Monday, May 26, 2025

Cara Bayar Socso Maid Indonesia Setiap Bulan

 Alhamdulillah. Hari ni nak make notes sikit sebab ada yang tanya (second time) tentang ni.

Pegi ke website socso assist. Login.



Sebelah kiri atas klik contribution, pilih socso, new submission dari 2 dropdown.



Lepas tu, sampai page baru tekan butang arrears contribution sebelah kanan.


Tekan butang select untuk bulan yang nak dibayar (bulan semasa).



Jumlah yang perlu dibayar bergantung kepada gaji dan bilangan pekerja jadi check make sure semua dah betul, lepas tu tekan butang complete.


Page seteusnya tekan submit.


Tekan confirm.


Lepas tu auto keluar page FPX untuk bayaran.


Tekan proceed.


Akan dibawa terus ke page bank, teruskan bayaran seperti online payment yang lain.


Selepas bayaran dibuat, return to merchant akan sampai ke page yang tulis OK.

Saya tutup sahaja page ni dan login semula.


Sampai page permulaan balik.


Tekan butang collection and contribution sebelah kanan atas.


Akan sampai page baru. 



Contribution Payment Information. 


Bayaran yang baru dibuat akan berada di atas sekali.
Status NUP (Not Updated/Paid)


Payment status di sebelah kanan adalah "paid" atau sudah dibayar.

Kalau nak tengok resit boleh tekan simbol bawah "action" untuk bulan tersebut.


Resit akan keluar dan boleh save untuk rujukan.

Harap post ini membantu.

Friday, May 23, 2025

Sokongan Moral Kepada Pelajar Semasa Peperiksaan

 Alhamdulillah, dapat turut serta menjamu makanan waktu rehat untuk pelajar form 4 SBP.



Gambar kenangan bersama PKHEM dan parents yang lain.

Sebenarnya ni kali kedua. Kali pertama turun padang bagi makan kat students serama (sekolah asrama) ni masa anak pertama masuk serama 2019 untuk exam Checkpoint (form 2). Masa tu seronok ingatkan banyak peluang nak bagi makan masa PT3, IGCSE, SPM tapi apakan daya, 2020 tahun covid pandemik melanda satu dunia.

Maka tidak lah berpeluang lagi sehingga 3 minggu yang lepas.



Bila anak duduk serama, ada hari2 tertentu sahaja parents boleh visit, bawa keluar (outing) atau balik rumah (pulang bermalam).

Jadi bila ada peluang extra untuk jumpa anak macam ni, sambutan ibu bapa pun positif.

Parents buat crowd-funding dahulu, kemudian bayar pihak kantin sekolah.

Biasanya waktu rehat students makan di kantin, kena beratur dan beli macam sekolah biasa (SMK).

MRSM waktu rehat makan free (dah dibayar dan tak perlu beli).

Tak pasti SBP yang lain macam mana.

Untuk exam kali ni parents ambik makanan dari kantin dan hidang di tempat makan yang lain. 

Kelebihannya semua murid dapat makan dan tak perlu beratur di kantin. Cuak pula bila parents bertugas disuruh ambil gambar sebanyak mungkin semua pelajar untuk share dalam group whatsapp parents. Kalut juga sebab students laju je ambik makanan dan hilang. Ada juga parents yang rajin cari students sampai ke surau.

Berbeza dengan beberapa tahun yang lepas, masa tu parents masak dan bawa makanan dari rumah untuk dihidangkan untuk students makan masa rehat antara exam Checkpoint. Kali ni makanan dari luar tidak dibenarkan. Kita ikut je peraturan di sekolah masing-masing.










Monday, May 19, 2025

Format Ujian Bahasa Melayu Darjah 5


Alhamdulillah masih berpeluang untuk menulis di blog.

Hari ni saya nak save info berkenaan Ujian Bahasa Melayu untuk Darjah 5.

