Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Friday, May 13, 2016

Tips Baby Demam Kuning Atau Jaundice

Semalam saya terkejut, marah dan geram bila baca ada mak yang bagi baby dia minum carlsberg untuk demam kuning.

So, saya pun google la "what to do if baby is jaundiced", kalau bahasa Inggeris memang keluar pelbagai website dari sumber2 yang sahih. Contohnya webmd, nhsuk, medline plus medical encyclopedia, emedicine dan sebagainya.

Bila google dalam bahasa Malaysia pulak, banyak keluar blogs yang menjual vitamin dan supplemen.

Saya nak terjemah artikel2 bermutu dan sahih dari segi perubatannya supaya lebih banyak sumber maklumat yang berkualiti dalam bahasa Melayu.

Link yang pertama dari Web MD. "Understanding Newborn Jaundice Treatment" atau "memahami rawatan jaundice bayi baru lahir" (boleh klik sini untuk baca lanjut).

Anak saya yang pertama paling teruk kena demam kuning, yang kedua dan ketiga, sikit saja, yang keempat tak kena langsung Alhamdulillah. Mama dah pandai menyusu badan kot.

"Apakah rawatan yang ada untuk demam kuning (jaundice) bayi baru lahir?

Ini dipanggil demam kuning (jaundice) yang fisiologikal, yang selalu dilihat dalam kebanyakkan bayi baru lahir.
Ia tidak memerlukan rawatan perubatan yang aggresif.
Biasanya akan hilang dalam masa beberapa hari dengan memberi bayi susu yang kerap dan memberikan bayi kena pada cahaya matahari secara indirect atau tidak langsung.

Doktor mungkin akan uji kandungan bilirubin dalam darah bayi untuk memastikan yang ia tidak semakin teruk.

Dalam kes2 tertentu yang sangat jarang, kandungan bilirubin dalam darah menjadi sangat tinggi dalam masa yang singkat.
Ujian tertentu akan membantu untuk mengetahui sebabnya - mungkin jangkitan kuman, masalah atau penyakit hati, masalah dalam darah atau masalah berkaitan penyusuan bayi.

Bila ibu mula memberi bayi susu badan, jumlah susu yang dihasilkan adalah sedikit dan ini mungkin antara sebab demam kuning bermula pada waktu awal.
Ibu baru terutamanya dinasihatkan untuk meningkatkan kekerapan penyusuan bayi supaya lebih banyak susu dihasilkan.
Kadang2 perlu untuk beri bayi susu formula sebagai tambahan supaya bayi cukup air dan tidak dehydrated, ini akan membantu membuang bilirubin berlebihan dari badan.

Baby pertama memang kena fototerapi di hospital, yang lain takde rawatan khas, cuma bagi susu badan je, lama2 hilang la kuning tu.

Kadang2 fototerapi - rawatan lampu khas - digunakan untuk membantu badan membuang bilirubin berlebihan.
Fototerapi menggunakan lampu yang dipanggil bili-light (lampu-bili) atau ada bili-blanket (selimut bili).
Baby tidak dipakaikan baju supaya sebanyak mungkin kulit terkena cahaya lampu. Mata akan ditutup supaya dilindungi semasa rawatan.
Penyusuan tambahan mungkin perlu kerana banyak air yang hilang dari kulit.

Jika kes demam kuning yang teruk, bayi mungkin memerlukan darah".

Saya tengok juga nasihat dari NHS (website dari UK) bertajuk "Newborn jaundice - Treatment" atau terjemahannya "Demam kuning bayi baru lahir - rawatan", sila klik sini untuk baca lebih lanjut.

Nasihat pertama adalah "anda mesti berbincang dengan bidan, jururawat atau doktor jika bayi anda ada demam kuning. Mereka akan menilai keadaan sama ada bayi memerlukan rawatan atau tidak.

Rawatan hanya dilakukan jika bayi ada kandungan tinggi bilirubin dalam darah, ujian darah akan dijalankan untuk mengetahui kandungan bilirubin.

Kebanyakkan bayi demam kuning tidak memerlukan rawatan kerana kandungan bilirubin dalam darah rendah. Dalam kes begini, bayi selalunya akan beransur pulih dalam 10-14 hari dan tidak mendapat apa2 kesan buruk.

Jika rawatan tidak diperlukan, ibu mesti terus memberi susu badan atau botol kepada bayi, kejutkan bayi untuk minum susu jika perlu. Jika keadaan semakin teruk atau tidak hilang selepas dua minggu, jumpa doktor, jururawat atau bidan untuk mendapatkan nasihat.

