Saturday, January 26, 2019

IGCSE: perjalanan selepas peperiksaan, nasihat untuk ibubapa bila anak pertama masuk asrama

Nak share info dari group whatsapp girls, kali ni kawan-kawan lama MRSM. Mostly dah level mak-mak, Alhamdulillah, nikmat panjang umur lagi...

Saya pun anak sulung baru 16 tahun, baru nak ambil tahu pasal pre-university, and basically life after SPM/high school.

Zaman pun dah berubah, tak sama dengan dulu. So we need to keep uptodate.


  • A level - IIUM boleh kan? 


ni soalan. So nak kena tahu uni mana terima what pre-uni qualification. Ye lah, saya pun mengajar di Uni, IPTS, IPTA.

Tapi most of the time, students dah masuk Uni.

Maka takde lah ambil tahu sangat tentang preU, dulu masa ada tolong buat marketing, tahu la sikit2 tapi hanya untuk medical course. Tak ambil tahu pula course yang lain macam mana.


  • My friend ada anak dia dpt msk college nih lps IGCSE f4


Kolej mana tak save la pulak, dah terdelete. Anyway, since ada anak yang akan insya Allah menduduki IGCSE, nak kena tahu juga apa pathways untuk dia lepas IGCSE.


  • Kalau nk keje gomen kena ada SPM


Point yang penting dan sering menjadi sumber perbincangan.

Ok, anak dah buat IGCSE, perlu ke buat SPM pulak? Kesian kat anak, sampai kena ambil dua exam.

Sebenarnya kan, nak tulis sikit la.

Masa medical student dulu, saya belajar di Trinity College Dublin, Ireland.

Masa tu antara coursemate adalah yang dari US, United States of Amerika. Untuk practice medicine di negara dia orang, kena ada USMLE.

Maka, sambil ambil exam kat TCD (Trinity College Dublin), dia orang akan ambil juga exam USMLE, supaya dapat practice lepas grad di US. Kesian juga tengok ambil exam banyak2 tapi kelebihnya, bila kembali ke US dan kerja, boleh masuk resident program, nak jadi doktor pakar dalam 3-4 tahun je. Ekspress la compare dengan kat Ireland, medical specialist biasa after 1 year houseman, ambil MRCP, 1.5-2 tahun, sambil buat training program, specialist training program pula 5 tahun. So macam bertahun-tahun juga la dan scenario yang lebih kurang serupa lamanya kalau specialist training di Malaysia.

Cuma my point is, mungkin basic principles of medicine yang dipelajari adalah sama tapi kena stress dua kali sebab ambil exam dua kali. Tapi mostly students, yang good students tu mesti takde masalah nak pass, ada juga yang score. Dan ada juga kawan Malaysian yang ambil USMLE sebab dah bercita-cita nak kerja di US juga, dan berjaya kerja di sana selepas habis internship di Ireland.

Maka, nak SPM ke tak, terpulanglah. Pilihan di tangan masing-masing. Cuma betul, kalau nak kerja government contoh macam doktor, memang wajib/compulsory government service, jadi masalah jika tiada SPM. Untuk kerja lain yang tidak wajib kerja kerajaan, tak pasti. Kena buat further research.


  • (SPM) now minimum 6 papers


Dulu ada yang kata kalau terpaksa buat SPM later on, ambil je lah. Subjek BM je.

Rupa-rupanya minimum 6 subjects. Parah juga tu kalau kena ambil masa umur 26 tahun. Kalau la.


  • tahun ni x de program SPC (Skim Pelajar Cemerlang) yang boleh terus ke pre U under MARA. Tapi utk yang ada IG still ada few options kalau nak pergi terus.  UTP and UIA recognise result IG


Yang saya faham, ada yang pilih MRSM sebab nak scholarship MARA. Saya pun bekas MARA scholar tapi kan, masa nak masuk MRSM dulu, bukan lah niat nak scholarship, masa tu lah.

At least ada peluang buat IGCSE dengan kos yang sangat rendah compared to private schools.


  • Anak akan ambik SPM jugak tahun ni. Dia nak merasa jadi super senior 😊. Alternatively, next year, boleh still apply UTP / UIA guna  result IG sebelum result SPM keluar.


Ni satu kelebihan, ambil SPM tak bermakna results IGCSE useless. Masih boleh digunakan.


  • ada share hari tu pasal student yg after spm, with good result, UTP pergi pinang


  • from my doter school ada sorang dpt ke UTP thn bila ntah ambik chem eng guna result IG


So kesimpulannya, boleh guna IGCSE results untuk ke UTP.

Ok, lepas tu ada pula yang share info tentang KSSR, saya pun save je la dulu maklumat, mana tau nak guna nanti.


  • ni teknik detail darjah 6


  • Nak cari darjah 4 boleh wassap pn jue dia coordinator semua program best teachers math sains bm bi upsr i share contactnya


+60 16-361 3772

Ok, lepas tu topik kembali kepada IGCSE...

  • nk tny pd mommies yg anak2 ada ambik IGCSE ☺


  • Tc to my doter ada inform, sometime ada student boleh dpt msk U after 1 sitting jer masa f4. Kalau result bagus la. Tp mestilah private U or college la kan


  • Kalau local U biasa tuh takkan nk ambik students without SPM kan


Ni jawapannya...

  • UTP & UIA recognize IGCSE utk Foundation courses


  • Kalau dpt msk college or IPS earlier tuh, meaning fee tuh tanggung sendiri la kan.. Takde sponsorship ke loan ke kan 😅


Jawapan:

  • Kebanyakan loan / sponsorship syarat dia ada SPM.