Rujukan: https://sumberpendidikan.com/wp-content/uploads/2022/12/Screenshot-2022-12-11-at-10.42.49-PM.png


Ada 4 jenis soalan:

Objektif aneka pilihan

Objektif pelbagai bentuk

Subjektif respons terhad

Subjektif respons terbuka


Untuk parents, antara langkah2 yang boleh diambil untuk bantu anak2 skor dalam peperiksaan:

1) hantar anak ke tuisyen

2) ambil tahu tentang silibus dan format peperiksaan supaya boleh bantu anak skor

Sebenarnya semua maklumat ada dihujung jari tapi nak cari ambil masa juga, dan nak memahami pun ambil masa juga.

Tapi semuanya insya Allah akan memberikan hasil.

3) beli buku rujukan dan latihan yang sesuai

4) buat group whatsapp ibu2 untuk share maklumat dan sokongan moral

Akan bersambung...


Hak Isteri

Ada kawan share post ni di FB maka saya save info yang berguna untuk manfaat semua. Saya edit bagi pendek supaya lebih senang nak baca.

"Isteri ‘๐—•๐—น๐˜‚๐—ฟ’ di Mahkamah bila Hakim tanya ‘๐—”๐—ฝ๐—ฎ ๐—ฝ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ป๐—ฎ๐—ธ?’

Ada satu pasangan suami isteri yang dipanggil dihadapan Hakim. Kes Permohonan Poligami yang difailkan oleh suaminya. Kes mereka tidak diwakil oleh mana-mana pihak.

Yang jadikan saya stress kat tepi tu adalah, keadaan wanita yang saya rasa isteri pertama lelaki tersebut, macam tak tahu apa-apa bila dihadapan Hakim.

Saya tahu, dia mungkin setuju untuk benarkan suaminya berpoligami. 

Yang saya kesian adalah, wanita yang pergi ke Mahkamah tapi dia macam ‘blur’ dan tak tahu nak mintak apa haknya.

Hakim pun siap bagi ‘hint’ lagi, ‘Puan tak nak declare apa-apa ke macam rumah puan sekarang?’

‘Takpalah tuan, dia dah sedia rumah kat saya’. 

Haihhhhh. 

Saya kat tepi masa tu, perati jer suaminya senyum lebar. 

Hakim pun tanya kalau-kalau suami pesan jangan cakap apa-apa depan Hakim.

Sengih-sengih ja puan ni.

✅ Apa yang perlu isteri buat bila terima permohonan poligami?

Kalau marah itu biasa. 

Kalau setuju dan tak marah pun itu biasa. 

Tapi, tolong jangan tak pergi ke Mahkamah bila dipanggil.

Bila dihadapan Hakim, Hakim hanya nak tahu, jika setuju poligami ini, apa hak isteri yang nak direkodkan. Ini kuasa Hakim. Mintak direkodkan Nafkah isteri ikut keperluan.

Kedua, mintak direkodkan Nafkah Anak untuk anak-anak. Rekod ikut keperluan, bukan ikut ala kadar. Kalau Nafkah Anak dan Nafkah Isteri pun suami takat nak bagi ala kadar, baik tak payah la poligami.

✅ Apa yang paling penting untuk rekod lagi?

Pada saya yang paling penting adalah rekodkan tentang Harta Sepencarian. 

Isteri kena tahu, kes Harta Sepencarian adalah kes yang rumit di Mahkamah jika satu pasangan bercerai dan nak buat tuntutan tersebut.

Biasanya perbicaraan kes Harta Sepencarian ini makan tahun dan perlukan segala macam bukti untuk perbicaraan. Tapi, bagi isteri yang dapat Tuntutan Poligami, isteri diberi keistimewaan untuk mintak Hakim ‘declare’ sebagai perintah, apa sahaja Harta yang suami ada sekarang sebagai Harta Sepencarian tanpa perlu bicara.

Bahkan, isteri boleh mintak diisytiharkan ‘1/2’ atau separuh bahagian milik anda walaupun suami yang beli 100%. Orang lain nak dapat 1/3 bahagian pun sukar jika bicara kes Harta Sepencarian.

✅ Kenapa penting rekod Harta Sepencarian ini?

Sebagai isteri kena tahu, meskipun suami beli 100% rumah dan sediakan untuk isteri, mungkin benar itu adalah Harta Sepencarian. 

Tapi, jika tidak ada Perintah, andai berlaku kematian suami, Rumah itu tetap dikira pusaka dan perlu dibahagi secara Faraid.

