Friday, January 21, 2022

Cara Mencapai 5A*1A Dalam Ujian IGCSE

 Alhamdulillah, beberapa hari yang lepas, hari cuti Thaipusam, keputusan peperiksaan IGCSE keluar. Masa tu baru balik bawa anak2 jalan2 ice skating di Sunway Pyramid. Parkingnya ya ampun, memang jem.

Sampai2 rumah terus ke office sebab semalam lupa nak bawa balik laptop. Masa dalam perjalanan tu la di red light terbaca results anak hantar WA.

Alhamdulillah, syukur, memang menitik air mata kegembiraan.

Terpaksa drive terus dan ambik barang lepas tu patah balik. Dah sampai rumah baru bagitau hubby.

Anak kedua yang ambil IGCSE tahun 2021, sepatutnya tahun 2021 anak tingkatan 4, dan tahun ni 2022 form 5. Tapi buat masa ni masih form 4 walaupun dah Januari angkara covid.

Tips? Adakah anak tuisyen? Masa form 1 memang takde langsung sebab kami tinggal di KB, anak masuk MRSM di Selangor.

Lepas pindah ke Selangor, tanya juga anak nak try tak tuisyen. Dia nak, maka lepas dah hantar satu hari punya extra teaching, bila tanya anak macam mana, dia kata baik study sendiri.

Ada kawan anak dia IGCSE juga, jadi banyak la tanya info dari Dr Kharmila ni. Sangat berguna. Kalau anak pointer 3.5 above, tak payah push katanya.

Anyway senjata utama, doa ibu. Sentiasa doakan anak dapat jawab exam dengan tenang dan tepat, sentiasa dilindungi dan jauh dari penyakit, macam2 boleh doakan ikut suka parents.

Selain tu, pastikan anak ada internal self motivation, dia sendiri yang nak berjaya cemerlang dalam IGCSE supaya dia dapat...dapat apa tu kena bincang lah dengan anak masing2.

Betul la kata Dr Kharmila, kalau anak pointer above 3.5 tak perlu risau sangat. 

Anak duduk asrama, sebelum pandemic, kami cuba supaya selalu dapat lawat atau barang yang anak pesan tu dihantar. Bukan nak manjakan anak, tapi kena faham juga mereka bukan duduk dalam penjara, tetapi sekolah berasrama penuh. Jadi kalau nak beli makanan luar ke, nak jalan2 ke, patut parents cuba sedaya upaya untuk bagi. Ini adalah sokongan moral kepada anak.

Saya ada juga beli sedikit buku dan past year questions tetapi, sebelum beli saya akan tanya anak dulu, sebab Dr Kharmila ada cakap, sekolah bagi banyak dah sebenarnya, jadi kalau nak beli lagi, tanya la anak nak guna ke tak.

Harap nota ini berguna.

Friday, December 24, 2021

Renewing Indonesian Maid's Passport During Pandemic

 A few days ago I had to take leave to make sure my Indonesian maid can renew her passport and the process was relatively smooth and hassle free.

Many weeks before we had to make an appointment online at the Indonesian embassy website. Pretty straightforward, just have to have all details at hand, most important the passport, they also wanted a soft copy of a recent passport sized photo to upload.

Then you have to select a date and time slot, obviously this was many weeks before, so make sure this is done in advance.

Due to pandemic, they restrict the number of people who come at any time and appointment slots are given by the hour.

After confirmation, the embassy sent an email with QR code plus another password-like code. Printed this out and also forwarded the screenshot copy to my maid's phone.

Then on the day itself, was just a few days after the big floods in Selangor and it was raining. So decided to send maid by grab. 

She took with her:
1) Passport

2) Photocopy of employers IC x 2
3) Photocopy of passport x 2

4) Photocopy of visa x 2

5) Insurance

6) RM100 for fee to renew passport

7) Fomema related documents for recent health check

8) Pen




My maid took this picture when everything was done. This is where they instruct to pick up the passport at the post office.




Because of the recent severe floods and the fact it was raining that morning, I also told my maid just to bring some water, food both fresh and dry, a change of clothing and other personal items. Just in case. Because from experience it can take a long time for the passport to get ready plus the unpredictability of water levels and the weather.

Thank God, my maid left home about 8.30-8.45am. It wasn't too hard to get a Grab driver. I told her to ask the Grab driver if he didn't mind picking her up later and if yes, to get his phone number. She did.

