahan yang bersih dan suci, maka ia diharuskan
Jika diperbuat daripada bahan yang najis, ia terbahagi kepada dua:
Jika di sana ada alternatif lain, maka tidak boleh menggunakan vaksin yang najis.
Ini kerana sabda Rasulullah SAW daripada Abu Darda’ R.Anhu yang
bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan
Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua
berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara-perkara) yang
haram.”
Jika di sana tidak ada alternatif yang lain, ia dibolehkan kerana ia termasuk dalam
perkara darurat.
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam hal ini.
Kaedah المحظورات تبيح الضرورات iaitu mudarat mengharuskan yang haram.
Tetapi kaedah ini
diikat dengan kaedah lain iaitu بقدرها تقدر الضرورات yang bermaksud menagambil darurat
cukup yang perlu sahaja.
Dalam penetapan hukum yang melibatkan penggunaan konsep dharurah, terdapat beberapa
syarat yang perlu dipenuhi sepertimana berikut:
Dharurah itu memang benar-benar berlaku, bukan lagi hanya sangkaan semata-mata ke
atas kemusnahan nyawa atau pun harta benda. Kalau pun kekhuatiran itu berdasarkan
andaian, anadaian itu hendaklah andaian yang kuat seperti telah melalui proses
pengalaman dan pemerhatian.
Orang yang berada dalam keadaan dharurah itu tidak ada jalan yang lain dibenarkan oleh
syarak untuk mengelakkan kemudharatan itu. contohnya seseorang yang amat perlu untuk
meminjam wang, maka ia measti memilih pinjaman tanpa riba’ kerana zaman ini sudah
ada alternatif untuk melakukan pinjaman dengan tidak menggunakan sistem riba’.
Orang yang dalam keadaan dharurah (terpaksa) itu mestilah berusaha jangan memilih
perkara ang terang-terang melanggar prinsip-prinsip asasi syariat Islam dan usul akidah
Islam, seperti tidak halalnya ia memilih untuk berzina, membunuh, memilih kufur dan
mengambil hak orang lain kerana perkara-perkara berkenaan pada hakikatnya
adalah mafsadah (kerosakan).
Ini bererti jika melepaskan keadaan terpaksa itu tiada
jalan yang halal, Cuma yang ada beberapa jalan yang haram, maka ia mesti memilih
mudharat yang lebih ringkas dan tidak terang-terang melanggar perkara-perkara asasi
dalam Islam.
Ketika melepaskan keadaan dharurahnya seseorang itu mestilah sekadar melakukannya
kadar yang perlu sahaja, bukan untuk berselesa melakukan perkara yang terlarang
berkenaan berdasarkan kaedah keadaan dharurah diukur dengan tingkatannya.
Dalam isu tepaksa memakan ubat dari produk haram untuk menjaga kepentingan nyawa,
syarat tambahan yang perlu dipenuhi ialah pengambilan ubat berkenaan hendaklah
disyorkan oleh doktor yang dipercayai pegangan dan amalan agamanya serta mempunyai
kepakaran di samping terbukti tiada ubat lain yang halal untuk diambil.
Lihat Penentuan Produk Halal-Haram dan Fatwa Vaksin di Malaysia oleh Prof. Madya Dr. Nurdeng
Deuraseh, UPM.
BEBERAPA FATWA TENTANG PENGGUNAAN VAKSIN DI MALAYSIA
Hukum Penggunaan Vaksin Menactra®
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 - 11 Februari 2015 telah membincangkan Hukum
Penggunaan Vaksin Menactra®.
Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
1. Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah
menegaskan bahawa pada prinsipnya ulama bersepakat bahawa makanan termasuk ubat-ubatan
yang dibenarkan oleh Islam untuk digunakan mestilah terdiri daripada bahan-bahan
yang baik (toyyib) dan halal, serta tidak mempunyai unsur-unsur yang
mendatangkan mudharat kepada kesihatan badan dan akal manusia.
2. Muzakarah juga mendapati bahawa dalam proses penghasilan Vaksin Menactra® ini,
tiada sebarang komponen bahan mentah yang mengandungi sumber haiwan atau bahan-bahan
yang diragui dari aspek syarak digunakan serta tiada perkongsian saluran
pemprosesan dengan produk vaksin yang tidak halal.
3. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum penggunaan Vaksin
Menactra® adalah diharuskan.
Hukum penggunaan Vaksin Biothrax dan Vaksin Rotateq yang menggunakan unsur babi
dalam proses penghasilannya
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 telah membincangkan hukum penggunaan
Vaksin Biothrax dan Vaksin Rotateq yang menggunakan unsur babi dalam proses
penghasilannya.
Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan vaksin BioThrax dan
RotaTeg adalah tidak dibenarkan kerana:
1. Situasi kini dianggap tidak dharurat;
2. Terdapat bahan atau ubat alternatif selain penggunaan unsur babi dalam pemprosesan
kedua-dua vaksin; dan
3. Tiada data sokongan yang kuat untuk membuktikan rakyat negara ini memerlukan keduadua
vaksin ini.
Keterangan/Hujah:
1. Anthrax adalah sejenis penyakit berjangkit yang akut dan boleh menyebabkan kematian
mengejut dan darah keluar dari semua rongga yang terbuka.
Jangkitan anthrax boleh
berlaku sama ada pada kulit (cutaneous anthrax), saluran usus (Gastrointestinal anthrax)
atau serangan melalui pernafasan (inhalation anthrax).
Vaksin BioThrax™ digunakan
sebagai imunisasi atau suntikan pelalian bagi membantu melindungi daripada jangkitan
anthrax.
RotaTeq pula ialah vaksin bagi mencegah kes rotavirus yang menyebabkan muntah dan cirit birit di kalangan kanak-kanak."
Dekat sini saya nak sebut sikit, vaksin biothrax dan rotateq tidak termasuk dalam jadual imunisasi Malaysia, jadi kita tak perlu risau tentang vaksin2 tersebut.
Sambung lagi...
"2. Islam mengharuskan berubat dengan benda-benda yang diharamkan sekiranya dalam
keadaan dharurat iaitu tiada ubat alternatif yang lain adalah berpandu kepada Firman
Allah Taala:
َما ا
ِالَّ
ْي ُكْم إ
َ َعلَ
َح َّرم
َّص َل لَ ُكْم َما
َوقَدْ فَ
ْي ِه
ِكَر ا ْسُم ا ََّّللِ َعلَ
ُوا ِمَّما ذُ
ُكل
ْ
تَأ
َالَّ
َو َم ِ ا لَ ُكْم أ
ِهْم ب
ْهَوائِ
َ
ِأ
ُّو َن ب
لَيُ ِضل
َّن َكثِيراً
ِ
َوإ
ْي ِه
لَ
ِ
ْم إ
ْض َّن ُطِر ْرتُ
ِ
ٍم إ
ْ
ِر ِعل
َغَ ْي
ُم ْعتَِدي َن َربَّ َك
ْ
ِال
ُم ب
ْعلَ
َ
ُهَو أ
Maksudnya : "Dan tidak ada sebab bagi kamu, yang menjadikan kamu tidak mahu makan
sari sembelihan binatang-binatang halal yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya,
padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkan ke atas
kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya."
(Surah al-An’am : 119)
3.
Jumhur Fuqaha’ dari Mazhab Hanafi, al-Malikiyyah, pandangan sohih dari Mazhab
Syafie dan Hanabilah berpendapat berubat dengan suatu yang najis seperti arak adalah
haram dan tidak harus.
Dalam konteks ini Prof. Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhayli
berpandangan bahawa pada asasnya, haram kita berubat benda yang najis atau haram.
ISU ISU ANTI VAKSIN DI MALAYSIA
Persoalan–persoalan yang kerap diajukan adalah
1) Adakah vaksin (Rotavirus) mengandungi benda yang diharamkan seperti
enzim tripsin?
JAKIM bersama KKM telah bersama mengeluarkan kenyataan bersama berkenaan
penggunaan vaksin di Malaysia.
Sedikit sebanyak keputusan ini telah melegakan ramai
ibubapa yang tidak mempunyai informasi yang tepat.
Kita semua ingin vaksin yang
dihasilkan adalah halal.
JAKIM telah memastikan dan memantau keadaan pemprosesan
vaksin dan bersetuju mengakui bahawa status vaksin di Malaysia adalah halal (harus).
Ini
mungkin menggunakan pendekatan dharurat.
Hanya terdapat beberapa jenis vaksin sahaja
seperti Rotateq yang difatwa tidak halal.
Kita tidak boleh generalize semua vaksin adalah
haram.
KKM pula telah memastikan segala proses pembikinan dan penghasilan vaksin
mengikut piawai yang ditetapkan.
Ini melalui proses yang lama seperti penyelidikan klinikal
ke atas binatang dan manusia sebelum dipercayai dan terbukti berkesan.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata,
“Adapun najis, maka hukumnya dikembalikan kepada asalnya, iaitu benda najis
yang kotor, jika telah berubah hingga menjadi baik, maka dia seperti lainnya yang
berasal dari benda yang halal. Seperti misalnya ada darah atau bangkai babi yang
jatuh ke air tasik bergaram, lalu ianya menjadi garam yang halal sebagaimana
umumnya garam.