Melainkan dapat Perintah Harta sepencarian. Nak dapat perintah 1/2 bahagian, isteri perlu ada bukti yang isteri juga ada sumbangan langsung terhadap pembelian rumah tersebut.

✅ Apa jadi kalau suami mati, dan tak rekod Harta Sepencarian?

Rumah dan segala harta itu akan dibahagi secara Faraid. Kalau ada anak, bahagian faraid isteri adalah 1/8. Namun, jika suami anda berpoligami, mungkin dua isteri, bahagian isteri akan jadi 1/16.

Itu belum kira jika suami ada 3 atau 4 isteri. Lagi kecil bahagian pusaka seorang isteri. Dan tak semena-mena, isteri terpaksa naik turun Mahkamah hanya untuk ‘declare’ Harta Sepencarian dan berlawan dengan semua ahli waris.

Itu kalau mati. Kalau isteri diceraikan sewaktu hidup, selepas cerai nak kena lantik peguam bagi failkan Harta Sepencarian. Itu pun jika Harta itu masih ada. Kalau rumah sudah dijual sebelum cerai, jenuhlah  naik turun Mahkamah.

✅ Kalau Tuan Fahmi di tempat isteri, apa yang tuan akan buat?

Jangan tak pergi langsung. Lagi rugi. Suami boleh ‘kuak bebas’ depan Hakim. 

Tapi, saya akan mintak rekod Nafkah diri sebagai isteri RM1000 sebulan at least, Nafkah Anak seorang RM600 at least seorang setiap bulan, RM300 untuk baju raya dan RM400 untuk perbelanjaan awal persekolahan.

Harta Sepencarian confirm, semua harta yang suami beli, saya nak mintak Mahkamah ‘declare’ 1/2. Kalau ada yang saya keluarkan duit lebih, saya nak mintak 2/3 bahagian.

Lagi satu, saya nak mintak suami sediakan Hibah Takaful RM1 juta sebagai simpanan dan tinggalan jika berlaku kematian. At least, hak saya selamat selepas kematian suami. Dan bolehlah saya nak survive dengan baik dan selamatkan Harta pusaka arwah.

❤️ Kesimpulan,

Saya sangat berharap, perkongsian saya ini sampai kepada lebih ramai wanita. Jangan pergi ke Mahkamah dalam keadaan yang anda tak tahu apa-apa.

Rugi. Tersangat rugi.

Fahmi Ramli.

Anda ada pertanyaan? Boleh tanya disini

wasap.my/60197372389/NakTanyaSikit"

Friday, May 9, 2025

Tips Selesaikan Hutang Bank

 Alhamdulillah, masih berpeluang menulis di blog ini.

Hari ni saya nak share sikit tentang pengalaman melunaskan hutang bank.

Semuanya bermula dengan niat. Niat untuk hidup lebih shariah compliant, walaupun hutang bank adalah islamik, namun begitu, sebenarnya jumlah yang dibayar setiap bulan tu, sebahagian sahaja adalah untuk membayar hutang dan sejumlah yang signifikan adalah keuntungan yang bank buat hasil daripada hutang tersebut.

Maka mula2 saya email bertanya kepada MBSB tentang prosedur untuk melangsaikan hutang loan rumah, dan telah dibalas dengan borang yang perlu diisi.

Saya kemudian pergi ke bank pada mulanya untuk mengurangkan jumlah hutang.

Seperti juga pertanyaan kepada Maybank baru-baru ini, jika customer membuat bayaran bulanan melebihi jumlah yang sepatutnya, perlu memaklumkan kepada bank bahawa lebihan bayaran adalah untuk mengurangkan hutang. Jika tidak dimaklumkan maka bayaran lebih hanya akan digunakan untuk bayaran bulanan sahaja dan bukan untuk mengurangkan jumlah hutang.

Kemudian, selepas dua kali membuat bayaran untuk mengurangkan hutang, saya membuat kira2, memang lebih untung jika dibayar terus dan langsaikan hutang tersebut.

Maka, perlu maklum kepada pihak bank MBSB dan tunggu mereka keluarkan surat. Dalam surat tersebut diberi tiga tarikh berserta tiga jumlah berbeza yang perlu dibayar mengikut tarikh yang dipilih.