My maid arrived at the embassy about 45minutes-1 hour later. 

I told her to call/message when she had arrived.

About one hour or so after that she called again to say that everything was done.

Due to the pandemic, the passport will have to be collected at another date and time instead of prior to pandemic, people used to wait until they get the passport the same day, hence long queues and massive numbers of people.

I am glad that everything went well. Hope this post is useful to others who may need to go through the same.

Saturday, June 26, 2021

Cara Mencapai 9A (8A+ 1A) dalam SPM 2020 Promax

 Alhamdulillah masih berpeluang blog.

10hb Jun 2021 tarikh yang istimewa, keputusan SPM diumumkan secara online buat pertama kali. Saya bekerja dari rumah (WFH), suami bekerja di hospital seperti hari-hari biasa. Dah setahun lebih Malaysia dan seluruh dunia berdepan pandemik covid-19. Sepatutnya anak sulung ambik SPM hujung tahun lepas Nov 2019 tapi apa kan daya, suratan takdir, MCO atau PKP menyebabkan SPM ditunda ke Feb 2021.

Semasa tingkatan 4 dan 3 bulan pertama tingkatan 5, semua seperti normal. Cuti awal tahun 13 Mac 2020, anak2 dari asrama pulang ke rumah untuk cuti seminggu. Pada 18 Mac 2020, PKP pertama bermula. Ada buku2 dan keperluan lain tertinggal di asrama, mana nak sangka cuti seminggu berakhir 28 Jun 2020, 3 bulan setengah untuk anak sulung. Anak lain mula sekolah lebih lambat, sekolah rendah dalam bulan Julai dan MRSM tingkatan 3, bulan Ogos (7 atau 8hb).

PT3 dan UPSR 2020 dibatalkan. Untuk IGCSE, pelajar diberi pilihan untuk ambil atau menarik diri. Fokus saya hanya kepada anak sulung dan SPM. Alhamdulillah anak sangat dedikasi dan komited terhadap pelajaran. Dia pandai mengatur jadual ulangkaji/belajar sendiri. Guru2 MRSM Taiping juga cuba memberikan yang terbaik despite the prevailing circumstances. 

Saya berpandukan nasihat dari kakak ipar yang dua orang anaknya telah pun lalui SPM di MRSM lain tetapi bukan dalam keadaan pandemik. Nasihatnya mudah sahaja, untuk subjek yang anaknya minta tuisyen, dia akan hantar tuisyen. Itu sahaja.

Anak sulung saya juga ada minta tuisyen untuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Biology, Fizik, dan Add Maths. Sebolehnya saya cuba dapatkan guru tuisyen yang disyorkan oleh ibubapa lain yang mana anak2 mereka telah mendapat keputusan cemerlang dalam subjek-subjek tersebut.

Antara hikmah pandemik ini, ramai guru-guru tuisyen juga turut membuat kelas tuisyen online, maka para pelajar yang tinggal berjauhan juga dapat akses kepada guru-guru ini.

Sewaktu anak di asrama pula, ibubapa membuat pelbagai 'aktiviti' untuk memberi sokongan kepada anak2 supaya terus bersemangat dan dapat mengharungi situasi 'new norm' di maktab. Tiada lagi outing dan pulang bermalam untuk anak sulung. Anak nombor dua Alhamdulillah dapat juga pulang bermalam setiap bulan tetapi kali ini tiada lagi perkhidmatan bas, perlu ibu bapa sahaja jemput dan hantar balik.

Berkerjasama dengan pihak maktab untuk membeli makanan tambahan kerana anak-anak tidak dapat keluar outing untuk makan di luar. Ada ibubapa yang berusaha menderma facemask dan hand sanitizer kepada maktab, membelikan standing thermometer. Juga hadiah dan jamuan makan untuk guru-guru sebagai tanda terima kasih dan penghargaan mendidik anak-anak.

Majlis graduasi juga secara 'norma baharu' di tengah-tengah peperiksaan SPM, setelah habis akaun dan sebelum biologi. Ibu bapa tidak dapat hadir dan hanya melihat gambar-gambar yang dikongsi anak.

Separuh pelajar juga di minta pindah dorm pada saat akhir sebelum SPM bermula untuk mengurangkan bilangan pelajar dan membantu penjarakan sosial.

