Friday, May 13, 2016

Tips Baby Demam Kuning Atau Jaundice

Semalam saya terkejut, marah dan geram bila baca ada mak yang bagi baby dia minum carlsberg untuk demam kuning.

So, saya pun google la "what to do if baby is jaundiced", kalau bahasa Inggeris memang keluar pelbagai website dari sumber2 yang sahih. Contohnya webmd, nhsuk, medline plus medical encyclopedia, emedicine dan sebagainya.

Bila google dalam bahasa Malaysia pulak, banyak keluar blogs yang menjual vitamin dan supplemen.

Saya nak terjemah artikel2 bermutu dan sahih dari segi perubatannya supaya lebih banyak sumber maklumat yang berkualiti dalam bahasa Melayu.

Link yang pertama dari Web MD. "Understanding Newborn Jaundice Treatment" atau "memahami rawatan jaundice bayi baru lahir" (boleh klik sini untuk baca lanjut).

Anak saya yang pertama paling teruk kena demam kuning, yang kedua dan ketiga, sikit saja, yang keempat tak kena langsung Alhamdulillah. Mama dah pandai menyusu badan kot.

"Apakah rawatan yang ada untuk demam kuning (jaundice) bayi baru lahir?

Ini dipanggil demam kuning (jaundice) yang fisiologikal, yang selalu dilihat dalam kebanyakkan bayi baru lahir.
Ia tidak memerlukan rawatan perubatan yang aggresif.
Biasanya akan hilang dalam masa beberapa hari dengan memberi bayi susu yang kerap dan memberikan bayi kena pada cahaya matahari secara indirect atau tidak langsung.

Doktor mungkin akan uji kandungan bilirubin dalam darah bayi untuk memastikan yang ia tidak semakin teruk.

Dalam kes2 tertentu yang sangat jarang, kandungan bilirubin dalam darah menjadi sangat tinggi dalam masa yang singkat.
Ujian tertentu akan membantu untuk mengetahui sebabnya - mungkin jangkitan kuman, masalah atau penyakit hati, masalah dalam darah atau masalah berkaitan penyusuan bayi.

Bila ibu mula memberi bayi susu badan, jumlah susu yang dihasilkan adalah sedikit dan ini mungkin antara sebab demam kuning bermula pada waktu awal.
Ibu baru terutamanya dinasihatkan untuk meningkatkan kekerapan penyusuan bayi supaya lebih banyak susu dihasilkan.
Kadang2 perlu untuk beri bayi susu formula sebagai tambahan supaya bayi cukup air dan tidak dehydrated, ini akan membantu membuang bilirubin berlebihan dari badan.

Baby pertama memang kena fototerapi di hospital, yang lain takde rawatan khas, cuma bagi susu badan je, lama2 hilang la kuning tu.

Kadang2 fototerapi - rawatan lampu khas - digunakan untuk membantu badan membuang bilirubin berlebihan.
Fototerapi menggunakan lampu yang dipanggil bili-light (lampu-bili) atau ada bili-blanket (selimut bili).
Baby tidak dipakaikan baju supaya sebanyak mungkin kulit terkena cahaya lampu. Mata akan ditutup supaya dilindungi semasa rawatan.
Penyusuan tambahan mungkin perlu kerana banyak air yang hilang dari kulit.

Jika kes demam kuning yang teruk, bayi mungkin memerlukan darah".

Saya tengok juga nasihat dari NHS (website dari UK) bertajuk "Newborn jaundice - Treatment" atau terjemahannya "Demam kuning bayi baru lahir - rawatan", sila klik sini untuk baca lebih lanjut.

Nasihat pertama adalah "anda mesti berbincang dengan bidan, jururawat atau doktor jika bayi anda ada demam kuning. Mereka akan menilai keadaan sama ada bayi memerlukan rawatan atau tidak.

Rawatan hanya dilakukan jika bayi ada kandungan tinggi bilirubin dalam darah, ujian darah akan dijalankan untuk mengetahui kandungan bilirubin.

Kebanyakkan bayi demam kuning tidak memerlukan rawatan kerana kandungan bilirubin dalam darah rendah. Dalam kes begini, bayi selalunya akan beransur pulih dalam 10-14 hari dan tidak mendapat apa2 kesan buruk.

Jika rawatan tidak diperlukan, ibu mesti terus memberi susu badan atau botol kepada bayi, kejutkan bayi untuk minum susu jika perlu. Jika keadaan semakin teruk atau tidak hilang selepas dua minggu, jumpa doktor, jururawat atau bidan untuk mendapatkan nasihat.

Demam kuning berpanjangan (lebih dari dua minggu) boleh berlaku jika bayi pra-matang (premature/lahir awal) atau jika bayi hanya menyusu badan. Selalunya keadaan akan beransur pulih tanpa rawatan. Ujian mungkin akan dilakukan jika demam kuning lebih dua minggu untuk memastikan tidak ada penyakit lain.

Jika demam kuning bayi tidak pulih atau ujian menunjukkan kandungan bilirubin yang tinggi, bayi mungkin dimasukkan ke hospital untuk rawatan fototerapi atau pemindahan darah (exchange transfusion).

Rawatan ini adalah perlu untuk mengurangkan risiko 'kernicterus', penyakit yang jarang dan serius, satu komplikasi demam kuning, yang boleh menyebabkan kerosakan otak.

Seterusnya, artikel ni bercerita tentang kaedah fototerapi dan derma darah. Jika demam kuning disebabkan jangkitan kuman, perlu ada rawatan untuk jangkitan kuman. Jika demam kuning disebabkan oleh penyakit rhesus (rhesis disease) rawatan IVIG akan diberikan.