Soalan:

  • So kalau dpt msk awal pun still kena byr sndiri fee yg sgt la mahalnya kan.. Huhu 😅
  • So apa2 pun better tunggu SPM gak la kan


Fees local or international rate?

  • Good question. Kalau ikutkan local lah sbb ada IC kan?😊


  • Sbb guna IGCSE and tak go thru UPU. Tuh yg ada my fren yg share gak fee mcm International student fee jadinya


Tetapi...

  • good result, utp ada sponsor


Really? Kalau msk of age 16 pun?

  • igcse amik umor 16 kan


  • masuk umor 17 la


  • tp amik foundation or A level


  • yg  share ri tu, after spm, terus masuk guna igcse and trial spm


  • igcse baru O level


  • Sbb our concern skrg nih on the fee tuh.. Kalau kena byr sndiri fee yg mahal2 tuh mcm no point gak la kalau dpt msk awal.. Hehe
  • Better tunggu spm gak at least dpt go thru UPU mcm biasa


  • UTP akan carik student -Ini utk yg result bagus la kan 😅


  • utp paling murah diorg ckp kalau compare dgn private college or uni


  • Iye ke.. Sbb my husband ex UTP, tp under JPA loan. So dia kata mmg kalau byr sndiri tuh mmg sgt jenuh la esp time2 skrg nih.. 😅


  • Anyway thks so much for the input yea. Tgh arrange IGCSE pathway utk my doter. Sbb tgh diskus dgn tc dia nk start tuisyen or not.. Baru f3 kan 😅


  • nak detail, cer tya, dia gi education fair ri tu


  • Sbb msg2 krg info psl IGCSE nih haa.. 😅


  • Masuk utp boleh dgn result icgse tp scholarship nak spm gak


  • kalau private college, 16y ada O level blh amik foundation dah... Maknanya diorang untung 1 year. And some get to apply for internal sponsorship dr college tu sendiri. .


Lepas tu ada orang forward pula info dari UTP...

  • Assalamualaikum Dan Salam sejahtera Mommies and Daddies 


Kepada yang berminat untuk mengikuti program foundation di UTP selepas IGCSE untuk intake January 2019, boleh PM saya ya.

UTP foundation programme :
1st choice
2nd choice
3rd choice 

1.   Chemical Engineering 
2.   Mechanical engineering 
3.   Electrical and Electronic engineering 
4.   Civil engineering 
5.   Petroleum engineering 
6.   Petroleum geoscience 
7.   Information technology 
8.   Information system
9.   Applied chemistry 
10. Applied physics 
11. Computer engineering

*bantuan kewangan akan diberikan kepada mereka yg layak setelah terpilih untuk mengikuti program tersebut.


Tq 😊

Back to IGCSE...

  • Yg dapat offer sblm result spm tu based on result ig dan trial spm dan foundation zakat utp bagi.. anak b40


Untuk tajaan...

  • Ada masuk dulu mak ayah bayar foundation.. dah dpt spm baru apply tajaan


SPM or no SPM...

  • Tp just nak curious. Memang x nak ambik SPM ke?😅


I suruh gak my doter ambik SPM gak nnt. Wajibbb.. Haha

  • Nak keje gomen kena ada spm


Amik paper july

  • Cuma td tny sbb tc tuh kata after 1st sitting sometimes dh boleh msk U. Huhu


"Pengalam senior batch lepas MRSM xxx"

  • Same goes with spc batch Imperial.. mrk di KMS bljr sndri n amik spm sbg calon persendirian thn dulu. Salman & Aliff ada dtg last year & give talk ke Affinity last year abt this, how they face the challenge & study dll.


  • Mcm anak buah i sorang ni kata
  • Dia senior 2 tahun dr anak kita
  • Seksa juga sbb dia kena belajar sendiri spm
  • N daftar sendiri mcm private school. Tumpang mana2 sek tuk sit spm
  • Masa yg sama nak focus kat subject baru


Tu yg i risau

  • Challenges lebih banyak sbb kena study 2 benda pada satu masa


  • Just to emphasise ada bermacam pilihan di Malaysia kalau private school, PT3 sebenarnya tak wajib tapi kalau dah kat sekolah kementerian, semua kena ambil la kan.


  • Ermm kt my doter school bagi gak option ambik spm jer. No need IGCSE. Tp takkan nk kensel ambik IGCSE plak. Penat la beli buku2 mahal2 smp beribu2 RM 😅😅😂


  • Iye btul. Esp sbb PT3 pun my doter tk ambik.. Huhu


  • Kan.. So tk yah la xtra class IGCSE tuh awal2 kan. Tuh jer point paling penting nk tau skrg. Haha

  • Anak x ambik extra class sangat. Cuma seminar masa cuti sekolah. Esp yg kat UM tu - ni tips berharga dari seorang ibu yang anak dia score IGCSE, 6A ok, hebat.


The issue of English language mastery..


  • Itu yg budak upsr dpt c english masuk mrsm igcse rmaai bising sbb kesian kat budak tu


Anak saya amik IGCSE tahun ni. 



  • Lagi problem sebab dia baru 14, masuk 15 bulan oktober ni .


Ok lah, last sekali ni sedikit nasihat dari seorang ibu kepada ibu bapa yang anak-anak baru masuk asrama, especially anak pertama la kot masuk asrama, macam saya last year. Saya suka nasihat dia.

Assalam

Welcome to all new parents here. Saya Kak X, mother to my anak bongsu drp 5 org, yg dh dlm Ting4 tahun ini. 
Saya pernh 5 tahun di asrama penuh & anak2 attended SBP or MRSM, tinggal sorg ini yg bungsu ..