Memang bermacam dugaan dan cabaran anak sulung serta kawan-kawan hadapi, maka Alhamdulillah syukur, pada 10hb Jun 2021 Allah berikan keputusan yang cemerlang 8A+ dan 1A untuk anak sulung sebagai balasan kepada segala usaha dan kerja kerasnya. 

Saya sedang menghadiri meeting online dan hampir lupa tentang keputusan SPM sehingga anak sulung masuk sekejap bilik dan menunjukkan keputusan dalam handphonenya. Alhamdulillah terima kasih Allah.

Ibubapa, sentiasa doakan anak-anak supaya dipermudahkan urusan mereka dan di hari peperiksaan doakan mereka diberi ketenangan, ilham untuk menjawab dengan baik, semoga apa yang mereka ulangkaji dan belajar itulah yang keluar dalam peperiksaan.

Anak-anak pulang ke asrama pada 28 Jun 2020, semasa kembali ke maktab, guru-guru mengusahakan untuk menghabiskan silibus. Masa tu tiada lagi program lain selain kelas akademik sahaja. Pada pertengahan Oktober 2020, sekolah-sekolah di Selangor di tutup tetapi untuk negeri-negeri lain masih buka. Maka trial SPM iaitu SPMRSM dapat dibuat di MRSM Taiping tetapi tidak di MRSM Kuala Kubu Bharu. 

SPMRSM atau trial SPM bermula awal November, pada 9hb November, MARA memutuskan untuk menutup semua MRSM, selari dengan arahan KPM menutup semua sekolah di seluruh Malaysia. Maka anak sulung hanya dapat menduduki 4 subjek sahaja dan tinggal 5 subjek lagi yang belum habis. Ada yang gembira peperiksaan ditunda, ada yang kecewa. 

Sepanjang bulan Julai hingga awal November, ramai pelajar yang tertekan. Saya dan suami datang untuk membawa anak outing pada 4hb Oktober 2020, kami juga tidak sangka selepas itu kes covid naik dengan mendadak sehingga maktab juga tidak benarkan outing selepas itu. Ada ibubapa yang merancang datang keesokan hari/minggu depan tidak dapat berjumpa anak atau bawa anak outing.

Saya bersyukur kerana pada pertengahan Ogos, saya ada berjumpa dengan guru-guru di maktab maka dapat berjumpa seketika dengan anak dan memberi barang kiriman.

Pada hujung Ogos pula anak mengirim beberapa buah buku Kertas Soalan SPM sebenar 2015-2019 untuk beberapa subjek, dan juga buku analisis bertopik untuk subjek2 seperti add math, physics, chemistry, biology, dan juga buku-buku Koleksi Kertas Percubaan SBP, Kompilasi Kertas Percubaan MRSM SPM untuk subjek-subjek lebih kurang sama, maka saya lihat juga keputusan peperiksaan anak yang terbaru dan beli juga beberapa buku untuk subjek-subjek tertentu yang dirasakan mungkin anak perlu sedikit buku tambahan. Kebetulan seorang kawan anak, ibubapanya di Selangor dan akan pulang maka buku2 tersebut saya kirimkan, kalau nak post memang agak mahal sebab banyak buku-buku dan berat. Yang mana yang anak tidak guna atau perlukan saya suruh dia beri kepada kawan-kawan sahaja. 

Alhamdulillah 9 Sept dapat lawat anak. Setiap kali ada peluang untuk melawat anak kami cuba untuk pergi kerana tidak tahu bila lagi akan ada peluang yang sama sebab kelonggaran seolah-olah boleh ditarik balik bila-bila masa. 

Selepas anak-anak balik ke maktab pada 11 Januari 2021 pula, terus mereka sambung trials/SPMRSM. Masa tu alhamdulillah semua ok. Lepas exam pula ada masa yang anak sakit dan juga ramai pelajar-pelajar lain sampai doktor-doktor dari Pejabat Kesihatan datang dan buat saringan. Beberapa pelajar termasuk anak saya antara yang kena buat swab test. Bayangkan SPM bermula 22 Feb tak silap. Alhamdulillah doa dan doa semua negative.

Itu sahaja yang saya dapat kongsikan.

1) Anak memang bersemangat dan rajin belajar.

2) Berikan tuisyen sekiranya anak minta untuk mana-mana subjek, pilih guru yang mempunyai track record yang baik dan disyorkan ibubapa lain.