Demam kuning berpanjangan (lebih dari dua minggu) boleh berlaku jika bayi pra-matang (premature/lahir awal) atau jika bayi hanya menyusu badan. Selalunya keadaan akan beransur pulih tanpa rawatan. Ujian mungkin akan dilakukan jika demam kuning lebih dua minggu untuk memastikan tidak ada penyakit lain.

Jika demam kuning bayi tidak pulih atau ujian menunjukkan kandungan bilirubin yang tinggi, bayi mungkin dimasukkan ke hospital untuk rawatan fototerapi atau pemindahan darah (exchange transfusion).

Rawatan ini adalah perlu untuk mengurangkan risiko 'kernicterus', penyakit yang jarang dan serius, satu komplikasi demam kuning, yang boleh menyebabkan kerosakan otak.

Seterusnya, artikel ni bercerita tentang kaedah fototerapi dan derma darah. Jika demam kuning disebabkan jangkitan kuman, perlu ada rawatan untuk jangkitan kuman. Jika demam kuning disebabkan oleh penyakit rhesus (rhesis disease) rawatan IVIG akan diberikan.

Alhamdulillah anak2 saya semua dah besar kecuali yang bongsu, yang bungsu tak kena demam kuning.
Itu saja perkongsian pagi ni.

Saya bagi rumusan:

Tip no1: Dapatkan nasihat doktor dan jururawat.
Tip no2: Berikan susu sekerap mungkin, jika perlu, kejutkan baby untuk minum susu.
Tip no3: Mungkin perlu beri baby minum top-up botol jika susu ibu kurang (semua anak saya ada minum top-up botol di hospital sebab saya bedah, susah nak susu masa 24jam pertama. Lepas tu ok je susu badan)
Tip no4: Doktor mungkin buat ujian darah
Tip no5: Baby mungkin perlu fototerapi (anak yang sulung kena fototerapi tapi yang lain2 ok, tak perlu apa2 kecuali minum susu badan).

Moga bermanfaat.

Artikel lain yang boleh dibaca dalam bahasa Melayu adalah jaundis oleh BabyCenter (klik di sini).

Untuk para doktor dan pelajar perubatan, boleh baca Clinical Practice Guidelines (klik di sini).

Monday, April 18, 2016

Tips Cuti Phuket

Alhamdulillah tengok memories facebook, teringat cuti tahun lepas dapat pegi Phuket ikut suami yang ada surgical conference di sana, 17-19hb April 2015.


Masa tu baby baru 4 bulan setengah, masih menyusu badan sepenuhnya.

Saya dah mula kerja sikit2 secara part-time. Bosan juga duduk rumah je lepas lama bercuti (dari mengandung sampai bersalin, setahun lebih sikit). Seronok kerja sebab dapat tukar angin, dapat exercise sel2 otak dan dapat buat kawan2 baru.

Ni kali kedua datang ke Thailand. Kali pertama masa business conference beberapa tahun yang lepas. Masa tu pegi Pattaya. Best. Insya Allah akan di share di blog post yang lain.

Flight dalam sejam. Dari airport, kena naik van dalam sejam juga nak sampai hotel.

Hotel Le Meridien memang cantik dan eksklusif, orang yang tinggal kat situ je boleh masuk. Taxi pun dia tak bagi masuk kecuali lepas bagi nombor bilik.

Hotel Le Meridien, Phuket, waktu malam.

Bagi saya, cantik la Phuket, tapi kat Malaysia pun banyak pantai2 dan pulau2 yang cantik. Paling best Pulau Pangkor Laut (tempat kami berbulan madu 1999) dan Pulau Redang.

Kami ada jalan2 masa suami dah habis conference. Suami memang suka shopping barang2 souvenir. Saya tak suka shopping, tapi ikut je la.


Nak makan kena hati2 sikit. Kami ada bawa bekal mee segera sikit, makan juga, walaupun hanya cuti 3 hari 2 malam.

Kat hotel pun, yang berani makan, buah2 dan kek.

Di Phuket ada kawasan2 dan restoran2 orang Islam, jadi kami keluar gi makan di kawasan2 tu. Ok je.

Bersih sangat pantai di Meridien, Phuket.
Tiga kenangan yang susah nak lupakan:

1) Masa dalam perjalanan dari airport ke hotel, saya agak terkejut sebab ternampak seekor babi jalan2 kat tepi jalan...sampai berpaling kepala nak tengok betul ke tak. Seumur hidup tinggal di Malaysia dan Eropah, tak pernah tengok lagi...