Firstly, my 2 cents.. pls keep an open mind. Especially utk parents yg ini anak pertama atau ini first time experience anak (bukn mak bapak) masuk asrama tk kisah penuh ke setengah 😁

Zaman mak bpk di asrama amat berbeza dgn zmn skrg. So... Amalkn keterbukaan, & fikir long term.

Anak yg kita kenal sgt di rumah mungkin lain perangai di sekolah (even masa d sek rendah), lg2 pula bila tinggal beramai2 di asrama.. 

Tahun pertama wl b the trying year krn adaptability (penyesuaian) highly demanded fr anak & parents. 

Kgkdg, indah cerita drp khabar atau langit tidak selalu cerah. But most of the times anak sgt OK - freedom fr mak  punya eagle eye watch, tp bgtau mak.. sedihnya duduk brjauhan... Boleh drama nangis2 lg. Kgkdg tu hanya krn teringin kfc or pizza mcm org sblh dpt mkn weekend smlm 🤣
Semua remaja sedang menbesar & tersangat amatlah kreatif, budak bijak mmg lebih akal ! ✅

Pesan k x, jgn cepat melatah jgn cepat memberi tohmahan atau mbuat keputusan melulu. Sabar dlm menangani setiap isu. 😁 The sun wil shine for ea of them complete w rainbows aftr ea storm. 
Muafakat membawa berkat, teamwork is a must. 

Husnuzhon bersangka baik selalu kpd semua.. 

Moga kita semua dlm Baroqah & redha Allah SWT & anak2 digalakkn stay sampai tamat F5 dn dpt sama2 menaikkn lg prestasi kecermelangan MRSM X. 


Aamiin ..

Saya edit sikit cuma untuk maintain confidentiality tanpa menukar maksud mesej, insya Allah.


Tidak Puas Hati Dengan Syarikat Penerbangan

Ok, pagi ni nak komplen sikit.

Sebabnya selama ni memang takde masalah dengan syarikat penerbangan ni. Memang banyak kali dah naik. Bukan saya seorang tetapi ahli keluarga yang lain juga.

Dan kalau tak silap, saya pernah tulis juga tentang kebaikan syarikat ni dalam blog sebelum ni.

Biasanya, 24jam sebelum nak fly, akan dapat email yang bagi tau boleh web check-in. Dah cuba buat semalam, tak boleh. Maka saya pun call customer service tanya kenapa.

Semalam dia kata sebab return flight, maka tak boleh buat online check in. Masa tu pelik juga sebab selama ni ok je. So semalam saya terfikir dan tanya juga suami. Dia tak bagi apa-apa idea cuma tanya betul ke dah boleh check in? Betul la sebab dah kurang daripada 48 jam.

So hari ni, cuba lagi sekali. Tak boleh online check-in juga. Maka call customer service again. Kali ni, dia bagi hold sementara check.

Ok. kali ni dia kata sebab minor travelling alone maka kena check in kat airport.

Pelik kan, kenapa semalam tak cakap benda yang sama?

Saya tak puas hati dan akan tulis emel complain pula.

Kita adalah customer yang berbayar. Bukannya free. Nak la khidmat yang baik. Betul tak?



Saturday, January 19, 2019

Checkpoint dan IGCSE di MRSM

Alhamdulillah ada kawan share balik tulisan Dr Laila dalam whatsapp group mak-mak, maka saya pun dapatkan kebenaran dari Dr Laila sendiri untuk save tips dia dalam blog saya...

1) Checkpoint: gunakan keputusan untuk perbaiki kelemahan, jika ada.

"Post ni untuk sharing pengetahuan Checkpoint (CP) nak bagi kita ibubapa dan anak-anak faham macam mana nak guna kan keputusan checkpoint.

Supaya keputusan tu bantu anak-anak dalam IGCSE nanti.

PART 1: Macam mana nak faham keputusan anak?

Ada 3 gambar terangkan basic keputusan:

Setiap pelajar, apa yang dia 👍 Atau lemah tak sama. Ini lah kelebihan Checkpoint result.

Kalau exam lain takde org nak cari kelemahan dan kelebihan. Anak-anak pun kadang-kadang tak pasti.

Peluang ni supaya anak-anak buat latihan sendiri topik yg lemah dan bertanya cikgu/kawan.
Parents pun boleh bagi support buku latihan/kelas masa cuti dsb.

Sebenarnya, keputusan Checkpoint ni lebih kepada keputusan individu. Kalau kita tahu ‘average’ student lain pun tak berapa bantu anak sebanyak kalau anak kita ambil peluang baiki topik yg lemah.

Sebab Checkpoint ni adalah asas kepada subjek-subjek IGCSE dan SPM.

Ini tak bermakna kalau anak tidak dapat band yg bagus tak boleh score IGCSE.

Checkpoint lebih kepada, berapa banyak usaha yang perlu dibuat, apa topik yang perlu diberi perhatian, supaya score.

Lagi sedikit markah band, lagi perlu banyak usaha kerana IGCSE nanti lebih mencabar dan perlu asas yang kuat.

Ada banyak cases pelajar yang band rendah dapat score IGCSE sebab ambil pendekatan kukuhkan basic topic yang lemah.

Tetapi sebagai ibubapa, kita nak tahu juga average kan 😅. Nak tahu juga anak berbanding kawan lain macam mana, boleh bawa ke dual programme yang mencabar ni dan sebagainya..