Contohnya jika permohonan untuk melangsaikan hutang adalah pada July 2024, maka tiga tarikh bayaran pada Julai, Ogos dan September 2024 diberikan dan semakin lama tarikh, semakin tinggi bayaran akhir tersebut, beza dalam beberapa percent jumlah pinjaman yang tinggal.

Untuk bayaran terakhir tidak boleh menggunakan online banking tetapi perlu buat bank draft atau money order. 

Maka saya memilih menggunakan khidmat Maybank.

Selepas bayaran dibuat, saya email MBSB untuk mendapatkan surat "Release Letter" yang diminta oleh peguam. 

Seperkara lagi, semasa mengisi borang permohonan untuk melunaskan hutang bank, kita akan diminta untuk isi nama dan nombor telefon peguam untuk menguruskan "discharge of charge" yang saya faham adalah menukar nama untuk hartanah dari nama bank kepada nama pemilik.

Release letter ini juga diminta apabila kita pergi ke pejabat Takaful untuk cashkan MRTA atau mortgage reducing terms agreement.

Saya tak ingat sama ada Takaful Malaysia atau Takaful Ikhlas, tetapi, perlu datang ke cawangan terdekat bersama sijil MRTA dan paling penting adalah surat "Release Letter" dari bank yang mengakui hutang bank telah langsai.

Pengalaman di Maybank pula beberapa minggu yang lepas, adalah lebih mudah.

Setiap penama hutang perlu datang ke bank dan bawa IC untuk dapatkan thumbprint. Jika suami isteri maka kedua2 pihak perlu datang sekali.

Boleh gunakan apps untuk semak baki hutang dan boleh langsaikan hutang terus di hadapan Financial Consultant menggunakan MAE apps.

Sama juga seperti MBSB, ada borang yang perlu di isi dan jika tiada nama peguam maka boleh guna khidmat peguam Maybank untuk discharge of charge.

Kemudian pegi ke kaunter untuk dapatkan thumbprint dan proses dikira selesai dalam satu transaksi dan satu sahaja lawatan ke bank.

Untuk MRTA pula automatik akan dapat refund ke dalam bank akaun kerana Etiqa takaful adalah di bawah Maybank.

Discharge of charge sahaja yang akan mengambil masa sedikit.

Tapi, tiada rush di situ. Yang penting, tiada lagi bayaran bulanan untuk hartanah, kereta dan sebagainya. Syukur Alhamdulillah.

Tuesday, April 29, 2025

Tips Untuk Berjaya Mendapatkan Scholarship Selepas SPM 2023 coretan Engku Adam

 "Tips on winning a scholarship by Abang Adam untuk adik adik yang bakal menjadi scholars ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป


Assalamualaikum W.B.T


Saya, Engku Adam, ialah seorang scholar Petronas untuk ke luar negara bagi batch SPM 2023. Saya telah besekolah di SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dan telah mendapat keputusan cemerlang 11A+, 1A- bagi SPM 2023. Kini, saya sedang menjalani A-levels di Kolej Tuanku Ja'afar dan insyallah akan berangkat ke US atau UK untuk menyambung degree Software Engineering pada tahun 2026 di bawah sponsorship Petronas Education Sponsorship Programme (PESP). Harini saya akan menceritakan perjalanan saya dari awal sampai akhir bagi pelajar SPM 2024 untuk memohon dan mendapatkan biasiswa.


Pada mulanya, lepas mendapat keputusan SPM saya mula membuat research tentang biasiswa dan sponsorhip yang tersedia. Oleh kerana saya mendapat A- dalam subjek Bahasa Melayu, saya tidak layak untuk memohon beberapa biasiswa seperti Khazanah dan Kijang BNM. Walau bagaimanapun, saya masih memohon sebanyak yang munkin biasiswa yang ada dan akhirnya telah memohon 8 iaitu:

1. Petronas (overseas)

2. PNB (overseas)

3. FGV (overseas)

4. YTP-MARA (overseas)

5. JPA-LSPM (local)

6. Yayasan Terengganu (overseas)

7. Yayasan UEM (overseas)

8. JPA KHAS (overseas)


Dan daripada 8 ini, saya telah mendapat tawaran daripada 4 biasiswa iaitu Petronas, PNB, JPA-LSPM dan Yayasan Terengganu. Bagi pelajar SPM 24 yang baru sahaja melabuhkan tirainya, berikut adalah tips & tricks saya untuk memohon dan insyallah mendapat biasiswa yang kita impikan