3) Adakan group whatsapp ibu-ibu untuk sama-sama bekerjasama membantu sekolah/maktab.

4) Belikan buku tambahan jika perlu dan diminta oleh anak.

5) Jika di asrama, datang melawat sebanyak mana mampu untuk beri sokongan kepada anak.

6) Berikan makanan tambahan sebab anak-anak memang memerlukannya.

7) Sentiasa mendoakan dan berkata yang baik-baik tentang anak sendiri, doa ibu insya Allah tiada hijab.

8) Cukupkan keperluan anak contoh calculator rosak masa PKP pertama memang susah nak cari ganti sebab kedai alat tulis tutup, tapi Alhamdulillah jiran sebelah anak baru habis SPM ada calculator yang tidak digunakan dan dapat pinjamkan sementara.

9) Jika anak ada buat silap, jangan marah-marah atau ganggu emosi anak sewaktu dekat dengan peperiksaan.

Semoga membantu semua yang membaca...

Tuesday, November 24, 2020

Dzuliman Quranic LifeSchool

 Alhamdulillah, hari ni berpeluang melawat Dzuliman Quranic Lifeschool. Naik kereta masa CMCO ni kurang jem lah, sampai dalam 30min. Kalau dah tak CMCO tak pasti berapa lama nak sampai.

Untuk semua students memang dia orang akan panggil interview. Bila tanya, takde criteria, cuma nak tau parents punya expectation and commitment level. Memang la kami insya Allah parents yang committed, kalau weekend ya, akan try involve in program sekolah. That has always been our approach.

Mula2 sampai ada cikgu yang dah tunggu so takde la kami termenung kat bawah tu. Naik tingkat pertama. Tunggu dalam bilik, anak masuk classroom dengan cikgu, nampak la dari tempat kami duduk tu. So dia orang buat assesment. Anak kena bawa alat tulis sendiri. Boleh la dengar anak baca Qiraati. Lepas tu dengar dia cakap2 dengan cikgu. Basically nak assess 3M dan mengaji lah.

Parents pula interview, kena isi borang dulu, usual details. 

Sekolah ni bukan bawah KPM tapi bawah JAIS. So kurikulum pun tak ikut KPM, but they borrow what is needed, BI, BM, Maths and Science. Tapi approach macam Dzuliman, more towards Quran and emphasis on adab. 

Tentang future pula, sekolah takde sangat exam, takde UPSR/UPKK tapi kalau student nak ambik, ada yang pindah sekolah dan ada yang ambil extra kelas/tuisyen and take test as private student.

Ada juga yang pergi ke Tahfiz...tak ingat nama, lepas tu pegi overseas Middle East study. So banyak la career pathways di situ.

I like the facilities, simple but nice. 

Students pun 12 orang je maximum 20. Standard one semua ground floor. Hope that parents can assist in school work. All days start with Quran and Hadis and then the other subjects. Ada 2 teachers.

Terlupa nak tengok tempat makan and toilet but assume ok.

Wednesday macam koko/activities day.

Payment RM13++ start of year, monthly around RM430. Ok sangat tu.

Konsep waqaf, parents and others buy equipment etc for school and also give in terms of energy and expertise. Same as any school in Malaysia.

Ok, basically I like the concept, the place and the teachers.



At the end, we are told to await news from the school. 

Points lain: 

School hours start 8am, baca Quran dan ada Circle belajar hadis. Finish 3.30pm

Kena pegi Dzuliman parenting course kalau belum. Memang dia tanya anak dah berapa lama kat tadika Dzuliman. Lepas tu ada mention sekolah akan pindah dalam bulan Feb/March ke USJ18. Dekat perkarangan masjid tak silap.

It was a positive experience insya Allah.

Friday, October 30, 2020

Reng College, A Social Enterprise

Alhamdulillah pagi ni ada peluang nak blog...

Nak clear whatsapp memang banyak info berguna, nak save di blog dahulu.

Ni dari seorang kawan. Mana la tau ada yang berminat nak sambung belajar tapi kekurangan dana, boleh la cuba Reng College.


"RENG College is offering diploma courses in Business, Architecture, Interior Design and Creative Design at very low cost. We are a social enterprise and seldom reject students. Scholarships are also available. Interested students can contact me".