Normal la sebagai parents, semua bermain di fikiran.. takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Apa keputusan average MRSM X utk Checkpoint tahun ini?
Average 2018
English 4.6
Maths 4.7
Science 4.3

PART 2: Cikgu akan buat apa selepas dapat result Checkpoint ni?

Ada yang tanya, Cikgu akan jumpa anak ke lepas ni untuk discuss?
Cikgu takkan discuss secara individu mengenai keputusan untuk semua pelajar.

Faktor utama ialah, majority pelajar, dengan memahami keputusan Checkpoint (part 1 yang saya telah terangkan), mereka dah boleh usaha memperbaiki keputusan sendiri dengan kawan inisiatif tanya cikgu dan sebagainya.

Tetapi bagi yang mendapat kurang daripada ‘average’, guru akan jumpa dan tengok analisa sama-sama dengan pelajar dan discuss macam mana nak improve.

Guru juga akan buat analysis keseluruhan topik apa yang pelajar lemah dan fokuskan yang tu juga.

Sebab ni semua asas penting utk subject IGCSE/SPM.
Tetapi memang laa tak khusus untuk setiap individu penekanannya ye.
Sebab tu penting anak usaha apa yang ada dalam keputusan dia sendiri.

PART 3: Mengharungi Tingkatan 3.

Post ini bukan nak takutkan, just a heads up untuk kebaikan anak-anak dan memahami kehidupan mereka dalam usaha nak jadi ibubapa yang prihatin dan penyayang.

Form 3 ialah tingkatan paling SUKAR untuk student MRSM IGSCE.

Tahun ni (2019) lagi la mencabar sebab KSSM is starting this year for form 3: New syllabus & assessment format.

Susah nak cari guru di Malaysia ni pun yang dah ‘pro’ dengan format baru ni walaupun dah pakar bertahun-tahun.
Semua pun masih belajar format baru dan nanti mereka akan di beri kursus/pendedahan from time to time daripada kementerian.
Cikgu MRSM pun sama juga.

Bersama-sama lah students dan cikgu mempelajari sesuatu yang baru.
Ini susah sebab as we know, exam ni kalau ada format soalan past years yang sangat membantu.
Memang lah tak 💯 sylabus lain daripada last year tapi style soalan dan skema jawapan memang mempengaruhi. Itu la yang jadi masa anak kita UPSR dulu kan (tahun 2016).

Tetapi, kalau tak ambil kira format baru PT3 pun, sebelum ni, belajar masa form 3 is always tough for MRSM IGCSE students...

Semasa form 3 lah jadual waktu paling packed, homework paling banyak , at the same time life anak-anak kita macam sports, aktiviti-aktiviti sekolah dan asrama dan sebagainya berjalan seperti biasa. Ye.. pertandingan-pertandingan, majlis-majlis dan apa juga activity yang dia orang cerita-cerita these past 2 years tu..

Dan masa ini juga la time when puberty hits, masa remaja yg minat-minat kawan-kawan.
Changes in personality dan sebagainya. 😅

Memang kena betul-betul tough mentally daripada segi belajar dan kehidupan mereka.
Kita parents try laa faham anak-anak.

Support mereka supaya mereka bermotivasi selalu, tak terlalu stress dan tidak hilang fokus.

Form 3 is tough because they have PT3 but at the same time still kena focus on IGCSE subjects.

Tidak sama dengan student sekolah yang tak ambil IGSCE.

Ikutkan estimation diorang belajar PT3 tu dalam 6 bulan je compared to sekolah harian belajar untuk 1 tahun.

Dan IGSCE tu 1.5tahun compared to sekolah international 2 tahun. 

International school, hanya yang benar-benar score je mereka bagi buat 1.5tahun IGSCE.

We are talking about anak2 kita yang bukan saja buat 1.5tahun, tambah dengan PT3 sekali sebab?
Realitinya anak-anak kita ni belajar PT3 dan IGSCE dalam waktu yg sama.
|
Jika ada overlap Tajuk.

Contoh Kalau algebra, PT3 ada topik ni, IGCSE pun ada.. jadi dia belajar je sekali harung.

Yang susahnya, format IGCSE ni, cara soalan, skema jawapan, lain daripada PT3.

PT3 ni lebih ‘strict’, kena ada keyword dan sebagainya. Lebih pada memori nak ingat kata kunci..

IGSCE pula lebih pada soalan berbentuk pemahaman.

Contoh laa Kalau soalan science yang sama, anak kita jawab semua sama,
bagi cikgu semak ikut format PT3 dan kemudian semak ikut pada format IGCSE,
Student boleh dapat markah dan grade yang sangat berbeza.

Ini salah satu sebab hari tu markah sains anak semester 2 rata-rata menurun. Sebabnya format PT3 Tapi anak jawab cara IGCSE.

So anak-anak really kena pandai balance both; not to get confused cara menjawab for these two different exams.
Kita pun boleh alertkan anak-anak kita, contohnya buat la atau simpan 2 jenis nota, satu PT3, satu IGSCE supaya tak confuse.

Macam mana cara belajarnya nanti?
Cikgu dlm kelas akan beritahu, yang ni cara jawab PT3, yang Cara jawab IGSCE. So anak mmg kena concentrate.

Ni usaha Kita je laa nasihat anak.. ada anak mungkin aware Pasal ni.. ada yg mungkin tak tahu.
Dan ye laa Kita kena faham benda ni susah dan chances anak2 kita  nak confuse mmg ada..

Mengikut sharing guru2, anak2 mrsm igsce ni selalu akan jawab PT3 ikut format IGSCE jadi markah dia akan kurang laa bila PT3.

