Friday, April 29, 2016

Tips UPSR

Alhamdulillah, tahun lepas anak sulung menduduki peperiksaan tahun 6, UPSR, dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Mungkin ramai yang tak tahu, anak sulung kami pada mulanya masuk darjah 1, belum pandai membaca dan masuk kelas #2 dari bawah.

Terkejutnya saya dan suami masa tu, tak dapat nak ungkapkan dalam kata2, sebab 3 tahun sebelum tu memang hantar tadika (dari umur 4 tahun), takde pun cikgu tadika bagi komen ada masalah. Kami pun ingat ok la, rupa2nya tak ok.

Saya hubungi balik cikgu tadika dan dia sudi datang ke rumah tuisyen anak sampai pandai baca. Dia datang naik LRT, jauh juga rumah PJ dari kondo KL yang kami duduk sebelum tu (dan hantar anak ke tadika dekat sana).


Alhamdulillah, lepas ujian PKSR (ada ujian empat kali setahun), dapat keputusan baik, saya pun mintak tukar kelas. Dapat la masuk kelas pertengahan.

Ya, budak darjah satu pun dah streaming. (Masa saya dulu, tingkatan 3 baru ada streaming). Saya tak pasti sama ada sistem ni bagus ke tak. Streaming berdasarkan ujian yang diberi sebelum masuk darjah 1.


Apa pun saya bersyukur sebab anak saya hantar perlu sedikit bantuan. Lepas tu ok, terus dapat belajar dengan baik.

Semasa darjah 5 dan darjah 6, dia masuk kelas terbaik.

(Sekolah di PJ tu ada 7 kelas untuk setiap darjah, 2 kelas terbawah, 3 kelas pertengahan, dan 2 kelas terbaik).

Tips untuk ibu bapa yang anak sulung bakal menghadapi UPSR:


  • Sentiasa doakan yang terbaik untuk anak2, bukan sahaja lepas solat, tetapi setiap masa. Ingat, kata2 ibu adalah doa mustajab.
  • Sediakan tempat study, meja dan kerusi yang selesa dan jauh dari distractions (TV contohnya).
  • Belikan buku2 dan alat2 tulis yang diperlukan.
  • Luangkan masa untuk membantu anak2 dengan kerja rumah. (Yang ni, lepas start kerja bulan Mei, memang saya tak dapat nak buat. Suami pun bila ada di PJ sahaja, masa tu suami kerja di KB)
  • Pergi kursus yang di'rekomen' oleh cikgu/sekolah.
  • Pergi tuisyen yang disediakan oleh sekolah. (Kena bayar sikit tapi yuran sangat murah berbanding tuisyen di luar).
  • Dapatkan soalan2 past year untuk practice dan familiarise dengan format. Tahun 2016 ni format baru, so dapatkan pertolongan dari cikgu/sekolah tentang buku2/website etc.
  • Tetapkan masa untuk ulangkaji/study
  • Tetapkan masa untuk berehat/riadah/exercise (Kami tak buat jadual waktu, Isnin-Jumaat dah sort of fixed, pagi sampai petang sekolah, balik dah 5.30pm, rehat, study sekejap dan exercise. Next study session lepas maghrib 8-8.45pm, tu saja. Lepas isyak, tido. Weekend pun fleksibel, hari sabtu half day ada tuisyen sekolah, lepas tu buat la slot2 study sikit selang dengan aktiviti2 lain).

Walaupun ramai yang kata "baru UPSR, tak payah lah teruk sangat", saya setuju, tetapi keputusan yang baik akan membuka pintu untuk masuk sekolah2 terpilih. Tak rugi ibu bapa membantu anak2 mencapai keputusan terbaik (reach their full potential). 

Ada kawan2 anak saya yang buat study group dan ramai antara mereka yang dapat keputusan yang cemerlang.

Mula2, saya kesal juga anak tak dapat 5A, begitu sekali pressure untuk dapat 5A, ibu bapa pun turut tempias tension. 

Tapi kerana saya baru dapat baby (anak keempat) tahun lepas dan memulakan kerja full-time yang agak sibuk dari bulan mei-disember, suami pula kerja outstation, jadi kami sebagai keluarga dah buat 'the best in spite of the circumstances'.

Pengetua sekolah menengah kata anak saya pelajar cemerlang. Moga berterusan dan bertambah baik di masa2 akan datang, insya Allah.

Harap tips di atas membantu.

No comments:

Post a Comment