Monday, April 11, 2016

Tips Cuti Eropah

Terjumpa gambar-gambar lama cuti di Eropah semasa tinggal di Ireland 10 tahun yang lepas.

Kami tak naik gondola di Venice sebab macam slow je orang tu kayuh...

Nak kongsi tips melancong di Eropah untuk sesiapa yang berhajat, moga bermanfaat.

Clonskeagh mosque, Dublin bersama ibu mertua dan arwah adik ipar.

Kami sekeluarga tinggal di Dublin. Dublin adalah ibu kota negara Ireland. Bandarnye agak kurang menarik berbanding tempat2 lain di Eropah, jadi sangat sesuai untuk belajar kursus perubatan disini kerana tak banyak 'distractions'.

Cantiknya Venice, tapi cuaca musim panas di Italy teramat panas...

Kelebihan tinggal di Dublin? Senang nak jalan2 tempat2 menarik di Eropah. Saya tinggal di sana 1995-2006. Mula kerja 2002. Walaupun lama tinggal sana, tak banyak berjalan sebab tak cukup duit (saya pelajar tajaan MARA) dan tak berapa suka cuti back-packing.

Coliseum, tempat orang dulu2 berhibur sebelum adanya TV. Ada dalam movie Gladiator.
Tempat pertama yang kami lawat adalah Paris. Terbang guna Ryan Air, airline bajet macam Air Asia. Tahun 2000 kali pertama pergi sebab suami dah mula bekerja dan ada duit lebih sikit.

Mula2 sampai ke Paris saya sangat terkejut dengan keindahan bandar tersebut, patut lah semua orang kata Paris ni cantik dan romantik. Masa tu, kalau boleh saya nak tinggal di situ.

Leaning tower of Pisa, hujan masa tu. Kami singgah makan seafood spaghetti kat kedai mana entah lepas tu, sangat2 sedap.

Kami tinggal di hotel sederhana dan berjalan guna Metro/LRT yang sangat user-friendly. Makanan je mencabar sikit sebab tak pandai cakap Perancis, so tak tau nak tanya sama ada makanan ada daging atau alcohol. Biasanya kami akan makan makanan yang untuk vegetarian atau yang seafood kalau tak ada alcohol. Maka kami pun makan McDonalds fillet o'fish hampir 2 minggu sebelum terjumpa kedai halal Lebanese yang jual kebab. 

Glendalough di Ireland, bawa arwah Ayah dan ibu jalan2 di tasik lepas grad.
2 hari 2 malam kami habiskan di Eurodisney, tinggal di hotel mereka yang sederhana. Best. Maklumla pertama kali pegi Disneyland. Senang jalan sebab saya dan husband je dua orang. Bangun pagi dan semua rides sempat kami naik lebih dari sekali tanpa beratur panjang.

Tahun berikutnya pegi Italy. Kami lawat empat bandar, Venice, Rome, Florence dan Milan. 

Pisa dan hujan...kami guna tren dari satu bandar ke bandar yang lain di Italy.

Kalau tak silap, kami mula di Utara, sama ada Venice atau Milan, kemudian Florence dan akhir sekali Rome. Memang semuanya amat cantik terutama Venice dan Rome. Di Milan saya suka tengok pakaian orang2 Italy, maklum la, fashion capital. Rome pula seolah2 bandar moden bercampur dengan bangunan2 dari zaman purba.
Kali kedua pegi Paris, bersama anak2 kecil....sakit kaki....stroller sangat berguna untuk berjalan2 di sana. Gambar depan Arch de Triomph

Di Italy senang nak makan sebab semua orang boleh cakap bahasa Inggeris. 

Kami ada pergi Brussels tapi saya tak ingat sangat kecuali beli coklat dan lace yang popular di sana. Ada juga tengok the atomium dan manneken pis.

Bawa anak2 naik Bateoux Muches, boat cruise di Paris

Kali kedua lawat Paris untuk bawa arwah adik ipar yang masa tu tolong jaga anak2 kami di sana. Berbeza sungguh holiday bawa 2 anak kecil (masa tu umur 1 tahun & 2.5 tahun). Malam pertama lepas Eurodisney, seorang sakit kaki, seorang sakit lutut dan seorang lagi sakit pinggang. Tapi sebab first time holiday dengan budak kecik, kami redah je. 

Suami di Coliseum.

No comments:

Post a Comment