Ok laa.. Boleh juga kata kalau Maths takkan laa beza sgt..
Kalau subject maths, jalan kerja dan jawapan sama laa kan Kalau soalan yg sama. Tetapi Kita kena faham standard mathematic PT3 jauh beza dgn IGSCE.
IGSCE ni adalah SPM bagi UK standard.

Ok tu sharing Saya dpd segi formalnya".

I believe Kita semua adults dan parents yg nakkan terbaik utk anak2 kita.

***

Perjalanan ni mmg sukar.

Tak semua pelajar boleh cemerlang kedua2nya PT3 dan IGCSE Sebab yg Saya dah explain tu laa.. confusing dan susah. Dan cikgu pun kejar masa nak abis sylabus.

Kdg2 anak dah cuba maksimum pun tak berapa score.
Ada juga ibubapa yg beri kelonggaran pada anak utk just pilih concentrate lebih kepada IGSCE.
Kerana keputusan PT3 tu, tak berapa bernilai Kalau Kita mmg plan nak kekalkan anak dlm mrsm igsce ni.

Apa2 pun keputusan PT3 anak Kita, takde pembuangan sekolah. Pihak sekolah pun faham.
Ramai kata PT3 Cuma utk bila Saudara mara atau kawan2 tanya result anak, taknak jatuh air muka..

IGSCE lebih benefit utk anak Sebab sylabus nya banyak sama dengan SPM. Malahan advantage kerana belajar awal dpd .org lain.
Kiranya macam anak Kita ni didedahkan SPM sejak Form 3 laa..
Ini pendapat sebilangan ibubapa yg tak mahu anak terlalu tertekan sampai tak boleh catch up.

Bagi ahli dlm group ni pula.. masing2 lebih pandai menilai anak sendiri. Sebagai parents, bincang laa dgn anak2 dan buat laa keputusan.. nak target kedua2nya, atau Salah satu PT3 atau IGSsce, pilihannya pada anak anda dan anda..

Sekurang2nya.. Kita dah dapat exposure  apa yg akan jadi pada anak Kita tahun Ini. Semoga post ni membantu. Bila doa utk anak sendiri.. doa laa utk anak2 WA ni termasuk anak Saya juga ye 😊

Form 3, to help students tak confuse,
Ada 4 subject sains,
1) sains teras (pt3)
2) bio igsce
3) Physic igsce
4) chem igsce

Terlebih info sikit pasal pt3
Tp part 1 tuk tuk ank ank kita
Nak fwd lain kali
Takut terlupa
Happy weekend and happy holiday everyone"



Friday, January 18, 2019

IGCSE

Ok, nak save maklumat tentang IGCSE sebelum press clear button untuk whatsapp group chat Mummies.

Beberapa hari yang lepas, results IGCSE keluar.

Di MRSM anak, budak2 form 5 sahaja yang masuk dewan masa keputusan diumumkan. Tak pasti MRSM yang lain macam mana tapi yang pastinya, results 6A dan 5A tak ramai. So those who did get the results must be very exceptional students.

Well done!

Because it wasn't easy.

Apa pun, seperti mana-mana exam dalam hidup, it is in fact, just an exam. If you aced it, great, well done to you. That will (I sincerely hope) open many doors. But if on the contrary, you didn't do well, hey, its not the end of the world.

Accept the results, and move on.

Improve, and move on. Do not dwell on past mistakes.

At least don't waste time dwelling on it for too long. Assign some time to be miserable and then, get over it.

Ok, I cant help being me.

Suka tulis dalam bahasa Inggeris tetapi pada masa yang sama, saya tahu, maklumat dalam bahasa Inggeris memang banyak di luar sana jadi kalau boleh, saya nak tambah maklumat yang ada untuk masyarakat umum dalam bahasa Melayu.


No photo description available.
Gambar ni bagi info menarik tentang Exam. Setiap 6 bulan ada ujian semester. Di samping tu masa form 2 ada checkpoint,
form 4 ada IGCSE.


Maka hari keluar keputusan IGCSE tu, dalam group2 whatsapp timbul lah gambar-gambar pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. Saya nak share sikit sebagai tanda tahniah.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing
Tahniah!
Image may contain: 13 people, including Norzalina Ghazali, people smiling, people standing and indoor
Macam-macam aksi ada, gambar kumpulan versus solo, dengan parents dan dengan cikgu2. Apapun, tahniah la semua atas kejayaan anda.

Image may contain: 11 people, including Shikin Nor, Narwani Hussin, Zuraida Ahmad, Eza Arshad and Amiera Ghazi, people smiling
Kalau orang yang tak biasa dengan IGCSE mungkin ingat ni keputusan UPSR, sebab UPSR pun 6As dan 5As - keputusan yang diraikan.

Selepas bertahun-tahun berpengalaman mengambil peperiksaan (walaupun bukan IGCSE) dan juga sebagai pemeriksa, saya boleh cakap satu benda dengan yakin. Kejayaan itu bukan lah sesuatu yang "tidak disengajakan". Success is no accident.

Success is deliberate.

Tiada orang yang berjaya tanpa perancangan dan usaha. Oleh itu, tahniah sekali lagi.

Ok, soalan paling utama di fikiran saya adalah ini: so, macam mana nak berjaya dalam peperiksaan IGCSE?

Itu lah tujuan post ni. Saya kumpulkan idea-idea dan maklumbalas dari beberapa pihak yang berbincang dalam group whatsapp supaya orang lain juga dapat berkongsi dan mengamalkan nya. Insya Allah.

