Gambar hiasan: Makan malam saya hari ni. |
Tajuk artikel Straits Times Singapore ialah "Diabetes: Nasi yang dimakan adalah lebih teruk dari minuman bergula", boleh baca artikel dalam Bahasa Inggeris tu di sini.
Ini diikuti dengan perbincangan yang menarik yang saya post dan harap dapat kupas di sini:
Kandungan beras basmati perang |
Sebelum tu, saya nak terjemah point2 utama dari artikel tersebut:
- Dalam melawan diabetes, nasi telah dikenal-pasti sebagai salah satu penyebab utama. Ia lebih merbahaya berbanding minum air bergas.
- Obesiti (lebih berat badan) dan minuman bergula adalah penyebab utama di negara2 Barat.
- Orang Asia mempunyai risiko diabetes lebih tinggi berbanding orang putih, jadi, orang Asia tidak perlu obes untuk ada risiko yang tinggi.
- Makan nasi putih pula akan menyebabkan badan terlebih gula dan meningkatkan risiko diabetes.
- Kajian oleh Harvard yang diterbitkan oleh British Medical Journal menunjukkan setiap pinggan nasi yang dimakan setiap hari secara berterusan meningkatkan risiko diabetes sebanyak 11% berbanding populasi keseluruhan.
- Satu mangkuk nasi mempunyai kandungan karbohidrat sama banyak dalam dua tin air gas.
- Disyorkan menukar 20% nasi putih dengan brown rice atau nasi perang mengurangkan risiko diabetes sebanyak 16%.
- Tip: Rendam nasi perang selama 15 minit sebelum masak dengan nasi putih.
- Berjalan sebanyak 15 minit setiap hari (2000 langkah) mengurangkan risiko mati dari diabetes sebanyak 4%.
- Orang Asia pula makan nasi empat kali sehari sementara orang putih hanya makan nasi 5 kali seminggu.
- Kita digalakkan makan jenis nasi yang lebih menyihatkan.
- Beras long grain (panjang) lebih baik dari beras short grain (pendek) kerana ia kurang menyebabkan gula dalam darah naik secara mendadak yang akan meransang insulin dihasilkan dari pankreas. Gula tinggi mendadak yang kerap akan menyebab berlakunya diabetes.
- Kos merawat diabetes di Singapore yang ditanggung kerajaan adalah $1 billion setahun.
- Diabetes penyebab utama buta, kegagalan buah pinggang dan kaki di potong di Singapura.
- Doktor pakar diabetes menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan pengambilan nasi, makanan rapu dan minuman bergas.
Kupasan komen rakan2 pula:
- Tidak adil membandingkan nasi dengan minuman bergas sebab tak ada orang yang minum air gas sebagai pengganti nasi: ya, saya setuju.
- Nasi putih basmathi kurang kandungan karbohidrat dan hampir sebaik nasi perang. Nasi basmathi par-boiled adalah mahal tapi berbaloi - sila lihat komen dibawah "Mana lagi baik, nasi perang atau nasi basmathi?"
- Cadangan makan nasi campur chiaseed atau flaxseed - ni pun kena kaji dulu baru boleh komen.
- Adakah kentang sumber tenaga lebih baik berbanding nasi? Boleh baca website ni: Potatoes vs Rice dalam bahasa Inggeris, klik di sini untuk baca lanjut. Kesimpulannya dari segi karbohidrat, kandungan nya lebih kurang sama. Ada perbezaan dari segi serat dan kandungan vitamin.
- Makan nasi ok jika kuantiti berpatutan dan jangan minum dengan air manis. Ya, saya setuju, boleh refer artikel di atas "Potatoes vs Rice" di hujung artikel ada kupas tentang kuantiti pemakanan dan risiko diabetes.
- Mana lagi baik, nasi perang atau nasi basmathi? Kalau tengok website ni (dalam bahasa Inggeris) Basmati vs. Brown rice, boleh klik sini untuk baca lanjut, nasi perang adalah yang terbaik, nasi putih basmati sedap tapi kurang khasiat. Nasi perang dan nasi2 berwarna yang lain adalah 'whole grain'. Basmati putih telah diproses dan kurang khasiat. Walaupun nasi perang tidak banyak serat, ia masih ada khasiat 'whole grain' iaitu bran, germ dan endosperm, yang memberikan khasiat. 'Whole-grain' basmati perang adalah pilihan yang enak.
- Air kosong lagi baik dari air gas: ya, yang ni memang setuju.
- Makan nasi ok tapi masalahnya kurang bersenam. Saya rasa dua2 penting, kena kurangkan nasi putih dan lebihkan senaman.
Itu sahaja perkongsian malam ni. Moga bermanfaat.
slm
ReplyDelete