Monday, May 23, 2016

Hari Ibu

Setiap kali hari ibu, ada saja orang yang kata, tak boleh sambut hari ibu dan sebagainya.

Saya bukan ahli agama, nak kata sambut hari ibu pun, tak juga. Takde pun buat apa2 special masa hari ibu tu.

Sebagai ibu saya setuju, sepatutnya setiap hari kita rai-kan ibu, bukan hari ibu je.

Saya cuma nak share kad2 hari ibu yang dibuat oleh anak2 semasa di sekolah, cantik2 design nya.

Hasil kerja anak sulung.
Pada saya, kalau takde sambutan hari ibu yang rasmi, mungkin takde kot anak2 nak buat kad2 macam ni...tapi anak saya yang ketiga memang rajin buat notes dan kad yang kata "I love you Mami".

Anak nombor tiga sampaikan masa di tadika sempena hari sukan dan hari ibu.
Anak sulung dan nombor dua anak lelaki, rasa nya lelaki lebih susah sikit nak tunjukkan perasaan sayang ni. Memang kebiasaan lelaki untuk menyimpan perasaan, dan saya pernah baca ni ada kaitan dengan peranan lelaki sebagai "hunter-gatherer". Zaman dahulu kala bila lelaki kena keluar memburu untuk cari nafkah, lelaki tak boleh tunjukkan perasaan takut pada binatang. Kena berani atau simpan perasaan takut tu. Perempuan pula, antara tugas penting ialah membesarkan anak2, jadi kena lah tunjuk reaksi pada baby dengan senyum, buat muka terkejut, sedih dan sebagainya. Sebab tu wanita memang lebih emosional yang dizahirkan berbanding lelaki. (Tak ingat buku mana yang saya baca, minta maaf tak dapat quote reference).

Tak ingat dah anak mana yang bagi...ye la, ada empat orang dah sekarang Alhamdulillah.
Kesimpulan post saya ni, bagi pembaca yang ibu masih hidup, jom kita luangkan lebih masa bersama ibu, jom kita tolong ibu, jom kita raikan ibu setiap hari.

Bagi yang ibu sudah tiada, jom jadi anak soleh/solehah yang sentiasa mendoakan ibu, sedekahkan untuk ibu, dan buat baik supaya ibu dapat pahala.

Itu saje untuk hari ni. Selamat hari ibu, everyday is mothers day.

No comments:

Post a Comment