2) Masa mula2 sampai airport, saya terbaca post di dinding mengenai Buddha, mereka terangkan kepada pelancong yang tatoo Buddha tu tak menghormati agama mereka, lebih kurang begitu la. Kesimpulannya, kena juga bagitau orang luar tentang adat resam dan agama, tak boleh salahkan orang yang tak tahu.

3) Pertama kali saya duduk dalam bilik hotel masa tukang cuci datang, sebab saya malas nak keluar dengan baby masa suami gi conference. Last2 pencuci kata dia dah nak balik, so nak cuci juga, saya pun cakap takpe lah, cuci je, saya duduk situ dengan baby.

Sambil dia cuci, kami sembang2, dia tanya nama baby, bila dengar nama, dia tanya, muslim ke?

Dia pun muslim juga. Dia pun rekomen tempat2 nak makan dan jalan2.

Banyak lagi gambar masa jalan2 kat Phuket hilang dalam phone (iphone4) yang jatuh dan pecah (screen rosak). Jadi tak dapat la share gambar2 masjid dan tempat2 makan kat luar hotel. Gambar tut2 yang nak tunjuk kat anak2. Takpe, next time boleh bawa mereka jalan2 pula insya Allah.

Tips bawa baby bercuti:

Baby buang air besar masa dalam flight ke Phuket dan masa nak balik di airport. Di hotel, tak pulak dia berak. Since maid tak ikut, masa pegi saya tukar, masa balik suami tolong tukar. Take turns. 

So sentiasa bersedia, bawa lampin dan wipes extra dalam beg khas untuk barang baby.

Le Meridien, Phuket

Masa balik, saya duduk airport lounge sebab nak susukan baby, tapi tak berapa private sebab takde dinding, cuma dinding glass je jadi orang lalu-lalang nampak, tapi saya cari tempat yang kurang orang. Makanan banyak tapi tak sempat nak jamu puas2 dah kena panggil naik flight...

Dah biasa sangat travel dengan baby kecik, especially masa tinggal Dublin dulu. Banyak kali travel long haul flight bawa baby sorang2. Nanti saya share tips lagi di post yang lain insya Allah.

Tuesday, March 15, 2016

Percutian Keluarga di Perth 4 Hari 3 Malam

Ramai kawan2 tanya tentang cuti di Perth:
Itinerary
Tempat tinggal
Macam mana nak apply visa maid Indon
Berapa kos keseluruhan

Saya pun sangat seronok cuti di Perth, jadi sambil mengimbas kembali kenangan manis, saya kongsi tips sekali.



Kangaroo kat Caversham makan sampai kenyang dan terbaring. Jinak betul. Sanggup dia datang dekat dan makan makanan kat tangan kita. Makanan dia macam makanan hamster tapi besar sikit.

Pemandangan dari balcony bilik di Adina Hotel.


Gambar Perth masa tengah jalan dalam kereta.


Jalan kereta di dalam Pinnacles desert

Berbanding Sydney dan Melbourne, Perth kurang terkenal di kalangan rakyat Malaysia sebagai tempat percutian pilihan.

Tapi kami pilih Perth sebab:
1) Ada baby dan anak kecil.
2) 5 jam penerbangan dari KLIA.
3) Tiket penerbangan murah.
4) Kali pertama satu keluarga ke luar negara.

Bubur segera brand Knorr menjadi makanan ruji baby masa di Perth.


Ya, setelah sampai ke sini saya galakkan semua yang mampu dan berhajat untuk pergi.

Sebelum pergi kena (pergi tunaikan Haji dulu bagi yang mampu, kami Alhamdulillah haji 2012, dan anak2 pula suami dah bawa pergi Umrah Disember 2015. Baca blog post saya tentang Tips Haji):

Buat passport
Apply cuti bagi yang bekerja
Apply visa, saya ada blog in detail tempat paling murah untuk dapat visa dan juga macam mana nak Apply visa maid.
Book flights
Book hotel
Book kereta kalau nak guna kereta dan buat lesen memandu dwi bahasa
Tukar duit, kami tukar dalam RM2200 dapat la AUD700.
Rancang itinerary
Beli adaptor (tapi kami tak guna pun sebab hotel dan kereta ada charger USB port)

Pokok rumput atau grass tree ni memang unik dan terdapat di serata Perth. Gambar di kat Yanchep Park, tempat koala.


Tiket penerbangan:

Kami naik Malindo. Flight 11.15malam, sampai 5pagi. Ramai juga kawan2 yang tak tahu Malindo ada flight KL-Perth. Takpe, saya tolong promote free of charge sebab sangat puas hati dengan servis.

Ada tiga cabaran.

1) Masa check in di KLIA2 ada isu pembantu rumah Indon visa dan tiket nama tak sama. Jadi lambat sikit tapi last-last ok je. Dia override system.
2) Makanan. Masa sampai lupa nak declare dalam borang yang ada Brahims. Nasib baik tak kena saman.
Masa dalam flight boleh la mintak landing card (ke apa tah nama nya). So box yang ada tulis meat, poulty tu kena tick.
3) Flight kami terakhir dari KLIA2, return flight sampai KLIA. Jadi suami gi hantar kereta kat parking KLIA, lepas tu ambik tren datang KLIA2.

Bawa bekalan makanan segera macam pasta, brahims, tuna, baked beans, jangan lupa declare di airport.


Transport masa di Perth:

Sewa kereta dengan Aries, sebab ada baby dan budak kecil. Kalau saya dan suami je, memang guna public transport.



Kedai sewa kereta beberapa km dari airport.

Kereta yang kami guna masa kat sana. Sempit sikit sebab anak2 dah biasa banyak leg room jadi dia orang banyak complen dan bergaduh. Tapi perlu bagi dia orang rasa susah sikit macam mana.


Suami yang buat booking online untuk sewa. Company Aries ni orang Malaysia punya. Kedai dia beberapa minit dari airport. Takde counter kat airport macam Hertz dsb.

Kereta bersih, selesa dan user-friendly. Orang Malaysia boleh bawak kereta di Australia guna lesen Malaysia yang baru dan dwi-bahasa.

Jalanraya pun takde masalah. Guna Waze je. Pemandu semua berhemah dan ikut peraturan. Best guna kereta di sini. Kalau ada baby, kena la guna carseat yang kami bawa dari Malaysia.

Kami sampai 5am. Solat subuh di surau airport belakang kaunter sewa kereta atau dalam parents room pun ok. Surau airport ok, satu bilik bercarpet dan dekat dengan bilik air, siap ada tempat wudhu tapi masalahnya campur lelaki dan perempuan. Maid saya yang first time jalan2 luar negara pun terkejut.

Di airport juga kami beli local simcard, murah je. Boleh call kalau ada masalah apa2 masa jalan2 nanti.



Kereta sewa pula siap 9am kat airport. Sempat tidur dulu.

Tempat tinggal di Perth:

Tinggal di Adina apartment hotel. Bilik cantik dan bersih. Ada dapur, washing machine dengan dryer sekali. Bilik tidur dua biji.


Bagus hotel ni ada USB port untuk charge phone jadi tak guna pun adaptor.


Bilik tidur utama, tak sempat nak ambik gambar full room sebab penat masa mula2 sampai.

Tempat masak, bersih.




Hubby book hotel online guna booking.com. Dia sangat rajin survey dan plan itinerary. Saya cuma tolong cari maklumat dan ikut holiday, haha.



Gambar depan hotel. Adina hotel dekat je dengan Bell Tower dan very centrally located.
Lobby hotel Adina.



Kami bawak pinggan mangkuk dari Malaysia sebab malas nak samak. Sabun basuh baju pun bawa dari Malaysia. Makanan standby Brahims dan mee segera. Milo 3in1 dsb. Brahims ada bagi sudu free. Untuk baby kami bawa bubur segera. Cerek, microwave, hot plates, toaster semua ada.

Pemandangan dari balcony bilik kami, ada street art. Memang banyak street art di Perth, sampai bila masuk terowong anak saya tanya, kenapa dinding terowong kosong, kenapa tak letak street art.





Cuma satu je masalah, masa hubby buat online booking mintak unit yang ada dua bilik air, tapi dapat yang ada satu bilik air je. So kena la share reramai, ni anak2 tak biasa so berebut la sikit.

Parking boleh guna hotel punye, convenient tapi kena bayar extra. So kami guna parking hotel masa hari pertama je sebab nak hantar beg dan barang2. Hari2 seterusnya, hubby park jauh sikit dan jalan lepas drop off kami anak-beranak, termasuk maid dan baby.

Gambar masa jalan2 di Perth.