Peringkat Permohonan:

- sediakan satu folder yang mengandungi segala info penting ketika memohon (IC keluarga, slip gaji mak ayah, sijil SPM & kokurikulum, alamat penting, dll) supaya ketika memohon, hanya perlu "copy & paste" untuk jimatkan masa dan tenaga

- untuk permohonan yang memerlukan essay, take your time. Buat satu essay yang paling gempak kita pernah buat, jual diri. Bagitahu accomplishments paling hebat kita (pertandingan peringkat antarabangsa, kedudukan kepimpinan). Jangan suruh AI untuk tolong tuliskan, hanya untuk dapatkan idea dan tips. Also, tanya cg English or Grammarly untuk check grammar kita sebelum submit


 Peringkat Interview

- Most interview ialah dalam kumpulan, so be a leader. Lead kumpulan tu untuk solve masalah diberi, bagi cadangan and idea. Keluarkan opinion kamu & cuba convince orang lain tentang opinion kamu. 

- Don't be selfish, also accept opinions from others and implement them into your final product. 

- Don't be bossy, maksudnya jangan arahkan orang lain sangat. Terima pandangan orang and kalau tak setuju, work on getting a solution, not force them into your views

- Don't be a "yes men", maksudnya jangan agree sekiranya taknak agree. Tetapkan pendirian yang teguh, dan kalau ada orang lawan idea kita, find a proper solution, jangan mengalah dengan dia but also jangan terlalu keras dengan dia

- finally, socialise. Orang nk bagi scholarship ni biasanya akan pantau kita dari awal, so kalau kita seorang yanga senyap, chances kita akan low from the get go


Now, some tips for some specific scholarships


Petronas Education Sponsorhip Programme (PESP)

Arguably the best scholarship (definitely not biased๐Ÿซข), Petronas ni antara provider scholarship terbesar kat Malaysia. Last year Petronas sponsored 600 SPM graduates (400 local, 200 overseas). However, kuota banyak tak semestinya senang Petronas jugak lah yang paling banyak competition dengan orang lain, so do your best. 

PESP ade 3 stages which are:

1. Online application 

2. Online assessment 

3. Physical interview


Online Application:

- For this stage, straight forward je semua sebab tak ada essay. However Petronas hanya bagi upload 1 file untuk sijil, so my tips is to compile semua sijil pencapaian dalam satu PDF and upload PDF tu


Online Assessment:

- Stage seterusnya ni hanya orang yang lepas sahaja dapat. Stage ni akan ade online game yang kita kena finish yang test maths and logical skills kita. Don't cheat, but do your best. BE FOCUS during the assessment and duduk dalam kawasan tak ada kekacauan. Jawab as many questions as possible in the time given, don't panic, stay calm. Remember, everyone is doing the same test so don't panic.


Physical Interview

- Ini lah stage paling penting and paling ramai dia akan filter orang. Ini juga final stage so kalau berjaya stage ni, insyallah dapat tawaran

- Kita akan di interview dalam groups of 4 or 5, and akan diberikan case study. Case study tu ialah satu masalah yang kita as a group kena bincang satu solution yang boleh implement. Dia akan firstly bagi kita masa individually untuk draft ideas atas kertas. Then kita briefly explain our ideas (individually). Then, dia akan bagi masa (30 minit rasanya) untuk kita bincang as a group to come up with one main big idea. 30 minit ni lah yang paling penting sebab dia akan tengok and pantau kita throughout the whole time, how we talk, how we work together, etc. In the end, kita kena present as a group pasal solution kita and finish.

-  Idea kita pastikan logik and down to earth, jangan sahaja fikir pasal kebernasan idea kita, tetapi fikir jugak adakah idea kita senang nak implement in real life? adakah idea kita ni effective? apakah kos terhadap orang yang kita implement? Think like you're in the real world.