Terdapat banyak percanggahan pendapat diantara ramai ulama diantara vaksin halal dan
haram dan ahkhirnya kesepakatan atau ijtihad para ulama di Malaysia menyatakan vaksin
adalah harus.
Hukum harus (maka ianya adalah halal dan dibolehkan) adalah berdasarkan
muzakarah fatwa kebangsaan dan hasilnya kerajaan memberi arahan program vaksinasi untuk
berjalan di seluruh negara.
Sebagai rakyat, arahan ini tidak bercanggah dengan Islam serta
arahan berupa program pencegahan untuk kesihatan dan kemaslahatan umum.
Jadi ianya
tidak perlu ditentang atau dihukum.
Enzim binatang yang digunakan merupakan catalyst
yang melalui proses ultrafiltrasi dan pencairan yang tidak bercampur dengan bahan ketika
produk akhir dihasilkan.
Vaksin ini telah melalui proses saringan, pencucian dan
pembersihan secara total dan ianya harus untuk digunakan.
2) Adakah vaksin mempunyai kesan sampingan atau adverse effects?
Ya, memang benar vaksin ada kesan sampingan seperti masalah alahan atau neurologi.
Jika
kesan begini berlaku maka ia perlu dilaporkan segera kepada pihak farmakovigilan.
Jika
benar kesan sampingan vaksin yang tinggi dan berlaku mortaliti atau morbiditi secara
statistik, sewajarnya vaksin tidak diberikan atau diharamkan pada populasi."
Break sikit sebab nak tambah, secara logik nya lah, kerajaan dah sediakan perkhidmatan kesihatan yang murah dan disubsidi macam hospital, klinik dan sebagainya. Ni semua memerlukan wang. Takkan la sengaja kerajaan nak bagi orang ramai sakit disebabkan vaksin (kalau betul la vaksin ni merbahaya). Lagi ramai la pesakit. Teruk la nak kena sediakan lagi banyak hospital dan sebagainya. Fikir2kan logiknya.
Sambung balik...
"Ini tidak berlaku
di Malaysia atau di dunia sekalipun.
Konsep qada’ qadar perlu disemai kepada masyarakat
Islam amnya – iaitu mempercayai kita perlu berusaha untuk pencegahan penyakit secara
spesifik dan Allah menentukan kejayaannya.
Doktor biasanya mempunyai indikasi tertentu
sama ada vaksin boleh diberi atau di hentikan.
Pesakit perlu letakkan konsep tawakkal pada
Allah SWT dalam segala perbuatan harian.
Kita perlu timbang kebaikan dan keburukan
vaksin.
Jika kebaikan melebihi keburukan, usaha murni begini adalah usaha untuk memasti
anak anak dan generasi kita selamat.
Segala kesan yang berlaku (sama ada kesan dari vaksin
seperti allergi/alahan atau vaksin tidak dapat memberi pencegahan atau kesan penyakit)
adalah daripada Allah SWT dan kita perlu menjurus segala amal dan pergantungan kita
padaNya.
Kita hanya berusaha dan Allah menentukan segala perancangan.
KESIMPULAN KEPADA VAKSIN
Islam adalah agama yang praktikal dan mudah.
Jika kita meletakkan hukum haram ke atas
benda yang harus adalah seperti kita meletakkan umpama air yang boleh diminum di anggap
sebagai arak.
Dalam pada itu jika kita berdepan dengan percanggahan hukum, kita mesti
melihat kelebihan dari aspek maqasid syariah, uruf masyarakat dan maslahat masyarakat serta
panduan praktikal daripada ilmuan Islam dan pakar pakar perubatan.
Sebagai ibubapa, kita
semua ada hak untuk memilih sama ada ingin memberi vaksin atau tidak kepada anak-anak
kita, keputusan ibubapa mencermin usaha murni untuk mencegah anak anak dan generasi
akan datang daripada penyakit berjangkit.
Perbezaan feqah tidak wajar menjadi perpecahan dan pertelagahan ummah kerana ianya
hanya merupakan cabang dalam Islam.
Ruh begini diambil oleh Imam Syafie dimana beliau
menghormati ijtihad imam imam yang lain. Penyebaran berita yang negatif adalah salah,
kerana kerajaan dan pihak berkuasa telah memberi kata sepakat yang positif dalam isu
vaksin, untuk meleraikan kekusutan dan kebimbangan rakyat".
Alhamdulillah, banyak yang saya sendiri pelajari dalam men-copy paste untuk menghasilkan blog post ini. Harapan saya "soalan adakah vaksin halal" telah terjawab.
No comments:
Post a Comment