Itinerary:

Hari Pertama:
1) Caversham Wildlife Park
2) Check in hotel Adina (hanya boleh check in lepas 2pm sebab hari tu dia fully-booked)
3) Kings Park
4) Bell Tower

Hari Kedua:
1) Penguin Island
2) Dolphins Cruise
3) Fremantle

Hari Ketiga:
1) The Pinnacles
2) Lake Thetis
3) Yanchep National Park

Hari Keempat:
1) Cottlesloe Beach Sculptures

Caversham Wildlife Park:

Dapat kereta je terus pegi Ke Caversham Wildlife Park di dalam Whiteman Park. Guna Waze. Sangat mudah. 30minit dah sampai. Takde jem.



Masa beli tiket, tunjuk Malindo boarding pass dapat 15% discount. Dewasa $27, kanak2 $12.

Tengok Farm show 10am. Lepas tu Wombat show 11am. Kangaroo feeding lepas tu. Best!

Umur 38 tahun baru dapat jumpa dan bagi makan kangaroo. Alhamdulillah.



Ni sebahagian dari Farm Show. Sheep shearing atau cukur bulu biri-biri. Rupa2nya ada kaedah tertentu. Nampak senang tapi kena ada skill juga.
Pertama kali tengok wombat. Nampak macam teddy bear. Sanggup pula wombat tu duduk senyap.



Masa di luar Caversham WP jumpa orang Malaysia, sorang student baru grad civil engineering. Dia ada bagi tips makan kat Charcoal Chicken Express, halal. Dia juga bagitau pasal farm show dan wombat show.

Tempat Makan:

Guna Waze cari Chicken Charcoal Express, sedap dan halal, dua kali beli makanan kat sini. Saya suka briyani kambing. Gambar tak sempat ambik sebab terlalu lapar. Take away dan makan di hotel.

Charcoal Chicken Express

Pegi beli lunch halal lepas tu check in Adina hotel 2pm. Makan, mandi, solat dan rehat.

Boleh google waktu solat sebelum pegi, jadi boleh plan awal2. Waktu solat Perth

Petang gi Kings Park. Best! Sangat cantik.

Banyak pokok eucalyptus di Perth. Ni gambar mula2 masuk Kings Park. Nampak gelap sebab dah 6ptg.

Dari Kings Park boleh nampak birds eye view of the town.




Rumput bersih so boleh baring dan golek2 kalau dah penat berjalan.



Jangan lupa DNA Tower dan pokok 500 tahun.

DNA Tower.
Pokok ni 500 tahun.

Bell Tower dekat je dengan hotel Adina jadi ambik gambar ni on the way balik.



Malam, rehat je. Suami gi kedai beli roti, nutella spread untuk breakfast dan souvenir.

Hari Kedua:

Bangun solat 5am. Anak2 liat nak bangun sebab letih jalan jauh, lepas tu diaorang terus tidur balik.

Nak pegi Penguin Island kena drive guna waze ke Shoalwater Bay. Parking ok, beratur beli tiket.

Naik bot sekejap je, dalam 5 minit, sampai la ke Pulau Penguin.



Lepas stamp tangan dapat masuk dan tengok penguin for the first time in real life.



Penguin dalam conservatory.


Ada orang bagi penerangan tentang penguin2 di pulau tu. Kemudian dia bagi makan penguin.

Lepas habis show, kami pun pegi jalan2 pusing pulau tu, adalah dalam 30minit. Walaupun matahari terik tapi angin sejuk. Lepas tu lunch makanan sandwich bekal dari hotel, makan bawah pokok, sekejap je rasa sejuk sebab angin agak kuat. Takde tong sampah so sampah kena kumpul dan bawa balik mainland untuk buang.

Cantik pulau dan pantai dia, panas macam Malaysia tapi berangin dan anginnya sejuk maka tak berpeluh pun.
Banyak burung seagull. Masa siang takde penguin sebab penguin ke laut cari makan. Yang jumpa dalam conservatory tu je.


Lepas tengok penguin, pegi tengok dolphins pulak.

Drive lagi guna waze ke Mandurah. Kagum sungguh tengok dolphins berenang dekat dengan bot kita. Best.

Saya cuba upload video, tapi tak dapat, so cukup la gambar ni nak tunjuk dekatnya dolphin datang ke bot.





Cruise dia pegi juga tengok rumah2 mewah dekat kawasan tu lepas puas tengok dolphin.

Rumah harga juta2 setiap rumah ada bot.


Lepas tu balik hotel solat dan rehat. Malam, anak2 dan suami gi Fremantle.

Hari Ketiga:

Guna Waze ke the Pinnacles Desert, jauh juga naik kereta dalam 200km. Bayaran untuk masuk AUD12 untuk sebiji kereta.