- Finally, speak out. Luahkan semua kita nak kata, jangan malu. Biarlah cakap gagap, asalkan cakap banyak. Nampakkan kita ni layak untuk scholarship ini.


PNB Global Scholarship

Another great option for the cream of the cream students. Scholarship ni exclusive sikit (only about ~25 per year) and also banyak lagi stages for application which are:

1. Online application 

2. Online aptitude test

3. Physical assessment centre 

4. Online resilience & critical reasoning test

5. Physical interview @PNB118


And alhamdulillah, saya diterima juga untuk scholarship PNB ni, tapi saya tolak kerana saya terima Petronas. Anyways, here are my tips for this scholarship:


 1 Online application

-  untuk online application, akan ada 2 essay yang perlu kita tulis.  Essay ni simple je, guna tips yang saya bagi pasal essay and just express yourself. Express jugak interests kita tentang course yang kita pilih for degree and bagi bukti (competitions, books, articles)


2) online aptitude test

- ni just basically iq test. Tak banyak kita boleh buat untuk prepare, just boleh buat terbaik time test tu sendiri. Akan ade practice test kalau nak buat. Masa test, bagi ruang yang cukup, dan tempat yang tenang. Focus on the test and jangan tengok masa sangat. Complete as many questions as possible and in between tests, take a break. Finally, relax and chill, insyallah dapat move on next stage.


 3) physical assessment centre

- this stage, kita akan pergi ke assessment centre dia (for me, dekat kelantan paling dekat). During the assessment, dia akan ada banyak games yang kita akan main. Most games are in groups and kita kena bekerjasama dengan baik dengan group mates kita. Dia tak tengok sangat siapa menang or kalah, but rather dia akan focus interaction kita dengan everyone else. Don't be toxic and have fun.


 4) Online resilience & Critical reasoning test


Kalau berjaya sampai stage ni, congratulations sebab ramai dah akan di filter at this point. This stage akan ade 2 test kita akan ambil.

- untuk resilience test, dia lebih kepada test personality kita. Soalan mcm kalau ade kawan kita buat salah, adakah kita akan report. For this one, just be yourself. Jangan nampakkan clear sangat kita menipu on certain questions, and show personality kita

- untuk logical reasoning, akan ade 3 seperate tests yang kita buat : verbal reasoning, inductive reasoning, numerical reasoning. Each one of this is 30 minutes, and akan ade preparation materials.

- my tips is to use all the preparation materials not to practice but to prepare your expectations on what the tests are about. 

- during the test, as always, jauhkan diri dari segala disturbance, keep calm and do your best


5) physical interview @PNB118

- Ini lah last stage untuk PNB scholarship. Kita akan buat interview dalam bangunan paling tinggi di Malaysia, and dia akan filter half of the remaining participants. 

- The interview is about 45 minutes, and interview ni akan diadakan dalam groups of 3 - 4 people. However, kita tak akan ada group activities pun, just personal questions yang akan ditanyakan

- Read about PNB and its subsidiaries (ASNB), sebab dia akan tanya pasal ni. Also, do research on your chosen degree sebab dia akan tanya how with your degree knowledge you will help the company.

- Be prepared for crazy questions. Masa saya buat interview, saya dapat soalan "Why should be not pick you". Pelik kan? biasanya soalan why should we pick you, tapi ni why should we not pick you. Kita tak boleh jawab you should pick me, kita mesti la bagi jawapan kepada soalan dia tu, so be prepared


And that is it. Alhamdulillah, banyakkan doa. Usaha kita SPM dah banyak, tapi perjuangan kita tak habis lagi. Dapatkan biasiswa ni bukan sahaja tiket kita ke overseas, tapi juga peluang kita untuk tidak membebankan ibu bapa kita untuk sambung belajar. Kita juga akan dapat chances yang lebih tinggi nanti nak cari kerja.


 That's all from me, good luck!"

Friday, April 25, 2025

Tips IbuBapa MRSM KKB MRSM Terbaik SPM 2024

Dua hari lepas, 24hb April 2025, keputusan SPM 2024 keluar secara rasmi.

Tumpang bangga bila tengok MRSM KKB ranking no1 untuk MRSM. Sebab anak no2 dulu sekolah sini.