Ulasan dari seorang guru tuisyen:
Perlukan komitmen dari ibu bapa dan juga anak-anak
Ibu bapa, komitmen untuk hantar anak ke tuisyen
anak-anak pula komitmen untuk buat latihan yang diberi

This might sound very obvious
Tapi benda-benda seperti displin dan usaha
Dengar cerita (saya tak dapat nak pastikan sendiri, tetapi menurut beberapa guru tuisyen matematik), silibus akan bertambah sukar dengan perubahan dari KBSM kepada KSSM, oleh itu usaha dari para pelajar juga perlu ditingkatkan selari dengan bertambah sukarnya silibus tersebut

3 orang pelajar yang cemerlang dari satu keluarga sangat rajin study atau belajar.

Tentang teknik menjawab soalan pula:
baca soalan betul-betul (read the paragraph properly) terutama soalan KBAT
ramai pelajar malas nak baca soalan, atau hanya baca sebahagian dari soalan

Soalan KBAT biasanya ada instruction/arahan, jika diagram pun ada arahan

Lagi komen dari guru tusiyen:
Para pelajar ramai yang tidak menjawab soalan

Menurut beberapa pelajar cemerlang IGCSE 6A, peperiksaan IGCSE ini membantu mereka untuk peperiksaan SPM.
Namun begitu, dengan KSSM khuatir ada banyak perubahan dan tidak pasti bagaimana kesannya kepada para pelajar sekarang.

Ini adalah cara guru-guru mengajar...
"Sekolah KPM pun approach kelas gemilang:
Fasa 1: kejar silibus
Fasa 2: mantap pemahaman
Fasa 3: teknik menjawab"

Ini pendapat seorang mummy:

  • Mana yg xde dlm silibus igcse cikgu akan cover lain 
  • topic semua akan diajar cuma akan tumpu pada teknik menjawab bila sampai nak dekat2 exam
  • Contoh belajar statistic in BM, content sama jer belajar statistic in BI. Belajar reproductive system...KPM or Cambridge bezanya cuma bahasa. Content yg sama.
  • Bg anak2 faham concept & content buat masa ni. Tak payah serabut format exam semua tu.

  • As for F2 ni, science & maths mmg tumpu lebih pada cambridge sebab depa nak sit for checkpoint
  • For ibu2 yg rajin, blh buat table of comparison on the content. Sila bedah buku anak2. tiada sapa nak provide the info melainkan buat sendiri.
So basically, berdasarkan maklumat di atas, jika benar (ye lah, saya pun bergantung kepada ibu-ibu lain untuk maklumat, insya Allah ada masa saya akan tanya cikgu pula untuk mendapatkan kepastian), maka ibu bapa tak perlu risau kerana apa yang diajarkan di sekolah sudah mencukupi. Cuma terpulang kepada anak sama ada faham atau tidak, dan initiatif sendiri untuk belajar, faham dan latih buat soalan peperiksaan.

  • Masa KBSM, cikgu akan ajar subject IGCSE for science & math. 
  • Lain2 ikut KPM. 
  • Science & math banyak topic yang covered dlm silibus IGCSE infact lebih lagi.
Bagi yang mungkin nak sambung belajar di Ireland (mana la tu kalau ada rezeki)
IGCSE is the same as JUNIOR CERT
So with it.. u can enter into 5th year leaving cert

  • Dinasihatkan..... ambil SPM jika hendak bekerja dengan kerajaan atau jika kelayakan memerlukan daftar dengan kerajaan (if u think u wanna work with the gov or if your qualification requires u to register with the government)
(Karang tak pasal pasal kena sit for spm at the age of 26)

  • Kelebihan IGCSE: jika hendak sambung A levels, jimat setahun.
(Advantage if u nak continue with a level.... save 1 year)

  • Antara perubahan KSSM
Pelajar PT3 belajar tiga bab dari silibus KBSM tingkatan 5 dan satu bab perkenalan kepada akauns untuk bisnes (At the moment..for maths, PT3 students are learning 3 bab from form 5, and 1 bab of introduction to business accounting)

Untuk KSSM, kita masih tidak tahu apa yang ada dalam SPM, maka kena peka kepada perkembangan dari setahun ke setahun.
(The new kssm.... tak tahu lagi apa yg ada dalam spm).

Kedudukan PT3 pula...
Mrsm IGCSE memang tak pandang sangat PT3
Sebab, pelajar telah pun berada di MRSM (Exactly... coz okay or not your pt3.... u are already in mrsm kan)
Cuma kalau teruk sgt dinasihatkan keluar - Takut tak boleh bawa pure science.
Mereka buat ujian kecenderungan juga

Yes correct but questions (PT3) comes from.gov.... not mara

Emphasize more on IGCSE rather than MOE

(subject igcse... diornag tak belajar syllabus moe..... so nasib la.... sebab they think the syllabus is the same..... 

But that no longer applies startjng from this year)
KSSM IS VERY DIFFERENT FROM IGCSE.
Maybe for form 1 and 2 boleh la, but form 3 memang lari

  • Soalan lain: ujian semester cover topics MOE ke IGCSE/Check point?

I do not think that they cover topic moe at all
As igcse topics banyak nak kena cover
For maths.....
This will reduce in form 3 and 4... because need to concentrate then on ADD MATHS IGCSE

Untuk tahun lepas, di satu MRSM, lepas ujian checkpoint, cikgu pecut habiskan silibus PT3. Hujung April dah habis silibus PT3. (As for last year, kat MRSM TAR, lepas checkpoint exam terus pecut silibus PT3. By end of April dah habis silibus PT3).