Sesiapa nak maklumat lanjut boleh hubungi:

Mallika +60 12-453 5831

atau 

Andrew +60 12-668 1738

(If share on FB or WA, better to contact these two people. They are from the marketing side).

"Website Address : www.rengcorporation.com

Facebook Address : https://www.facebook.com/rengcollegemy/"




Saturday, October 24, 2020

Hidup Sebagai Minimalist

 Alhamdulillah, still have a chance to write in my blog...

Today is Sunday, Malaysia is currently facing the third wave of COVID-19 pandemic. Selangor is affected too although the epicentre of the outbreak is currently Sabah, due to PATI and also the recent elections. The decision to hold elections in spite of rising number of cases made many including me aghast...

Since starting my new job in August 2020, Alhamdulillah now I'm very much a morning person.

7am and I thought of writing about being a minimalist.

Briefly looked through my blog and couldn't find any previous post that I could add on to.

So it started around the time I was working as a SHO or medical officer in Ireland. 

We were staying in Dublin, but I was working in Mullingar Hospital, about 80km or 55miles drive away and I decided to rent a house with another friend, Dr Maisara who was also working in the same place. I remember one of the chats with other doctors about working outside of Dublin...though I cant remember who said it.

She said 'its amazing the stuff you don't need'.

She would pack a bag for the week, Monday to Friday, and then come back to Dublin during the weekends.

That statement sort of made me think, although I ended up commuting between Dublin and Mullingar for the rest of the three months...tiring but somehow I managed.

I try to buy only things I need, and what I don't need, I would try to give away as soon as possible. This prevents hoarding.

I know it isn't easy. As humans, we have this tendency of not wanting to let go, so I would tell myself, if I keep this book, for example, I would most probably not read it again, but if I gave it away, to someone who needs it, then that person will get benefit from the book. Just citing book as an example. but the principle can certainly be applied to anything else.

Nak tulis sikit dalam Bahasa Melayu pulak. Minimalist ni konsep kita simpan dan beli apa yang perlu sahaja.

Cabaran masa mula-mula nak amalkan hidup sebagai minimalist adalah, susah nak derma atau bagi barang-barang yang sudah tidak diperlukan.

Satu cara untuk atasi masalah ni, saya beritahu diri, jika saya simpan, saya tak guna pun buku tersebut, contoh sahaja lah buku, tapi kalau bagi orang lain, contoh paling senang, ada kawan bagi buku tentang kanser, saya dah habis baca, kemudian terus bagi kepada pesakit kanser yang berminat nak baca sebab banyak tips dan nasihat dalam buku tu yang boleh dimanfaatkan oleh orang yang menerimanya.

Insya Allah, gunakan cara pemikiran yang sama untuk semua benda lain.

Sebenarnya bila barang kurang, lebih senang nak uruskan...

Ok, itu saja coretan hari ini, moga bermanfaat.

Saturday, October 17, 2020

Penjagaan Ibu Selepas Bersalin Secara Caeser atau Bedah

Alhamdulillah, hari ni ada perbincangan sedikit tentang penjagaan ibu lepas bersalin secara bedah.

Ni nasihat dari Dr Safwati, doktor pakar obstetrik dan ginekologi: 

"Salam..

Untuk post caesar, cara berpantang lebih kurang sama je dengan bersalin normal.

Cuma beza :

1. Kena jaga luka betul2..make sure luka tu sentiasa kering dan bersih.

2. Rehat yang cukup. Tak galakkan angkat benda berat2 selain baby 😅

3. Minum air yang cukup. Untuk kurangkan risiko darah beku. Pastikan sekiranya doktor bekalkan injection heparin, kena habiskan.

4. Galakkan berjalan seperti biasa..untuk kurangkan risiko darah beku.

5. Pemakanan..asalkan makanan sihat, semua boleh 😁..boleh tambahkan sumber vitamin C untuk promote wound healing

6. Untuk kurangkan parut..boleh ikut saranan Dr Mazlyn.

7. Kalau nak berbengkung..elakkan bengkung yang berlilit tu..boleh pakai yg zipzap (utk post caesar), tapi pakai atas bahagian luka. Supaya luka cepat kering.

TQ"

Tentang cara kurangkan parut, nanti saya suruh doktor pakar plastik buat video, mungkin lagi sesuai, tapi untuk kawan2, saya share je apa yang saya tau melalui video juga...