Memang sangat cantik dan mengagumkan. Semua sibuk ambik gambar, tak sabar nak turun dari kereta.


Banyak gambar yang ambik kat sini, tak larat orang nak tengok kalau letak semua. Cuaca lebih kurang macam panas Malaysia. Nak senang jalan saya pakai baju yang biasa pakai jogging, baju lengan panjang dgn trackbottom.



Rasanya di sini masa keluar ada bilik air, jadi kami pun tumpang guna tandas dan solat di tempat parking kereta je sebab dah masuk zuhur (dalam 12.30tgh hari). Angin pula agak kuat, telekung pun nak terbang. Kiblat guna compas phone je.

Solat di parking lot.

Lepas satu kali pusing dan dua kali turun kereta jalan2 ambik gambar, kami pergi ke Tasik Thetis untuk tengok fosil dan stromatolite. Sekejap je, turun kereta, jalan sikit, ambik gambar dan chow sebab nampak macam nak hujan dengan kilat.

Benda-benda bulat tu la fosil, tak boleh pegang, takut rosak, jadi ambik gambar je. Kali pertama tengok fosil in the flesh.


Lepas tu kami terus naik kereta sambung jalan ke Lancelin Sand Dunes untuk sand boarding. Kena sewa board lepas tu drive sikit ke bukit pasir. Anak2 dan suami main. Saya ambik gambar je. Kurang minat.



Akhir sekali kami ke Yanchep National Park. Guna tiket masuk yang sama masa pegi the Pinnacles, so jangan buang tiket/resit.

Bilik air dia agak menakutkan sebab gelap sikit tapi bersih. Botol air yang lama mesti simpan untuk guna masa pegi bilik air sebab takde paip, walaupun tisu memang banyak.

Seronok tengok kangaroo banyak tapi mula2 sekali masuk nak tengok koala yang tak sempat masa Caversham sebab baby bad mood. Ada beberapa ekor yang duduk atas pokok. Comel.


Ada sign tulis koalas, jadi masuk Yanchep Park drive terus je, dah sampai.



Lepas tu pegi Chicken Charcoal beli makanan, dan balik hotel makan, solat maghrib isyak dan tidur.

Hari Keempat:

Kemas barang dan keluar hotel. Kena check out 10pagi. Lepas tu ada kawan bagitau ada Sculpture Event di Cottlesloe Beach. Takut tak sempat sebab flight 3ptg, so kena ada di airport 12 tengah hari. Last2 pegi juga, dapat la ambik gambar dengan sculptures dalam 5 minit. Alhamdulillah.








Terus ke airport untuk check in, hubby kena hantar kereta sewa pulang. Dia check in kemudian.

Car-seat baby kena check in kat kaunter 25 untuk oversize baggage.

Tempat check in (kaunter 48) dekat je dengan surau. So solat terus Zuhur dan Asar.

Masa nak pegi dan balik memang letak cecair macam krim dsb dalam beg plastik. Masa nak balik dia orang sediakan beg plastik free lagi.


Mungkin sebab hubby check in lambat kami duduk seat row 28, paling belakang 30, dan row 29-30 memang kosong. So sedapla boleh baring sorang tiga kerusi, staf Malindo pun sangat sporting melayan anak2 sampai makan sorang 3 pek chicken briyani, berpek2 biskut dan air macam2.

Best boleh baring dan tidur sebab tak ramai orang.


Tengok movie & main games dengan anak2. Sampai 9pm. Lambat pula nak turun kapal terbang. Lepas tu, naik tren KLIA, sampai di tempat beg tapi beg masih belum sampai. Suami gi solat dulu. Dalam 11pm sampai rumah di Shah Alam.

Alhamdulillah semua selamat.

Kos
Tiket penerbangan RM6000 untuk 3 dewasa, 3 kanak-kanak dan 1 bayi, tiket baby RM100 je.
Hotel RM3200 untuk 3 malam. Boleh je cari yang lebih murah, seperti B&B dan sebagainya, kami pilih hotel sebab ada baby dan budak kecik.
Kereta sewa AUD284 untuk 4 hari, kalau seminggu lagi murah kadarnya.
Setiap tempat yang dilawat harga lebih kurang AUD100 untuk kami bertujuh (tapi Yanchep dan Pinnacles sekali bayar je AUD12 untuk satu kereta).
Minyak AUD90 untuk 800km.
Visa RM20 seorang, maid dalam RM700

Boleh baca artikel menarik tentang bercuti di Perth dengan anak2 syurga.