Exam 1st sem form 3 base on silibus pt3. Lepas PT3, exam 2nd sem subject IGCSE

Maths and science form 1 and 2.... belajar syllabus IGCSE SAHAJA

ok...setakat ni dulu. Ada info lagi saya akan tambah insya Allah.


Tuesday, January 15, 2019

Mendaftar Anak Ke Tingkatan Empat MRSM

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, masih panjang umur, boleh update blog.

Letih belum hilang tapi kalau tak tulis, nanti terlupa pulak finer details.

Semalam, hari pendaftaran anak sulung ke MRSM. Dapat masuk tingkatan 4. Alhamdulillah.

It's hard to put in words. 26 years ago, 1993, I was a form four student. I came to the same place with my parents.

Now my dad has passed away. Mum is around but she didn't come, instead my hubby's mum came along.

Every thing is the same, but every thing is different. 

The staircase somehow seems smaller than I remember.

We sat in the same hall I had my SPM exams in and countless of school assembly's and programs.

The classroom seemed a bit smaller.

I guess a lot has happened since.

It's the same place seen through eyes that has since seen so much more.

Ok, cukup la nostalgia.

Bertolak dari rumah mertua di Parit Buntar, sejam juga nak sampai. 7.30pagi, sampai 8.30pagi, guard tak bagi park kat dalam dah, maka park di luar, depan gate.

Ada pengawas dan BWP yang akan sambut, bagi leaflet, explain aturcara dan tunjukkan dewan kat mana. Tapi tau dah dewannya.



Anak aje masuk dalam dewan bawa semua dokumen yang dah print dari internet tempoh hari. Borang-borang, salinan sijil2 dan salinan resit bayaran semua dikutip dalam dewan. Mak ayah dan nenek kena tunggu di luar dewan. Saya ambil peluang cari Cikgu Saadah masa tu.

Masa jumpa Cikgu, saya dok pikir, ish, Cikgu rupa sama je macam 26 tahun yang lalu. Apakah rahsia Cikgu?

Lepas dah borak ambil gambar, saya dan suami pun pergi ke Koop nak beratur. Queue tak panjang mana pun.

Anak lepas dah serahkan dokumen semua akan dapat tanda nama atau nama tag yang macam landyard tu. Kat situ ada segala info no bilik asrama, kelas, cikgu homeroom...

Queue di Koop
Koop kat sebelah kiri dewan besar je. Dekat je. Buat-buat lupa pulak. Sebenarnya memang dah lupa tapi bila ingat balik, baru la teringat. Dulu kecik kot kooperasi, macam dah renovate dan lebih besar dan selesa. Of course hari pendaftaran dia orang buat queue di luar supaya lebih spacious.

Sampai ke kaunter bayar RM350. 
Lepas tu pergi try baju batik dan baju orientasi untuk saiz. Bila dah tau size, minta kat pelajar dan dia orang bagi. Lepas tu pegi balik ke kaunter tadi untuk ambil cadar dan selimut (dan sarung bantal).


The next kaunter adalah kaunter iPad tapi kami skip sebab suami dah order online.

So, next step adalah angkut barang-barang ke asrama.

Asrama lelaki form 4 jauh nun kat belakang. Saya first time masuk asrama lelaki sebab dulu duduk asrama perempuan. Haha.

Well, bila tengok gambar, memang asrama perempuan cantik giler. Takpe lah, biasa budak lelaki tak kisah sangat kan. Janji ok.

Maka bermula lah sesi mengangkut barang dari kereta yang kat luar gate (jauh la jugak) dan turun naik tangga. Sebab barang2 ada yang dah sampai sikit (yang beli kat koperasi) dan saya sorang2 dengan anak kedua dah angkut barang masa register di form 2, 2 minggu lepas, maka kali ni suami dan anak sulung pula kena jadi tukang angkut barang. Saya tunggu je kat bilik, pasang cadar dan label barang2 yang baru dapat.

Antara memori yang tak dapat dilupakan adalah, baju di ampai basah bila hujan turun masa kami dalam kelas. Maka, perasaan gembira melihat ampai ada awning. Kalau tak silap, kawasan ni antara kawasan di Malaysia yang menerima hujan paling lebat. Elok sangat lah ada awning.

Ada pelajar LDP/BWP yang tunjukkan asrama, katil dan locker. Ya, locker dan katil asing, bukan macam dulu. Ada la tu sebabnya.

So lepas dah kemas semua barang, kami pun turun ke dewan sebab ada taklimat ibu bapa oleh
pengetua, pukul 10.50am.



Sekejap je Pengetua berucap dan saya ada tulis details tapi tak bawa pula kertas tu.

Apa pun, intipati ucapan adalah, pelajar yang ada dalam dewan hari tu adalah pelajar yang terpilih. Gunakan peluang sebaiknya.

Tak silap, ada dalam 4800 pelajar lelaki yang memohon untuk masuk MRSM Tingkatan 4, dan 16000 pelajar perempuan. Yang ditawarkan tempat adalah 1100 pelajar lelaki dan 990 pelajar perempuan.

Dalam 2069 pelajar sahaja mendapat tawaran.

Yang minta dalam 21000.

Selepas tu, Pengetua pun pergi dan Penyelaras Homeroom memperkenalkan satu-satu guru homeroom. Pelajar pula ikut guru dan ibubapa pun ikut sekali, turun ke kelas. Dalam kelas tak cukup tempat duduk maka ramai lah yang berdiri.



Cikgu homeroom perkenalkan diri dan bagi no tel.

Parents pula diminta isi borang bagi details dan juga jika berminat nak jadi ahli PIBG atau nak buat program dialu-alukan.

Ada sesi Q&A, parents tanya tentang cuti, biasa la kan, sebelum anak daftar pun dah fikir pasal anak nak cuti, transport, outing dan benda-benda macam tu.

Lepas tu boleh bawa anak keluar makan. Dan shopping. Next event adalah maghrib di surau. Lunch dan makan malam ada dihidangkan tapi anak request nak makan kat luar, layan je la. Lepas tu tinggalkan anak di MRSM dan kami pun beredar.

Hantar mak mertua balik, ambil anak-anak lain dan maid, dan terus ke Kota Bharu.

Tuesday, January 8, 2019

Persediaan Untuk Anak Perempuan Masuk ke Asrama

Topik perbincangan kumpulan Mak-mak hari ni.

Maka saya ambil kesempatan simpan nota-nota untuk menjadi rujukan di masa akan datang insya Allah.

"If mommies tak keberatan, boleh tak share ttg kelengkapan pelajar perempuan. Cth brp helai tudung, baju utk ke surau pakai baju kurung? Anak perempuan 1st masuk asrama, nak kena siapkan brg2 dlm masa 5 hari 😅"

Tudung putih 3
Tudung hitam 3
Baju kurung 3-4 psg
Baju biru 2
Biege 1
Kurung putih 1
Tshirt panjang 3-4 helai
Track 3-4 (tido pon pakai track)
Telekung solat 1

Masa mula anak masuk siap letak tudung ikut warna baju.. skali tak boleh tudung warna warni. Boleh hitam putih aje

Baju kurung yg 3-4 pasang tu kurung biasa jenis cotton tu boleh kan? Boleh. Baju kurung biasa

1) Kalau utk anak tudung, color hitam atau putih ye? -D- pakai hitam. Stokin, stongan suma hitam.

2) Selipar toilet jgn lupa

3) Penting ni..sandal jgn lupa..nak gi surau..

4) Jubah boleh warna hitam
Tapi better check gn each maktab nyer list

5) So kalau nak selamat "stay below radar", pakai krim muka hebat2 or pelik2 sikit pun boleh jadi target. kalu pakai over senior tegur.

6) handsocks ada specific color ke atau tak kisah: Warna hitam je sy bli utk -J-..kaler lain x pasti

7) Utk telekung, kena bawa yg putih je atau boleh bawa yg jenis color2 tu ye: Putih shj

8) Nasihat utk anak2 girl F1. Pakai baju jgn extravaganza sgt, telekung & bag ke apa ke. Stay below radar kalau boleh.

9) Kalau baju kurung pegi kat kenanga wholesale je beli borong 4 pasang rm100

10) Kain dalam jgn lupa..handsocks wajib..

11) Inner

12) kasut sukan


Cara Menggunakan Sistem P-MagSys

Ok, hari ni saya nak tulis sikit dalam blog cara nak guna sistem elektronik P-MagSys sebagai ganti filing system untuk pesakit.

Langkah pertama adalah dengan klik ikon P-MagSys.

No photo description available.
Pilih icon P-MagSys
Langkah kedua, masukkan User ID dan password yang diberikan oleh admin.

No photo description available.
Masukkan User ID dan Password.
Langkah ke-tiga:
No photo description available.
Klik "confirm"
Selepas itu, anda akan sampai ke page "main menu dan "sub menu" seperti di bawah:

No photo description available.
Main Menu dan Sub Menu.
Biasanya frontline staff seperti receptionist akan register patient. Selepas didaftarkan, staff nurse pula akan klik pada ikon "triage".

Image may contain: 1 person
Klik ikon "triage".

No photo description available.
Page "Triage"

Anda akan sampai ke page "triage". Nama pesakit yang sedang menunggu untuk triage akan ada di "triage que". Klik nama pesakit.

Kemudian isikan details seperti Blood pressure, pulse rate, temperature, height, weight dalam kotak-kotak yang disediakan.

No photo description available.
Isikan details triage.
Selepas tu, tekan 'save', 'triage complete' dan 'close'.

No photo description available.
Pilih ikon "Consultation"

Langkah seterusnya selepas triage adalah "consultation". Klik pada ikon consultation.

No photo description available.
Klik "consultation Que" di bahagian kanan, atas page "episode details".
Pilih nama pesakit dalam senarai pesakit "patient in Queue".

No photo description available.
Pilih nama dari senarai pesakit yang sedang menunggu untuk berjumpa doktor dan tekan "select".
Isikan maklumat dalam ruangan "consultation" sebelah kanan, dalam page "episode details".

No photo description available.

Biasanya saya akan letak info seperti umur, jantina, presenting complaint dan history of presenting complaint, past medical history, meds, allergies, social dan family history diikuti oleh physical examination findings.

Tulis juga management plan. Tulis diagnosis dalam ruang yang disediakan. Jika terlupa diagnosis, anda akan di"prompt" untuk isi tempat tersebut.

Kemudian tekan butang "save" dan "consultation complete" di bawah.

No photo description available.
Akhir sekali tekan "close".
Selepas save dan consultation complete, tekan butang "close" dan pesakit akan 'dihantar' untuk 'beratur' di pharmacy pula.

Kini, elektronik notes pesakit akan 'pergi semula' ke bahagian reception dan pharmacist akan dispense atau beri ubat jika telah di-perskripsi/prescribe dan juga menentukan caj untuk pesakit jika di klinik dan hospital swasta.

Mudah sahaja kan?

Selamat mencuba.