Hari ni pulak, mesej ni dah viral di whatsapp. Dari pagi sampai petang ada orang share.

Tak tau la siapa yang tulis, tak dapat nak bagi kredit.

Cuma save di sini dulu untuk rujukan masa depan.


"Alhamdulilah, selesai ambil result SPM. Tahniah MRSM KKB hampir 50% pelajar semua straight A dan carta no 1 SPM di kalangan MRSM.


Tadi duduk dengan TPKA Madam Nurin.  Kami berterima kasih sebab effort pengetua dan guru yang sangat luar biasa. Di luar waktu kerja dan penuh ikhlas dan perhatian.


Tapi yang terbaliknya, Madam kata ini semua sebab parent.


“Satu perkara saya belajar dari Parent Batch Avveroes ni adalah mereka sangat suka bersedekah dan memberi. Saya belajar untuk diri saya sebagai parent juga.”


Sedikit pelik sehingga cikgu terang lebih lagi

- Parent kumpul dana Akademik dari awal dan bagi ke sekolah. Terus tanya sekolah, program apa yang sekolah rancang.


- ⁠ Sekolah pula ada perancangan tapi selalu masalah kekangan dana, bila parent sokong, mudah sangat nak jalankan.


- ⁠Ada dana, cikgu dapat print soalan/nota tambahan dengan mudah, fotostat di luar dengan kualiti kertas dan print yang bagus. Tak perlu cikgu keluar duit poket mereka.


- Cuti sekolah duit dana guna untuk tusyen online tambahan dari guru pakar subjek sekolah luar. Kerja parent pastikan anak masuk kelas online masa cuti sekolah. ⁠


- ⁠Bila anak anak stress belajar, duit dana bantu anak berehat/makan/ riadah tanpa bebankan poket guru. Cikgu bawa anak keluar dengan gembira.


- Hujung minggu bagi cikgu berehat dan masa dengan keluarga, duit dana bayar guru pakar untuk tusyen tambahan. Kalau guru nak mengajar pun ada dana yang bayarkan.⁠


- Akhir sekali cikgu kata, parent batch ni selalu belanja makan dan bagi hadiah. Yang terakhir kutipan wang untuk hadiahkan  set cormforter sampaikan guard dan cleaner sekolah pun dapat. 


- ⁠Lepas dapat, ramai ramai guru dan pekerja sekolah doakan batch ini jadi no 1. 


- ⁠Cikgu semua gembira dan sentiasa doakan anak anak batch ni. Madam Nurin kata kita tak tahu doa siapa yang Allah makbulkan. ⁠


Alhamdulilah, seingat kami tak banyak pun sumbangan ibu bapa, hanya rm50 sebulan sejak Mac selama 8 bulan bagi yang mampu.


Mula2 ke akaun parent, kemudian buka persatuan dan ke akaun persatuan. 


Ada dana INFAK juga dibuka setiap jumaat jika ada nak bersedekah. Ada parent mampu bagi lebih, ada bagi RM10 ikut kemampuan. 


Duit Dana ni masih berbaki, semasa ambil result SPM, duit ini bayar pasang khemah, 3 kambing golek, satay dan menu raya raikan guru dan pelajar.


Habis SPM, persatuan ini dicadangkan untuk diberi kepada anak anak sebagai tabung kebajikan batch mereka, in case ada bencana dan kesusahan. Ajar anak terus memberi. 


Kesimpulan, gabungan pengetua Ayahanda kami yang sangat prihatin dan terbuka, doa dan usaha guru yang ikhlas dan ibu bapa prihatin antara punca kejayaan kali ini. Dari GPS 2.19 naik ke 1.26 dalam masa 2 tahun.


Konflik, terasa hati, merajuk kalangan parent isu biasa tapi bila letak kepentingan anak di depan melebihi ego dan kepentingan ibu bapa, alhamdulilah, banyak berdamai.


Paling best tengok senyuman guru, ibu bapa dan anak anak semalam. Penuh syukur dan gembira.


Semoga formula sama dapat bantu sekolah lain dan menyokong guru dan sekolah dengan lebih baik. 


Nota di atas dari pemerhatian ibu mrsmkkb yang tak aktif. Semoga bermanfaat.

#learnearnandgive"