Thursday, May 5, 2016

Tips Memilih Kerjaya

Semalam saya pergi ke workshop mengenai cara mengolah soalan. Tahun lepas 2015 pun dah hadir satu workshop yang sama, tapi masa tu kerja di University yang lain, penceramah pun orang lain.

Workshop tu saya akan cerita di blog post yang lain insya Allah.

Kali ni nak share sikit tentang tips memilih kerjaya.

"Become the person you want to be"

Maklum lah, anak saya yang sulung dah masuk sekolah menengah. Saya dah mula la fikir nak tentang kerjaya dan masa depan anak2 semenjak mereka kecil, tapi sekarang kena la merancang dengan lebih serius.

Masa workshop tu ada la dapat freebies dari penaja. Dapat brochure dan beg. Balik rumah baru sempat belek brochure.

Medical Assistant
Tip #1: Pilih bidang kerjaya yang di minati.

Kerjaya ni sesuatu yang kita akan buat seumur hidup lepas habis sekolah. So, kalau panjang umur misal kata kerja sampai bersara 60, ada lah dalam 40 tahun kita bekerja.

Bayangkan la kalau pilih kerjaya yang tidak di minati, setiap hari kena buat benda yang membosankan (mungkin kerja tak bosan tapi kurang sesuai dengan pekerja tersebut)

Maka ambil lah masa, tengok benda yang anak2 minat, dan cuba tengok kerjaya yang berkaitan dengan minat tersebut.

Setiap kursus yang ditawarkan ada syarat minima.
Tip #2: Syarat kelayakan minima.

Setiap jurusan atau kursus yang ditawarkan peringkat university ada syarat kemasukan minima. 

Bagi saya, lagi baik pilih dulu bidang yang di minati, research tentang syarat kelayakan minima dan pastikan dapat supaya boleh pilih jurusan yang kita minat.

Jangan ambik SPM dulu, lepas dapat result baru nak cari bidang apa yang boleh belajar. Boleh juga, tapi approach tu macam terbalik.

Banyak jurusan allied health sciences yang ditawarkan...
Tips #3: Buat kajian tentang peluang pekerjaan.

Majority jurusan pengajian di peringkat university bukan bertujuan menghasilkan usahawan, tetapi pekerja.

Saya sebenarnya amat menggalakkan dan meminati bidang keusahawanan. 

Boleh juga ceburi bidang keusahawanan lepas bekerja beberapa tahun atau sejurus selepas habis university jika ada modal yang mencukupi. Kita cerita perihal bisnes di blog post yang lain insya Allah.

Berbalik kepada topik tips memilih kerjaya, lepas dah tahu bidang mana yang di minati dan syarat kelayakan, kena la tau, peluang pekerjaan macam mana. 

Kalau mula study 2017, grad 2020, apa peluang pekerjaan bidang yang dipilih nanti. Bergantung juga nak kerja di mana. Malaysia? Luar negara? Negeri mana di Malaysia? Dan sebagainya.

Kalau peluang pekerjaan sangat tipis atau terlalu kompetitif, dan kita pula amat memerlukan cash flow atau aliran wang tunai (mungkin ada hutang ke dan sebagai nya), mungkin kena pilih kerjaya lain bergantung kepada situasi kewangan peribadi dan ekonomi negara.

Banyak pilihan...

Tip #4: Pilih institusi pengajian.

Lepas dah pilih bidang kerjaya, kena la tau nak belajar kat mana. Ni semua bergantung kepada kewangan. 

Kalau ada sumber kewangan yang cukup, pilihan banyak. Boleh pilih dalam dan luar negara. Buat la survey, baca, pergi lawat, tanya orang dan sebagai nya.

Kalau sumber kewangan bergantung kepada pihak lain (contoh nya biasiswa dan sebagainya) pilihan institusi pengajian mungkin terhad.

Foundation courses...
Tip #5: Kewangan

Sumber kewangan ada banyak. Dapatkan informasi tentang biasiswa, pinjaman pelajaran, dan bermacam2 insentif lagi bergantung kepada keadaan.

Iklan 'career pathway'.
Tip #6: Rancang dari awal.

Jangan tunggu SPM. Dari tingkatan 1 atau bila dah mula nampak minat anak, ibu bapa boleh mula kajian tentang pilihan kerjaya yang sesuai.

Pilihan di tangan anda...
Tip #7: Pilihan di tangan anda.

Saya sangat menggalakkan semua ibu bapa meletakkan wawasan yang tinggi untuk anak2 mereka. Mana tau mungkin anak mereka akan menjadi ahli keluarga pertama yang belajar di peringkat university.

Boleh baca tentang impak belajar di peringkat university ke atas keadaan socio-ekonomi sesebuah keluarga dan bagaimana pelajaran dapat mengatasi masalah kemiskinan di artikel ini: "Education and socioeconomic status" dan kajian dalam bahasa Melayu bertajuk "Kemiskinan dan Pendidikan: Perubahan Minda Orang Melayu Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Akademik" di sini.

Saya memetik dari artikel "Kemiskinan dan Pendidikan" di atas...

"Kaitan Kemiskinan Dengan Pendidikan 

  • 1.10 Jurang perbezaan kemiskinan yang masih wujud adalah membimbangkan kerana kemiskinan akan terus menjana kemiskinan dalam satu kitaran ganas (vicious cycle of poverty). 
  • Dalam kitaran ini, kemiskinan dan persekitaran menyebabkan pencapaian pendidikan yang rendah dan seterusnya mencambahkan kemiskinan. 
  • Kajian-kajian kemiskinan dan pembangunan desa sering menunjukkan tahap pendidikan keluarga miskin adalah rendah (Fong Chan Onn dalam INTAN 1991; Unit Penyelidikan Sosioekonomi Rakyat, 1990). 
  • Contohnya, Kajian Sosioekonomi Rakyat Termiskin (Chamhuri, 1994 dalam Chamhuri, 2001) mendapati tahap pendidikan keluarga termiskin adalah lebih rendah berbanding bukan miskin iaitu antara 65-92 peratus ketua isi rumah termiskin cuma tamat sekolah rendah dan hanya 1-16 peratus tamat sekolah menengah rendah. 
  • Ahli isi rumah termiskin juga mempunyai tahap pendidikan yang rendah iaitu antara 29-77 peratus tamat sekolah rendah. 
Oleh itu, apa2 langkah yang boleh diambil untuk menggalakkan semua rakyat Malaysia berpeluang belajar di peringkat University, mesti dibuat oleh semua pihak.

Itu saja perkongsian pagi Jumaat ni. Moga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment