Showing posts with label Kejayaan. Show all posts
Showing posts with label Kejayaan. Show all posts

Sunday, May 15, 2016

Hargai Jasa Guru

Alhamdulillah panjang umur, dapat sambut hari guru lagi tahun ni.

Saya nak ambil kesempatan ni nak ucapkan selamat hari guru buat semua yang pernah mendidik saya, dari kecil sampai dewasa.

Terima kasih juga buat semua guru yang mendidik anak2 saya.


Saya berasal dari Petaling Jaya, Selangor.

Bersekolah di:
1) Tadika Grace, Petaling Jaya 1983.
2) Sekolah Rendah Sri Petaling, PJ 1984-1989.
3) Sekolah Menengah Perempuan Sri Aman, PJ 1990-1992.

Selepas itu saya membuat keputusan, antara keputusan yang paling besar pernah saya buat sepanjang hidup, iaitu untuk pergi ke MRSM. Hanya saya seorang dari 5 adik-beradik yang pergi ke sekolah asrama.


Saya mengambil masa 6 bulan juga untuk menyesuaikan diri dengan hidup di asrama, setiap malam menangis sebelum tidur kerana rindukan rumah. Entah macam mana, saya tak putus asa.

Mengimbas kembali, keputusan itu merubah segalanya.

Terima kasih para guru kerana memberi penghargaan...

****

Then, I made the first ever biggest decision in my life, or maybe second, after deciding to don the tudung, that is to go to MRSM. The third child, the first and only one in my family to go to boarding school.

Took me 6 months to acclimatize. I was so homesick the first few weeks I cried at night every night after the dorm was quiet. But somehow, I didn't quit.

Looking back, that decision changed the whole course of my life.


4) MRSM Taiping 1993-1994.

Selepas tu, pergi dengan kawan2 melanjutkan pelajaran di Dublin dalam jurusan perubatan, tetapi mula2 kena buat Irish Leaving Certificate dulu. Saya ambik akauns sebagai mata pelajaran tambahan untuk cukupkan point nak belajar medic, dan subjek tu la paling senang berbanding subjek2 sains yang lain.

****

Then, I went with a group of students Dublin to continue studies in medicine, but we first went through the Irish Leaving Certificate. I took accounts as an extra subject on top of the usual science subjects and it was the easiest.

5) Institute of Education, Dublin, 1995-1996
6) Trinity College, Dublin 1996-2002

Lepas habis belajar, kerja dan sambung belajar sambil kerja.

7) Royal College of Physicians 2003-2007

Lepas MRCP, MBA pula, tunggu suami habis MMED, saya pula sambung belajar.

8) University of West of England 2011-2015

Sekarang tengah break, dah mula fikir nak buat PhD pulak.

Terima kasih yang tak terhingga untuk semua guru yang telah mendidik saya dan sekarang, anak2 saya pula...

Thank you to all the teachers who have thought me and now my children...


Friday, April 29, 2016

Tips UPSR

Alhamdulillah, tahun lepas anak sulung menduduki peperiksaan tahun 6, UPSR, dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Mungkin ramai yang tak tahu, anak sulung kami pada mulanya masuk darjah 1, belum pandai membaca dan masuk kelas #2 dari bawah.

Terkejutnya saya dan suami masa tu, tak dapat nak ungkapkan dalam kata2, sebab 3 tahun sebelum tu memang hantar tadika (dari umur 4 tahun), takde pun cikgu tadika bagi komen ada masalah. Kami pun ingat ok la, rupa2nya tak ok.

Saya hubungi balik cikgu tadika dan dia sudi datang ke rumah tuisyen anak sampai pandai baca. Dia datang naik LRT, jauh juga rumah PJ dari kondo KL yang kami duduk sebelum tu (dan hantar anak ke tadika dekat sana).


Alhamdulillah, lepas ujian PKSR (ada ujian empat kali setahun), dapat keputusan baik, saya pun mintak tukar kelas. Dapat la masuk kelas pertengahan.

Ya, budak darjah satu pun dah streaming. (Masa saya dulu, tingkatan 3 baru ada streaming). Saya tak pasti sama ada sistem ni bagus ke tak. Streaming berdasarkan ujian yang diberi sebelum masuk darjah 1.


Apa pun saya bersyukur sebab anak saya hantar perlu sedikit bantuan. Lepas tu ok, terus dapat belajar dengan baik.

Semasa darjah 5 dan darjah 6, dia masuk kelas terbaik.

(Sekolah di PJ tu ada 7 kelas untuk setiap darjah, 2 kelas terbawah, 3 kelas pertengahan, dan 2 kelas terbaik).

Tips untuk ibu bapa yang anak sulung bakal menghadapi UPSR:


  • Sentiasa doakan yang terbaik untuk anak2, bukan sahaja lepas solat, tetapi setiap masa. Ingat, kata2 ibu adalah doa mustajab.
  • Sediakan tempat study, meja dan kerusi yang selesa dan jauh dari distractions (TV contohnya).
  • Belikan buku2 dan alat2 tulis yang diperlukan.
  • Luangkan masa untuk membantu anak2 dengan kerja rumah. (Yang ni, lepas start kerja bulan Mei, memang saya tak dapat nak buat. Suami pun bila ada di PJ sahaja, masa tu suami kerja di KB)
  • Pergi kursus yang di'rekomen' oleh cikgu/sekolah.
  • Pergi tuisyen yang disediakan oleh sekolah. (Kena bayar sikit tapi yuran sangat murah berbanding tuisyen di luar).
  • Dapatkan soalan2 past year untuk practice dan familiarise dengan format. Tahun 2016 ni format baru, so dapatkan pertolongan dari cikgu/sekolah tentang buku2/website etc.
  • Tetapkan masa untuk ulangkaji/study
  • Tetapkan masa untuk berehat/riadah/exercise (Kami tak buat jadual waktu, Isnin-Jumaat dah sort of fixed, pagi sampai petang sekolah, balik dah 5.30pm, rehat, study sekejap dan exercise. Next study session lepas maghrib 8-8.45pm, tu saja. Lepas isyak, tido. Weekend pun fleksibel, hari sabtu half day ada tuisyen sekolah, lepas tu buat la slot2 study sikit selang dengan aktiviti2 lain).

Walaupun ramai yang kata "baru UPSR, tak payah lah teruk sangat", saya setuju, tetapi keputusan yang baik akan membuka pintu untuk masuk sekolah2 terpilih. Tak rugi ibu bapa membantu anak2 mencapai keputusan terbaik (reach their full potential). 

Ada kawan2 anak saya yang buat study group dan ramai antara mereka yang dapat keputusan yang cemerlang.

Mula2, saya kesal juga anak tak dapat 5A, begitu sekali pressure untuk dapat 5A, ibu bapa pun turut tempias tension. 

Tapi kerana saya baru dapat baby (anak keempat) tahun lepas dan memulakan kerja full-time yang agak sibuk dari bulan mei-disember, suami pula kerja outstation, jadi kami sebagai keluarga dah buat 'the best in spite of the circumstances'.

Pengetua sekolah menengah kata anak saya pelajar cemerlang. Moga berterusan dan bertambah baik di masa2 akan datang, insya Allah.

Harap tips di atas membantu.