Alhamdulillah anak2 saya semua dah besar kecuali yang bongsu, yang bungsu tak kena demam kuning.
Itu saja perkongsian pagi ni.

Saya bagi rumusan:

Tip no1: Dapatkan nasihat doktor dan jururawat.
Tip no2: Berikan susu sekerap mungkin, jika perlu, kejutkan baby untuk minum susu.
Tip no3: Mungkin perlu beri baby minum top-up botol jika susu ibu kurang (semua anak saya ada minum top-up botol di hospital sebab saya bedah, susah nak susu masa 24jam pertama. Lepas tu ok je susu badan)
Tip no4: Doktor mungkin buat ujian darah
Tip no5: Baby mungkin perlu fototerapi (anak yang sulung kena fototerapi tapi yang lain2 ok, tak perlu apa2 kecuali minum susu badan).

Moga bermanfaat.

Artikel lain yang boleh dibaca dalam bahasa Melayu adalah jaundis oleh BabyCenter (klik di sini).

Untuk para doktor dan pelajar perubatan, boleh baca Clinical Practice Guidelines (klik di sini).

12 comments:

  1. Assalamualaiku Doktor...

    Saya skrg mengalami masalah anak yg mendapat kuning... minggu lepas anak ketiga saya telah diminta untuk mengambil darah utk diperiksa bagi masalah kuning kerana telah melebihi 3 minggu... Tahap bacaan kuning bayi saya adalah yg terkini 166... adakah ia satu bacaan yg merbahaya @ tidak... kami suami isteri agak risau kerana kesian melihat anak menderita dicucuk jarum... Mohon pencerahan dan nasihat doktor.. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Boleh saya tahu apakah nasihat yang diberikan oleh doktor? Sebenarnya, seorang doktor tidak boleh memberi nasihat tanpa mengetahui semua sejarah (adalah kelahiran normal, adakah masalah ketika mengandung dan bersalin, dan sebagainya) pesakit dan juga memeriksa pesakit, kerana keputusan 166 tu bergantung kepada beberapa perkara lain. Oleh itu, saya nasihatkan berbincang dengan doktor untuk langkah seterusnya. Jika tidak puas hati, boleh minta pendapat doktor yang lain, tetapi doktor mesti lihat dan periksa bayi anda. Terima kasih kerana bertanya.

      Delete
  2. Terima kasih doktor... Doktor hanya memibta agar anak saya diberi susu ibu sekerap yg mungkin dan meminta agar anak saya diambil darah dan air kencing utk pemeriksaan lanjut, itu sahaja.... Untuk pengetahuan doktor, isteri saya bersalin normal, berat anak ketika lahir 3.6kg... x ada sebarang masalah cuma ketika mengandung isteri saya selalu kebas2 tangan dan kandungan darah turun sedikit sahaja masalah lain tiada...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih doktor... Doktor hanya memibta agar anak saya diberi susu ibu sekerap yg mungkin dan meminta agar anak saya diambil darah dan air kencing utk pemeriksaan lanjut, itu sahaja.... Untuk pengetahuan doktor, isteri saya bersalin normal, berat anak ketika lahir 3.6kg... x ada sebarang masalah cuma ketika mengandung isteri saya selalu kebas2 tangan dan kandungan darah turun sedikit sahaja masalah lain tiada...

    ReplyDelete
  4. Encik Shamsul sementara menuggu ambil air kencing utk pemeriksaan lanjut..disini pengalaman saya waktu anak saya lahir mmg ada demam kuning agak teruk taruh inkubator ..lepas beberapa hari ttp sama ...saya tak nk buang masa suruh suami setiap pagi bawa baby gi jemur kat matahari waktu 8 pagi ..tutup matanya jgn kena matahari bogelkan biar bhgian ketiak terdedah dan tulang belakang utk menyerap vitamin D selama setengah jam...jgn lepas 9.00 kurang elok matahari waktu tu.....seminggu anak i dah sihat ..sekadar pengalaman saya

    ReplyDelete
  5. Tq Mr. Tan.. tp skrg mcm x sesuai jemur... jam 6 dah terasa bahang panas kat sini...

    ReplyDelete
  6. Tq Mr. Tan.. tp skrg mcm x sesuai jemur... jam 6 dah terasa bahang panas kat sini...

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kerana berkongsi informasi.
    Disamping mengguna ubat dan pertua penggunaan Phototherapy juga berkesan untuk rawatan Jaundice pada bayi baru lahir. Sekarang nie ada khidmat menyewa machine PHOTOTHERAPY untuk membuat rawatan di rumah. Kami menggunakan PHOTOTHERAPY di rumah untuk anak baru lahir. Memang berkesan dan lepas 2 hari Jaundice level back to normal. Kami sewa di http://www.hometherapyy.com .(012-3404007) Mereka menggunakan LED Phototherapyy , tak panas untuk bayi dan berkesan.

    ReplyDelete
  8. Boleh tau susu yang sesuai untuk baby newborn untuk elak kuning.. Tq

    ReplyDelete
  9. Salam.. Sy nak kongsi mslh bby sy.. Da masuk sbulan kuning masih tgi .. Dktr da amik drh n kputusan ok.. Kali kdua amik drh lg gn air kcing bby.. Kputusan blm tahu lagi ok atau tidak..ptt ke sy beri susu fm ? N susu ape yang sesuai untuk bby kuning??

    ReplyDelete
  10. Hi assalamulaikum doc,baby saya dah genap 1 bulan dan masih lagi kuning yang teruk , saya dah bagi susu fm kuning nya masih lagi tinggi,last saya check 246 beberapa hari lepas ,berak n kencing semua ok,jika masih tidak elok ,apa tindakan hospital?

    ReplyDelete